24 Mac 2012

Ingat...ingat...ingat???...kamu sendiri bagaimana?

ingatlah.....apa yang anda ada sekarang...tak kira anda seorang yang kaya...duit berjuta2....mpunyai harta yang banyak....ianya hanya untuk sementara....ingat kalau kita tak knal erti bersyukur....maka lenyap lah segala2nya di depan mata anda,,,,ingat.....ingat
Agaknya apa komen anda-anda semua tatkala membaca kenyataan di atas? Pernah terbaca di mana-mana? Atau mungkinkah anda tahu siapa yang mewujudkan kenyataan sedemikian itu? Herm. Menarik hati saya untuk menyoalkan....kenapa hanya fokus kepada yang kaya? duit berjuta2? harta yang banyak? sahaja? so...boleh agak tak siapa penulisnya tatkala key word (perkataan yg dibesarkan font) difokuskan? Memberi peringatan kepada yang kaya...yang duit berjuta2.....yang hartanya banyak....minta bersyukur dan segalanya untuk sementara....ingat...ingat...ingat....penegasan yang kuat...sampai 3x ingat!
Dari saya....ingat...ingat...ingat...siapa pun kita, kaya atau miskin, berharta atau papa....tetap semuanya sementara. kalau kaya....ia sementara...kalau tuhan nak tarik...kita jadi miskin. kalau miskin....juga ia sementara...kalau tuhan nak beri...tiba-tiba melimpah rezeki! Apa yang penting...jangan hanya tahu beringat tatkala dalam kepenatan....kesusahan....kesedihan dan penderitaan. Beringatlah juga tatkala kelapangan....kesenangan....keriangan dan kebahagiaan!! 
Hadapi realiti tak perlu hipokrit. Tak perlu meraih kata. Seolah orang sekeliling hanya melihat diri dengan sebelah mata. Muhasabah diri sendiri. Jangan menunding jari ke arah orang lain sebelum cermin diri dan lihatlah siapa kita dan bagaimana kita.
 

16 Mac 2012

Deconstructing the Perfect Macaron

Credit to : Smiley's Sweets and Creations

The ingredients in traditional macaron batter are deceptively unassuming - just egg whites, almond powder, icing sugar and granulated sugar - but to achieve perpect result is another thing together.



  • too airy and they dry out and crumble, too dense and they become tough and gluey. Batter texture and the formation of a skin before baking are considered essential tips from seasoned pros.
  • The tops must be smooth and lightly domed, the bottoms should be dimpled and airy with ruffled 'feet'. Bumpy texture on the surface shows that the almond wasn't ground finely enough or wasn't sifted properly.
  • The crust of the cookie should be thin and only provide the most useless protection against the soft cookie layer underneath. Biting through the crust should be effortless. The cookies texture beneath the crust should be light, just a little chewy, and soft, but no so soft that it's mushy. It's okay if the cookie looks 'uncooked'.
  • Finally, the filing must be soft and flavorful, light and not cloyingly sweet.Filing should be generous,(nothing is considered worse than to skimp on the filing), yet it should not squish out of the cookie either,as eating macaron should be a clean experience accept for a few wayward crumbs.


 credit to mr google

Aktiviti cuti sekolah

Apabila cuti...saya akan cuti betul-betul. Fresh x pikir soal kerja.Dan aktiviti utama saya. Cooking. Apabila cooking mood dah datang maka macam-macam resepi saya cuba. Heheheh

Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan
Kek Batik Arora. Nama pun dah glam. Apatah lagi rupanya. Memang meriah. Dah nampak resepi ni dalam blog Masam Manis. Tapi tergugat nak buat apabila jengah Dapur Tanpa Sempadan. Mat Gebu punya story berjaya menghasut saya untuk mencubanya. Walhal, DTS pun ambil dari blog MM. Hahaha. Saya buat dan bawa ke sekolah bulan lepas.Selepas selesai kunjungan nazir ke sekolah. Kira meraikan la jugak kan...:-)).

 Rujukan : Spices Journey
Kek buah. Kegemaran arwah ayahanda tercinta. Sekarang baru saya dapat buat. Masa arwahnya ada, tak ada pula berangan-angan nak membuatnya. Lagi buat deeekkkk ada. Hishhh tak patut kan? Yelah lagi pun masa zaman tu, belum datang bakat memasak nie. Tambahan pula oven tak ada. Order kedai je senang. Sejak dah kawin ni pulak macam-macam makanan gatal nak masak sendiri. :-p

Rujukan : {sorry lupa}
Cream Puff ni pulak, lepas ibu kepada anak murid saya beri se'tupperware' ...ada la dalam 10-12 biji camtu.Terus suka. Ayah anak murid saya ni adalah rakan saya semasa sekolah tadika...awal tahun 80-an dulu. Pergghhh lama kan? Anak sulung dia dah darjah 2, baru jodoh saya sampai. Dan saya terbuat plak cream puff ni sebab tiba-tiba teringat betapa enaknya cream puff yang saya makan tu. Di tambah-tambah pula dengan asakan dari rakan sekerja minta saya buat. Cuti ni baru berkesempatan. Belum pun hulur kat rakan sekerja yang sedang membuyung itu. Insya'allah,kalau tidak berhalangan  minggu depan merasalah dia.

 Rujukan : Masam Manis
Macaroon ni sebenarnya tak berapa nak menjadi. Untuk first time ni boleh la kan. Lagipun telan tekak sendiri. Teringin nak rasa. Masa kawin dulu buat hantaran untuk pihak lelaki. Member sponsor. Saya pun tak tahu. Tahu-tahu ada dalam dulang hantaran. Tengok je la masa tu, xde lebihan. Telan air liur dulu je la.Hehehe . Akan diteliti dan diperbaiki cara pembuatannya. Saya kena cuba lagi. Yeaahhh....semangat nih.

Rujukan : Bukan Sekadar Masakan
Kuih apam ni saya buat untuk bekalan suami ke tempat kerja. Semalam beliau sudah membeli pisang. Melihatkan pisang itu elok duduknya di atas meja. Ditegur en somi..."last2 tak laku la buah pisang ni yea, kuih tak abis-abis"...Dah cuti-cuti ni kalau tak buatkan sesuatu untuk suami makan-makan, macam tak patutla pulak. Apatah lagi dia bercerita: "Yang....semalam Pak Mat jumpa abang terus tanya....hari ni bawa kuih apa? "...hahaha apakah maksudnya itu? Saya beritahu suami saya, ......hehehe cuti-cuti sekolah macam ni boleh la bang....." .....harap2 en. somi paham!ngeh..ngeh...ngeh...

01 Mac 2012

dan seterusnya...

Beginilah perancangannya...pasti!

Diam. Dengar. Lihat. Tak perlu kata dan bertindak apa-apa.
Terpulanglah apa yang mereka mahu perdengarkan.
Terpulanglah apa yang mahu mereka perlihatkan.
Aku akan teruskan perjalanan aku.
Yang penting tugas dan tanggungjawab aku, aku buat.
Sudah.