cari id yes guru sktp

13 Jun 2012

akhir zaman, Allah......

 (thanks to pakcik google sudi share picture)
"knapa lah...mereka slalu mganianya org lain untuk kepentingan diri sdiri...tlalu kejam la dia mbuat sedarah sdaging dia sebergitu...terasa dia tu bukan berhati manusia la....tp hati yang pnuh dengan ingin mgejar harta dunia....harta benda...untuk kemewahaan diri sdiri...orang mcm ni...sampai mati pun orang sekeliling dia tak akan mjenguk kubur dia..percaya la...mcm mana dia bt org lain...mcm tu lah org lain akan blas blik perbuatan yg pnah dia bt....kalau tak pun dunia akhirat dia tak akan menerima dia wlaupun dia tiap hari tunggang tongek di atas sejadah....jd sape kah dia tu...sedarlah cepat sbelum tlambat"
Cuba imbau sejarah silam awak.....dalam konteks yang berikut :
menganiaya orang lain untuk kepentingan diri sendiri
-tahukah awak partner awak selalu kerap kali acap kali 'menganiaya' orang....tak tahu? Ini saya bagi tahu.
-dia ambil dan mengaku hak sendiri serta menyusahkan baaaaannnnyaaaaakkkkkk orang.
-akhir zaman Allah bayar 'CASH'.

Perhatikan pula konteks yang ini :
terlalu kejam la dia membuat sedarah sedaging dia sebegitu
-kalau bukan sedarah sedaging pun sebenarnya ia masih kejam jika itu adalah penganiayaan.
-mengambil hak orang dan menjadikannya hak sendiri serta bodoh sombong!
-akhir zaman Allah balas 'SEGERA'

Ayat ini pula:
hati penuh dengan ingin mengejar harta dunia,harta benda untuk kemewahan diri sendiri.
-cuba selidik sejarah orang sebelah awak atau mungkin awak sendiri, harta yang dimiliki hasil titik peluh sendiri ke?
-cuba perhalusi cara pemilikan hartanya dari mana? hasil penganiayaan atau hasil kerja keras ikhlas mengumpul rezeki halal?
-akhir zaman Allah TUNJUK tak perlu tunggu himpunan di Padang Mahsyar.

Penyata ini :
 sampai mati pun orang sekeliling dia tak akan menjenguk kubur dia
- siapa pula awak yang menjatuh hukumkan sesuatu yang belum pasti?
- emosi marah? bagaimana jika itulah hukuman yang dijatuhkan kepada orang sebelah awak atau kepada awak sendiri?
-akhir zaman Allah sahajalah yang tahu apa dan bagaimana hukuman yang akan diberi kepada HAMBA-Nya.

Paling MENARIK:
macam tu lah orang lain akan balas balik perbuatan yang pernah dia buat
- itulah namanya hukum karma.
- awak tak terasa ke apa yang sedang awak alami ini adalah suatu hukum karma untuk orang sebelah awak atau mungkin untuk diri awak sendiri?
- cuba-renung-tenung.
- akhir zaman ALLAH 'TUNJUK' dan bayar 'CASH' dengan SEGERA apapun balasan untuk HAMBA-Nya!!

Sedar dan betulkan ini:
kalau tak pun dunia akhirat dia tak akan menerima dia wlaupun dia tiap hari tunggang tongek di atas sejadah
-Layakkah awak ini untuk membuat kesimpulan begini?
-Layakkah awak menjatuh hukum melangkaui hakim yang hakiki?
-Layakkah awak menidakkan ibadah manusia kepada pencipta-Nya sendiri?

Persoalan untuk awak berdasarkan ayat ini :
jd sape kah dia tu...sedarlah cepat sbelum tlambat
- dan awak pula.....siapakah awak ?
- sudahkah awak sendiri sedar diri ?

Tiada ulasan: