Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Diari. Papar semua catatan

24 Februari 2013

Allah masih peduli

Sedih ...memanglah sedih. Tapi kalau dah ketentuan nak buat macam mana...terima sajalah dengan redha. Begitulah kehidupan dalam dunia ni sebenarnya, ada masa kita di atas...waktu itu dapat dirasakan kepentingan diri dalam pergaulan semasa. Dan ada masa kita berada di bawah..dan waktu itu seolah-olah kita sudah tidak penting lagi kepada mereka2 di sekeliling kita. Di masa itu kita ada atau tidak....orang dah x perasan. Kehadiran kita sudah tidak penting. Tempat kita sudah terisi oleh orang lain yang lebih berkepentingan dari kita. Dugaan dari Allah...dan itu bermakna Allah masih peduli dengan kita. Maka...besyukurlah.....


19 Februari 2013

Merepek apakah ini...

Saya lebih selesa berkongsi perasaan di blog berbanding di facebook. Mungkin disebabkan pengunjung TS sudah hilang ditelan waktu. Kalaupun ada yang berkunjung singgah pastinya di kalangan blogger2 baru yang belum mengenali asal usulnya blog TS. :-)

Masih stress dan di sinilah tempat untuk cool down kan keadaan dan situasi yang sedang dialami. Hah.....penulis TS bakal mengorak langkah baru memasuki semula dunia blog yang sudah lama ditinggalkan. Kesibukan memaksa saya melupakan seketika rutin harian 'menulis' di sini. Dan Kesibukan yang membawa kepada kebuntuan juga telah membuka pintu baru dalam penulisan entri di blog TS.

Sana sini semua orang, dan rata-rata dari kita hanya mahu melakukan perkara yang mudah. Semuanya mahu disediakan, disuapkan...ditunjukkan. Ha...manusia mana lah ada orang yang mahu kesusahan, apatah lagi zaman semuanya di hujung jari. Pun begitu di hujung jari...lagi bertambah malas pun ada juga....harharhar. Ntahlah....
 
Hishhh apalah yang saya merepek nih.....herm...sebetulnya saya sedang 'bengong'....sorry....

18 Februari 2013

Sedih...sedih....saya sangat sedih okay!


Hari ini saya sangat moody....sangat-sangat. Dan entahlah kenapa macam nak meletop rasa jiwa raga. Nak marah jer rasa. Nasib baik dapat kawal saat bersama anak-anak didik saya. Sudah tiak sanggup lah rasa nak memendam. Lagipun sudah lama buku catatan maya saya ini tidak menerima entri kekecewaan dari hati kecil saya kan.....

Bermula dengan pelbagai tugasan.....sentiasa diasak begitu dan begini,itu dan ini.....diasak...diasak dan terus diasak. Otak jadi jem. Asyik sakit kepala sepanjang minggu. Malam Isnin saya sudah tidak aman dan tenang. Kepala terasa berdenyut-denyut. Memikirkan evidens2 yang perlu disediakan....memikirkan segala macam item PBS yang perlu dikemaskinikan.... dan saat ini mata saya sudah pun berpinar pinar, bilik ini saya rasa macam nak berpusing pun ada. Usai entri ini saya akan tidur. Huh awalkan......waktu moody saya! Saya tidak banyak bercakap dan bergurau macam biasa. Rasa macam nak diam jer! Namun amarah dan rasa kecewa tidak puas hati terbungkam dalam hati.

Menyesal apabila saya mengambil serius jawapan endah tidak endah yang diberi , yang akhirnya memberi kecacatan dalam prestasi kerja saya setelah 12 tahun! Sedih dan kecewa. Menampakkan sangat saya sudah semakin dihilangkan dari senarai itu. Nama saya sudah semakin pudar. Jika tidak mana mungkin saya dilupakan.  Dan dalam sejarah, esok saya akan menyerah kan balasan surat yang saya terima hari ini. Terima kasih sahabat. Dan peringatan untuk saya, jika mahu bertanya....maka bertanyalah pada orang yang betul. Jika tidak, sendiri tanggung. Macam sekarang, saya tanggung sendiri kan.....prestasi masa depan yang tersimpan dalam fail dan tidak akan hilang mahupun luput, mencacatkan. Argghhhh...sedihnya! Silap saya juga, kurang peka! Perlu diakui juga salah sendiri. Tapi saya sangka dan fikir lain....tak sangka lain. EEEEEeeee....sedihnya!! SAYA SEDIH TAU!!! dalam saya gelak2 kat sekolah tu tapi hati saya sedih lah......Sharing is caring....tapi kalau sharing benda yang boleh mencacatkan prestasi orang lain....caring lah sangat.....

Dapat pulak buku rekod kehadiran.....saya bukan sengaja tapi saya betul2 terlupa. Kenapa conteng telinga kera tu guna pen???? tampal notis kan boleh.....satu lagi kecatatan dalam kerja saya. Buku rekod kehadiran tu kan tak boleh nak liquid2......sengaja untuk menampakkan kelemahan saya yang tidak saya sengajakan kah ?

Tengok buku ringkasan saya pula.......pun conteng guna pen. xde tampal notis. Di ruang itulah untuk saya catatkan impak saya....Eeeee sedihnya saya!!! Macam teruk sangat jer kerja saya. Tak apalah.......saya akan biarkan aje semua conteng-contengan tu......saya tak akan liquid.....saya tak akan tampal.....biar semua orang tengok kalau depa belek2 buku saya .....x kisahlah sapa yang belek......kawan2....pentadbir2 atau pemantau2......saya akan biarkan mereka menilai saya berdasarkan contengan2 itu......

Sharing is caring......kan....

buka plak facebook.......baca status begitu begini......eeeeeaiiiii meruntun jiwa. awak sedar tak status tu mengguris hati orang ke tak.....awak sedar tak msg2 awak tu tidak dibalas oleh orang yang awak harap dia akan reply atau respon......awak tak pikir ke kenapa orang tu senyap aje.....ohhh mungkin awak tak sedar statement awak tu menyentuh hati dia? jadi...dia malas nak layan......dulu senyap tetiba potpetpotpet kat fb begitu begini ..baru la nak sms kat tepon.....yer tahniah atas kejayaan awak dan awak sedang sangat berbahagia...kami belum direzekikan oleh Allah untuk menerima kejayaan macam awak okay.......semoga awak berjaya harungi rintangan dan bakal menemui hasil kejayaan awak yang seterusnya.

ok...saya dah bertambah sakit kepala...stressss dan sedih hati. Saya nak lelapkan mata.~End~
Allah.....Maafkan Aku.


29 November 2012

Hilangkan rasa kecewa

Salam Ukhuwah buat pengunjung TS. Terima kasih sebab suka nak main klik-klik pada frasa Tinta Semalam. Sangat menghargai tindakan anda itu. Peace Yoooo!!! hehehe. Mari hilangkan rasa kecewa. Kecewa merupakan suatu perasaan yang normal wujud pada manusia yang mempunyai hati.Kalau tidak pernah merasai perasaan itu sekarang mungkin pada masa akan datang. Yang pasti semua orang akan merasai. Saya? Hahaha sedang berada dalam hati yang gundah gulana la nie. Itu yang mencari cara menghilang rasa yang negatif tu.

Apa yang saya kecewa. Ahh...tentang prestasi diri saya sendiri. Kini sudah pun sedikit mengganggu pencapaian masa hadapan saya.Sedihkan? Bohong la kalau saya tidak kecewa kan? Dan untuk memperbaikinya saya perlu menolong diri saya sendiri dan bukannya dengan cara merintih belas ihsan kawan-kawan. Kepada yang prihatin, terima kasih. Andalah sahabat,teman dan kawan saya. Kepada yang menyepi, jangan risau anda masih kenalan saya. Tuntutan harian anda memberi komitmen kepada kerja dan keluarga juga penting. Itu saya faham. Maka saya redhakan hati saya dengan apa pun situasi. Mudah-mudahan Allah memberkati.Terima kasih tuhan!

Gembirakan hati mengubat rasa kecewa itulah caranya. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan hati gundah bertukar ceria. Cara saya. Masak. alamatnya makin babamla saya buka sekolah nanti! Apa yang penting.....senyum dan gembira.

Petang tadi saya asyik mengadap blog-blog masakan dan akhirnya saya tertarik dengan resepi tortilla. Mencari-cari kepingan tortilla di pasaran, tak jumpa pula. Saya tekad buat sendiri. Hahaha...kemahiran belum cukup, ketebalan tortilla saya tidak seperti yang sepatutnya. Tapi boleh la juga. Kunyah mulut sendiri je pun kan,....suami pun tak komplen, so boleh la diterima. Ngeh...ngeh...ha....sedikit berbunga dihati. Mudah je kan kalau nak hilangkan rasa kecewa?Semua pun atas diri sendiri...kalau dilayan...GILA la gamaknya.


Beberapa hati sebelum ni, kalau tidak salah pada hari Sabtu yang lepas....saya punyalah teringin nak merasa dan menjamah durian crepe yang semakin menjadi-jadi sebutan orang ramai. Pun saya cubalah buat sendiri setelah merayau-rayau kot ada yang menjual di sekitar bandar Klang, tapi tak jumpa. Saya ni pandai sangat pulaknya nak buat crepenya tu...hahaha kelakar, nasib baik suami rajin nak membuatkannya untuk saya. Happy sangat. Gembira lagi.....mari kita cari lagi kegembiraan. Kalau tidak ada, bukan menjadi kesalahan untuk kita wujudkannya...betulkan??? Inilah hasil durian crepe saya.

 Rujukan : Blog Masam Manis

Blog Masam Manis adalah blog yang wajib saya kunjungi saban hari. Memang tak jemu. Gambar yang cantik-cantik dan resepi-resepi yang sangat menarik. Saya dah jadi peminat setia blog ini. Selain blog masam manis, ada dua lagi blog yang sering saya kunjungi. Blog Spices Journey. Blog ini milik Kak Shiela, merangkap isteri kepada abang sepupu saya. :-) . Saya gemar  juga mengunjungi blog Mat Gebu ,Dapur Tanpa Sempadan. Resepi-resepinya mudah untuk diikuti lantaran penerangan langkah demi langkah yang mudah difahami. Best sangat! Saya la....orang lain saya tak tahu. Kalau dah boring tak tahu nak masak apa, di blog-blog inilah saya pinjam resepi. Hehehehe Herm...gembirakan? So tak perlu susah-susah memikirkan kesusahan yang menimpa. Lagi pula saya dengar dalam rancangan Dato' Fadzilah Kamsah tu...Selami Jiwa....Kalau kita diberi satu musibah, sabarlah dan tuhan akan balas dengan dua kegembiraan! Senyum dan teruskan senyuman. Orang yang gembira belum tentu tersenyum, tapi orang yang tersenyum pasti akan gembira.


11 Julai 2012

Hanya pada-Nya Hamba mengadu

 
Dengan nama Allah...Bismillah...
Di tulis salah....x tulis terasa ingin meluah...seperti biasa apabila sesuatu itu tidak dapat dikongsi dengan hati yang yang lain, makanya di sinilah tempat yang dapat menerima segala luahan. Positif atau negatif tidak akan ditolak mentah oleh tapak blog ini.Tak gitu?
gsi
Walaupun begitu perlu juga berhati-hati tatkala menyusun aksara di ruangan yang dapat di akses oleh sesiapa sahaja di dunia yang fana ini.

Berkata-kata salah. Berdiam diri pun tidak betul tindakan. Jadi harus bagaimana. Pilihan yang terbaik mungkin....berdiam diam diam diri. Iye ke? Ada waktu berdiam hanya akan mengusutkan lagi keadaan. Makan dalam. Mengapa tidak bersua dan bertemu empat mata? Pelik juga apabila yang jernih menjadi keruh. Yang keruh ingin dijernihkan membawa akibat keruh di muara pula. Kekeliruankah?

Salah? Di manakah salahnya? Boleh beritahu kepada saya?
Sebagai guru...setiap yang menjadi guru....tugasnya mendidik. Setiap kesalahan murid perlu dibetulkan. apa yang salahnya? di mana salahnya? Point! Tunjukkan segera dimana dan apa yang salah dan segera arah buat PEMBETULAN. Biar berkali pembetulan. Biar beribu kali bebelan. Yang penting apa yang dibetulkan akan di ingati oleh anak didik ...owhhhh begini salah dan cikgu kata sepatutnya begitu. Tunjukkan mana yang benar. Bukan setakat memberitahu budak ini salah dia sepatutnya buat begini. Sila direct beri cakap pada yang membuat kesalahan bukan berkongsi kesalahan itu dengan rakan setugas cikgu tanpa tindakan susulan terhadap anak didik tersebut. Bukan begitukah yang sepatutnya cikgu?

Lihat sahaja pada catatan impak mengajar kita pada hari ini.

35 daripada 38 orang murid dapat menjawab5 daripada 6 soalan bercapah dengan menggunakan ayat majmuk dan tanda baca yang betul.

3 murid lagi? apa yang berlaku pada mereka?
Tak bawa buku? Apa tindakan guru pada murid tak bawa buku itu?
Tak siap kerja ? Apa tindakan guru pada murid tak siap kerja itu?
Berjaya menyiapkan 2 soalan sahaja daripada 6 soalan, dan tidak mencapai objektif. Apa tindakan guru pada murid itu?

Sekadar menceritakan semula kepada guru lain tentang 3 murid tanpa mengambil tindakan terhadap murid berkenaan? Betulkah cara itu cikgu? Ada cikgu jumpa murid itu dan selidik punca tak bawa buku....punca tak siap kerja dan punca hanya boleh jawab 2 soalan dengan betul? Apa pula tindakannya untuk memperbaiki ketidak sempurnaan itu supaya esok murid itu bawa buku. supaya murid itu siap kerja. supaya murid itu dapat menjawab soalan seperti yang di'target'kan?

Makanya begitu jugalah dalam kehidupan kita sehari2. Setiap yang berlaku, tidak sepatutnya kita sekadar berkata2 semata2. Berkata2 dan bertindaklah. Opppssssss jangan makan. Kenapa? Dah tak elok! Iye ke? betul ke dah tak elok? Sudah dipegang makanan itu? Sudah dihidu makanan itu? atau lebih baik sudah dirasa sendiri makanan itu? Kenapa perlu terus percaya makanan itu tidak elok tanpa melakukan semua itu terlebih dahulu?

Dalam hidup ada berbagai rencah . Terus percaya bahaya. Tapi jangan lupa, jika terus menolaknya mentah2 pun tidak bagus juga. Takut-takut kita tersalah menjatuh hukum. Hadapi depan2 apa pun permasalahan itu lebih baik daripada sekadar memperkatakannya semata-mata.

Di kanan pun tidak di kiri pun tidak. Ingin menjernihkan keadaan dihulu takut-takut mengeruhkan muara pula. Akhirnya hanya pada-Nya ku mengadu agar segalanya terlerai dengan baik. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak selerak. Wa'allahu'alam.