cari id yes guru sktp

03 April 2010

sirna

tiba-tiba wajah itu hilang
tiba-tiba senyum itu pudar
tiba-tiba cahaya itu malap
gerimis membasahi bumi
walau panas mentari masih berdiri

aku sudah semakin tua mungkin
maka kesepian itu
mengusik hati
maka kesepian itu
menggugat jiwa

tiada lagi usikan
tiada lagi gurauan
semanis senyuman sirna dari pandangan
siapalah aku untuk mengembalikan
segala kemeriahan itu

oh tuhan...semoga engkau kembalikan
oh tuhan...semoga engkau menerangkan kegelapan

di dalam buku itu setiap malam
telahku nyatakan
semoga dia
sentiasa dalam perhatian-Mu
semoga dia
sentiasa dekat dengan-Mu

di dalam buku itu
nama yang tercatat
aku sentiasa berharap
semoga Engkau sentiasa bersamanya.

semoga engkau kembalikan apa yang telah sirna.

2 ulasan:

ONE ZABA berkata...

adat lah manusia..mana ada yg semakin muda. jiwa mungkin ada la semakin muda.

yang muda jadi tua...

yang tua jadi bangka...

Centado berkata...

setuju
memang gitu lumrah keselaluan