Banyaknya masa lapang. CUTI SEKOLAH. Kadang-kadang best cuti ni. Kadang-kadang boring pun ada. Sunyi je sekeliling. Tapi time bersiar-siar tu seronoklah. Dan seperti biasa time bersiar-siar mana sah kalau tak berbelanja. Boleh ke? Berjalan poket dizipkan? hahahahha ...renung-renungkanlah sendiri. Akhirnya duduklah mendiam di rumah mengadap laptop dengan blog....dengan facebook....Ahhhh itu pun kalau dah 24 jam mengadap boring juga. Ye tak? Herm...chatting? Aiyooooo lagi membosankan. Apatah lagi kalau chat dengan orang baru. Asyik taip ayat yang sama berulang kali. Asyik guna dialog yang serupa. Boring jugak kan? Pilihan lain menonton televisyen je la. Walaupun kadangkala cerita yang di tayangkan tu dah di tayangkan...layan je lah....last sekali mengantuk!!! Maka....sendiri mau ingat la kan...kan...kan....hehehehe.
Waktu cuti ni aku layan jer cerita PUTERA KATAK. Cerita dongeng. Malaysia pun dah jadi macam Indonesia juga, tiru cerita dongeng barat buat dalam versi melayu. Kadang-kadang tengok macam ....eerrkkkk....tapi kalau dah hari-hari mengadap ...layan je la. Gelak sorang diri. Hahahaha at least buat aku gelak...takpun sengih sorang-sorang. ekekekeke . Oklah tu......release la juga stress yang melanda. Opssss dah kul 6 petang ni. Aku nak pergi mengadap kekasihku dunia akhirat. Dah lambat dah nie. Nanti habis waktu, sia-sia je petang aku hari ini. Adios!!!
psssttt : best pulak dengar lagu tema PUTERA KATAK. ahaks!
Memaparkan catatan dengan label Penghargaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penghargaan. Papar semua catatan
13 Disember 2010
05 Disember 2010
susahnya....
Selamat Pagi!
Tengok tajuk entry...'susahnya' ...apa yang susah eh?
Petang tadi selepas menghadiri Majlis Perkahwinan seorang rakan, aku singgah ke rumah Mama.
Tengok pula satu rancangan....herm menarik...leka aku dan Tasha menontonnya. Tajuk....aku tak tau. Tau tau buka siaran dah mula...
Macam mana nak mengenal yang diri kita ni..'baik'...
Jawapan yang diberi,
Ada 2-
Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada diri kita. Pada aku, memang bukan perkara yang mudah. Mari kita cuba lakukan ini:
Aku....secara jujurnya, susah! Tapi mungkin kesusahan itu dapat dikurangkan kalau niatnya kerana Allah. Apapun perlakuan dan tindakan kita, kalau niatnya kerana Allah, insya'allah kita dapat melaksanakan dua perkara yang tersebut di atas tu agaknya. Mari kita cuba bersama-sama. Apapun perkara yang bakal kita lakukan niatkan kerana Allah. Tidak mengharap balasan terus dari insan (yang sesungguhnya juga hamba Allah), tapi berharaplah kita bakal peroleh sesuatu sebagai Imbalannya dari Allah yang maha pemurah. Sesungguhnya kebahagiaan yang kita perolehi hasil daripada kepuasan memenuhi impian diri sendiri tidak akan sama nikmatnya kebahagiaan yang kita dapat hasil daripada membahagiakan orang lain. Syaratnya....kerana Allah. Jika tidak...mungkin kita akan rasa sebaliknya .
Mari....kita cuba....
Lillahi Ta'ala...

- Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat pada diri kita
- Menyembunyikan aib orang yang sedang rancak diperkatakan
Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada diri kita. Pada aku, memang bukan perkara yang mudah. Mari kita cuba lakukan ini:
- Senyum kepada orang yang sedang mengutuk kita
- Ketawa dengan orang yang telah memalukan kita
- Berikan hadiah kepada orang yang telah mempork perandakan hidup kita
- Seseorang sedang menyebarkan berita buruk tentang musuh kita, cuba kita hentikan perbuatan itu.
- Cari idea bagaimana untuk membuat orang yang berdendam supaya tidak berdendam dengan orang yang memang patut didendami.
Aku....secara jujurnya, susah! Tapi mungkin kesusahan itu dapat dikurangkan kalau niatnya kerana Allah. Apapun perlakuan dan tindakan kita, kalau niatnya kerana Allah, insya'allah kita dapat melaksanakan dua perkara yang tersebut di atas tu agaknya. Mari kita cuba bersama-sama. Apapun perkara yang bakal kita lakukan niatkan kerana Allah. Tidak mengharap balasan terus dari insan (yang sesungguhnya juga hamba Allah), tapi berharaplah kita bakal peroleh sesuatu sebagai Imbalannya dari Allah yang maha pemurah. Sesungguhnya kebahagiaan yang kita perolehi hasil daripada kepuasan memenuhi impian diri sendiri tidak akan sama nikmatnya kebahagiaan yang kita dapat hasil daripada membahagiakan orang lain. Syaratnya....kerana Allah. Jika tidak...mungkin kita akan rasa sebaliknya .
Mari....kita cuba....
Lillahi Ta'ala...
25 November 2010
Ku Pendam Rasa
Berulang kali hatiku dilukai
Kadangkalanya tangisan diundang sekali
Namunku seolah-olah tidak mengerti
Ertinya serik percintaan ini
Tersemat hasrat mencapai impian kita
Untuk melupakan pahit getir yang melanda
Impian ini dikongsi bersama
Seorang insan yang ku cinta
Bukanlah niat untukku pertikaikan
Perasaanku yang dulu hanyalah terhadapmu
Apa yang terkurang pada diriku
Kuganti dengan niat ingin setia bersamamu
Belum sempatku meminta izin untuk bersamamu
Telahpun kau berikan kepada insan pilihanmu
Pengakuan dirimu itu berlinangan air mataku
Manakan tidak telah lama ku pendam rasa

berbakat sungguh orang yang mencipta lagu nie. suka aku mendengarnya. aku rasa aku tak pernah lagi dengar lagu ni kat mana-mana radio atau kaset ke...cd ke....erkkkk tak tahulah pulak kot aku ketinggalan ke....so oleh kerana x dapat di mana-mana aku nak simpan lagu ni kat blog aku yang tak berkepala nie....huhhhuhuhu. sesuai dengan aku yang suka dengar lagu jiwang-jiwang nih. wakakakaka.....ke...kisah aku jugak?????
12 November 2010
UPSR 2010
Terima Kasih untuk semua guru-guru yang ikhlas mendidik. Untuk UPSR SK Telok Pulai 2010 walaupun ada sedikit penurunan peratusnya, terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam usaha memberikan yang terbaik kepada murid-murid.
Upsr 2009
Pemahaman : 89.3%
Penulisan : 86%
B. Inggeris : 69%
Matematik : 79%
Sains : 78.6%
Upsr 2010
Pemahaman : 92.1%
Penulisan : 90.5%
B. Inggeris : 68.9%
Matematik : 81.3%
Sains : 80.9%
5A - 16 calon
4A 1B - 7 calon
Tahniah kepada calon-calon yang berjaya. Terus dan tingkatkan usaha anda untuk kecemerlangan yang lebih baik lagi. Kepada yang kurang bernasib baik. Perjalanan anda masih panjang. Teruskan berusaha. Insya'allah masih ada ruang untuk anda lebih berjaya!
* cikgu dulu pun masa upsr dapat 1A je ....huhuu
27 Oktober 2010
25 Oktober 2010
Terima Kasih Allah
Aku sangat-sangat bersyukur pada Allah. Walaupun aku selalu diberi dugaan dan ujian, tapi tidak boleh untuk menafikan bahawa Allah juga selalu memperkenankan sesuatu yang aku niatkan dalam hati.
Aku pernah niat untuk dapat orang jauh suatu ketika dulu....
Allah penuhi dengan mempertemukan aku dengan orang Sandakan, Sabah.
Tapi mungkin tertulis dalam suratan dia bukan jodoh yang terbaik untuk aku, kami putus secara aman.
Aku pernah niat untuk belajar sekadar menambah pengalaman, keluar dari Klang....
Allah penuhi apabila aku diterima menyambung pelajaran ke OUM. Dan dari situ aku belajar untuk ke PJ, PWTC, UNITEN,UM,UIA...semua pengalaman tu tidak akan aku perolehi jika aku bukan student OUM. Percaya tak? Kalau aku kata aku sambung belajar semata-mata untuk pengalaman-pengalam kat atas tu? dan bukan kerana untuk kenaikan tangga gaji??
Aku pernah berangan nak bersiar-siar tengok tempat orang....
Allah penuhi bila tiba-tiba aku ada banyak trip ke sana- sini...dulu , zaman sekolah ..... aku tidak berpeluang langsung! Walau untuk menyertai rombongan sekolah!
Sekarang.....Pahang, Negeri Sembilan...dah semacam kampung halaman pulak...sebab antara negeri yang selalu aku kunjungi saban tahun.
Dan..impian nak berjalan jauh tercapai juga...aku sedang dalam perancangan untuk ke Pulau Labuan dan menghabiskan cuti aku di Penang + Kedah.
Dari awal tahun....sibuk teringin nak pergi Cameron Highlands, plan2 asyik xdapat tarikh yang sesuai. Tup-tup Put3 offer ikut rombongan sekolahnya trip ke CH.Walaupun balik hari dan x sempat nak jumpa cgu one zaba (maklumla ikut jadual org-kita ni sekadar menumpang- so tak berani nak janji2 jumpa sapa2-aku kurang selesa) . Cgu one nanti saya naik lagi ke atas....dengan eeeda damak...stay semalam, kita jumpa...ok?...Yang penting Allah penuhi lagi hajat aku. Sampai juga kat CH.
Dalam pos terdahulu aku pernah nyatakan betapa aku teringin sangat berjumpa dengan seseorang....Vienna Seisi kan?
Pernah aku pergi kepadanya, tapi Allah masih belum membenarkan aku bertemunya ketika itu.
Dan, aku dan v merancang untuk jumpa cuti disember ini, walaupun aku tahu dan sedar itu tidak mungkin berlaku kerana disember aku dah penuh. Aku berusaha untuk jumpa v November pulak....dah niat nak cari v gamble jer..redah jer...niat nak ajak emmy....walaupun sebenarnya aku tak berapa berani nak redah jalan KL....
Allah dengar aku......dan sekali lagi Allah penuhi hajat aku...
Apabila mama datang dan Vienna ada sekali! What a surprise......kan??
Dan buat masa ini, aku berharap ......
ntah...aku tak tahu nak susun perkataan macam mana untuk kongsi harapan aku tu dengan u all...yang aku pasti, aku berharap macam tu kerana aku sayang sangat kat dia, kami satu keluarga sayang dia terutama V.
Tapi aku pasti Allah tahu...Allah faham...
Di penghujung coretan, sekali lagi .....TERIMA KASIH ALLAH...

Akhirnya aku dapat juga jumpa face to face ngan V. Dan mama bisik kat aku tentang niat V nak peluk Islam. :-)
(Inilah dia...Vienna Seisi....cute kan?)
Insya'allah .....mudah-mudahan Allah akan permudahkan segala urusan dan semoga Allah memberikan V sekeping hati yang kuat dan tabah.
(Inilah dia...Vienna Seisi....cute kan?)Dan buat masa ini, aku berharap ......
ntah...aku tak tahu nak susun perkataan macam mana untuk kongsi harapan aku tu dengan u all...yang aku pasti, aku berharap macam tu kerana aku sayang sangat kat dia, kami satu keluarga sayang dia terutama V.
Tapi aku pasti Allah tahu...Allah faham...
Di penghujung coretan, sekali lagi .....TERIMA KASIH ALLAH...
29 September 2010
Bacaan terbaru
Bacaan terbaru. Dah lama aku tidak membeli buku, dan yang terkini...Reformat Hati. Melihatkan tajuknya sahaja sudah tertarik. Isinya pasti menarik. Namun kesibukan menghadkan waktu pembacaan. Baca masa terluang. Istimewanya buku ini, datangnya beserta tandatangan hidup daripada Ustaz Cahaya sendiri. Terima kasih pada eeeda yang mencadangkan aku untuk memiliki buku ini.
p/s : Ni yang buat aku teruja juga untuk membukukan semua puisi2 yang telah aku hasilkan semenjak tahun 1996 dulu.
14 Mei 2010
terungkai sudah
19 November 2009
siapa kata tak bangga...
hari yang menyeronokkan...sebab seharian bersama rakan-rakan guru. dari pagi membawa ke petang. pagi penuh jadual dengan hari kecemerlangan. seronoknya melihat anak2 murid menerima hadiah. mak ayah datang melihat kejayaan. bangganya.semua ibu dan bapa begitu. walaupun ada sebahagiannya tidak memperlihatkan kebanggaan itu. dan aku....masih terngiang kat telinga hajat ayah nak buat doa selamat kalau aku lulus exam oum.
"periksa hari tu lulus tak?"
"kenapa?"
"kalau lulus kita buatlah doa selamat"
"oh lulus....tapi kita tunggulah habis satu semester lagi yah....yang last tu baru kita buat eh.."
"yelah...suka hati kau lah.."
selama ni setelah hampir 4 tahun belajar, ayah tak pernah tanya aku lulus atau tidak peperiksaan semester yang aku jalani. dan siapa sangka semester lepas tiba-tiba ayah bertanya dan......x kesampaian melihat aku tamat pengajian pun. dan siapa sangka rupanya aku yang buat kenduri tahlil untuk ayah....semoga ayah bersemadi dengan aman di sana. aku masih berkira-kira mahu atau tidak menghadiri majlis konvo tahun depan. takut kalau2 aku menangis sendirian sekali lagi kerana menghadiri konvo tanpa ayah disisi. ayah tak pernah memperlihatkannya tapi aku tahu dia bangga!
betapa aku cemburu dengan kawan2 semasa konvo maktab dulu. mereka dikelilingi keluarga, ibu ayah dan adik beradik. sedangkan aku sendirian. tiada sesiapa yang menemaniku waktu itu. tapi aku tak kecil hati dengan ayah sebab keadaan kesihatannya yang tak mengizinkan. aku masih boleh gembira kerana kepulangan ku ayah sambut dengan caranya yang tersendiri. ayah pandai masak. tapi selepas ini....
aku masih berkira-kira...
tiba-tiba hari ni aku jadi sebakk...
------------------------------------------------------------------------------------------------
pagi- hari ini hari kecemerlangan. dewan sktp penuh dan result upsr juga keluar hari ini. sktp - satu peningkatan. 20 orang murid dapat 5A. Tahniah untuk semua! Penuhnya kawasan sekolah. Mak ayah meraikan bersama kejayaan anak. seronoknya melihat situasi itu. bertuahnya anak-anak itu!
05 September 2009
Black
will of her ferocious rage against destiny, Michelle struggles to stay afloat in the impenetrable whirp
31 Ogos 2009
23 Ogos 2009
Inilah harinya...
Lagi hari ISTIMEWA untuk kami...
06 Ogos 78 - 02 Ramadhan 1398 - aNisah
12 Ogos 78 - 08 Ramadhan 1398 - aDam
18 Ogos 77 - 03 Ramadhan 1397 - Laila
29 Ogos 78 - 25 Ramadhan 1398 - aZlina
31 Ogos 80 - 20 Syawal 1400 - aTiQah
Ogos dan Ramadhan yang Istimewa!!
Alhamdulillah....masih dipinjamkan usia.
Nak convert tarikh ikut bulan islam klik sini.
19 Ogos 2009
Tahniah untuk mereka yang dah berpasangan
Seawalnya sorry kepada Puteri dan Faizal coz akak tak dapat hadiri majlis tunang korang.
Coz Sabtu tu sekolah ler dik...kalau majlis kat KL maybe sampai juga kot ,jika kesihatan ok.
Coz kat JB...jauhnya ..tak larat la nak drive sorang. Isnin kan dah keje...
Coz Kak Idah ko exam...kalau tak ada kemungkinan kami sampai gak. Macam ckp awal tadi, jauh2 drive sorang pergi balik..perghh tak larat.Sungguh!
Coz tak leh nak stay bermalam sana (tu kalau ko bagi alasan suh balik pagi Isnin)..takkan nak tinggal ayah akak tu kan??? Nanti telefon berdering tak berenti, mengganggu pulak majlis korang..
Coz x wish masa hari sejarah tu dik....sungguh akak lupa...so jangan lah kecik hati yea...Jumaat, Sabtu, Ahad memang akak korang ni sedang menahan kesakitan...penderitaan...hingga lupa segala majlis ke apa ke...hingga saat ini pun sakit tu masih bersisa...huhuhu bila ntah nak sembuh dalam erti kata sebenar....sehari dua lagi kot...insya'allah..
Walimatulurus korang kat mana pulak? Utara ker? Penang? pergghh....aku garu kepala gak ni. Tak tahu ler dapat attend ke tak. Tapi akan diusahakan okay.
Okaylah kepada korang dua yang dah sah bergelar tunangan orang nie....jaga diri bebaik kay. Darah tu masing2 sangat manis tau. Baik-baik berhubung semoga sampai hajat ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia sejahtera dunia akhirat.
Opsss....para blogger semua..actuallly yang rajin bagi komentar tu....hehehe jangan tanya kat aku soalan cepu mas "tuan punya blog bila pulak?" ....meh aku bagi jawapan awal-awal kat korang....
Aku punya turn...ada..pasti ada...tapi aku tak tau bila dan dengan siapa!
Aku punya turn...kalau ada adalah...tapi aku pasti ada. kalau kat dunia takde..tentu tuhan dah sediakan seseorang untuk aku masa kat sana nanti.
Aku punya turn...korang tunggu je la...kalau rajin. kalau idak...macamni jelah....
ermmmm...kita jalani hidup masing-masing dengan bersangka baik sahaja. Agenda seterusnya biar Allah yang tentukan.
p/s: Biarku pendam rasa hati. Ahaks.....aku suka kat....ehem,RAHSIA-biar hanya aku dan tuhan jek yang tahu!
Coz Sabtu tu sekolah ler dik...kalau majlis kat KL maybe sampai juga kot ,jika kesihatan ok.
Coz kat JB...jauhnya ..tak larat la nak drive sorang. Isnin kan dah keje...
Coz Kak Idah ko exam...kalau tak ada kemungkinan kami sampai gak. Macam ckp awal tadi, jauh2 drive sorang pergi balik..perghh tak larat.Sungguh!
Coz tak leh nak stay bermalam sana (tu kalau ko bagi alasan suh balik pagi Isnin)..takkan nak tinggal ayah akak tu kan??? Nanti telefon berdering tak berenti, mengganggu pulak majlis korang..
Coz x wish masa hari sejarah tu dik....sungguh akak lupa...so jangan lah kecik hati yea...Jumaat, Sabtu, Ahad memang akak korang ni sedang menahan kesakitan...penderitaan...hingga lupa segala majlis ke apa ke...hingga saat ini pun sakit tu masih bersisa...huhuhu bila ntah nak sembuh dalam erti kata sebenar....sehari dua lagi kot...insya'allah..
Walimatulurus korang kat mana pulak? Utara ker? Penang? pergghh....aku garu kepala gak ni. Tak tahu ler dapat attend ke tak. Tapi akan diusahakan okay.
Okaylah kepada korang dua yang dah sah bergelar tunangan orang nie....jaga diri bebaik kay. Darah tu masing2 sangat manis tau. Baik-baik berhubung semoga sampai hajat ke jinjang pelamin dan seterusnya bahagia sejahtera dunia akhirat.Opsss....para blogger semua..actuallly yang rajin bagi komentar tu....hehehe jangan tanya kat aku soalan cepu mas "tuan punya blog bila pulak?" ....meh aku bagi jawapan awal-awal kat korang....
Aku punya turn...ada..pasti ada...tapi aku tak tau bila dan dengan siapa!
Aku punya turn...kalau ada adalah...tapi aku pasti ada. kalau kat dunia takde..tentu tuhan dah sediakan seseorang untuk aku masa kat sana nanti.
Aku punya turn...korang tunggu je la...kalau rajin. kalau idak...macamni jelah....
ermmmm...kita jalani hidup masing-masing dengan bersangka baik sahaja. Agenda seterusnya biar Allah yang tentukan.
11 Ogos 2009
N3 Khas : Saya sayang Kamu!
Akhirnya.....yeaahaaaa....akhirnya....
Tesis aku dah selesai. Ngeh...ngeh...seronoknya!
Selepas ini bolehlah aku mengulangkaji dengan tenang.
Ada dua paper lagi ni...21hb dan 23hb..
Paper 21hb ni memang kena study betul2
Sebab....assgment x berapa nak cantik ..huhuhuhu
Kalau exam pun x cantik...sendiri ingatlah kan...
dan seperti kata Zuraidi tadi...
boleh juga 'berkebun' dengan tenang. ceh...perlikah?? hahah aku tak kisah.
Huhuhuhu...exam tak abis lagi lerrrr.
Apapun...sangat syiok Tesis aku dah hantar...Terima kasih untuk kamu,kamu,kamu yang sedikit sebanyak menyokong aku secara langsung atau tidak...beri dorongan, beri panduan, beri motivasi, dan macam-macam beri lagi la....supaya aku sentiasa tegak dan terus ke depan untuk buat yang sehabis baik. Siapa yea...hehhe
Aku tahu jugak sebahagiannya adalah silent reader blog aku ni....ketahuilah aku sangat berterima kasih kat korang tau..
Saudari Noor Sazila Md Desa
-tq kak ....akak dah bagi panduan sebelum saya masuk tahun akhir lagi.-
Saudari Salmiah Abd Hamid
-tq kak ....panjang lebar akak terangkan kat saya hari tu.-
Saudari Norhasnita Kusairi
-tq kak ....panduan ringkas yang akak story dan buku2 yang akak pinjamkan.-
Saudari Norhidayah Jailani
-tq dayah ....bagi akak tgk contoh dan dari situ bagi idea kat akak.-
Saudari Rozita Hassan
-tq ita ....menjelaskan apa yang aku tak paham.-
Saudari Norazurainee Abdullah
-tq kak ....menggerakkan aku supaya alert.-
Saudari Elys Rosliza Jaafar
-tq elys ....selalu tanya aku, itu membuatkan aku kena sedia selalu.-
Saudari Faridah Majid
-tq ida ....hantar aku untuk submit tesis, hehehe.-
Saudara Zuraidi Md Nor
-tq di ....tgk ko bersemangat aku terikut bersemangat nak hantar cepat.-
Saudara Ameer Hamzah Ibramsah
-tq cgu Ameer ....tukar waktu sesi mengajar dengan saya sampai 3 kali.-
Saudara Sabiahmad
-tq sabi ....tukar waktu sesi mengajar dengan aku walaupun mungkin ko x selesa.-
Saudara Harun Abu Bakar
-tq wak ....buat n3 motivasi untuk saya supaya tidak berasa takut.-
SAYANG U ALL!!

26 Julai 2009
TQVM
Dapat award dari Syahjehan78....thanks Syah!Ada syarat...aku malaih arr nak ikut.
Then cuma nak panjangkan kepada...
- eeeda (aku bagi lagi walaupun syah dah bagi...suka aku la nak bagi sapa)
- one zaba (tak kira aku nak bagi jugak)
- arryani
- gadis kampung separa bandar
- naqeeb lukhman
- kin hashim
- wak jinggo
- a kl citizen
- kak pah
- cikgu zailani
heheh semua di atas adalah my top 10 commentators. Thanks for your support guys!
23 Jun 2009
20 Jun 2009
Untuk AYAH dan juga untuk ABI
Esok Ahad 21/6 -Minggu 3 setiap Jun. Seratanya menyambut Hari Bapa di Malaysia. Aku punya ayah dan kami dah bersama selama 27 tahun berdua sahaja.Segala susah senangnya kehidupan. Itulah....kami berdua. Aku tanpa Ibu dan Ayah tanpa Isteri selama dua puluh tujuh tahun lamanya. Terima kasih Ayah untuk segala kasih sayang . Adanya aku kini dan siapa aku sekarang adalah keranamu. Maafkan anakmu Ayah, kerana ada ketikanya tak mampu memenuhi permintaanmu. Dan untuk Abi, juga terima kasih kerana ilmumu sedang membangkitkan aku dari kejatuhan. Ilmumu sedang membentuk seorang lagi insan baru. Terima kasih kerana tempias semangatmu. Dan akhirnya semoga hidupmu sejahtera dan terus sejahtera. Terima Kasih AYAH. Terima Kasih ABI.*Lagu ini untuk AYAH ....juga untuk ABI.
(nak dengar - sila klik mp3 player di sidebar kiri - track 3)
LELAKI-WARKAH SEORANG ANAK
Telah berdiri seorang lelaki
Hidup berbekal kecekalan diri
Walau menghadapi sejuta cabaran
Terus berpaut pada kebenaran
Berkurun sudah kau merintis jalan
Bertahun sudah hasratmu terhalang
Tetap bersemarak api keazaman
Bara keramat doa dan harapan
Kau melangkah bermula dari lembah
Kau mendaki setangga ke setangga
Semakin hampir menjejaki puncak
Semakin sering kau ditikam onak
Namun kerana kau lelaki
Derita dapat diselindungi
Tangisanmu rahsia dihati
Kesepianlah teman nan sejati
Di dalamnya kau mengenal diri
Tenangnya wajah matangnya bicara
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
Kerana kau menyakini
Tuhanlah yang maha ESA
17 Mei 2009
Selamat Pengantin Baru
Ini adalah salah satu aktor Malaysia yang aku minat. Hehehe...suka tengok muka dia...kalau senyum dengan lesung sekali lagi la. Kalau dulu , kalau drama ke apa ke...aktor Zamarul ni ade, mesti aku kekal depan TV. Cuma sekarang ni je aku dah jarang tengok TV. Apapun aku masih peminat aktor ini. Hehehe...
Semalam 16 Mei...akhirnya aktor ini selamat menjadi suami yang sah kepada pelakon diana rafar...aku suka sekali membaca kisah perkahwinan mereka di sini. Dan yang menarik perhatian aku....tentang 165. Ihsan, Iman dan Islam.
"Memang ini adalah tarikh yang istimewa buat saya. Malah, angka 165 itu ada makna tersirat kerana ia membawa maksud satu ihsan, enam rukun Iman dan lima rukun Islam. Angka itu yang memberi kekuatan kepada kami. Dan sebab itu, kami memilih tarikh 16 Mei serta mas kahwin RM165 dan wang hantaran, RM16,500," kata Zamarul.
Okaylah...Semoga Zamarul (38) dan Diana (27) kekal bersama dunia akhirat.

15 Mei 2009
SELAMAT HARI GURU.
dan
Untuk berjiwa guru ilmu perlu sentiasa baru.
Bak kata peribahasa melayu,
"Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju"
Untuk semua rakan guru di mana sahaja anda berada....
16 Mei 2009
Selamat Hari Guru
-GURU PEMBINA NEGARA BANGSA-
Semoga insan yang bergelar guru ini sentiasa berada di barisan hadapan, menjadi tulang belakang dan nadi dalam pendidikan yang seterusnya menjadi golongan yang menentukan nada masa hadapan.

12 Mei 2009
SKTP Boleh!
Actually .....banyak dah kejayaan-kejayaan sepanjang penggal pertama sekolah sesi 2009. Antara yang aku ingat la kan....
Johan Olahraga Keseluruhan Kategori Perempuan Peringkat Negeri
Jurulatih : Cikgu Hasnizam Tumin
Johan Nasyid (MTQ) Peringkat Daerah/Negeri
Jurulatih: Cikgu Mohd Syazly Abd Halil
Naib Johan Syair Peringkat Daerah
Jurulatih: Cikgu Normalina Mohd Sani/Cikgu Siti Zurida
Naib Johan Kebudayaan Tunas Budaya Peringkat Daerah
Jurulatih: Cikgu Normalina Mohd Sani/Cikgu Norzamani Mohd Zin
Kalau di senaraikan...memang memotivasikan sungguh. Kejayaan-kejayaan yang berlegar-legar di sekeliling kita sungguh memainkan peranan untuk kejayaan-kejayaan yang seterusnya. Semoga SKTP kan terus MAJU!
Langgan:
Catatan (Atom)