17 Ogos 2014

Aidilfitri 2014

Assalamualaikum Aidilfitri. Salam lebaran buat semua. Semoga Aidilfitri untuk kalian meriah tahun ini. Pada saya, agak kurang meriahnya. Almaklumlah orang raya , saya tidak berapa raya. Terpaksa sendirian di hening subuh raya. Suami belum balik kerja. Huhuhuhu tak dapat cuti beb.

Tak mengapalah. Satu pengalaman baru untuk saya. Ok ....apabila saya mula menulis di sini...bermaksud ada yang ingin saya luahkan. Tentang raya. Pada sayalah sambutan hari raya dah tidak sehangat dulu ...zaman kanak-kanak saya. Kalau dulu sebelum sembahyang sunat hari raya dah keluar rumah dah nak beraya rumah pak mak sedara yang paaaling tua dalam keluarga ...cukup sekadar minum kopi panas dan makan pagi sekadarnya kemudian "njalok ngapuro - ngomong wong jowo"...heheh. zaman la ni macam x ada dah...

Dua. Budak-budak pun dah tak g keluar beraya sendiri dengan kawan-kawan pusing keliling kampung. Yelah keadaan dah berbezakan...ditambah pula dengan berita culik sana sini. Bahaya di mana-mana saja sekarang ni. Kesian budak-budak sekarang tidak berpeluang untuk beraya sendiri. Hah saya pun agak terkejut sedikit apabila ada statement daripada murid saya perihal duit raya. Malas nak datang sekolah untuk sambut raya bersama kawan-kawan. Apatah lagi duit raya yang cikgu bagi seringgit aje! So kalau rm5 baru nak datang sambut raya sama-sama? Lihat....betapa mentality murid majoriti melihat raya adalah duit. Mesti lebih seringgit pula tu. Hancur la  macam ni. Itu di kalangan murid...kalangan budak-budak.  Takpe masih boleh dibetulkan dan dilentur..erkk boleh ke?

Tiga. Di kalangan dewasa? Duit raya juga ke isunya? Of course la tidak. Sebab yang dewasa dah ada duit sendiri dan sudah cukup arif tentang duit dan jajahan takluknya. Bagi yang dewasa pula...sibuk dengan open house Aidilfitri. Asyik-asyik open house. Tak salah kerana asalnya adalah untuk menjamu semua orang. Dan tentulah dengan ikhlas kerana bersedia dari semua sudut. Dari sudut perbelanjaannya sudah pastilah kan. Masalahnya ...dari tahun ke tahun amalan open house semakin meluas. Sehinggakan ada yang berfikir kalau tidak ada open house jadi segan nak bertandang! Sangat salah pandangan begini pada sayalah! Nak tunggu jemputan open house baru datang. Kesiannya kepada mereka-mereka yang tidak berkemampuan ber'open house'....kemampuan dari banyak sudut. Perbelanjaannya, masanya, tenaga kerjanya. Bukan semua mampu. Kerana amalan ini juga menjadikan orang segan nak menjemput datang ke rumah sebab tak ada makan2 yang sedap2. Sekadar air dan kuih pasti ada. Tapi kalau tengok open house rata2 ada macam2 makanan. Yang tak buat...jadi segan . Nak buat kemampuan pada tahun itu mungkin kurang. Sudahnya diam2 saja lah. Kesian kan? Lebih mengaibkan kalau ada yang bertanya bila nak buat open house?

Silap ni! Sepatutnya kita tak tanya orang bila nak buat open house. Kalau jawab xde budget. Malulah dia. Walaupun mungkin kita sekadar usik saja. Kita tak tahu emosi raya ni kadang2 kan lebih sentimental....lebih molek kita jemput datang bertandang rumah kita kan.....sebuk2 nak pegi umah orang nak makan sedap2...rumah sendiri tak pula berjemput. Adoiii.

Seram pikir. Takut open house jadi penyebab kurangnya budaya bertandang minta maaf....tapi lebih kepada bertandang sebab nak makan sedap dan kumpul duit raya yang mewah!

Dah tu pula open sana sini. Ada yang tertinggal atau sengaja di cicirkan. Bila jumpa ada yg bertanya plak....tak pergi ke rumah si polan- si polan?  Yang di tanya terpinga2 tak tahu apa2....mula berfikir plak kenapa saya tak tahu?

Minggu pertama raya dah elok maaf2...bila jadi situasi ketidaktahuan macamtu dah terkecil hati pula.....macam mana tu? Setahun memendam rasa. Raya tahun depan jumpa minta maaf lagi...lepas tu lupa atau sengaja lupa....terkecil hati lagi...ate...apa makna raya?!

Apapun saya pasti setiap situasi ada sebab dan Allah tahu kenapa situasi tertentu berlaku kepada hamba2Nya yang tertentu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.


05 Mac 2014

Allah punya kan?

Saya kurang faham. Atau mungkin manusia semakin lupa. Akal fikiran yang kita ada sekarang...Allah yang pinjamkan pada kita kan?
Sifat kita yang ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru pun...hasil gerak hati dari Allah juga kan?
Dari keinginan yang tinggi itu maka wujud pula sifat rajin dalam diri. So...kewujudan itu timbul dengan izin Allah kan?

Tapi kerana kita berusaha...kerana kita punya sifat rajin....yang kita dapat dengan izin Allah itu...kita tiba-tiba rasa kita hebat. Mula nak bersuara orang itu malas. Orang itu tidak mahu berusaha. Jadi kita tidak payah tolong dia. Buang masa kita aje. Biarlah dia. Siapa suruh dia tidak usaha?

Tidakkah di situ sudah timbul riak nya? Perasan tak? Huhuhuhu bersendirian membaca dan memahami status2 dalam fb buat saya terfikir persoalan2 yang tersebut di atas.

Di suatu pemikiran yang lain, saya cuba untuk tidak terbabit sama dalam pandangan berbau negatif.

Alangkah baiknya kalau yang malas ....yang tidak mahu berusaha tadi tu kita berikan cadangan membina. Itu lebih baik daripada dibiarkan.

Tapi begitulah hakikat dunia sekarang. Hanya tahu mengkritik tanpa cadangan penambahbaikkan. Eh...tapi tidak lah semua begitu. Segelintir sahaja. Namun, ada juga segelintir manusia yang memberi cadangan setelah memberi pandangan yang mengguris hati.

Sebaiknya kalaulah dapat dielakkan situasi mengguris hati itu, saya kira Allah lebih suka. Tak perlulah ayat-ayat menyindir. Agak kurang manis untuk kumpul pahala hasil dari umpatan keliling kan?

Mengapa entri ini wujud? Saya agak terkesan dengan pelbagai post yang saya kira semakin hilang adabnya.

Mungkin akan ada yang bersuara waima dalam hati : orang dah biadap, tidak perlu nak beradab. Kan? Dulu mungkin saya setuju. Tapi kalau kita ikut rasional hati dan akal waras, yang biadap akan beradab kalau kena gayanya. Kalau tepat cara sabarnya. Kembali kepada budi insan terhebat di bumi. Rasul Allah. Muhammad.

Manusia ingin jadi hebat. Tapi lupa untuk kenal Muhammad.Hebatkah kita?

Untuk kata orang lain malas?
Untuk kata orang lain tidak habis usaha?
Untuk kata orang lain kurang bijak?
Untuk kata negatif kepada orang lain?

Sebelum menilai orang lain.Mari kita semak dan nilai diri kita.Muhammadkah kita? Siti Khadijahkah kita? Siapa kita?

Semua pun Allah punya kan?
Kita menilai ciptaan Allah ?

Akan datang:
Permudahkanlah urusan...
Kamu
Dia
Diri sendiri