03 Februari 2009

Aku mahu senyuman itu...

Lama sudah tidak menulis di sini...eh..eh...lama ker? Aku rasa macam dah lama. No idea. Kosong pulak kamus perbendaharaan kata. Menyebabkan tiada ayat-ayat yang terbina. Menyibukkan diri mengumpul segala aura positif dalam diri. Tapi tulah...aura negatif yang sedikit tersangat la mudahnya mengalahkan yang positif tu. Lihat senyuman budak kecik nie. Rasanya dah setahun lebih aku tidak menerbitkan senyuman seikhlas itu. But, hakikatnya aku sedang belajar untuk menerbitkan senyuman begitu tanpa memerlukan sebab-sebab yang tertentu. Ermmmm boleh ke? boleh tak?

Ntah kenapa, sepi yang menemani hari ini, hati aku tiba-tiba resah kembali. Hem...masih belum habis menuntut ilmu cara menghadapi realiti hidup yang sebenar. Masih mencari sinar. Aku sedang menyibukkan diri memenuhi impian baru. Semoga kesibukkan itu membuatkan aku sedikit alpa tentang kedukaan hati. Bukan untuk lari terus dari kesakitan itu, cuma menjarakkan. Agar sakitnya tidak terlalu memeritkan. Aku sedang meneruskan perjalanan hidup yang masih bersisa. Aku sedang bangun dari jatuhku. Aku sedang melihat pelangi yang ingin aku capai. Aku mahu senyuman itu di wajahku...

Cik Amat mengail ikan,
Dapat seekor ikan tenggiri;
Selamat tinggal saya ucapkan,
Pergilah duka senyum diganti.


1 ulasan:

ONE ZABA berkata...

apa nak dikesal kepada tudung,
tudung saja terendak bentan;
apa nak disesal kepada untung,
sudah untung nasibnya badan.

senyum-senyum la selalu...walau sekadar senyum kelat.