Memaparkan catatan dengan label Hari Raya 09. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hari Raya 09. Papar semua catatan

18 Oktober 2009

alahai....penatnya

Dari Khamis...aku dah mula ke sana, ke sini, ke situ....berhentinya 1/2 ke 1 jam je. Khamis petang aku dengan laila dah mula buat persediaan untuk Hari Keluarga.Tugas kami, cari hadiah...dan balut hadiah. Malamnya dah janji nak ke Jusco Bukit Tinggi. Makan2. Hahahaha.

Tengahari Jumaat, aku bertapa pulak kat umah Laila sampai kul 4 petang.....apalagi kerja membalut2 hadiah tu la. Then Huda call la pulak....ajak aku g open house umah Niza kat setia alam. Kena rempuh Klang tu....tapi oleh kerana aku jadi penumpang, so orait ja la...ihiks....lawak la setia alam , nak masuk dalam pas pelawatnya BESAR GEDABAK saiz A4 tu....segan mak aihh ....hahahaha

Balik dari umah Niza tu, aku singgah pasar malam kat kg delek. Selang beberapa minit tiba rumah, kak sal plak sampai . Kami nak pegi open house kat sementa plak. Umah Cikgu Amin. Cikgu Amin nie dulu cikgu disiplin SKTP.Syoknya open house umah cikgu Amin nie...kompem ade macam2 menu. Aiskrim tak tinggal....wakakaka. Penatnya..sampai umah lebih kurang 11.30 malam tu.

Kat umah cikgu Amin nie, aku dah x larat nak makan makanan berat-berat. Tapi ade spagetti kegemaran aku tu, aku jamahlah sikit. Nanti kempunan plak kan? heheh then makan kebab dan kuih-muih...tak larat nak rasa semua. Menu? memang banyak. Tapi sebab dah makan kat umah Niza petang tu, aku dah full.

Sabtu...aku bangun awal subuh. Nak siapkan ayah sebelum aku memulakan agenda sabtu itu. Perjalanan ke Bagan Lalang untuk hari yang aku nanti2kan. Ha memang seronok apabila untuk pertama kalinya semenjak aku posting di SKTP (10 tahun dah)Kelab Guru akhirnya berjaya menganjurkan HARI KELUARGA SKTP. walaupun hanya 1/4 sahaja guru yang menyertai, tapi bila dah masing2 bawa keluarga masing-masing.....ramailah jugak. Dan meriah. Tapi kalau SEMUA guru menyertai pasti lagi MERIAH kan? ngeh..ngeh..ngeh.Kita layan gambar-gambar dan video kat bawah ni je lah yea....
Kawasan penginapan. Nak mandi, nak salin pakaian...kat sini ler...kat PNK ...dekat je ngan pantai. Adam dan Zainal serta isteri masing2 dah sampai malam sabtu tu lagi. Kiranya deme jadi penyambut kami la pagi tu..hahaha.
syok eh...dapat berkenalan dengan suami/isteri cikgu-cikgu sktp yang selama ni kita mungkin dapat lihat-lihat wajahnya sahaja. Hari Keluarga, memang merapatkan silaturrahim sesama warga SKTP dan keluarga. Aku simpulkan yang objektif Hari Keluarga SKTP ni tercapai.
Banyak aktiviti. Ha masa ni la kita nampak orang-orang dewasa yang jadi macam budak-budak. main-main, lari-lari, lompat-lompat....hahahahahah memang release stresss.
Haziq (anak cikgu syazly) dan suraya (anak cikgu hasnizam) masing-masing dengan 'jajan' yang diaorang kumpul/rebutkan dalam acara kanak-kanak . syok eh...'jajan' tu jadi hak milik deme.
Ini acara lelaki dewasa-musical chair dan bola sepak.
dan
Bonda Bibah, Mami Tee dan Ibunda sedang lepak2. Macam biasa...Ibunda lah yang paling anggun sekali. Hehehehe
Dah di penghujung. Aku dengan hamper 1st prize cabutan bertuah. Hahaha aku memang bertuah. Tapi....ada juga yang tak bertuahnya diri aku nie. Anyway nisbah bertuah tu lagi banyak tau...chewaaahhh-statement nak senangkan hati.




13 Oktober 2009

Sweet Memory....wif my friends.








Ha.........gambar-gambar nie buat aku senyum-senyum-senyum-senyum dan senyum dari hati. manis senyuman yang sama manisnya dalam hati....very d sweet memory....reunion akan datang disember nanti pasti lebih meriah dan senyuman tentu akan laaaagi lebar.....huhuhuhu rindu kengkawan mprm semuaaaa....

08 Oktober 2009

Syawal 15 ( 4 okt ) :100 dan Sungai Koyan

Hahaha....met tengah malam. Amacam? cute2 tak wajah2 di atas? aku, puteri dan eeeda. Sejak dua menjak nie...actually dah bermula dari tahun lepas lagi. time berjalan...beraya... inilah dia muka 3 sekawan. ada eeeda akan ada aku. dan apabila ada aku akan ada puteri. Ha...tahun ni je kot. tahun depan agaknya dah tinggal aku dengan eeeda....berdua kembali. Almaklumlah puteri ni waktu2 nie tengah berdarah manis...tunang orang budak ni sekarang.

Gambar-gambar kenangan ni lokasinya di sebuah rumah yang cantik nombornya,one hundred! Kat mana? Ha..kat Felda Sungai Koyan.Kami ....eh,sebenarnya aku dapat jemputan rumah terbuka seorang kawan blogger....cgu shahril yang mengajar di sk mela. Actually kami tak pernah pun merancang bila nak jumpa ke....apa ke...its just happen...

jemputan melalui YM jer...shahril kata aku jemputan pertama- yeyey ooooo je ntah betul ke tidak adik non sorang nie. heheheh. Masa aku dan kengkawan dah tiba di raub aku call...erm...betul ke ade open house nie...?? aku sendiri tak percaya, x pernah jumpa tiba2 terus beraya kat umah...hehehe memula seganlah jugak...sebab tak de sapa dikenali..tapi bila dah jumpa orang ramai2 tu...okay jer pun..hahaha seronok lah juga dapat kenalan baru. Dan aku dapat jumpa pulak dengan silent reader Tinta Semalam. Hahahah sapa sangka ye tak? Terima kasih banyak2 buat anda2 silent readerku...hehehe agaknya dah dua-tiga hari kot dia tunggu entri nie. Hahahaha . Apa kata....sesekali tinggalkan jejak?? (komen la sikit)...hehe

Dan aku pun tak sangka juga...ade member2 tagged cgu shahril yang boleh cam aku. Aku je tak cam deme. Sebab tak berapa nak aktif kat tagged. Maaf ye. Satu lagi tak sangka jugak.....jumpa sorang mamat nie....'errrr.....macam pernah ku lihat wajahnya ...di mana ya???" hahaha dan secara spontannya aku tegur dia...."karl erk?....karl laksamana?..."

Tapi tak dapat borak pun. sebab masa karl sampai aku dah nak masuk kete dah....seronok juga kan sesekali para blogger dapat bersua muka. On the way balik ke KL , kami (aku n eeeda)- plan nak naik gunung pulak....cgu one....nantikan kami nak serbu nie....tapi belum ada hari dan tarikh lagi.kuang kuang kuang....apa2 pun awas je la ye....sebab kami dah pasang niat nie....bila niat dah ada insya'allah akan sampai lah tu....hehe

Lagi gambar kenangan bersama cgu shahril a.k.a putra745


02 Oktober 2009

sapu sawang

bersawang sudah blog aku ni. tapi yang sedar bersawang aku je la pun. 'orang2' lain tak de perasan pun blog ni bersawang ke tak....kan?he.....Ha..tiba-tiba macam takde masa nak menulis. cerita ada.dan hari ini aku luangkan sedikit. curi-curi peluang. pendek sahaja.tapi ada 2-3 cerita dalam satu cerita. hahahaha (sengaja supaya jadi panjang kot).

Raya 7 hari tu aku beraya umah kak sal. Lepas aku buat n3 syawal indah di negeri sembilan. kalau tak buat n3 beraya kat negeri selangor, merajuk pulak kengkawan kat negeri selangor nie kan...hehehe.beraya rumah kak sal kat taman sri andalas, kami di jamu nasi ayam. sambal yang kak sal buat..memang power sedap. hahaha aku sangat suka sambal air tangan kak sal tu tau. ntah berapa kali aku sebut perkataan sedap tu kat umah kak sal..banyak kali.

Raya 8 aku dan puteri di rumah saja. apa tak nya tetiba ada 3 orang sakit dalam umah aku. ayah..dah memang la. tambah lagi puteri yang kena cirit birit dan aku..betis cramp dari subuh hingga petang. Adooiiii. dan nasib baik fahmi hantar barang yang aku order..produk tasly dan dia suh aku buh benda ni kat betis. alhamdulillah tak sampai 5 minit tapak aku dah boleh jalan sentuh rapat ke bumi. tak lah tempang lagi.


kira bagus produk ni...aku pun simpan satu dalam handbag aku. satu simpan kat umah. manalah tau kot ter'cramp' lagi. aku sapu mende alah nie je...cgu2 PJ patut simpan ne....hehehe

dalam sakit2 tu...takkan aku nak duk diam ye tak? nak jalan2 cari makan tak leh. masa ni lah aku dok lepak2 lebih sikit kat dapur. dan aku memasak. dalam sakit2 ni la aku teringin nak makan macam2. xde sapa nak suh masak...nak manja2...aku buatlah sendiri kat dapur. puteri dah lembik dah masa ni.huhuhuhuhu aku masak apa? ha ni dia...nampak sedap tak?? untuk sarapan pagi dan makan tengah hari....hahahhaa....

nasi goreng tu kegemaran aku.
terung berlada ayah suka menu ni.
masak lemak cili api permintaan dak puteri.

kalau xde sesapa kat umah-memang aku tak rajin nak masak.
p/s - mentang2 baru balik negeri sembilan, tetiba tekak teringin makan masak lomak cili api pulak...kan put3....hhehe

27 September 2009

Balik lagi....he

Aku tak puas bercerita balik ke tempat yang banyak kenangan indah...N9. Banyak lagi gambar2 sehari beraya bersama kawan-kawan di sana yang aku belum terima daripada Eeeda dan Shamsul.Aku masih menunggu gambar daripada diaorang berdua. Gambar2 yang dah ada ni daripada Eeeda. Perghhhh rasa tak puas aku menatap gambar2 nie. Berulangkali aku menatapnya. Dalam kamera Shamsul lagi la....aku tunggu nie saintis wei....x kira..aku nak gak gambar2 tu semua! hehehehe
Balik lagi??....pelik ek apabila aku guna frasa 'balik lagi'...
Tahun 2009 nie dua kali aku ke N9...'kepulangan' pertama Jun 2009 yang lalu. Berdua ja dengan eeeda..ronda2 N9. Niat masa tu nak jumpa saintis ngan k zia tak kesampaian. So...hari raya, kami 'balik' lagi. Alhamdulillah...dapat juga beraya dengan saintis,liza dan suraya. Cuma dengan k zia, tuhan tak izinkan lagi...belum berjodohan nak jumpa agaknya. Rancang nak beraya satu rumah je...rumah saintis. Mana nak sangka...boleh berantai...terus beraya ngan Liza dan Suraya. Kami singgah juga ke rumah Arai, dia tak ada...belum nak dijumpakan barangkali.

Aku letak lagi gambar. Jangan korang fed-up plak ek...dengan gambar2 ni. Aku suka. Dan kalau dah dapat gambar daripada saintis nanti...jangan korang menyampah plak....sebab aku akan upload juga gambar2 daripada saintis tu nanti. Sebab aku suka nak tengok gambar2 tu. Sangat mengimbau kenangan di N9. Nak2 masa kat Bandar Seremban, Rembau dan Tampin. Alamak - aku jadi teringat kat Zainab! Zainab tu la kawan aku berulang Seremban<-->Rembau<-->Tampin. Apalah agaknya khabar Zainab sekarang....




26 September 2009

Syawal 6 - Tempat Jatuh Lagi Di Kenang

Tempat jatuh lagi di kenang....
Itulah ibaratnya.
Syawal 6 - Aku balik Negeri Sembilan.
Setiap kali ke N9 , aku mesti terasa macam balik kampung.
Banyaknya kenangan di Bumi Perpatih ini.

Syawal 6 - Syawal yang 'Hepi' untuk hati sepi aku.
Sangat berterima kasih kepada

Shamsul aka Saintis
Liza
Idah
Puteri
Suraya

kerana menjadikan Syawal 6 ini terwujud di memoriku.
Memori Indah.

Aku seronok dapat beraya dengan kalian.
Lama tak jumpa- 10 tahun
Mana sangka dapat kita beraya sama2 tahun nie.
Aku berharap pertemuan kali ini akan terus berkekalan.

Bak kata Shamsul... pertemuan syawal ini adalah pembuka tirai dan permulaan kepada pertemuan-pertemuan yang seterusnya. Pokok pangkalnya adalah diri kita. Ada rezeki panjang umur jumpa lagi. Hah...aku suka baca statement tu. Dan semoga pertemuan seterusnya akan bertambah lagi bilangan ahlinya. Best juga kalau dibuat acara tahunan. Ikut giliran. Kalau pertemuan kali ni kat N9...pertemuan seterusnya kat Selangor pulak. Pusing habis semua negeri. Hehehe. Syokkkkk!! Bestkan....??? angan-angan....he

Syawal 5

Kak Sazila mai raya..........!!! heheh buat surprise akak sorang nie. Kata tak balik semenanjung. Balik gak rupenya. Love u sis!!
Hari Syawal 5. Idah on the way ke rumah aku dari Jerantut. Terus kami plan untuk beraya dengan Shamsul kat Tampin. Best.....
Hari Syawal 5. Puteri sms. "Saya balik hari ni" Seronok. Hari ini rumah aku akan penuh semula.
Idah...aku pelawa tak payah balik Sg Buloh. Tidur je rumah aku dan bertolak ke Tampin dari Klang. Jimat masa. Ceh....last minute cancel. Alasan-sepupu Idah nak datang umah Idah malam tu. Huhuhuhu...
Put3....kul 830 sampai depan umah aku. Adik hantar naik Myvi Putih. Put3- nak join sekali aku balik negeri sembilan. Cantikkkk...lagi ramai lagi meriah.
Syawal 5. Aku baru nak terasa bahang Hari Raya!

24 September 2009

Petang Syawal 4

Kelekaan dengan suasana Syawal. Aku terlupa seketika dengan telefon bimbitku.Sudah 2 hari aku berenggang dengan 'sahabat' ku yang satu itu. Ketiadaannya hanya aku sedar setelah maghrib menjelang. Selama berjauhan, 'sahabat' itu elok duduknya di bawah timbunan banal-bantal di katil bujangku. Hahahaha makanya.....setiap sms x berbalas, setiap panggilan x berjawab. Maaf la teman2 yang ber 'sms' dan teman2 yang membuat panggilan. Dan jika kalian membaca catatan ini. Apakata...korang kalau nak datang....datang saja lah. Aku...gerenti ada kat rumah. Kalau xde pun...setakat pergi kedai je kot. Isk...isk...isk...sebab tahun ni ternampak2 yang aku xde peluang nak beraya. Beraya kat kampung sebelah pun aku x dapat nak join apatah lagi yang melintasi sempadan daerah....huhuhuhuhu sedihnya hati. Sungguh tak Syoookkkkkkkkkkkkkkkk.....(heheh x bley nak melaram) muahahaha....

Petang tadi...aku sangat pelik. Phone tak off dan xde pulak berbunyi. Tapi tiba2 dah ada miscall. Kawan ajak beraya kat Kampung Delek.
---------------------------------------------------------------------------
'Alahai..orang tak mandi lagi nie...'
'Ala...ko ada masa dalam 20 minit nak siap2..'
'Ok...apa2 hal nanti saya sms'
---------------------------------------------------------------------------
'Orang nak ikut kawan beraya kat kg delek kejap,boleh tak?'
'Nanti ko pegi lama'
'Takde lama mananya...lagipun dah petang dah ni'
'Ani...sini kejap'
'Ye...'
'Tak payah pegilah!'
-----------------------------------------------------------------------------

Huhuhuhuhu...aku dah pegang baju yang dah di gosok. Konon nak pakai g beraya ni. Aku pakai lah jugak walaupun TERPAKSA membatalkan hasrat nak keluar beraya. Macam nak nangis jer.

-----------------------------------------------------------------------------
'Akak pergilah raya. Saya tak bley ikut. Enjoy the hari raya without me okay'
'Tak pelah. Lain kali kita pegi raya sama2'
'Huhuhu, sedihnya...tak dapat ikut'
'Jom arrr'
'X bley...boss bagi lampu merah'
-------------------------------------------------------------------------------

uwaaaaaaaaaaaaaaa....aku betul2 terasa macam nak nangisssssssss!!! Orang nak rayeeeeee!

Tadi ...abang Atan dan keluarganya dah sampai. terubat sikit kehampaanku.

23 September 2009

Syawal seterusnya..2-3-4

Syawal 2-3 masih meriah. Kerabat sebelah ayah pulak. Abang Sam dan keluarga beserta Kak Ru sekeluarga. Abang-abang dan kakak-kakak dr kerabat Wak Kasiman, tu la dua orang yang baru sampai. Yang lain...hujung2 cutilah kot baru nk tiba. Tapi aku BERHARAP sangat abang yang satu itu TAK PERLU datang. Kalau dia datang....aku akan KELUAR! Sorry la kalau kali ni aku tunjuk keras hati. Hah....memang kali ni dengan dia aku berkerat rotan,berpatah arang!

Kerabat Wak Damiri yang dah datang beraya, ermm...anak sedara kesayangan ayah aku ...Kak Sue dan suaminya Abang Salleh. Siap ayah call..' ko tak datang raya umah paman ker..?' Hehehe malam tu jugak Kak Sue sampai. Sabo jer la ayah aku ni. Sebelum Kak sue mai, syawal 2 Abang Anang dah sampai dulu. Raya sakan dema ni coz Abang Anang cuti panjang gak. Sorang lagi anak sedara kesayangan ayah yang sedang dinantikan kehadirannya..Abang Atan. he..anak takde...anak sedara lah ayah menumpang manja. isk..isk..

Syawal 2 adik2 lelaki ayah sampai. Paman Iju dari Kuang. Perghhh sekali rumah aku kena serbu daaaaa....Mana taknya Paman Iju bawak sekali semua anak2 dan menantu..cucu...penuh rumah.Dah petang2 sikit, Pak Su Jajuli plak tiba...dengan bik Jun. Hehehe bik Ain tak tahu la...ntah sampai ntah tidak..ngeh..ngeh..ngeh...

Adik2 perempuan ayah pun dah sampai Syawal 3. Makcik aku dari Jenjarum,Kuala Langat...bik Misnah dan dari Kg Selamat,Sungai Buloh....bik Kamariah. Dema ni memang selalu datang berpakat. Yelah deme jelah dua beradik pompuan yg ada dalam family ayah kan...so rapat la. Dari rumah aku...deme terus raya balik ke Pulau. Nak makan tengahari kat rumah Pak Su Jajuli aku. WAAAAAA aku tak dapek nak join!!!! Sedihhhhh weeiiiiiiii aku x dapek kuar beraya. isk isk isk....nak rayaaaaaaa la jugakkkkk!!!! Aku dah buhsan dah nie.....dah mula la nie...tengok TV tak kena...Bukak Tenet tak kena. Kejap g dapur..kejap g depan..... Adoiiiii boring la plak.....Apatah lagi hari nie.....Syawal 4 ....xde sapa datang lagi nie sehingga waktu n3 ini di'taip'....aku sudah macam cacing kepanasan dah!

Kepada yang sedang beraya.....Syokkkk la korang dapat berjalan raya. Aku jelaous kemain nihhhhh...Adooiiiii!! ngeh..ngeh..ngeh....hati-hati di jalan raya!

20 September 2009

Syawal 1

Alamak!....aku terbabas pagi raya. Bahana tidur sekitar jam 2 pagi. 630...kelam kabut sikit..solat subuh....nak masak air...panaskan lauk...dan terlupa nak......? Nasib baik saya ada sebut insya'allah...kalau tak dah kira mungkir janji dah ni.Harap dimaafkan yea. Dan tetamu terawal...jam 7.00 pagi. Aku tak sempat nak mandi lagi huhuhuhu. Abang sepupu aku, Abang Yem dan isterinya. Tiap-tiap tahun pun memang macam tu...Abang Yem akan jadi tetamu paling awal. Adakala datang beraya semata-mata. Makan tidak..minum pun tidak.

Adat..atau budaya orang jawa. Mengunjungi saudara tua sebelum pergi solat raya. Aku masa kecik2 dulu pun memang itulah rutinnya. Ayah akan kejut aku pagi2...lepas aku beraya dengan ayah. Ayah akan bawa aku dengan basikalnya beraya kat rumah semua wak-wak aku. Oleh kerana arwah mak anak bongsu, dari 6 beradik...maka kami dua beranak nie akan beraya kat semua rumah adik-beradik arwah mak sebelum pergi sembahyang raya. Of course la ...sesapa yang masih ada ayah ibu...maka rumah itulah yang pertama. Dan kerana atuk dan nenek sebelah arwah mak dah takde...maka rumah wak yang sulung jadi sasaran.

Paling best masa kat umah Wak Amat...sebab anak2 dan cucu2nya pun berkumpul sama pagi2 nie. Ramai. Meriah. Lepas tu Wak Zainab plak...kat sini pun ramai macam kat umah Wak Amat. Duit raya paling mahal aku dapat bila pergi umah Wak Nab nie. Hehehe dulu ler masa aku kecik2. Sekarang ni Wak Nab dah arwah....wak lanangnya Wak Mohd Diah pun dah arwah. Kami duk sekejap2 jer setiap rumah sebab nak kejar waktu kan...Ok seterusnya kami akan pergi rumah Wak Manab pulak. Ha rumah wak Manab nilah rumah kedua aku. Hehehe. Kat sini lah aku dibesarkan. Makan sepinggan , tidur sebantal dengan dua orang sepupu lelaki(Mazlan dan Ridzuan) . Masa tu adik (Siti) belum ada lagi. So ...of course aku jadi anak perempuan wak. Last sekali ayah akan bawa aku raya rumah Wak Fatimah pulak. Kat umah ni pun sama...pagi2 dah riuh dengan anak cucu Wak Timah. Untuk masa sekarang Wak Fatimah pun dah arwah. Wak Joned...aku tak kenal sangat. Sebab masa aku kecik...memang Wak Joned dah arwah. Dan arwah mak aku pun sememangnya aku tak ingat aku pernah beraya dengannya ke tidak. Sebab arwah mak meninggal dunia semasa umurnya 40tahun...dan aku masa tu baru berusia 4 tahun.
So...adik beradik arwah mak yang masih ada ....Abang yang sulung,Wak Amat lah....umur dah sekitar 80-an kot kalau aku tak silap dan Wak Manab je..pun dah berusia lewat 70-an.

Dan sekarang giliran ayah aku pulak diziarahi anak-anak saudaranya di Sungai Udang ni. Ayah aku ni anak saudara, cucu saudara dan cicit saudara memang ramai.
Sapa datang beraya umah aku Syawal 1 ini?
Macam aku sebut tadi....
  1. Abang Yem .
  2. Pastu...Abang Emol dan isteri, Kak Minah. Erm..Abang Emol nie dah mcm anak angkat ayah dah. Meriah jugaklah sebab Ibu dan adik Kak Minah datang beraya kat sini. Diaorang ni Warga Indonesia.
  3. Kak Wok. Adik abang Yem tadi. Kak Wok datang dengan 2 keluarga anaknya. Keluarga Along Din dan Keluarga Sidah. Dua keluarga yang dah berkembang. Penuh rumah aku. Baju aku pun dah start basah dah.Ops...tambah dua lagi keluarga. Keluarga Kak Saim dan keluarga Abang Rashid...dua-dua tu pun adik Kak Wok.
  4. Belum sempat basuh gelas 4 keluarga yang usai beraya dengan ayah. Datang pulak budak-budak . Anak-anak jiran aku. Jiran aku ni..Abang Kamal. Tak balik Perak. Sebab maknya yang datang beraya kat Klang. So malam tadi umah Abang Kamal memang penuh. Memang meriah. Laman penuh kereta. Siap bakar lemang. Mercun??? Rasa macam aku pun nak meletup sama. Terkejut dah jantung aku beberapa kali. Adehhhh.
  5. Pastu....aku lupa plak nama tamu nie. Heheh dia tukang cat umah aku dulu. Warga Indonesia juga. Hehehe
  6. Dalam jam 3 lebih gitu, Am ...jiran sebelah umah pulak datang. Dtang dengan anak daranya yang cute...comel. 2 tahun.
  7. Lewat petang, rakan sekerja aku pula datang berkunjung. PK 1 , Pn. Tee ditemani Pn. Salmiah. Erkkk kekok rasa nak panggil Pn. Salmiah. Sebab dah biasa panggil Kak Sal. Tapi dah Kak Sal naik pangkat jadi Penyelia Petang ...kena biasa2 kan lidah panggil Pn. Huhuhuhu...Pak Su aku pesan, Itu Etika. Adehhhhhh!
  8. Penutup tamu syawal 1....Abang Ari dan Kak Ani. Abang Ari ni anak arwah Wak Niah. Kakak sulung bapak aku.
Kiranya...syawal 1 tamunya hampir semuanya adalah kerabat Wak Amat aku tu. Aku juga belum sempat nak beraya dengan Wak Amat. Awal2 raya ni , mana la boleh aku nak tinggalkan ayah sorang diri. Dah basi raya nanti barulah aku dapat merayap kot....insya'allah. Hehehe aku kena tunggu semua tetamu dah mai rumah aku, baru aku dapat line nak menyelinap keluar. Muahahhaa....Orait....selesai satu hari raya yang biasa. Esok nak kena bangun awal lagi. Aku setia menjadi penyambut tetamu. Huhuhuhu.Kito ketemu meneh ngesok yo. Salam Aidilfitri.

17 September 2009

Senario Hari Raya



Hari Raya meriahnya suasana
Ada Mak....Ada Ayah
Kakak.....Abang.....Adik
Ipar duai...
Kanak-kanak....anak sedara..sepupu sepapat...
Pak Long....Mak Ngah....Pak Lang...Mak Ndak....Ada Usu

Meriahnya Hari Raya....
Balik Kampung...
Rumah sunyi....Jadi riuh rendah....

Sungai Udang
Cuma dua nyawa...
Satu nyawa datar....
Yang satu lagi jadi sepi.

Hari raya...meriah di zahirnya
Hari raya...senyuman di wajahnya
Hari raya saban tahun ada sepi didasarnya
Yang disulami gelak tawa


Selamat Hari Raya Aidilfitri

atas : kad raya daripada MaizaC'Joe-terima kasih

Kepada semua pengunjung Tinta Semalam,
diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Semoga Aidilfitri ini
adalah yang terindah buat anda semua.
Semoga Aidilfitri ini
akan mengerat hubungan sesama kita.
Semoga Aidilfitri ini
membuka satu lagi hubungan baru buat kita semua.
Mudah-mudahan.

Di kesempatan ini,
Kususun sepuluh jari,
Kutitip kata-kata hati,
Mohon ampun dan maaf

Sekiranya ada...

Tersilap kata
Yang memedih telinga

Tersalah bahasa
Yang menghiris jiwa

Terlanjur bicara
Yang mengundang rajuk rasa

Buat teman-teman semua
Di alam maya juga alam nyata
Dariku si ~insan biasa~

Ku mohon ribuan juga mungkin jutaan kemaafan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
2009