Hidup kita ni, kadang2 rasa dah cukup susah. cukup payah. walhal kehidupan memang begitulah lumrahnya. Terutama sekali apabila kita tidak bersyukur. Syukur adalah perawat paling sempurna jika kita rasa kitalah yang paling serba kekurangan. Orang yang tidak bersyukur seringkali juga ada habit...merungut. Itu salah. Ini x betul. Lecehlah....malaslah, Letihlah. Tidaklah nak kata aku x pernah merungut....aku pun salah seorang yang berada dalam kelompok itu. Kalau ditenung lama2 , rupanya saat aku merungut itu ini, adalah disebabkan aku lupa untuk bersyukur! Allah Akbar....Ampunkan hambaMu ini ya Allah...sesungguhnya aku masih dalam perjalanan yntuk menjadi lebih baik.
Kita merungut makanan tidak enak, kita lupa ada yang langsung tidak jumpa makanan.
Kita merungut kerja kita berlambak2, kita lupa ada orang yang masih tercari2 untuk kerja.
Hati jadi sakit. Hati jadi hitam.
Penawarnya...
Syukur aku masih ada sesuatu untuk dimakan mengalas perut kosong. Itu lebih baik daripada tidak ada apa2 untuk dimakan.
Syukur aku banyak kerja hingga bertimbun2 fail. Itu bermakna majikan aku percaya aku boleh buat kerja tu dan menandakan khidmat kita masih diperlukan.
Memang makan kurang enak, tetapi saat lapar menyelubungi diri, yang tidak sedap itu pun mampu mengenyangkan.
Memang kerja banyak, Aku tobat stress sampai sakit2 tak boleh bangun, sakit lenguh tulang belulang. Tidak apa kerja banyak. Aku buat sikit2 setakat yang mampu. Tak siap sambung esok. Asalkan kerja tu kita buat. Biarlah lambat pun asalkan tak melepasi duedate ....ok kan? Kerja sampai bila pun tak habis....So kenapa nak stresskan diri sendiri. Buat sahajalah pelan2....sikit2 lama2 siaplah.
Dengar ada yang merungut aku lambat buat kerja?
Positifkan diri...orang tu tak bersyukur agaknya, at least kerja tu siap juga, berbanding kalau tak buat terus...Hahaha.. Pelan2 bimbing aku yang lambat ni , harap2 suatu masa nanti aku berubah jadi lebih baik. Itu lebih baik kot.
Inginkan sesuatu yang hebat memerlukan banyak pengorbanan dalam segala aspek. So kalau tak berani nak berkorban, jangan letak harapan.Everything in the world have a risk....kan?
Kehidupan ini memang penuh ranjau. Namun kalau kita tahu cara nak lalui ranjau tu....lambat laun kita jumpa juga air terjun yang sejuk dan cantik di belakang gunung.
Anisah. Silalah bersyukur!
Allah. Berikan aku kekuatan dan petunjuk. Aku bukan sesiapa tanpa RahmatMu.
p/s: Rindu nak mandi sungai. Tapi ada risiko demam 3 hari tak bangun. So lupakan....
Kita ada pilihan. Kita buat pilihan.