06 Februari 2009

Kira-kira...berkira, hati resah.


Aku ni cikgu matematik. Bolehlah ajar anak-anak murid mengira. Kira nombor, tambah,tolak, bahagi...terutama yang ada dalam sukatan matematik tahun 2 tu la kan. Supaya tak salah guna duit. Kelas aku tu jenuh juga. Lepas 79...berapa? tambah 1 aje....Jenuh la deme memerah otak. Macam susah bebenor 80 tu nak appear...heheheh siap pegang2 kepala ni. Kejap...kejap cikgu...apa ye tadik? Aku tunggu je. Seronok, sebab deme bersungguh nak jawab. (gayanya la). Macam2 jawapan aku dapat...20, 30, 40.....takde yang bagi jawapan yang sepatutnya. Aiyya...budak2 nie...kira satu2 pun tak lepas nie.....Last2 aku bagi je jawapan....80 lah...Ha, tu la saya nak cakap tadi. Cehh....Oit tu aku dah suka-suka hati guna BM je....kalau BI langsung ntah camne. Itu bab kira-kira.

Berkira? Baru pagi semalam dalam segmen apa-apa aje : topik siapa lebih berkira, lelaki atau perempuan? Umum. Pada aku tak kira lelaki atau perempuan ....sama aje. Kalau dah jenis berkira tu memang tak boleh lebih tak boleh kurang. Kat mana-mana pun ade manusia cenggini. Kalau dalam situasi kerja aku di sekolah, boleh pulak pilih-pilih nak buat ke tak nak ke. Aku nak buat yang ni, yang tu aku tak nak. 'Aku' nak begini. 'Aku' tak kira (eh ye ke tak kira) ...keputusan 'aku' camtu gak! Suara-suara 'sedikit sumbang'. Siap bagi panduan...kalau nak bagi dia kerja mesti yang begini begitu. Jika tidak out of service! Uiks....besar tul demand! Boleh ek macam tu. Bila aku jumpa manusia spesis ni, aku sendiri pun mulalah nak berkira jugak! Ishh...susah kalau ada manusia yang terlampau berkira nih! Tak boleh bagi kerja lebih sikit....bising! 'Bingit' telinga n minda kalau dilayan. Apa-apa ajelah!

Ntah kenapa dua tiga hari ni, memang aku resah. Mungkin banyak benda dalam kepala otak kot. Macam-macam ada. Eeeee. Pagi tadi, sewaktu nak ke kedai. Lalu di depan beranda rumah. Ternampak macam kelibat benda hitam melintas di belakang aku. Perasan aku macam ekor kucing je. Memang rumah aku ni banyak kucing-kucing berkeliaran. Ada seekor kucing hitam tu, memang suka lepak dan lalu lalang. Aku toleh. Ya Allah....ular rupanya. Betul melintas kat belakang aku. Rasanya aku melintas depan ular tu dulu. Kedudukannya memang dekat sangat. Tu la leka...berjalan bukan tengok apa yang ada di depan, tapi dok leka sms. Alhamdulillah, aku tak pijak ular tu...kalau tak kompem kena patuk. Bukan kecik ular tu...besar jugak. Tak tahulah mana datangnya ular tu....dah lama bertahun aku tak terserempak ular di rumah. Eeee seram plak! Ntah ular sesat ke...ular "samaran" ke....eeeeaiiii resah....resah...

Terbang burung berkawan-kawan,
Hinggap mari tepi sempadan;
Ayam togel kalau dilawan,
Sia-sia ilmu di badan.

12 ulasan:

ONE ZABA berkata...

Lengguk ke pasar berkebaya tudung,
Tangan menghayun bersama bakul;
Jika terjumpa si ular tedung,
Carilah kayu buluh buat pemukul.

ada berani ka anis.

~Insan Biasa~ berkata...

uilks....tadi pun....saya dah lari!sib baik dia tak kejar.eeeeee...

Tirana berkata...

Jumpa ular? hehehe..Kalau kak tirana dah bukak langkah seribu..takut bebenor dengan ular...

wearelearningparents berkata...

semalam saya mimpi ular anaconda...takutnyer

~Insan Biasa~ berkata...

hehehe yelah kak tirana,
eee ular lidi pun dah geli geleman...nikan plak beso lengan budak kecik-sedang2 besonya...cantik n laju je menyusuri...masih lagi eeeeaaaaiii...x pernah saya sedekat itu dengan ular yang bebas...tgk ular dekat2 dalam akuarium pernah ler...

~Insan Biasa~ berkata...

mimpi anakonda? hehehe erm....dulu saya pernah mimpi ular sawa...x lama pastu ade owang 'beso' saiz tanya2...

Anakonda? Wakakaka....

jgn mare...gurau jek. Tq for the comment sumayyah....

ckLah @xiiinam berkata...

.....kalau dalam situasi kerja di sekolah..boleh pulak pilih-pilih....

Kalau cikgu memilih murid, kesiannya pada yang tidak menjadi pilihan cikgu itu kan....

Hmmm...selagi kita mahu dipanggil cikgu....segala yang tersangkut dipundak itu adalah amanah...kan !!

SRISUFI berkata...

salam sis...

hope segalanya lancar seperti yang dirancang.

huhu

ulor ?mak kata mimpi ulor nih petanda nak sampet seru...

haha..

~Insan Biasa~ berkata...

CkLah...cikgu pilih murid...pilih kasih...memang kesian ngan budak tu..

seorang cikgu , dan selagi kita cikgu. Bak kata Tuan Jinggo, kita perlu bertanggungjawab dengan pilihan yang kita buat.

Bukankah menjadi cikgu itu yang kita pilih sebelum kita dipanggil cikgu. Betullah...segalanya amanah.
Saya suka cikgu. Saya nak jadi cikgu. Dan saya masih cikgu. :-)

~Insan Biasa~ berkata...

Tu kalo mimpi sri...
Kalo yang jumpe betul2?

Hehehhe ntah bila saya nak mimpi ulo ...tuhan je tau..wakakwakak

mohd nor a.k.a saintis berkata...

kesimpulan yg blh aku buat, ko layak memohon sbg jurugambar national geografi. tgh sms masih sedar akan ular tu + sempat ambik gambar...hebat2:)

~Insan Biasa~ berkata...

amik gambar? mana ade aku amik gambo ulo tu saintis....gambar yang aku tepek tu...copy paste online daaa...aku perasan ulo dekat tu aku terus cabut daaa....aku nie penakut weiii....apatah lagi ulo...tapi paling menyampah kalao terserempak 'buaya darat'...hehehhe