16 Mac 2021

Semoga Allah tetapkan hatiku.

 Bekerja. Niatkan pekerjaan yang dilakukan itu kerana suruhan agama dan tuhanmu.

Kawan-kawan sekerja di musim pendamik, tugas itu menjadi semakin berat. Kerja lebih waktu, kerja lebih usaha, kerja lebih dalam banyak aspek.

Rata-rata kami ajk jadual sebolehnya menyusun waktu yang hampir sama rata kepada semua warga.Guru akademik biasa secara puratanya menerima 31 waktu satu minggu. Manakala guru berjawatan khas dan pentadbir adalah sekitar 5 hingga 17 waktu. Dan melebihi pun waktu minima yang ditetapkan. Terima dengan rela hati. Dan mereka inilah biasanya yang akan 'merelief' memandangkan guru akademik dah santak waktu. 

Namun aku sebagai jk menetapkan juga guru akademik 'merelief' dalam julat waktu 30-60 minit dalam satu minggu. Menjadikan jumlah waktu mereka tidak melebihi 33 waktu maksimum dalam satu minggu.

tugas guru bukan setakat masuk kelas dan mengajar semata-mata. Ada masa mereka juga perlu menyelaras program-program tertentu dalam sekolah. Pertikaiannya di sini, jika mereka yang 31 waktu itu mampu mengurus program , jadi pada saya rasanya tidak ada masalh untuk guru khas yang masanya kurang dari 15 waktu seminggu pun mengurus program. 

satu hari jika terima 1jam mengganti dengan tiada kelas pdpc , menyebabkan kerja mengurus itu 'pending'...im speechless....seriously.

Program jika dirancang mendadak...adhoc, sesiapa pun akan terima tekanan. Tidak dinafikan. Tidak kira waktu yang kita ada banyak atau sedikit. Even, kalau kita xde waktu pdpc pun, kalau dapat kerja adhoc, ia memang akan memberi tekanan.

Sebenarnya,berbalik juga cara kita untuk menguruskannya dengan hati yang bagaimana. Seriously, im speechless. 

Benarlah manusia memang tidak pernah puas hati. Bukan tidak tahu bersyukur, tapi manusia itu seringkali LUPA untuk bersyukur. Saya tidak mengata sesiapa, adakala, saya juga termasuk dalam golongan LUPA ini. Manusia, tidak ada yang sempurna!

Semoga Allah jaga dan tetapkan hati. Adios.

15 Februari 2021

Dari Kejauhan

        PKP menjadikan kita semua jauh. Nak duduk jarak-jarak 1 meter. Nak berbual mesra bertepuk tampar memang jauh sekali la kan. Dari kejauhan seorang anak menggamit kerinduan kepada ibu ayah. Dari kejauhan seorang guru bertungkus lumus memberi ilmu. Dari kejauhan seorang murid mendapatkan ilmu. Dari kejauhan Sang Pencipta mendekatkan hamba-Nya. Aku semakin jauh dengan semua rakan-rakan.Namun kehadiran makhluk Allah ini menjauhkan semua individu, menjadikan aku merasakan keadilan pula. Adil, semua orang jauh, bukan aku seorang. Huh...bunyi macam pentingkan perasaan sendiri kan? Dalam tak sedar kejauhan itu mendekatkan aku dengan keluarga kecilku. Hanya ada mereka. 


         Dan, dalam kejauhan ini, tiba-tiba aku merindui rakan-rakanku yang kian menghilang dari dunia blog. Termasuk aku! Hahahaha. Hampir 5 tahun ku tinggalkan blog ini, pelantar segala suka duka penceritaan kisah hidup seorang yang bernama Anisah. Tiba-tiba Allah terbitkan semula rasa untuk menulis di sini . Ya...kejauhan ini di sisi yang lain ia mendekatkan. Masih adakah lagi rakan blogger ku. Aku kira masing-masing sudah mempunyai komitmen yang tersendiri sehinggakan tiada lagi kepentingan untuk mengisi waktu di sini. 


          Apa khabar cikgu one, cgu jinggo, cikgu AmanShah, Kak Tirana, Eeeda Damak, Bapak, Pusat, AnakKhas, Adik manis...ah aku sudah lupa nama penanya.Hahahaha. Ramai lagi ....yang sudah hampir luput, hampir hilang dari ingatanku. Nama-nama yang masih mampu kekal diingatanku adalah mereka-mereka yang banyak mendokongku, menyokongku dengan kata-kata semangat, kata-kata yang penuh motivasi, gurauan yang menghilangkan gundahku ketika itu. Ah.....aku rindu korang semua. Serius aku rindu korang. 


        Saat aku singkap kembali segala coretanku dalam blog ini , ianya membuatkan aku menjatuhkan air mataku....Wow..serius aku tiba-tiba ingat kat korang dan Rindu sangat-sangat dengan persahabatan maya kita!.... Walau apapun yang korang lakukan sekarang, dan di mana pun korang berada kini, aku berdoa semoga kehidupan korang terus maju menuju kecemerlangan dan kebahagiaan...Dunia Akhirat!! Jaga diri korang ek. Kalau korang terbaca coretanku ini, tinggalkanlah jejak kalian ya. Miss U All!