cari id yes guru sktp

13 Mei 2010

sejalur harapan


penat
kalau asyik terjumpa silap orang
penat
kalau asyik tersilap sayang orang

kuat benarkah aku ini
hingga aku yang selalu terpilih
hingga aku yang selalu dipilih

kuat benarkah diri ini
untuk menampung segala dugaan
untuk menanggung segala cabaran

tapi betapa besarnya
hajat aku
nekad aku
sebenarnya...

untuk melihat dia berjaya
untuk melihat dia bahagia
untuk melihat dia gembira
untuk melihat dia berubah
berdikari dan berdikari

kerana aku teringin sangat...
melihat dia berdiri atas kakinya sendiri
kerana aku sangat sayang dia

2 ulasan:

- jinggo - berkata...

dan saya pun silap org lagi....

ONE ZABA berkata...

dah selalu sangat pilihanraya kecil pun boleh silap pilih jugak....kacau ni!!!