1. Mesyuarat disiplin dah bermula. Bermakna akan ada mesyuarat-mesyuarat berkaitan akan menyusul. Huhuhuu....Ini pengalaman pertama terlibat secara langsung dalam disiplin sekolah. Kalau dulu apa-apa terus aku rujuk masalah disiplin pada guru disiplin. Bila dah diri sendiri jadi guru disiplin....
(errrkkk....layak ke saya?) Masih kurang keyakinan tentang itu.
2. Aktiviti disiplin yang pertama saya dan ajk disiplin yang lain kendali tahun 2009. Orientasi disiplin untuk murid-murid tahap 1. Rabu - tahun 1, Khamis - tahun 2, Jumaat - tahun 3. Masa peruntukkan 2 jam untuk setiap tahun. Huhuhuhu, setiap kami dapat 2 tajuk. Erkkkk...ini lagilah pengalaman pertama memberi taklimat kepada hampir 200 lebih murid pada setiap sesi. Mula-mula berpeluh jugaklah. heheheh Masuk hari ketiga, seronok plak....hehehe. Boleh pun bercakap.....ekekekke...Tq kepada otai2 guru disiplin yang "tunjuk ajarku sifu"...toce-toce. Otai-otai tersebut adalah........cikgu Syazly d leader, cikgu Zainal, ustaz Anwar (ni baru gak...kira dalam disiplin ni batch aku ler ni..hehehe), cikgu Malina and cikgu Zetty.
3. Aku siapkan jadual tugas kelas aku. Kalau kat kelas sebelah, cikgu dia buat kumbang. Kelas aku....aku buat rama-rama. Seronok . Sekali dah mula, tak reti nak benti. Nak siap masa tu gak. Tu dia....sedo2 siap kul 2.30 pagi. Apa taknya mula kul 10 malam. Sib baik ngajar sesi petang. Keapala dah start goyang2 kekekek. Sendiri cari pasal! Esok malamnya plak, aku buat senarai nama murid. Gambo kete...cute....almaklumlah...kelas hujung2 nie, kena ceria2 papan kenyataannya. Takkan akademik curut....maka fizikal kelas pun ikut curut....eh...takmo aku eaihhh!
3. Kepada cikgu-cikgu yang namanya di bawah seliaan guru besar, diharap dapat mula bersedia mulai sekarang! Gb akan masuk ke mana-mana kelas tanpa notis, terutama anak2 buah seliaan beliau! Huhuhuhu termasuk akulah tu. Tahun lepas aku dah senarai under Gb, tahun ini pun aku masih under Gb gak! Aishhhh....ngelat arrrr cikgu2 lain nie. Eh, tidak.....Gb akan masuk ke mana-mana kelas yang difikirkan sesuai untuk dilihat sesi p&pnya. Tiada pilih kasih. Harap maklum. Hehehhe , so start minggu selepas ujian prestasi minggu depan, semua jadi cikgu praktikum balik la. Hahahahha.
4. Assigment OUM, seminggu yang lalu...aku kata: oh, ada lagi sebulan! Pergh...seminggu telah berlalu...kini tinggai 3 minggu jek lagi. Assigment masih berpinor mata melihat, berputar otak memikir. Adehhhh. Menambah kepeningan kepalo den. Semua member yang aku ada pun sama aje keadaannya macam aku nie. Mano den nak cari member yang bersemangat buat assignment and siap 2 minggu awal nih? Tuluunnnnnn...ku kekurangan motivasi nih....hehehhehe. Seperti sumpahan tak terungkai....bersengkang mata lah gamaknya dihujung waktu.Aiseeeyyyy....What happen to you la Anissssss???
5. Ada ustazah call mintak tolong jadi fasilitator kem bestari solat (KBS) tahun 3 fasa 1. Keseluruhannya ada 4 fasa. Aturannya, mereka yang terlibat dengan KBS tak perlu terlibat dengan kegiatan ko-kurikulum sabtu depan....Uiks..itu macam aku sepatutnya tak boleh terlibat ngan KBS, coz...aku guru penasihat kelab Rukunegara. Selain aku, ustazah Aziah dan Ustaz Sabri juga. ustaz dan ustazah dah kompem2 terlibat ngan KBS. Kalau aku pun g, sapa nak jaga kelab Rukunegara? But kerana mereka amat memerlukan...aku akur la. Minggu ini KBS,minggu depan Ko-ko. So....sepertinya dua bulan aku tak berhujung minggu. Nasib baik kelas Oum takde dah bulan nie.
6. Today, aku g shah alam. Ingat tak post...saiz kasut tu? Huhuhuhu semalam ada miscall aku call balik...."oooo u ada tempah kasut ka? bila?" Bos telepon u arrr? U datang kedai aaaa ...may be kasut siap." Yeayyyyy! Ku sangka kasut siap....upe2nya kasut tak leh buat da.......WAAAAAAWAAAA baru berangan sok nak bergaya kasut baru! Kasut aku tak leh buat la....coz TAKDE ACUAN saiz yang aku tempah tuh! So....aku terpaksa terima hakikat aku sah-sah xde berjodohan dengan mana2 kasut sarung! Waaaaa....isk isk...So, aku buat tempahan kasut baru la....kasut sarung yang bertali belakang je la. Then, aku up +1 saiz kasut aku tu. Hari ini ahad.....okay Jumaat boleh siap. Kata nyonya tu. Okay....walaupun dalam hati ---kempunan aku!
7. Ayah......orang pening kepala la! "Panadol dah abis ke? "tanya ayah sambil2 rasa dahi aku. "Erm....makan la panadol....panas sikit je ni!" Hhuhuuuhu bebenonya aku TIRED! SEBEL!
8. Selingan ye selingan. Hehehe sewaktu kepanasan dan berhimpit-himpitan di tengah bandar Klang. Bersesak-sesak dengan pelbagai kenderaan. Aku sebagai driver si kancil...adehhhh lenguh dah kaki...tiba-tiba----"eh....ini Razak Mohaideen tu kan?" Aku dok leka drive nie, melilau la mata mencari empunya nama....kot ada tampal kat Iklaneka tepi jalan ka...seisi kete boleh la dok toleh kiri kanan. Aku? dalam keadaan yang sesak aku perlu fokus pada pemanduan. "Mana?"
La...sebelah kete aku jek.....aku hanya termampu melihat dengan lirikan mata je la coz tengah fokus memandu. Oit..oit amik aaa gambo! Alah saya tak bawak camera ler....kuikuikui....kalut plak cari kamera. Cam besa aku jadi penyelamat coz aku selalu ade kamera di sisi....klik!klik!....Kah kah kah......Kejo kak..kejo kak.....kat put...pergh....Mercedes Kompressor nie sesungguhnya dipandu oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen. Tak caya?....x sapa peduli! Ekekekek. Mata- mata yang berada di dalam kancil aku pasti tidak menafikannya. Sebab dorang yang jelas melihat...Ekekekek . Sorry Prof....we all semua terkezut lorrr...x dan nak lambai or bagi salam, walaupun Prof dah siap2 bukak cermin tingkap macam kami jugak.
p/s : Cari lokasi pengambaran ka? or cari pelakon tambahan? (hehehhe)
9. Selingan abish dah.......!!!!
Apa benda di tepi hutan,
Entah hantu entah syaitan;
Tak biasa ribut serta taufan,
Jangan berani belayar lautan.
Entah hantu entah syaitan;
Tak biasa ribut serta taufan,
Jangan berani belayar lautan.
2 ulasan:
Baik-baik belayar malam,
Arus deras karangnya tajam;
Kalau tidak malim yang faham,
Di situ banyak kapal tenggelam.
hi anis.. it's me.. ruziawati friendster.. suka membaca coretan u di blog u nie.. nanti t janji.. t akan singgah lagi.. dh follow u pun tadi..
Catat Ulasan