cari id yes guru sktp

10 Disember 2012

Jadual oh Jadual

Salam ya saudaraku sekalian. Hari ini saya ingin berkongsi rasa sedikit. Jadual oh jadual. Saya sebenarnya sangat bersyukur kerana diantara ramai-ramai guru di sekolah, saya dipilih untuk membantu menyiapkan jadual mengajar rakan-rakan saya di sesi petang. Seronok tetapi mencabar yang sangat menguji kesabaran. Sudah beberapa hari dengan tugas yang satu ini tetapi masih belum dapat diselesaikan dengan sempurna. Ada kala terasa macam bermain puzzle. Jadi, untuk mengurangkan rasa stress, saya anggap saya sedang bermain 'game'. Hahaha....seperti entry saya yang lepas kita boleh cari atau bina rasa gembira. Dan selagi tak selesai memang tidak boleh nak lena tidur.

Tapi, sudah namanya pun manusia....memang susah nak melarikan diri daripada tidak merasa bengang. Bengang beb setelah berjam-jam menyusun 'puzzle' di atas nun...masih juga jalan mati yang dijumpai. Hai di manalah lorong yang boleh saya wujudkan untuk menyelesaikan masalah 'puzzle' saya ini? Adakala bagai nak pecah kepala memikirkan.  Oleh itu, apabila jadual ini dapat saya selesaikan kelak, saya berharap dan bermohon mudah-mudahan tidak ada rakan yang merungut dengan jadual masing-masing. Saya sedang dan akan melakukan yang terbaik yang mampu saya lakukan untuk anda. Tugas-tugas guru yang semakin mencabar, semakin ketat, dan semakin padat cukup difahami. Sama-samalah kita bersabar ya!..

Saya sedang berusaha secepat mungkin untuk menyusun jadual cikgu-cikgu sekalian. Jadual oh Jadual. Pusing kepalaku!

Tiada ulasan: