Permata 10 : Boleh bersendiri
- tidak memerlukan kehadiran kekasih 24 jam.
- mampu menyelesaikan masalah walaupun penuh rintangan serta tidak bergantung harap pada lelaki.
- mampu bergembira dan melalui kehidupan dengan TENANG ketika berjauhan daripada kekasih dengan hati masih merinduinya
- perempuan yang bijak tidak membosankan lelaki
- lelaki yang JUJUR mampu mencari keikhlasan hati kekasihnya melalui sinar mata yang terpancar.
- Jika hubungan yang terjalin berasaskan harta benda, perempuan tidak mampu menyorokkan perasaan lahapnya pada pandangan mata.
- lelaki sudah tentu memilih perempuan yang mampu membuat dia 'turn on'.
- sensual seseorang perempuan mampu tercetus dengan lenggok berbicara atau manja gelaknya.
- perempuan harus mencari di mana letaknya sensual diri dan menggilapnya supaya menjadi lebih BERHARGA di mata lelaki.
- cantik tidak semestinya pandai bergaya.
- tampak manis, menyenangkan dan tentunya bersih.
- perempuan yang hebat mesti tahu mencari titik keseimbangan antara kebersihan dan kecantikan.
- menghormati, menyayangi dan menerima kekurangan pasangan sebelum mengagumi kelebihan yang ada padanya.
- walaupun tidak bersetuju dengan pendapatnya si dia, masih mampu mendengar, berbincang dan menghormati pendiriannya.
- bukan sifat kekasih yang baik untuk membentak-bentak apalagi mengherdik lelaki kesayangannya.
- perempuan budiman akan SENTIASA memberi perangsang dan semangat kepada kekasihnya untuk terus memajukan diri dari segala sudut.
- "There is nothing worse than a nag! A great girlfriend knows this and chooses her battles wisely. She knows when to speak up and when to let it slide"
- kenbanyakan lelaki tidak cekap untuk menangkis segala leteran perempuan apalagi untuk berhujah mematahkan serangan perempuan. Jadi kalau bercita-cita untuk menyerlahkan satu kualiti diri yang hebat di mata lelaki, kurangkanlah teguran yang sentiasa berbaur negatif.
- kekasih yang baik akan berusaha mengenali, mengecam dan menghafal nama setiap orang yang disayangi oleh pasangannya.
- harus ikhlas, LUHUR dan suci.
- kalau cinta lahir disebabkan HARTA atau pangkat, hangatnya mungkin sekadar suam-suam kuku.
- kekasih yang hebat tidak akan berusaha keras mengubah beberapa sikap buruk yang mungkin ada pada pasangan.
- seandainya perubahan perlu dilakukan, ia pasti diatur secara berperingkat-peringkat.
- jadikan dia lelaki hebat, sempurna dan penuh rasa bangga.
- menghangatkan hubungan dengan dorongan positif, kata semangat dan perangsang agar dia mampu maju dalam bidang yang diceburi.
Jika kita-perempuan- memiliki lima daripada ciri yang tersebut di atas, maka kita sebenarnya seorang perempuan yang DITUNGGU-TUNGGU.
Masam-masam Manis : Ragam dara tika bercinta
Masih lagi tulisan LILY HASLINA NASIR.
So......apa kata korang-korang LELAKI? Benarkah?
Pyan, Saintis and Mr Pusat ? ni kira perempuan budiman la kan....korang pernah tanya. So aku dah langsai hutang ngan korang yea....Hehehehe....
Ingin lihat n3 lalu : lelaki budiman & lelaki budiman 2
12 ulasan:
Kak tirana nak tunggu jugak komen dari lelaki..hehehe..
lelaki yang hebat ialah yang dapat menerima kelebihan dan kekurangan pasangannya dengan hati yang redha..
Tari ditari tarian saji,
Langkah diatur penuh sopan;
Lelaki yang lembut jangan dikeji,
Disebalik kelembutan ada kekerasan.
...auwww.
Sejahat-jahat lelaki... tetap berkeinginan memilih perempuan yang budiman sebagai pasangan. begitu juga sebaliknya.
cgu anis dan puan tirana
ini komen dari lelaki
memang itu yg lelaki mahu - kesimpulan dari N3 ni : lelaki memang SENTIASA nak duduk diatas - egonya menjadikan dia selalu mahu dibetulkan dan dianggap penting oleh orang yg bernama kekasih.
sejarah telah menjadikan lelaki begitu ( melayu terutamanya ).
contoh : kalau kahwin kenapa tradisinya perempuan panggil lelaki 'abang ' - sebab......aku kan abang ( semua betul ).
kesilapan dimana2 - satu dari lima akan mencacatkan perhubungan...
ok kita gurau2 -tapi saya ada fakta untuk itu....
Nie baru dua abang yang komen. Abang-abang lain macamne ek...?
heheh betul kata akak tu. pasangan yg hebat adalah pasangan yang boleh menerima pasangannya yang sedia ada.
salam kak ANIS...
aduhai syahdunya entri ni akak...
belek2 diri/telek sana-sini...
yang pastibils berumahtangga sri memang tahu sri akan diMADUkan.bukan madu yang itu le akak...bermadu dgn PERJUANGAN si bakal suami...apakah???siapakah??
mak salu pesan:
jgn jadi penghalang lelaki berbakti pd org tua kerana syurganya di sana.
alahai minta2 dia yang jauh tak terjumpa n terbaca blog akak.
syg selalu kak...sgt bagus entri.
;)
N3 yg baik. dua tiga kali gak aku baca..heheh... kesimpulannya `isteri adalah pakaian suami, suami adalah pakaian suami`. rasanya semua nak pakai pakaian yg cantik, kemas dan terbaik. nampaknya kena jadi stalker la lps ni hahahha..
erm...sri..sri...madu? madu dengan sesuatu yang tak bernyawa. fikir.
dengan yang bernyawa...fikir-fikir.
apa? siapa? manolah den tau....sumo ado dalam secret sri...nak story kat den ko? hehehe
apa pun jom kita berusaha untuk jadi perempuan yang DITUNGGU-TUNGGU..
ckgu one z...memangla...rasanya takde orang yang...emmm belasah je la ...semua insan nak yang terbaik.
ckgu jinggo :
kenapa bila berkahwin perempuan panggil lelaki abang...sebab takde sapa pun cuba panggil isterinya kakak....kuikui gurau jek!
sejarah, kebiasaan dan kelaziman turun temurun...kan ckgu. Akhirnya menjadikannya adat kebiasaan kita.
Lelaki ketua
Lelaki hebat
Lelaki nakhoda
Lelaki teraju utama rumahtangga.
Of course kita wajar taat, hormat kepada ketua, orang hebat, setia pada nakhoda yang menjadi teraju dalam keluarga.
jangan tersalah pilih ketua sudah...
suami-isteri pasangan yang saling melengkapi. sapa nak jadi stalker? ko ker....hahahha intai2, hendap2...jangan tergelincir taaauuu! ekekeke
huhuhu... ni kategori mrs perfect... bila la nak dapat mrs perfect... yg kedua? ke tiga? ke empat?... kuikuikui...
yg dah ada ni pefect di mata sendiri... pandangan org lain leh dengar je.... tak semestinya betul...
betul. subjektif. perfect di mata orang belum tentu perfect di mata kita. :-). Semoga yang perfect sekarang akan sentiasa dan kekal perfect sampai bila2
x perlu 2-3-4 kalau dah perfect.
Catat Ulasan