Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puisi. Papar semua catatan

01 Mei 2011

CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU!

Saya rasa, saya tidak pernah menyertai mana-mana contest. Tapi macam menarik je contest yang blogger Imanshah anjurkan. Pertama kali beliau menganjurkan contest dan pertama kali saya menyertai contest. Hahaha ok la. Sesapa nak join boleh baca syarat penyertaan DI SINI. Saya nak mulakan sekarang.....


Cikgu
Darimu ku kenal buku dan ilmu
Keranamu dunia menjadi baru
Tabah menghadapi segala hempedu
Demi sebuah negara Malaysia yang satu

Teacher
Walaupun ada masa dicerca
Semangat tidak lentur walau mata berkaca
Terus mengajar tulis dan baca
Untuk anak bangsa yang tercinta

Sir
Cekal hatimu membina bangsa
Gagahnya sebagai generasi perkasa
Agar ada pemimpin di suatu masa
Yang dapat memelihara negara kan terus sentosa

Ustaz
Mengajar erti taat
Ilmu dunia selari akhirat
Sebagai bekalan agar tidak sesat
Memperoleh kehidupan yang penuh berkat

Ustazah
Kuat hatimu sentiasa tabah
Muqaddam AlQuran sentiasa dihebah
Sebagai penawar segala gundah
Pembentuk pemuda pemudi gagah

Encik
Perkongsian ilmu mu tidak pernah lokek
Setiap waktu setiap detik
Kejayaan demi kejayaan dipetik
Pembangkit semangat anak didik

Puan
Lembutmu penuh sopan
Ikhlas hati mu melontar harapan
Memberi impian seluas lautan
Menunjuk jalan ke arah kejayaan

Ayah Ibu
Kerana adanya ketabahanmu
Kerana adanya kesabaranmu
Kerana adanya pengorbananmu
Kerana adanya harapanmu
Kerana adanya tunjuk ajarmu
Kerana adanya doronganmu

Maka
Aku bersua mereka satu demi satu
Cikgu, Teacher, Sir
Ustaz, Ustazah
Encik, Puan
Dan akhirnya
Aku berada di persada kejayaan

Terima kasih, Ayah Ibu
Terima kasih, Cikgu

SELAMAT HARI GURU!

1. Entri yang bertajuk CONTEST SELAMAT HARI GURU, CIKGU. Bereh!
2. Dah lama dah follow blog Iman.
3. Banner yang hensem tu akhirnya menjadi sebahagian daripada TS
4. Lega xyah nak tag sesapa.
5. Siap ucapan dah.....panjang ke? xpelah. Itu luahan ori.
6. Xde plagiat langsung. Hak Cipta Terpelihara ok.....milik TINTA SEMALAM.
7. Link kat komen HS. Set.

02 April 2010

Cinta dalam Hati


Mungkin ini memang jalan takdirku
Mengagumi tanpa di cintai
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
Dengan hidupmu.. dengan hidupmu

Telah lama kupendam perasaan itu
Menunggu hatimu menyambut diriku
Tak mengapa bagiku cintaimu pun adalah
Bahagia untukku, bahagia untukku

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu
Hingga ujung waktuku

Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
Dan izinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
Tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
Dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja




03 Mac 2010

Inang merindu

rindu-rindu sepanjang masa ,

rindu lagi bila tiada,

bila kasih di depan mata,

lidah kelu untuk berkata.



(teringat lagu nie, cari kat youtube tak jumpa pulak!)

08 Februari 2010

terima kasih....

Alhamdulillah...selesai sudah. Kenduri tahlil. Sangat-sangat berterima kasih kepada orang-orag kuat yang membantu menguruskan segala persiapan. Paman Rani, Bik Yah, Paman Rowi, Bik Mis, Rina dan Yati. Juga pada Abang Kamsah yang jadi tukang jemput . Sangat terima kasih kepada semua yang hadir dan sudi meluangkan waktu. Hampir semuanya hadir.

Kepada rakan-rakan sekerja...Kak Sal, Kak Ana, Kak Malina (loveeeeeeeeeeeee u), Huda, Nik, Zetty and Laila (loveeeeee u all too), Put3, Adam, Hasnizam, Alias dan Ustaz Sabri. Terima kasih juga kepada housemateku...Zihah.Seronoknya aku ada korang semua.

Kepada semua pakcik-makcik sedara, Wak Kasiman, Bik Ram, Wak Teh, Wak Manab, Wak Atin, Paman Juli, Bik Jun .Terima Kasih untuk semuanya.

Kepada sepupu-sepupu yang memnuhi jemputan, Kak Sue dan keluarga, Abang Atan dan keluarga, Abang Aziz dan keluarga, Kak Ru dan keluarga, Kak Lin dan keluarga, Kak Saim dan keluarga, Kak Jue dan keluarga, Abang Ramli, Kak Wok,Abang Isa, Along,dan semua kaum kerabat. Terima kasih.

Juga kepada semua jiran-jiran terdekat, terutama kepada Emol dan keluarga yang banyak membantu aku membuat persediaan awal, Yati dan keluarga, Hj Ahmad, Kak Asiah...maaf (sbb tertinggal masuk list jemputan).

Lagi sekali, TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada SEMUA YANG HADIR. Kehadiran anda semua sesungguhnya sangat bererti buat diri ini. TERIMA KASIH.

lebih manis dari pahit
maka yang manis mengatasi yang pahit

harapan masih ada

walauku tahu ia takkan jadi nyata

tak pernah menjelma

walau sudah berkali-kali bersua

yang selalunya ada

apabila tiba-tiba tidak menjelma

terasa juga sebak di dada


17 November 2009

terima kasih banyak !


ada suara kecik bisik
sepertinya dikeliling aku berkata2,
aku sekarang
dah tak kisah dah
sebab aku dah sorang
boleh ke mana-mana
boleh balik lambat dari TEMPAT KERJA
tak ape
tak ada tanggungjawab
x perlu jaga orang tua
x perlu jaga suami
x perlu jaga anak
x perlu nak balik awal
xpe

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
untuk semua orang
it's okay...
aku boleh tunggu
u all boleh lengah-lengah masa
xpe...aku boleh tunggu
boleh jadi orang terakhir keluar pagar
kat rumah aku xde sapa2 tunggu aku pun

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
aku boleh bantu
u all suruh je nak buat apa
xpe...aku boleh buat
jadi tukang ambil dan tukang hantar
it's okay...sekurang2nya aku dapat buat part time kosong
lagi pun kat rumah aku xde apa nak buat..hermm
u all tak perlu risau anak tu
sebab aku ade...serah je kat aku
aku boleh tengok2kan

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
untuk semua orang
silalah jangan malu-malu
untuk rebut gunakan kesempatan yang ada
silalah jangan malu-malu
mintalah....
gunalah....

sebab aku sorang
sesuka hati u all
nak perlaku bagaimana
agaknya....tapi
mudah-mudahannya TIDAK begitu!

yes...i will need you someday...
but please people
don't forget

aku juga punya hati
aku juga punya 'privacy'
sendirian x bermaksud aku tiada lain2 tanggungjawab...
hey...
aku masih ada impian untuk di capai

hah.......semakin lama aku rasa aku dah semakin sensitif. apatah lagi sejak dua menjak ni. agaknya aku dah mula nak fikir macam-macam. kejap ok. kejap x ok. apa aku nak buat yea....ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. tak turutkan, nanti-nanti orang-orang itulah yang mungkin akan aku cari untuk sesuatu perkara. diturutkan, nanti orang pijak kepala. dan akhirnya....aku sudah mula TIDAK BERHENTI berucap dalam hati sepanjang masa :
YA ALLAH....SELAMATKAN AKU! LINDUNGI AKU! KINI AKU HANYA ADA ALLAH yang paling MEMAHAMI, MENGETAHUI ....dan sesungguhnya Allah Maha Besar.

dan...yang pasti semua ini adalah caranya yang Allah beri untuk aku jadi lebih TABAH!

08 November 2009

Warna-warna kehidupan

Ingin ditangisi, tapi di mana air mata itu?
Aku sendiri tidak tahu..
Pilukah hati ini?
Sebakkah jiwa nurani?

Semula dari kecil
Ku di tinggal Ibu
Sehinggakan janggal memanggil
Segala gelaran Bonda
Dan kini saatnya
Aku di tinggal Ayah
Tanpa ada saudara seibu seayah di sisi
Yang menemani menyusur jalan-jalan di bumi
Aku berdiri sendiri

Aku bingung seketika
Dan kemudian bertuahkah agaknya
Kerana aku yang di pilih
Melalui segala ranjau duri
Bertuahkah mungkinnya
Sehingga ada pelbagai warna dicalit
Dalam dunia seorang Anisah???

Dan juga segala peristiwa
Memperlihatkan warna-warna sebenar
Yang selama ini berada di sekitar diri

Cerahnya dinihari
Indahnya warna yang mewarnai
Gelap tiba berganti
Warna indah itu memunculkan
Yang sebenarnya warna itu tidak asli warnanya....

Puisi itu bercerita. Dan aku sedang berhadapan dengan cerita-cerita warna itu. Atau mungkin sahaja kebingungan diri menyebabkan aku terlalu emosi dan berkira-kira soal hati? Ntah aku tak pasti. Aku masih menganalisis segalanya. Aku confius dan untuk bersangka baik, mereka sedang memberiku ruang untuk bersendirian. Walaupun yang sebenarnya ini bukanlah waktunya untuk mereka meninggalkan aku sendirian dalam kebingungan. Emosikah aku? Mungkin. Mana dia mereka-mereka yang mencari ku di waktu aku berada dalam terang? Siapa yang bersama aku ketika tiba-tiba ruangan hidupku hilang cahayanya?
Dan aku sedang belajar lagi untuk mewarnakan hidupku dengan warna-warna yang jarang atau tidak pernah aku lihat dulu. Aslikah warna-warna itu? Aku bermohon semoga pilihanku juga adalah pilihan Dia untukku.

Kak Sal + Kak Noi + Su = Terima Kasih memberi warna yang mencerahkan
Bik Mis + Rina + Yati + K Sue = Syukur aku ada warna yang asli
K Zie + Fahmi = Semoga warna ini pilihan Dia

26 Oktober 2009

yang mana pilihanmu??

antara yang cantik dan hodoh
siapa yang memilih hodoh
untuk menjadikannya cantik?
kerana ramai yang memilih cantik
lantas meminggirkan yang hodoh.

antara yang berpendapatan dan yang tiada pendapatan
siapa yang memilih dikalangan tiada berpendapatan
untuk memberikannya peluang mendapatkan pendapatan?
kerana ramai yang terus memilih yang berpendapatan
lantas yang tiada berpendapatan hanya diperlekeh

antara yang kaya dan miskin
siapa akan memilih miskin
untuk menjadikannya kaya?
kerana ramai yang akan pilih kaya
lantas yang miskin terus dipersenda

antara yang kurus dan gemuk
siapa akan memilih gemuk
untuk menjadikannya kurus
kerana ramai yang memilih kurus
lantas yang gemuk terus dipinggir

antara senang dan susah
siapa memilih susah
untuk menjadikannya senang?
kerana ramai terus memilih senang
tanpa mengenal nikmat senang adalah dari susah

22 Oktober 2009

jujur vs hipokrit

Berkatalah benar pada temanmu
Tapi kau membohongi...
Itukah jujur?

Bermanis wajahmu
Kelatnya dalam hati...
Itukah jujur?

Beranilah hadapi dunia
Tapi kau sembunyi...
Itukah jujur?

Jujurkah namanya
Jika hidupmu
Dengan pura-pura

Mengharapkan hari esok
Menjadi lebih baik
Dan kau kata harimu bertambah baik
Walhal sebenarnya
Kau sendiri yang mencipta kebuntuan

Jujurkah namanya
Saat kau mengata cahaya sedang bersinar
Padahal dihadapanmu nyata mendung kelam?

Jujurkah kamu
atau
sebenarnya hipokrit

11 Oktober 2009

Segalanya telah berakhir



Segalanya Telah Berakhir

Di dalam diri ini
Tersimpan duri-duri
Luka yang kau tinggalkan
Tak terpadam walaupun balutnya

Pedihnya hati ini
Mengenangkan kembali
Kemesraan cinta kita
Hancur berkecai di simpang jalan

( korus )
Mengapa tergamaknya hatimu
Menghancurkan impianku
Untuk memilikimu
Apakah tidak layak untukku
Menyuntingkan dirimu
Menghiasi kamarku yang gelisah

Segalanya telah berakhir
Tanpa kerelaan daku
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu
Ku terima suratan takdir
Untukku melupakan dirimu


09 Oktober 2009

Anyaman jiwa

Aku renung...aku tenung...
Macam-macam ada. Dan sudah lama aku simpan. Hipokrit tak?? Yang hakikat sebenarnya...masih sama gamaknya. Tapi sebab fokus memandang pelangi maka hati jadi berwarna-warni. Agaknya.
Kita lihat mendung gelap macam nak ribut. Rupanya renyai-renyai saja.
Kita lihat bunga. Nampak cantik. Tapi tak ada wanginya.
Kita lihat malap. Siapa sangka ada cahaya disebaliknya.

Kita kata kita senyum-senyum-senyum dan senyum....
Orang kata-sedang berbahagia lah tu-ceria wajah-ada apa2 ke?
Hati kata-sedang menutup resah dijiwa sebenarnya-memang ada sesuatu.

Kenapa sejak dua menjak nie lain aje?
Pakai apa? Guna apa?
hahaha macam biasa aje- cuma ada sedikit perubahan untuk berbeza dari rutin biasa
sebab sesekali nak jadi luar biasa-salah ke?

Dan aku- masih lagi sama di dalamnya.
suka-diam-akibatnya tanggunglah.
suka-bersuara-hasilnya terimalah.
kali ketiga-apa pilihan yang ada? dua pilihan telah terlaksana-dan aku tahu apa kemungkinan dihujungnya. Dan aku tak rasa aku akan suka dapatan dari keduanya.
jadi yang ini- aku akan kembali seperti zaman dulu kala-duduk diam2 dan tunggu sahaja.
Namun dalam keadaan yang berbeza luar biasa.

Hahahaha aku nak berpantun sat
satu dua tiga empat
kita tunggu siapa yang dapat

dan juga berpuisi

Aku
Bunga mawar wangi
Dibiar ia akan layu
Dipandang sepi
Takkan ia membawa erti

Aku
Bunga mawar wangi
Dipetik digubah
Boleh jadi penyeri
Menceriakan hati

Erm.....satu dua tiga !


17 September 2009

Senario Hari Raya



Hari Raya meriahnya suasana
Ada Mak....Ada Ayah
Kakak.....Abang.....Adik
Ipar duai...
Kanak-kanak....anak sedara..sepupu sepapat...
Pak Long....Mak Ngah....Pak Lang...Mak Ndak....Ada Usu

Meriahnya Hari Raya....
Balik Kampung...
Rumah sunyi....Jadi riuh rendah....

Sungai Udang
Cuma dua nyawa...
Satu nyawa datar....
Yang satu lagi jadi sepi.

Hari raya...meriah di zahirnya
Hari raya...senyuman di wajahnya
Hari raya saban tahun ada sepi didasarnya
Yang disulami gelak tawa


16 September 2009

untitled : c.i.n.t.a ?

"kehidupan dan percintaan yang kita reka adalah kehidupan dan percintaan yang akan kita lalui"

"cinta adalah keabadiaan ...dan kenangan adalah hal terindah yang akan pernah dialami...maka,sulami cinta dengan
KEJUJURAN DAN KESETIAAN
!
"


15 September 2009

luaskan skop...

Kiri kanan kita
Ada macam-macam
Baik-baik pilih
Hati-hati simpan

Depan belakang kita
Ada banyak ragam
Elok-elok jaga
Jangan sampai luka

Keliling kita
Ada segala peristiwa
Kita jangan terleka
Silap haribulan kita terseksa

Timur ke, barat ke
Selatan atau utara
Banyak pilihan ada
Jangan obses pada satu saja

Hidup ini luas
Lebarkan
Sebarkan
tapi
jangan sampai terbabas
jangan sampai terbelenggu

12 September 2009

Sepertinya...

Dua tiga hari berlalu
Emosiku sedikit terganggu
Sudahku unjurkan jauhi itu
Tapi rasa itu masih mendekatiku

Aku menjadi ingin marah
Aku menjadi ingin menjauh
Aku seperti itu kadangkala
Menyesakkan diri sendiri saja

Dan...

Sepertinya Ramadhan ini
Bukanlah yang paling bermakna
Untuk diri seorang ~Insan Biasa~
Kerdil tak terlihat oleh sesiapa

Sepertinya Syawal yang bakal tiba
Bukanlah yang paling bererti
Bagi aku yang tiada sesiapa
Kecuali dia yang aku berbintikan serta Dia

Entah mengapa...
Sepertinya aku baru tersedar dari lena
Yang menyedarkan aku ini siapa sebenarnya
Aku bukanlah sesiapa untuk seorang manusia

Ramadhan kan ku tinggalkan dengan kesal
Syawal menjelang serba kekurangan
Salam Aidilfitri di angin lalu...


11 September 2009

Sesekali dengar...tersentuh hati.




Lama tak dengar lagu 'Hati Yang Rapuh' nyanyian rahimah rahim ni. Sesekali terdengar...sayu hati.

Lirik lagu :

Di hati kulakarkan sebuah impian
Yang aku namakan harapan
Apabila kutentuka arah serta tujuan
Rela kuhadapi cabaran

Jalan ke puncak itu beronak dan berliku
Menyukarkan pendakianku
Namun tetap kugagahi hati yang rapuh ini
Demi hasrat yang suci

Aku sangkakan harapan selembut impian
Yang menguliti tidur insan
Kiranya kehidupan tidak sedemikian
Goyah hatiku oleh kenyataan

Tak harus kuturuti kelemahan diri
Tak daya bertahan diuji
Lalu aku mengumpulkan semula kekuatan
Berlandaskan keimanan...

31 Ogos 2009

My Mum is Amazing


My Mum is Amazing ( Naadira Alli, Zain Bhikha & Linda Gcwensa)

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don't you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel

Then she makes something warm for me to drink
Cos it's cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when she's with me
there's no where else, I'd rather be

After School, she's waiting by the gate
I'm so happy that I just can't wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes

Then I wind her up cos I don't wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing

BRIDGE/CHORUS

In the evening, she tucks me into bed
And I wrap my arms around her head
Then she tells me a tale of a girl far away
Who one day became a princess

I'm so happy, I don't want her to leave
So she lies in bed with me
As I close my eyes, how lucky am I
To have a Mom that's so amazing

BRIDGE/CHORUS

Then I wake up in the morning,she's not there
And I realize she never was

And I'm still here in this lonely orphanage
With so many just like me

And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there's a pain in my heart that's a craving
How I wish I had a Mom that's amazing
Would be amazing

22 Julai 2009

Dalam lagu itu ada kisah...

Berapa lama harus aku tunggu
Kata setuju kamu
Kau biar aku menanti pilu

Kau diam bisu buat aku keliru
Mana tuju hatimu
Usah biarku resah menunggu

Raut wajahmu bisa ditelahku
Kau masih belum tentu
Apa ada rasa dalam hatimu

Datang padaku cerita padaku
Ungkapkan rasa itu
Apa saja buat hilang ragumu

Sesungguh tak kau tahu
Diriku ada kamu
Akan ku relakan semua ada ku untukmu
Mungkin bila kau tahu
Mungkin bisa kau temui jiwaku
Usah biar terusan begitu…

18 Julai 2009

Untuk dia, dia dan mungkin juga untuk dia...

Ntah kenapa minggu ni macam mudah benar hatiku tersentuh.Mengunjungi blog seorang rakan Hampir 10 tahun dikenali. Background music lagu Allahyarham Sudirman-pelangi petang. Dan aku hampir menitiskan titisan mutiara, apabila membaca bingkisan ini....Terima kasih. Semoga hubungan yang dijalinkan bukan untuk diputuskan di penghujungnya. Bukan untuk dipisahkan di akhirannya. Jangan dipersoal mengapa aku menyusun frasa-frasa itu sedemikian rupa....kerana aku pernah mengalami, begitu juga dia.

Akhirnya ini tercipta untuknya yang mengarang itu untuk aku.
Juga ku titipkan untuk kamu-kamu semua yang dekat di hati ini. Ku pohon semoga kamu-kamu tidak akan 'menjauh' walaupun kita jauh.

Belah permatang mengalir pergi,
Pasir mak bayu dipukul ribut;
Sembahlah datang salam ke mari,
Pohon kasih seumur hidup.

14 Jun 2009

Senandung Budi

Berbudi berbahasa
Ke mana pergi ingat sentiasa
Biarpun cantik paras dan rupa
Akhlak mulia yang lebih utama

Budi bahasa dipelihara
Sopan santun dijaga

Berbakti berbuat jasa
Nama dikenang bagai pendita
Biar bercerai jasad dan nyawa
Disebut orang di setiap masa

Jangan biar diri dihina
Kerna sifat tercela

Bunga pagi bunga di darat
Bunga seroja tepi kali
Hinanya besi kerana karat
Hina manusia tak berbudi

Ke sawah menuai padi
Bekal dilupa jangan
Hidup bersendikan budi
Sombong jangan amalkan

Hilang bahasa kerana emas
Hilang budi kerana miskin
Budi ditabur tak hendak dibalas
Baru sempurna zahir batin

(Budi bahasa budaya kita, jadi amalan bersama...)

Bunga cina di atas batu
Daunnya lepas dalam ruang
Adat di dunia memang begitu
Kerna harta budi terbuang

Contohi akhlak mulia
Dari nabi junjungan
Walau dicaci dihina
Ditempuh dengan iman

Sarat perahu muatan pinang
Singgah berlabuh di Kuala Daik
Jahat laku lagi akan dikenang
Inikan pula budi baik

-In Team-


10 Jun 2009

C.I.N.T.A

Tertarik hati dengan komen untuk n3 yang sebelum ini. Maka aku abadikan di ruangan ini.