cari id yes guru sktp

04 Jun 2008

Happy Moment for Laila & Adam

Tanggal 24hb Mei 2008 merupakan hari yang cukup bersejarah untuk kedua2 sahabatku Laila dan Adam. Tarikh itulah diaorang telah diijabkabulkan dan selamat menjadi suami isteri yang sah. Congratulations yeah.....!! Semoga korang tabah mengharungi alam perkahwinan dan sentiasa aman bahagia dunia dan akhirat. Cepat Lela....ko ade anak nanti...siaplah 'kami' sakat dia melalak satu Telok Pulai...Heheheheh macam yang ko selalu sakat bebudak kecik kat sekolah tu ler.....hehehehhe.

Aku ngan beberapa member hanya sampai di Grik 25hb....hari sanding la. Perancangan masa nak g tu memang kelakar kalau diingat-ingatkan kembali...asal nak naik bas. Abih tu dah sorang-sorang cancel.....dari bas tuko ke unser last2 tuko kancil aku jugak! Tapi save la kan naik kancil aku tuh.....kongsi2 budget lebih kurang rm40 sorang. Tu dah cukup tampug belanja minyak n tol pergi balik dah tu.

Akhirnya, selama 8 tahun aku menanti...dapat jugak aku jejakkan kaki kat bumi Grik tu.heheheh(ade kisah di sebaliknya..tapi, biarlah rahsia.....)kuang kuang kuang...

Aku pun x pernah drive menghala utara, tu yang rasa best tu.....asyik ke selatan jek....dah jemu. Tu pun ade sorang lagi member kat JB x kahwin lagi....maknanya aku akan sampai lagilah ke selatan tu kelak. Insya'Allah...tu pun kalau aku dijemput lah kan....dan tak clash ngan majlis aku.....hehehehhehe (mudah-mudahan.......korang doa2kanlah yea....walaupun calonnya jangankan batang hidung,bayang-bayang pun kesamaran lagi).
UIkss.....nak melencong plaknya...sorrryyyyyyyy.....aku masih blurrrrrrrr lagi nih sebenarnya.

Wokeh lah...ni ade beberapa gambar semasa kami di Grik,Perak Darul Ridzuan.


.: Ahli kete Kancil : Pn. Tee, Pn. Habibah dan Pn. Salmiah kenangan bersama pengantin :.


.: Yang ni pengantin bergambar bersama driver si Kancil....aku ler tu :.


.: Menyambut ketibaan si suami...segak cikgu Adam ni sepadan la ngan cikgu Laila yang manis :.


.: Singgahsana...tengok Lela malu nak angkat muka....heheheh :.

Tiada ulasan: