Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan

11 Disember 2012

Tahniah Kak Su...

 Kelakar! Pagi tadi punya kelam kabut En. Nuar dah terlewat ke tempat kerja. 7:40 pagi dah merempit. Tup...tup 8:30 pagi dah balik rumah. Saya fikirkan dia tertinggal barang ke...apa ke...rupa-rupanya hari ini Selangor cuti! Hahahaha...boleh pula suami isteri terlupa. Ampun Tuanku.....

DIRGAHAYU Ke Bawah DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 66.

KLANG: Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah mengetuai senarai 113 penerima anugerah, darjah dan bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini apabila dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Kedua (DKII) pada istiadat di Istana Alam Shah, di sini. 

Gembiranya dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Hari Keputeraan Sultan Selangor 2012, pasti jadi ingatan untuk keluarga Kak Su (sepupu saya) sampai bila-bila kerana suami Kak Su, Abang Salleh adalah salah seorang individu yang menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS). Saya pun kebetulan je tahu tentang berita gembira ni petang tadi.

Saya sebenarnya merancang nak ke rumah Kak Su petang tadi, dan kebiasaannya saya akan sms dulu. Yelah...takut pergi main redah je tak ada orang pula. Sia-sia je nanti.Apabila sms, Kak Su kata dia ada jamuan hi-tea kat istana sebab Abang Salleh terima anugerah hari ni. Tu yang tahu tu....Anyway tahniah Kak Su dan Abang Salleh.... tahun ni dapat anugerah...tahun depan, Februari dapat menantu pula. Semoga kegembiraan sentiasa menyelubungi keluarga.

 ~ Happy to both of you ~

Sebelum gatal tangan sms Kak Su tu saya dah pun plan nak ke rumahnya dengan bawa sikit ole-ole. Rasa macam kosong sangat pula kalau pergi berlenggang. Tengok dalam peti sejuk ada balance buah strawberry. Tengok dalam blog Mat Gebu ada resepi Fresh Strawberry Muffin. Tengok barang-barang keperluan semua cukup kat dalam almari. Makanya selepas siap lauk ikan pari masak asam pedas untuk makan tengah hari , saya terus buat muffin menurut resepi Mat Gebu. hehehe bolehkan Mat Gebu....saya buat sendiri tau siap tabur icing sugar lagi, dan saya guna gambar saya sendiri. Resepi je yang saya follow. Huhu. Dan inilah hasilnya. 

Cuma...warna pinknya kurang menyerlah. Strawberry emulco tu tak cukup agaknya. Nasib baik rasanya ok, dan En. Nuar lepas ngap satu...amik satu...amik satu....sedap katanya. Alhamdulillah...lega muffin tu menjadi dari segi rasa. Hehehehe....Inilah buah tangannya yang hendak di bawa untuk Kak Su tapi tidak kesampaian. Ntah dah berapa lain kali dah nak ke rumah Kak Su ni. Ada sahaja halangannya. Herm....tuhan belum izinkan. Tapi bulan Februari tu dah memang kompem kena rewang  :-))).

29 November 2012

Hilangkan rasa kecewa

Salam Ukhuwah buat pengunjung TS. Terima kasih sebab suka nak main klik-klik pada frasa Tinta Semalam. Sangat menghargai tindakan anda itu. Peace Yoooo!!! hehehe. Mari hilangkan rasa kecewa. Kecewa merupakan suatu perasaan yang normal wujud pada manusia yang mempunyai hati.Kalau tidak pernah merasai perasaan itu sekarang mungkin pada masa akan datang. Yang pasti semua orang akan merasai. Saya? Hahaha sedang berada dalam hati yang gundah gulana la nie. Itu yang mencari cara menghilang rasa yang negatif tu.

Apa yang saya kecewa. Ahh...tentang prestasi diri saya sendiri. Kini sudah pun sedikit mengganggu pencapaian masa hadapan saya.Sedihkan? Bohong la kalau saya tidak kecewa kan? Dan untuk memperbaikinya saya perlu menolong diri saya sendiri dan bukannya dengan cara merintih belas ihsan kawan-kawan. Kepada yang prihatin, terima kasih. Andalah sahabat,teman dan kawan saya. Kepada yang menyepi, jangan risau anda masih kenalan saya. Tuntutan harian anda memberi komitmen kepada kerja dan keluarga juga penting. Itu saya faham. Maka saya redhakan hati saya dengan apa pun situasi. Mudah-mudahan Allah memberkati.Terima kasih tuhan!

Gembirakan hati mengubat rasa kecewa itulah caranya. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan hati gundah bertukar ceria. Cara saya. Masak. alamatnya makin babamla saya buka sekolah nanti! Apa yang penting.....senyum dan gembira.

Petang tadi saya asyik mengadap blog-blog masakan dan akhirnya saya tertarik dengan resepi tortilla. Mencari-cari kepingan tortilla di pasaran, tak jumpa pula. Saya tekad buat sendiri. Hahaha...kemahiran belum cukup, ketebalan tortilla saya tidak seperti yang sepatutnya. Tapi boleh la juga. Kunyah mulut sendiri je pun kan,....suami pun tak komplen, so boleh la diterima. Ngeh...ngeh...ha....sedikit berbunga dihati. Mudah je kan kalau nak hilangkan rasa kecewa?Semua pun atas diri sendiri...kalau dilayan...GILA la gamaknya.


Beberapa hati sebelum ni, kalau tidak salah pada hari Sabtu yang lepas....saya punyalah teringin nak merasa dan menjamah durian crepe yang semakin menjadi-jadi sebutan orang ramai. Pun saya cubalah buat sendiri setelah merayau-rayau kot ada yang menjual di sekitar bandar Klang, tapi tak jumpa. Saya ni pandai sangat pulaknya nak buat crepenya tu...hahaha kelakar, nasib baik suami rajin nak membuatkannya untuk saya. Happy sangat. Gembira lagi.....mari kita cari lagi kegembiraan. Kalau tidak ada, bukan menjadi kesalahan untuk kita wujudkannya...betulkan??? Inilah hasil durian crepe saya.

 Rujukan : Blog Masam Manis

Blog Masam Manis adalah blog yang wajib saya kunjungi saban hari. Memang tak jemu. Gambar yang cantik-cantik dan resepi-resepi yang sangat menarik. Saya dah jadi peminat setia blog ini. Selain blog masam manis, ada dua lagi blog yang sering saya kunjungi. Blog Spices Journey. Blog ini milik Kak Shiela, merangkap isteri kepada abang sepupu saya. :-) . Saya gemar  juga mengunjungi blog Mat Gebu ,Dapur Tanpa Sempadan. Resepi-resepinya mudah untuk diikuti lantaran penerangan langkah demi langkah yang mudah difahami. Best sangat! Saya la....orang lain saya tak tahu. Kalau dah boring tak tahu nak masak apa, di blog-blog inilah saya pinjam resepi. Hehehehe Herm...gembirakan? So tak perlu susah-susah memikirkan kesusahan yang menimpa. Lagi pula saya dengar dalam rancangan Dato' Fadzilah Kamsah tu...Selami Jiwa....Kalau kita diberi satu musibah, sabarlah dan tuhan akan balas dengan dua kegembiraan! Senyum dan teruskan senyuman. Orang yang gembira belum tentu tersenyum, tapi orang yang tersenyum pasti akan gembira.


16 Mac 2012

Aktiviti cuti sekolah

Apabila cuti...saya akan cuti betul-betul. Fresh x pikir soal kerja.Dan aktiviti utama saya. Cooking. Apabila cooking mood dah datang maka macam-macam resepi saya cuba. Heheheh

Rujukan : Dapur Tanpa Sempadan
Kek Batik Arora. Nama pun dah glam. Apatah lagi rupanya. Memang meriah. Dah nampak resepi ni dalam blog Masam Manis. Tapi tergugat nak buat apabila jengah Dapur Tanpa Sempadan. Mat Gebu punya story berjaya menghasut saya untuk mencubanya. Walhal, DTS pun ambil dari blog MM. Hahaha. Saya buat dan bawa ke sekolah bulan lepas.Selepas selesai kunjungan nazir ke sekolah. Kira meraikan la jugak kan...:-)).

 Rujukan : Spices Journey
Kek buah. Kegemaran arwah ayahanda tercinta. Sekarang baru saya dapat buat. Masa arwahnya ada, tak ada pula berangan-angan nak membuatnya. Lagi buat deeekkkk ada. Hishhh tak patut kan? Yelah lagi pun masa zaman tu, belum datang bakat memasak nie. Tambahan pula oven tak ada. Order kedai je senang. Sejak dah kawin ni pulak macam-macam makanan gatal nak masak sendiri. :-p

Rujukan : {sorry lupa}
Cream Puff ni pulak, lepas ibu kepada anak murid saya beri se'tupperware' ...ada la dalam 10-12 biji camtu.Terus suka. Ayah anak murid saya ni adalah rakan saya semasa sekolah tadika...awal tahun 80-an dulu. Pergghhh lama kan? Anak sulung dia dah darjah 2, baru jodoh saya sampai. Dan saya terbuat plak cream puff ni sebab tiba-tiba teringat betapa enaknya cream puff yang saya makan tu. Di tambah-tambah pula dengan asakan dari rakan sekerja minta saya buat. Cuti ni baru berkesempatan. Belum pun hulur kat rakan sekerja yang sedang membuyung itu. Insya'allah,kalau tidak berhalangan  minggu depan merasalah dia.

 Rujukan : Masam Manis
Macaroon ni sebenarnya tak berapa nak menjadi. Untuk first time ni boleh la kan. Lagipun telan tekak sendiri. Teringin nak rasa. Masa kawin dulu buat hantaran untuk pihak lelaki. Member sponsor. Saya pun tak tahu. Tahu-tahu ada dalam dulang hantaran. Tengok je la masa tu, xde lebihan. Telan air liur dulu je la.Hehehe . Akan diteliti dan diperbaiki cara pembuatannya. Saya kena cuba lagi. Yeaahhh....semangat nih.

Rujukan : Bukan Sekadar Masakan
Kuih apam ni saya buat untuk bekalan suami ke tempat kerja. Semalam beliau sudah membeli pisang. Melihatkan pisang itu elok duduknya di atas meja. Ditegur en somi..."last2 tak laku la buah pisang ni yea, kuih tak abis-abis"...Dah cuti-cuti ni kalau tak buatkan sesuatu untuk suami makan-makan, macam tak patutla pulak. Apatah lagi dia bercerita: "Yang....semalam Pak Mat jumpa abang terus tanya....hari ni bawa kuih apa? "...hahaha apakah maksudnya itu? Saya beritahu suami saya, ......hehehe cuti-cuti sekolah macam ni boleh la bang....." .....harap2 en. somi paham!ngeh..ngeh...ngeh...

23 Jun 2011

s.i.b.u.k

  • s - sukan. sibuk dengan latihan sukaneka. 2hb larian 1 murid 1 sukan dan sukaneka serentak kami jalankan. 3hb kejohanan sukan tahunan sktp.
  • s - saringan 5 lisan numerasi dan literasi linus kohort 1  sedang berlangsung.
  • i - imun badan semacam bermasalah. balik terus pengsan. selubung. tiba-tiba sejuk. 
  • b - buku laporan adab belajar perlu disiapkan. 24hb adalah hari terbuka.
  • u - umpama menyelam minum air. semua nak buat. badan sampai tak larat.
  • k - kelas perlu di update. keperluan majlis 10hb juga perlu diteruskan. Argghh...stress!
  • k - kehadiran pemantau linus secara mengejut menjadikan sistem imun semakin gagal berfungsi dengan baik...hehe
21hb
  • kehadiran mengejut pemantau linus. arrghh penyelaras linus plak xde. 
  • taklimat pengedaran susu 1 malaysia. cara pegang, cara buka plastic straw, cara nak minum. mak aiihh...saya dulu pun antara murid yang tersenarai dapat susu sekolah. xde pun taklimat cara nak minum. hihihi
  • latihan sukaneka tahap 1
  • maka ke hulur dan ke hilir satu hari di sekolah. x dan pun nak duduk mahupun menulis-nulis. x pegang pen pun ok. 
22hb
  • mesyuarat kejohanan sukan tahunan kali-2 dan larian 1 malaysia.
  • latihan sukaneka tahap 1
  • latihan larian 60m L & P, 4 x 50m L&P. syukur cuaca redup.
23hb
  • pembelajaran dan pengajaran akan berlangsung seperti biasa. insya'allah.kalau saya sihat dan tidak mc.huhuhuhu
24hb
  • hari terbuka sktp
  • hari berjumpa dengan i/bapa dan perbincangan tentang prestasi murid-murid.best!
25hb
  • .............harap dapatlah berehat hari ini.errkkk tapi ada kemungkinan inilah harinya saya membantu kawan2 saya menyiapkan keceriaan bilik guru dan peluang saya meminta kawan2 saya membantu saya menceriakan galeri wawasan a.k.a muzium sekolah.
26hb
  • barang2 en. tunang akan tiba pada hari ini. gulp..banyak benda nak kena kemas nih.
  • perlu juga menghadiri majlis cukur jambul anak sepupu saya. insya'allah kalau sempat.....tapi rasa macam x terkejar je badan ni nak memenuhi.
27hb
  • raptai sukaneka

Julai
2hb
  • larian 1 malaysia & sukaneka tahap 1
3hb
  • kejohanan sukan tahunan
4hb
  • arrggghhh......cuti peristiwa. lega! (sikit jer leganya, tapi alhamdulillah)
    5hb
    • majlis persaraan GPK koko
    8hb
    • saya dah mula cuti dan perlu beri perhatian penuh persiapan big day saya
    10hb
    • reunion untuk seluruh keluarga dikedua2 belah arwah ayah dan mak, kawan2 sktp 1999-2011,untuk kawan2 blogger,juga mini reunion untuk kawan2 saya sktg 85-90, mgs 91-95, mprm 96-99 dan oum 06-09
    11hb - 12hb
    • saya nak berehat sungguh2!!!! bley???

    31 Mei 2011

    Episod sebuah cerita

    Episod sebuah cerita. Banyak episod ni dalam post kali ni. Sebab ketiadaan mood untuk membuat entri saat peristiwa yang berlaku. Malam ni saya himpunkan cerita-cerita saya yang berlaku 2 hari ni.
    Bermula ahad. Saya berkejaran semampunya memenuhi 2 jemputan. Dua je....tapi satu di Klang,Selangor dan satu di Kota, Negeri Sembilan. Saya ke Kota dulu....sebab dah janji dengan kawan nak jumpa di tol Pedas.
    Asal niatnya selepas kenduri kawan saya ni, saya nak bergegas balik ke Klang pula bagi memenuhi jemputan pukul 5 petang, anak sepupu saya nak bertunang pula. Tapi tersinggah pula ke rumah sorang kawan di Pedas.....borak punya borak, opssss menghampiri Asar! For sure tak sempat la nak tiba tepat pada waktu yang sepatutnya ke Klang kan?  Dan saya sampai di rumah sepupu saya tu jam 6.30 petang. Saya lepaklah dengan semua sepupu2 saya di rumahnya hingga maghrib. Sebelum balik tu dah tentunya saya memastikan perut sudah penuh di isi.....Hehehehe.
    (sorry la blur gambar ni..coz, time ni saya tgh lapar kot...hehehe)

    Malamnya saya tenggelam hanyut. Hahaha mengantuk giler tambah penat.....mentor pun x tertengok! Whuaa...
    Isnin, Sekolah!!!!!! errrkkkkkk sekolah? Yelaaahhhh sekolah ....jam 10pagi dah ada di sekolah......aktiviti mengisi markah peperiksaan yang baru lepas. S/U peperiksaan mahu markah segera coz data perlu dihantar ke PPD 14 Jun.....So seminggu ni cikgu2 sekolah saya bertungkus lumus menanda dan mengisi markah.Isi markah sekejap je. Lepas tu saya membantu pula kawan2 saya mengecat bilik disiplin. Kenalah bantu sebab lepas ni deme juga akan bantu saya 'menyiapkan' bilik galeri saya......heheheh. Semua pun cikgu2 pompuan wokeh! Nak harapkan cikgu2 laki? Hampeh.......macam tak ikhlas je nak nolong......lesap selepas  sejam. Esok ntahlah datang tolong ke tak......Saya sangat kecewa dengan sikap diaorang sebenarnya! Sudahnya cikgu2 pompuan le sambung mengecat sampai kul 1.30 petang.Memula macam malas nak masak, ingat nak makan kedai je, tapi tetiba teringin plak nak makan ikan siakap. So cincai jer la saya masak ini.
    Makan-makan sambil layan citer Indonesia - Lagenda Joko ke Negeri Awan. Ahaksssss......!!! Pastu time petang-petang sikit try buat ini pulak......macam jadi tak jadi je saya rasa. Ahhhhh belasah je la..... makan sendiri je pun. Hehehehehe




    Yeaaahhh.....layan makan sambil menonton cerita KONGSI - LU LANGSI LU MATI. Best gak citer ni lawak!!!!

    Okay itu saja episod cerita kali ini. Tatatata





    27 Mei 2011

    Kentang Putar ~homemade~


    Lagi memenuhi permintaan. Kali ni resepi kentang putar pulak. Actually saya hanya copy paste dari SINI aje. Tapi xpelah saya pun nak simpan resepi ni dalam blog TS .....so inilah resepinya.....

    KENTANG PUTAR

    Bahan-bahan :
    • Beberapa biji kentang (ikutlah banyak mana nak)
    • Sedikit susu segar
    • Serbuk lada hitam atau lada hitam yang ditumbuk
    Cara-cara :
    1. Kupas kulit kentang, basuh dan potong 8. Rebus hingga empuk.
    2. Toskan kentang yang telah empuk. Lenyek hingga halus atau boleh kisar di dalam food processor sambil memasukkan sedikit demi sedikit susu segar dan lada hitam sehingga mendapat texture yang anda inginkan.
    3. Scoopkan ke dalam mangkuk dan tuangkan sos ke atasnya sebelum dimakan.

    SOS KENTANG PUTAR
    Sumber resepi : daunpandan (My Resipi)


    Bahan-bahan :
    • 650 ml air
    • 5 sudu besar stok ayam pekat (dalam botol kaca)
    • 1 biji bawang besar -dicincang
    • 1 batang saderi - dicincang (Naz guna 2 rumpun saderi)
    • 40 gm mentega
    • 20 gm tepung gandum (Naz guna 2-3 Tbsp tepung gandum)
    • 1 Tbsp sos tomato
    • 1 Tbsp sos tiram
    • Sedikit serbuk lada hitam
    • Beberapa titis kicap pekat (untuk memberi warna)
    • Garam (Naz tak letak pun)
    Cara-cara :
    1. Masak air bersama stok ayam, saderi dan bawang besar hingga mendidih. Kecilkan api dan renih selama 10 minit. Tutup api dan tapis ke dalam mangkuk.
    2. Cairkan mentega di dalam periuk di atas api sederhana. Masukkan tepung gandum. Kacau hingga tidak melekat di tepi periuk.
    3. Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau agar tidak bergentel.
    4. Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titis kicap pekat(sebagai pewarna). Masukkan serbuk lada hitam.
    5. Masak hingga mendapat kepekatan yang diingini. Untuk garam, rasa dulu sos kentang putar tu sebab stok ayam dan sos tiram pun dah masin. Naz tak letak pun garam.. 

    Resepi ~atas permintaan~

    Resepi ~atas permintaan~  ? Ye...permintaan kawan2.....Nak tunggu saya menghulur saya tak terdaya nak melayan semua 73 orang guru di sekolah saya. Ahaks........Tak sangka pulak semua orang suka, ade tu baru tengok gambar jer pun...belum rasa. Yang dah rasa siap nak sebiji.... ngeh..ngeh..ngeh....dasat kan??? kan??? Ok lah untuk tidak menambah kehampaan kawan2 saya.....saya tepek resepi ni kat blog saya yang pink ini. Kredit untuk isteri kepada abang Anang saya.....Kak Shila yang telah sudi berkongsi resepi ini ya!! Tq Kak Shila......love uuuuuuuuuuuu!!!

    Kek Lapis Kaya Kukus

    bahan2:
    ~~1 cawan marjerin
    ~~1 cawan gula kastor (yg ni saya guna 3/4 cawan je)
    ~~5 biji telur gred A
    ~~1 tin susu pekat (yang ni pun 3/4 cawan gak...)
    ~~1 tin kecil kaya
    ~~1 1/2 cwn tepung gandum
    ~~1 sudu kecil esen vanila

    cara2:
    -pukul gula & marjerin hngga kembang..masuk kan telur satu persatu & pukul sebati
    -masukan susu pekat,kaya,esen vanila& tepung..pukul adunan sebati
    -bahagi kan adunan & letak pewarna& paste yang disukai
    -tuang kan adunan di dalam loyang secara berselang seli setiap bahagian kukus selama 10min...

    masa mengukus nie xsemsti nya 10 minit kita tengok dulu kalau agak2 masak boleh terus letak lapisan lain...

    Hasilnya akan jadi macam nie.....letak banyak..lapis jadi besar2lahkan....kalau nak lapis nipis2 (saya x rajin) letaklah sesenduk adunan untuk setiap lapis, yang saya buat ni letak secawan adunan.... 
    kalau lagi malas,boleh je wat macam kat dalam gambar di bawah ni pulak. Automatik jadi kek marble kukus kan...kan....hehehe...masa mengukus lebih kurang 1jam. Untuk kek marble ni saya campur dengan badam cincang. So masa makan tu akan terasa la kacang badam tu......sedap tau!!! Ce try buat! Ihiks...



    SELAMAT MENCUBA!!!!

    22 Mei 2011

    Jom minum petang

    Petang ini saya cuba buat kentang putar pulak......alhamdulillah...boleh la kalau nak makan.....puas arrr lepas ni makan buat sendiri. Kuah sosnya nak tuang banyak mana pun boleh......:-) Jom minum petang!

    Masa untuk melepak di dapur Tinta Semalam

    Saya masih lagi berada dalam mood memasak. Hati happy walaupun en. tunang jauh di Pahang . Hari ini adalah hari ulang tahun kelahirannya. Saya tidak diizinkan menyambut hari ulang tahun tunang saya agaknya. Maka hari ini akan berlalu begitu sahaja. :-( ....Redha je la segala ketentuan. Tapi saya masih lagi happy, maka untuk tengahari ini saya menghabiskan masa di dapur lagi. Dan hari ini saya sangat teringin makan sotong. hehehe.....Juadah yang agak bercampur aduk.....

    1. Nasi Hujan Panas - malang tul sebab terlebih kaler hijau. sepatutnya ade kaler merah....tapi kaler merah takde, saya tibai kaler yang ade je la..... ahaks.
    2. Sambal Sotong - akhirnya dapat jugak saya makan sotong hari ni. Yummm..yummm....
    3. Kerabu Epal Hijau - first time saya cuba....best sangat sedap tau! Makan begitu saja pun enak lohhhh....:-)

     Herm......petang ni nak masak apa pulak yea.......tunggggguuuuuuuuuuuu......

    21 Mei 2011

    Main masak-masak

    Dah lama benar saya tidak meng'asap'kan dapur saya. Hari ni tiba-tiba rindu plak. Sejak ayah dah tiada, saya amat jarang sekali lepak-lepak dan menghabiskan masa saya di dapur. Setahun saya cuti memasak. Tiba-tiba juga teringat ada satu ketika, masa tu makcik saya tinggal bersama saya kerana menjaga ayah saya yang sakit. Pergghhhh mewah betul rumah saya dengan makanan masa itu. Pagi sarapan, tengahari makan, petang ada kudap-kudapan. Sangat  best! Dan saya selalu bawa bekalan kuih muih ke sekolah. Kuih lapis, kuih talam berlauk, kuih karipap, kuih nagasari, kuih apam, kuih abok-abok, kuih cucur badak, lempeng, cendol pun buat sendiri beb! perghhh segala macam kuih tradisional lah kiranya.

    Dan saya ambil kesempatan yang ada untuk belajar buat semua kuih-muih itu sementara makcik saya tinggal di rumah saya setengah tahun ada kot. Siap salin resepi dalam buku nota saya! Hahahha sayang seribu kali sayang....saya tak ingat mana saya letak buku resepi turun temurun saya tu. huahuahua.....Tiba-tiba saya rindu dengan segala kuih-muih tradisi tu. Saya rindu nak buat sendiri. Dan cikgu-cikgu di sekolah saya paling suka kuih talam berlauk saya. Tapi saya dah hilang resepi tu sekarang.....camno nak buek yo? Ayah dan makcik saya kedua-duanya dah arwah. Al-fatehah.

    Saya godek-godek fb sepupu saya. Best la plak tengok segala resepi yang ada dalam picture dia. Belek-belek saya cuba buat kek lapis kaya kukus ni....(segala kuih-muih kukus memang jadi fokus saya...hahahha ) Ni lah hasilnya.......boleh la kan.....dalam peti ais cuma ade kaler hijau dan kuning...so jadilah lapis dia camnie. Lain kali nak try kaler lain plak......ade request tak, nak kaler apa? ce bagitau....nanti saya cuba buat! hihihihihi



    Cumanya macam manis sangat la plak.....lain kali kena kurangkan gula nie......Yummm...yummmm....yummmyyy! Jom makan.

    20 September 2010

    Kegemaran aku nie....

    Satu lagi menu wajib ketika bagi masyarakat berketurunan Jawa ni ialah Sayur Goreng Lada@ sambal goreng. Yang ni berbeza yer dengan sambal gorengyang kering. Sambal goreng ni plak versi basah. Selalu dihidang ketika majlis kenduri kahwin dan salah satu menu juga dalam penyediaan nasi ambeng.

    Bahan-bahannya:

    • 5 biji kentang dikupas dan dipotong kecil dan digoreng
    • 1 bungkus tempe -dipotog kecil dan digoreng
    • 2 keping fucuk -digoreng dan pecah-pecahkan
    • segenggam suhun -di rendam dgn air
    • segenggam ikan bilis
    • 2 ulah bawang besar -dipotong baji
    • 5 ulas bawang merah -dihiris
    • 3 ulas bawag putih dihiris
    • 10 tangkai cili kering- digunting serong dan direndam dgn a ir
    • 1 inci lengkuas -dihiris halus
    • 1 inci belacan*
    • 1/2 cawan air asam jawa*
    • 1 -2 cawan santan cair
    • garam dan gula secukup rasa
    • 2 sudu kicap
    • ***hancurkan belacan dengan air asam

    Cara Memasaknya:

    1. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan ikan bilis hingga naik bau
    2. Masukkan lengkuas dan cili kering yang direndam tadi. Tumis hingga naik bau
    3. Masukkan air asam + belacan dan tumis lagi
    4. Masukkan santan, kicap, garam dan gula secukup rasa
    5. Bila dah mendidih, masukkan semua bahan tadi, kentang, tempe, fucuk, bawang besar dan suhun
    6. Gaulkan semua hingga sayur lembut dan kering

    aku amik and copy paste je resepi nie daripada blog suka main masak-masak.

    25 Oktober 2009

    Be with the Tasly Family


    picture 1 - Puteri, Fazli, Fahmi and me

    I have no words to tell about last night event...but i want to write something.hahaha
    alamak aiiii sangat letih. tapi event yang sangat seronok. 1 Malaysia lagi. Majoriti Indians...Minoriti Malays...and the leader..direct from China. Hohohoh Syokkk aaa...

    First time in my life...balik sampai di rumah kul 3 pagi. Panas kupingku dengan leteran ayah yang sinis. Tobat. Tahun depan takmo ikut lagi event nih. Walaupun diakui sangat gemilang! Tak larat seyyyyy kalau sampai 2-3 pagi. Adeeehhhh. Agaknya la takmo ikut. Bergantung kepada keadaan semasa. kuikuikui.

    Jajarkan ke Tengahpicture 2- with Mama a.k.a kak azie - pencetus semangat

    Persembahan so goshhhh 10's thumb up...tapi tu la..tak larat nak tunggu sampai 2-3 pagi. Panjang sangat.Satu kata-kata daripada seorang penerima anugerah malam tu...

    from zero to hero
    from nothing to something

    from nobody to somebody


    there, i want to be like that ma....tapi ikut cara aku, ikut minat aku, and ikut talent aku la....huhhuu. Dan apa yang kita nak capai pasti ada bayaran yang perlu diberikan. Today...nothing is free. Ada yang perlu dikorbankan. Sanggup ke nak pegang risiko -korban- tu???? tenung-tenung....renung-renung...fikir-fikir.


    picture 3 - The great Success Nite with Deeparaya 2009


    16 Oktober 2009

    Jom kita...

    jom kita....

    dah dua hari hormon geram tu ada....
    nak realesekannya....
    jom kita.....
    pergi makan....

    kfc?
    kr?
    yong tau fu sup?
    sate?

    dan akhirnya malam semalam kami ke

    kalau dah namanya Klang...pilihlah jalan manapun. kompem jem. apatah lagi di musim perayaan Deepavali. Klang jadi tumpuan. Terutamanya Little India tu...perghhhhh. Pasal tu la sorang member nie lambat. kami semua dari Klang Selatan. Dia sorang je la dari Klang utara. Jenuhlah kalau sempadan lain2 nie. Jenuh nak rempuh jem. Tapi kitaorang pergi jugak. Abih camno....KLANG...terimalah hakikatnya. Dan kena bertahan mungkin sehingga hujung tahun 2010....huhuhuhu...itupun ntahhhhhhh.

    Dan untuk elakkan jem nak tempuh bandar Klang tu....member ikut jalan kampung jawa. Ceh, jem jugakkk tu. Dan sementara menunggu, kami yang ada bergambar sat no...hehehe

    pastu kami ronda2 sat kat jusco Bukit Tinggi nie, perghhhh handbag-kasut diskaun 20-50% la pulak. Nasib baik nafsu nak beli xde. Maklumlah nak tunggu gaji bulan 11 jenuh nie....hahahaha. Dan akhirnya kami semua berkumpul ......
    lagi gambar-gambar - Sweet Memory With My Friends
    Selesai sudah makan-makan tahun nie kat Kenny Rogers Roasters, Jusco, Bukit Tinggi Klang. Next trip...jalan-jalan cari makan kat Sijangkang Batu 7 ? Nasi lemak, sate, mee rebus, laksa, ABC....tempat tu, walaupun warung saja, tapi sentiasa penuh tiap malam...syokkk tu. Jom kita...Hhaahaha...

    27 Jun 2009

    sekarang yang tak seperti dulu

    Dah bertahun aku tak makan buah durian. 6-8 tahun ada rasanya. Yea...sungguhpun buah durian banyak di jual di tepi-tepi jalan, ntah aku memandang sepi. Walhal itulah buah tempatan yang paling aku gilai di zaman kanak-kanak dulu.

    Ayah dulu kerjanya jaga parit je...pergi balik kerja cuma berbasikal. Rumah kat Klang, berbasikal lah ke mana pun...ikutlah mana tempat nak dibersihkan. kat Kuala...Port Klang...Telok Gong...Pandamaran....ke mana saja....berbasikal. Aku masa tu lebih kurang darjah 2 - 3 gitu ...di tinggalkan dengan kakak sepupu (kakak2 sepupu aku semuanya baya2 mak ayah aku jer- arwah mak anak bongsu-tu la pasal)hehehe .Kalau tak pun aku duk sorang-sorang je di rumah. Dan sekarang anak2 sepupu aku a.k.a anak sedara la kan...baya-baya aku je. Aku ni gelaran nenek sedara pun aku dah sandang! muahahahaha...tapi nenek muda le.erkkkk muda lagi ye? majoriti panggil nek unggal jek la. kahkahkah aku..nenek???!!! kawin pun belom tau!

    Eh, kenapalah cerita ni plak yea....? tetiba teringat, zaman aku kecik dulu. Ayah selalu bawak balik durian. Lepas makan malam kalau time ayah bawa balik durian tu...duduklah kami dua beranak makan buah durian tu dengan seleranya. Tak cukup ayah kopek lagi...dan lagi...dan lagi... tapi tak makin habis pun, simpan dalam tupperware letak kat peti sejuk. Sama je kami ni dua beranak suka durian.

    Kalau balik kampung-Pulau Indah, time tu naik bot la....belum ada jambatan lagi...musim buah je mesti kalau tak sebuntil...dua buntil buah kami angkut bawak balik Klang. Durian of course satu buntil. Hahahahh puas kami dua beranak makan berdua.

    Tapi sekarang semua tu dah tak ada. Pokok durian kat kampung pun dah tak banyak berbuah macam dulu. Banyak yang dah tua. Ayah pun dah tak sihat. Uzur. Dah tak boleh bau buah durian lagi. Pening katanya. So sebab tu la aku tak de makan buah durian tu lagi. Tetiba je semenjak dua ni tekak aku teringin bebenor nak menjamahnya. So aku belilah yang dah siap kopek tu....dan aku duduk kat dapur (tempat aku dan ayah selalu lepak time makan durian)...cumanya kali ni aku sorang-sorang je. Sunyi sepi. Takde lagi dengar bual bicara atau gelak gurau senda macam dulu. Makan sorang diri...adehhh tetiba time makan tu aku jadi emo plak. Teringat kisah lama kami dua beranak. Isk kekadang terdetik kat hati..."kalaulah dulu ayah cari pengganti arwah mak...."....xdelah ayah kena tinggal sorang2 kat umah masa aku g kerja ....(bukan apa- sakit2 macam skrg, time aku takde...at least ada isteri/anak2 lain tolong jaga).

    Ahaaaa....switch tune...Ingat durian...ingat tempoyak....paling aku suka - Udang masak tempoyak!! Perggghhhh....(ada gak esok pagi orang pergi pasar cari udang cari tempoyak nie....) ahaks! Yeaaahhhhahhhh! Peaceeee kembalikan keceriaan di hati buang emo-emo tu....emo kejap dah la. kan? Hidup harus di teruskan. Semoga ayah akan kembali sihat seperti sedia kala. Aminnnn.

    10 Januari 2009

    Sktp hari ini...

    Cikgu-cikgi

    Ucapan

    Yeay..yeay...hadiah

    Makan time

    .: Menu :.
    Nasi Ayam
    Sirap Limau

    SKTP HARI INI

    SKTP hari ini
    Kenal Pn. Guru Besar
    Kenal cikgu pemulihan
    Cikgu pra belum ada

    SKTP hari ini
    Hari erat silaturrahim
    Antara warga sekolah

    SKTP hari ini
    Kerjasama
    Buat kerja sama
    Bersih kelas
    Deko bilik darjah
    Belum selesai

    SKTP hari ini
    Merai rakan taulan
    Sembang-sembang
    Makan-makan

    SKTP hari ini
    Ukir senyum di bibir
    Terbit ceria di hati



    07 Januari 2009

    JJCM-Satay

    Makan lagi...kali ini JJCM belah malam. Mulut ni la gatal dok tanya Puteri bila nak g makan sate. Tup tup petang tadi sampai je rumah.Puteri sms ajak g makan sate. Uiks...bior betoi, saya bergurau2 betul2 dia ngajaknya. Siap minta bawa emmy lagi tu. So, saya sms emmy....lampu hijau. Puteri sms Bia, lampu hijau. Maka, last minute planning tu pun berlangsung dengan jayanya. heheheh Kami pilih sate Hj Samuri yang terkenal kat Kajang tu....eh, tapi xdelah sampai ke Kajang, cawangan kat Bukit Tinggi,Klang ada....xyah g jauh2.

    Hehehhe yang kelakarnya, orang Klang boleh sesat kat Klang. Wakakakakak....salah masuk lorong daaaaa. So pusing2 makan angin dulu la sebelum makan sate. Walhal masing2 dah lapo dah time tu. hehehehe.About 9.30 kitaorang sampai, 4 jenis sate jadi pilihan. Ada 4 orang kan....4 la seleranya. heheheh sate ayam,daging,perut dan hati. Sikit je 10+10+10+5 cucuk jer. Sedap juga sesekali berkumpul dengan kawan2 makan kat luar. Dah lama tak buat aktiviti camni sejak best friend saya cikgu wana sambung belajar. Huhuhuhuh.

    31 Disember 2008

    Sehari bersama....

    Actually gambar2 ni saya rakam 24/12 yang lalu. Meluangkan masa bersama rakan saya yang satu ini. Hehehhe ye ke? Mungkin juga boleh di terbalikkan ....rakan saya yang meluangkan masanya untuk saya!. Emmy, rakan dari sekolah menengah sehingga kini , lama kan? Sudah hampir 19 tahun usia persahabatan kami. Petang tersebut kami meluangkan waktu bersama. Sambil2 mencari keperluan diri di Jaya Jusco, Bukit Raja, selepas kami berjumpa seorang kawan di Bandar Baru Klang tu kami menjamu selera petang di Pizza Hut. Lama dah tak menjamah spageti, maka hidangan tersebut kami pilih. Alhamdulillah. Saat menaip n3 nie, dok terfikir, teringat bila la pula agaknya dapat keluar makan dengan Wana pulak. Lama dah tak merendek ngan Wana semenjak dia sambung belajar buat master ni....Huhuhuhuu kawan tu sibuklah pula. Hope dia tak lupakan saya!


    Kalau tuan pergi ke Daik,
    Belikan saya sebilah parang;
    Kalau tuan hatinya baik;
    Semua orang suka berkawan.