Sedih ...memanglah sedih. Tapi kalau dah ketentuan nak buat macam mana...terima sajalah dengan redha. Begitulah kehidupan dalam dunia ni sebenarnya, ada masa kita di atas...waktu itu dapat dirasakan kepentingan diri dalam pergaulan semasa. Dan ada masa kita berada di bawah..dan waktu itu seolah-olah kita sudah tidak penting lagi kepada mereka2 di sekeliling kita. Di masa itu kita ada atau tidak....orang dah x perasan. Kehadiran kita sudah tidak penting. Tempat kita sudah terisi oleh orang lain yang lebih berkepentingan dari kita. Dugaan dari Allah...dan itu bermakna Allah masih peduli dengan kita. Maka...besyukurlah.....
24 Februari 2013
19 Februari 2013
Merepek apakah ini...
Saya lebih selesa berkongsi perasaan di blog berbanding di facebook. Mungkin disebabkan pengunjung TS sudah hilang ditelan waktu. Kalaupun ada yang berkunjung singgah pastinya di kalangan blogger2 baru yang belum mengenali asal usulnya blog TS. :-)
Masih stress dan di sinilah tempat untuk cool down kan keadaan dan situasi yang sedang dialami. Hah.....penulis TS bakal mengorak langkah baru memasuki semula dunia blog yang sudah lama ditinggalkan. Kesibukan memaksa saya melupakan seketika rutin harian 'menulis' di sini. Dan Kesibukan yang membawa kepada kebuntuan juga telah membuka pintu baru dalam penulisan entri di blog TS.
Sana sini semua orang, dan rata-rata dari kita hanya mahu melakukan perkara yang mudah. Semuanya mahu disediakan, disuapkan...ditunjukkan. Ha...manusia mana lah ada orang yang mahu kesusahan, apatah lagi zaman semuanya di hujung jari. Pun begitu di hujung jari...lagi bertambah malas pun ada juga....harharhar. Ntahlah....
Hishhh apalah yang saya merepek nih.....herm...sebetulnya saya sedang 'bengong'....sorry....
18 Februari 2013
Sedih...sedih....saya sangat sedih okay!
Hari ini saya sangat moody....sangat-sangat. Dan entahlah kenapa macam nak meletop rasa jiwa raga. Nak marah jer rasa. Nasib baik dapat kawal saat bersama anak-anak didik saya. Sudah tiak sanggup lah rasa nak memendam. Lagipun sudah lama buku catatan maya saya ini tidak menerima entri kekecewaan dari hati kecil saya kan.....
Bermula dengan pelbagai tugasan.....sentiasa diasak begitu dan begini,itu dan ini.....diasak...diasak dan terus diasak. Otak jadi jem. Asyik sakit kepala sepanjang minggu. Malam Isnin saya sudah tidak aman dan tenang. Kepala terasa berdenyut-denyut. Memikirkan evidens2 yang perlu disediakan....memikirkan segala macam item PBS yang perlu dikemaskinikan.... dan saat ini mata saya sudah pun berpinar pinar, bilik ini saya rasa macam nak berpusing pun ada. Usai entri ini saya akan tidur. Huh awalkan......waktu moody saya! Saya tidak banyak bercakap dan bergurau macam biasa. Rasa macam nak diam jer! Namun amarah dan rasa kecewa tidak puas hati terbungkam dalam hati.
Menyesal apabila saya mengambil serius jawapan endah tidak endah yang diberi , yang akhirnya memberi kecacatan dalam prestasi kerja saya setelah 12 tahun! Sedih dan kecewa. Menampakkan sangat saya sudah semakin dihilangkan dari senarai itu. Nama saya sudah semakin pudar. Jika tidak mana mungkin saya dilupakan. Dan dalam sejarah, esok saya akan menyerah kan balasan surat yang saya terima hari ini. Terima kasih sahabat. Dan peringatan untuk saya, jika mahu bertanya....maka bertanyalah pada orang yang betul. Jika tidak, sendiri tanggung. Macam sekarang, saya tanggung sendiri kan.....prestasi masa depan yang tersimpan dalam fail dan tidak akan hilang mahupun luput, mencacatkan. Argghhhh...sedihnya! Silap saya juga, kurang peka! Perlu diakui juga salah sendiri. Tapi saya sangka dan fikir lain....tak sangka lain. EEEEEeeee....sedihnya!! SAYA SEDIH TAU!!! dalam saya gelak2 kat sekolah tu tapi hati saya sedih lah......Sharing is caring....tapi kalau sharing benda yang boleh mencacatkan prestasi orang lain....caring lah sangat.....
Dapat pulak buku rekod kehadiran.....saya bukan sengaja tapi saya betul2 terlupa. Kenapa conteng telinga kera tu guna pen???? tampal notis kan boleh.....satu lagi kecatatan dalam kerja saya. Buku rekod kehadiran tu kan tak boleh nak liquid2......sengaja untuk menampakkan kelemahan saya yang tidak saya sengajakan kah ?
Tengok buku ringkasan saya pula.......pun conteng guna pen. xde tampal notis. Di ruang itulah untuk saya catatkan impak saya....Eeeee sedihnya saya!!! Macam teruk sangat jer kerja saya. Tak apalah.......saya akan biarkan aje semua conteng-contengan tu......saya tak akan liquid.....saya tak akan tampal.....biar semua orang tengok kalau depa belek2 buku saya .....x kisahlah sapa yang belek......kawan2....pentadbir2 atau pemantau2......saya akan biarkan mereka menilai saya berdasarkan contengan2 itu......
Sharing is caring......kan....
buka plak facebook.......baca status begitu begini......eeeeeaiiiii meruntun jiwa. awak sedar tak status tu mengguris hati orang ke tak.....awak sedar tak msg2 awak tu tidak dibalas oleh orang yang awak harap dia akan reply atau respon......awak tak pikir ke kenapa orang tu senyap aje.....ohhh mungkin awak tak sedar statement awak tu menyentuh hati dia? jadi...dia malas nak layan......dulu senyap tetiba potpetpotpet kat fb begitu begini ..baru la nak sms kat tepon.....yer tahniah atas kejayaan awak dan awak sedang sangat berbahagia...kami belum direzekikan oleh Allah untuk menerima kejayaan macam awak okay.......semoga awak berjaya harungi rintangan dan bakal menemui hasil kejayaan awak yang seterusnya.
ok...saya dah bertambah sakit kepala...stressss dan sedih hati. Saya nak lelapkan mata.~End~
Allah.....Maafkan Aku.
03 Februari 2013
Langgan:
Catatan (Atom)