Memaparkan catatan dengan label Kalam Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kalam Allah. Papar semua catatan

06 Disember 2011

AL-Kisah seorang pemiutang

Ini status saya di fb untuk hari ini...
"ikhlas bagi pinjam....maknanya kenalah juga pulangkan, bukankah begitu? Atau adakah bila kita kata ikhlas itu bermaksud pinjam dan tak payahlah susah-susah nak pulangkan......macamtu ker?????"

Dan ini pula komen yang saya dapat daripada status tersebut..

"Itulah mentaliti melayu kita bila sebut IKHLAS. I also had been there...huhuhu.."

Jika situasi begini berkali-kali terjadi....maka adakah akan menjadi salah diri andaikata di masa hadapan kita sudah tidak mempercayai orang lagi. Mula pula kisah baru...

"elehhhhh dia tu kedekut....duit ade pun nak pinjam sikit x boleh....Allah tarik rezeki dia baru tahu'...

Ahaa...sudah dapat pula kita doa yang sebegitu. Kalau beri pulak, takut2 pengalaman-pengalaman lalu berulang lagi. Manusia.....masa mintak manis mulut bukan main, berjanji nak bayar semua. Bila tiba masa suku daripada pinjaman pun x terbayar...ape kes??? Lepas tu sedap mulut kata kita x ikhlas....wah.....Penganiayaan sedang berlaku! 

Mengata orang sangat pandai...kalau orang berhutang dengan dia pandai pulak merungut2 kat belakang
"bayarlah sikit2..., ini menyusahkan aku x bayar langsung"

Wah...sekarang kena batang hidung sendiri, satu sen x bayar... dikata pulak orang yang memberi pinjam ni tak ikhlas dan lupa diri??? Hey...siapa yang lupa diri ni???????




 *************************************************************


Berdosa besar bagi orang yang sengaja tidak membayar hutang. Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayar-nya, boleh mendatangkan kesan buruk dalam hidupnya bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat antaranya :

    i. Hidup akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya.
    ii. Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan   Allah.
    iii. Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim.
    iv. Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya, adalah satu kezaliman, halal maruah dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)
(Riwayat Ibnu Majah)
 Sabda Rasul S.A.W.
  Maksudnya : “Kurangkan dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkan daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas”.
  (Riwayat Baihaqi)

Disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor

02 Disember 2011

Kalam Allah

Di dalam Al-Quran ada menjelaskan beberapa perkara untuk panduan orang-orang mukmin, antaranya firman Allah :

Maksudnya : " Wahai orang-orang yang beriman, janganlah sesuatu puak mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, kerana harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan yang lain, kerana harus puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain, dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk, amatlah buruknya sebutan nama fasiq sesudah ia beriman. Dan ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiqnya maka merekalah orang-orang yang zalim "

Daripada ayat yang dibaca tadi terdapat tiga perkara pokok yang Allah ta"ala menjelaskan kepada orang mukmin.

Pertama : 
Allah subhanahua ta"ala memerintahkan supaya orang mukmin tidak menghina atau mencapai antara satu dengan yang lain sesama Islam, lelaki atau perempuan. Larangan Allah ini adalah disebabkan boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina. Islam mengharamkan seseorang itu menghina orang lain yang seagama dengannya disebabkan oleh kefakiran atau kerana dosa yang dilakukan dimasa lampau atau sebagainya. Satu kisah dizaman Rasulullah s.a.w., pada suatu hari semasa Umar Al-Khattab sedang merejam seorang perempuan yang berzina dengan batu, tiba-tiba darah perempuan tersebut terkena baju Saidina Umar Ibnu Al-Khattab lalu Umar pun mencaci dan menghina perempuan tersebut, lalu Rasulullah s.a.w. menegur Saidina Umar dengan bersabda," Wahai Umar, jangan kamu menghina dan mencacinya, sesungguhnya dia adalah dikalangan ahli syurga kerana taubatnya"         

Kedua :
Allah melarang umat Islam daripada mencaci dan mengeji antara satu sama lain kerana itu adalah sifat yang buruk dan tidak sepatutnya bagi seorang yang menggelarkan dirinya mukmin. Firman Allah ta"ala yang bermaksud jangan kamu menyatakan keaiban setengah yang lain. Dalam ayat yang lain Allah telah berfirman :

Maksudnya :
" Kecelakaan besar bagi orang yang mencaci dan pengkeji "

Larangan ini kerana umat Islam antara satu sama lain adalah seperti satu jasad apabila sakit satu anggota maka seluruh anggota akan terasa sakit seperti dalam sebuah hadis yang bermaksud : 
" Orang mukmin itu seperti satu jasad apabila salah satu anggota terasa sakit maka seluruh anggota akan terasa sakit dengan demam atau berjaga malam "

Oleh kerana itu sifat suka mencaci dan menghina antara sesama manusia amnya dan Islam khasnya adalah dilarang dan ditegah oleh Islam. Oleh itu hendaklah kita menjauhinya kerana takut dan takwa kepada Allah.

Ketiga :
Allah ta"ala melarang umat Islam daripada memanggil atau menggelar seseorang dengan gelaran yang buruk seperti dizaman jahiliah. 

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 11 yang bermaksud :

" Dan jangan kamu memanggil dengan panggilan yang buruk antara sesama kamu yang seagama seIslamnya, seperti panggilan ya fasiq, ya kafir, Firaun, Haman atau sebagainya ".

Firman Allah lagi yang bermaksud :

" Amat buruk panggilan nama fasiq kepada seseorang setelah dia beriman kepada Allah "

Allah ta"ala melarang umat Islam daripada melakukan semua perkara yang dijelaskan tadi kerana ia adalah antara dosa-dosa besar. Oleh yang demikian umat Islam harus menjauhi sifat suka menghina, mencaci, tuduh-menuduh sesama manusia umumnya dan Islam khasnya, serta memanggil dengan panggilan yang buruk. Jika kita masih meneruskannya nescaya mereka tergolong dalam orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka jahannam seperti mana maksud Al-Quran disurah Al-Hujrat  

""Dan sesiapa yang tidak bertaubat yakni berhenti daripada melakukan perkara tersebut mereka itulah tergolong dikalangan orang yang menzalimi diri mereka sendiri " iaitu membenarkan diri mereka dibakar oleh api neraka jahannam kerana dosa yang mereka telah lakukan."

Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10
 
Maksudnya : " Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah " Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :

Maksudnya :  ". Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"


Petikan dari :  
http://www.al-azim.com/masjid/khutbah26.html



 p/s : Berbau !@#$%^&*() sangatkah apabila saya berkongsi n3 ini???? Untuk tatapan bersama. Manusia tidak pernah sempurna walaupun sering mencari kesempurnaan kerana kesempurnaan adalah milik Dia.
Saudari....perkataan2 kamu dan perbandingan yang kamu gunakan itu tidak akan saya lupa sampai bila2 kecuali apabila Allah menarik balik nikmat ingatan yang dipinjamkan kepada saya. Opssss...ini blog saya, so......dan terima kasih untuk pelajaran hidup yang telah kamu beri pada saya. Semoga kamu terus berbahagia dan saya berterima kasih juga kerana menjadikan saya sebagai salah satu yang boleh menghiburkan hati kamu. Hanya Allah yang akan dapat membalas budi baik kamu menghargai saya sebegitu rupa.

28 November 2011

Indahnya aksara-aksara itu...

Pasang surut dalam kehidupan sentiasa ada, tidak kira di mana kita, dan siapa kita. Ada kala rasa ria, ada waktu kita pilu, ada ketika kita ketawa, ada hari kita iri, ada saat kita ralat.....dan kita perlu pandai rawat agar yang negatif tidak terus melarat dan yang positif akan terus aktif.

Jalan-jalan... fb walking di pagi hari, sendirian. Sedang sang suami merebah badan melepas lelah. Saya terjumpa aksara-aksara yang disusun hebat membawa makna. Membacanya boleh mengubat rasa sebal, memahaminya boleh mereda amarah jiwa. Menyelusuri tiap patah kata mampu memotivasi hati dan diri. Bangkit redha akan segala ketentuan yang telah tertulis sejak azali. Tegak redha akan segala rahsia Allah yang tidak tercapai dek akal manusia biasa. Menangislah seketika jika mampu memberi ketenangan. Amarahlah sekadarnya andai dapat membuang rasa. Ketawalah sewajarnya pabila itu cara mempamer bahagia. Dan di penghujung segala cerita REDHA akan segala susunan frasa-frasa kehidupan yang telah direncana untuk kita.

Dari wall fb Etie Nurbaya , aksara dan frasa ini boleh kita selusuri maknanya bersama, lalu saya abadikannya di Tinta Semalam.

Saat hati berkata "INGIN", namun qadar Allah berkata "TUNGGU". Saat air mata "MENITIS", namun qadar Allah berkata "TERSENYUMLAH"...Saat segalanya terasa "MEMBOSANKAN", namun qadar Allah berkata "TERUSLAH MELANGKAH"..Kita merancang sesuatu, ALLAH juga merancang sesuatu yang dirahsiakan-Nya buat kita. Namun, rancangan ALLAH itu LEBIH baik...yang TERBAIK...dan yang PALING BAIK dari rancangan kita..

Maka...berbahagialah dan bahagiakan hidup kita walau dilanda duka. Kerana pastinya hujan yang turun di kala panas mentari menyinar cahaya akan mewujudkan pelangi yang indah di kala petang membuka tirainya. Teruslah tersenyum kerana ia mampu membuatkan dirimu bahagia dan membahagiakan orang lain juga.


Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa tidak bersyukur, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji” (Luqman;  31 : 12)



21 Oktober 2011

Cara Pemakanan Rasulullah

Rupa2nya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung,
keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kit a ikut diet ini kawan2.

tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.
SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


``````````````````````````

Nampak memanglah pelik..

tapi, kalau tak percaya...

kawan2 cubalaa....... Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah... Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.

Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.


Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milime


Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.

Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

(enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Cara Rasulullah Makan

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?


Mengikut cara Rasulullah s.a.w, sebelum baginda makan, baginda saw akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya, lalu Rasullah saw akan menghisap garam itu. Kemudian barulah Rasulullah makan makanan tersebut. Mengapa?


Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan 3 macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg kiri. Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman (digestion), ia merupakan the first process of digestion. Mengapa menghisap garam?

Kerana garam adalah sumber mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.
Dua cecah garam dari jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral. Kita berasal dari tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling berkhasiat untuk kita. Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang paling mujarab bagi keracunan, mengikut Dr, dihospital-hospital, the first line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride, iaitu GARAM. Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin menggangu manusia.

2. Cara Rasulullah mengunyah

Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah (Bismillahirrahma Nirrahim). Membaca Basmalah sebelum makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan racun akan musnah dari sumber makanan itu. Cara Rasulullah minum.

Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram.

Jangan kita minum dari bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari hidung kita.

Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3, iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic.

Jangan meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas, seteguk bernafas sehingga habis.


Sama2lah kita mengamalkan

05 Disember 2010

susahnya....

Selamat Pagi!

Tengok tajuk entry...'susahnya' ...apa yang susah eh?
Petang tadi selepas menghadiri Majlis Perkahwinan seorang rakan, aku singgah ke rumah Mama.
Tengok pula satu rancangan....herm menarik...leka aku dan Tasha menontonnya. Tajuk....aku tak tau. Tau tau buka siaran dah mula...

Macam mana nak mengenal yang diri kita ni..'baik'...
Jawapan yang diberi,
Ada 2-
  • Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat pada diri kita
  • Menyembunyikan aib orang yang sedang rancak diperkatakan
 Herm....susahkan? Tapi asasnya begitulah..kalau dah minda,hati kata susah memang susahlah jadinya. Aku pun sedang belajar untuk tidak berkata 'susah' untuk dua perkara yang di atas.

Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada diri kita. Pada aku, memang bukan perkara yang mudah. Mari kita cuba lakukan ini:
  • Senyum kepada orang yang sedang mengutuk kita
  • Ketawa dengan orang yang telah memalukan kita
  • Berikan hadiah kepada orang yang telah mempork perandakan hidup kita
Ada sesiapa boleh buat dengan 'ikhlas'..? Berlaku lah jujur ketika memberikan jawapan anda. Tidak perlu war-warkan jawapan itu kepada sesiapa. Hanya kita dan pencipta yang mengetahui. Kan? Dan apakata kita sesekali cuba melakukan ini pula:
  • Seseorang sedang menyebarkan berita buruk tentang musuh kita, cuba kita hentikan perbuatan itu.
  • Cari idea bagaimana untuk membuat orang yang berdendam supaya tidak berdendam dengan orang yang memang patut didendami.
Ada sesiapa boleh melaksanakan tugas itu dengan 'ikhlas' atau tanpa rasa takut dipinggirkan, tanpa rasa takut disisihkan. Juga jujurlah menjawabnya dan hanya beritahu jawapannya kepada hati anda seorang  sahaja.

Aku....secara jujurnya, susah! Tapi mungkin kesusahan itu dapat dikurangkan kalau niatnya kerana Allah. Apapun perlakuan dan tindakan kita, kalau niatnya kerana Allah, insya'allah kita dapat melaksanakan dua perkara yang tersebut di atas tu agaknya. Mari kita cuba bersama-sama. Apapun perkara yang bakal kita lakukan niatkan kerana Allah. Tidak mengharap balasan terus dari insan (yang sesungguhnya juga hamba Allah), tapi berharaplah kita bakal peroleh sesuatu sebagai Imbalannya dari Allah yang maha pemurah.  Sesungguhnya kebahagiaan yang kita perolehi hasil daripada kepuasan memenuhi impian diri sendiri tidak akan sama nikmatnya kebahagiaan yang kita dapat hasil daripada membahagiakan orang lain. Syaratnya....kerana Allah. Jika tidak...mungkin kita akan rasa sebaliknya .
Mari....kita cuba....
Lillahi Ta'ala...

25 Mei 2009

Rawat Hati - An-Nahl : 53

Dan segala nikmat yang ada padamu ( datangnya) dari Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesengsaraan, maka kepadaNyalah kamu meminta pertolongan.

18 Mei 2009

Rawat Hati - Asy-Syura : 19

Allah Maha Lembut terhadap hamba-hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada siapa yang Dia Kehendaki, dan Dia Maha Kuat, Maha Perkasa.

11 Mei 2009

Rawat Hati - Al-Ahzab : 58

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, tanpa ada kesalahan yang mereka perbuat, maka sungguh, mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.

04 Mei 2009

Rawat Hati - Ali-'Imran : 200

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, (di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)


20 April 2009

Rawat Hati - An-Nisa' : 69

Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu para Nabi dan orang-orang siddiqiin, dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat).

13 April 2009

Rawat Hati - Al-Jatsiah : 28

Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalas menurut apa-apa yang telah kamu kerjakan.


06 April 2009

Rawat Hati - Al-A'raaf : 180

Hanya milik Allah al-Asma' al-Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan (perantara) menyebut al-Asma' al-Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

30 Mac 2009

Rawat Hati - Al-Baqarah : 186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon k epadaKu, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku....

22 Mac 2009

Rawat Hati - Ali Imran : 47

Dia (Maryam) berkata, "Ya Tuhanku, bagaimana mungkin aku akan mempunyai anak, padahal tidak ada seorang laki-laki pun yang menyentuhku?" Dia (Allah) berfirman, "Demikianlah Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Apabila Dia hendak menetapkan sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu.