'Hari itu' datang lagi....kerana 'hari itu' aku dah mula jadi pengampu buku-buku. 'Hari itu' punya pasal, segala buku aku selongkar. Buku U untuk U. Buku S untuk S. U dan S sama-sama penting. Kesimpulan mudah, buku-buku itu penting. Hehehhehe U dan S stand for what ek??? Simple jer....
Pada aku,
U stand for Universiti - Aku dah mula taksub menjadi pengampu kepada buku-buku OUM aku. Ekekekek dengan dua sebab utama.
Satu : Peperiksaan Pertengahan Semester semakin menghampiri. 6 Mac....dekat dah tarikh tu kan? Aku perlu lakukan yang terbaik yang termampu aku lakukan untuk exam yang akan berlangsung selama satu jam aje....walaupun tempat peperiksaan tu mengambil masa 2 jam untuk pergi dan balik. Ekekekek lagi lama duk atas jalan raya daripada duk dalam dewan peksa. Untuk masa depan yang gemilang. Yok.....kita reedaaaahhhhh!
Dua : Assignment perlu dihantar seminggu selepas peperiksaan. Ada tiga paper woooo mau disiapkan. Maka mahu atau tidak, untuk melunaskan tanggungjawab sebagai seorang pelajar jarak jauh, kenalah jadi pengampu buku-buku yang penuh dengan pelbagai nombor dan simbol-simbol. Aiiiyakkkk manyak pining woooo. Tapi, untuk menaikkan atau sekurang-kurangnya untuk mengekalkan nilai CGPA yang sedia ada tu, Yok....kita reedaaaahhhhh! Opsssss....cik Anis , ingatan untuk dirimu- make sure redah anda ada arah tuju! Wakakakakaka....redah tak berarah kang jadi parah!
S is stand for School...alah melayu cakap Sekolah. Ekekekeke. Kenapa ek kena jadi pengampu buku-buku sekolah? Simple jugak alasannya ,pun ada dua yang utama.
Satu : Dah kabo kan.....Ujian Prestasi dah abish. So secara rasminya next week, aku akan jadi guru praktikum semula di sekolah tempat aku bertugas. Dan guru bertuah yang akan menyelia dan membimbing...Puan Guru Besar yang pada aku sangatlah teliti orangnya. So mahu atau tidak aku kenalah jadi seteliti GB. Tujuannya untuk mengelakkan aku daripada menerima surat ulasan yang berjela-jela. Yeaaahhh Anis Boleh ! (kuikuikui mudah-mudahan!)
Dua : Selepas aku menanda semua kertas2 ujian prestasi murid-murid kelas aku. Aku tak tahu sebenarnya apa yang aku rasa. Sebel? Sedih? Aku rasa down seketika. Seluruh kelas gagal dalam ujian prestasi tersebut. (setakat hari ini untuk paper BM dan M3). Daripada 31 murid tu cuma 2 lulus untuk BM dan 1 lulus untuk M3 kedua2 paper lulus dengan gred C. Sangat besar tindakan yang perlu aku buat untuk meningkatkan bilangan murid lulus. Huuuhuhuhuhu . Aku nak buat apa ek???? So....teramatlah penting bagi aku untuk menjadi rapat dan lebih rapat sehingga menjadi pengampu buku-buku untuk budak-udak nie kan.....? Ah, reeeeeeeedaaaaaaaahhhhhhh!
"Hari itu"...kerananya aku reeedaaahhhh!
Rumah baru sudahlah siap,
Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
Kuat ketam kerana sepit.
Tapi dapurnya amat sempit;
Kuat burung kerana sayap,
Kuat ketam kerana sepit.
5 ulasan:
Anis mengajar sekolah menengah jenis kebangsaan ke? Memang BM ni agak susah (kak tirana rasa..hehehe).
Anyway selamat bergaul dengan buku-buku. Kak tirana dari dulu, kini dan selamanya bergaul dengan buku-buku.
Tanam serai tanam halia,
Tanam juga pokok sengkuang;
Orang berbudi disanjung mulia
Ke mana pergi tiada terbuang.
Kuat burung kerana sayap,
Kuat ketam kerana sepit;
Kuat menggaru kerana kayap,
Kuat menjerit kerana terkepit.
Cikgu Anis mengajar Sekolah Kebangsaan la Kak Tirana....walaupun budak-budak tu dah darjah 2, ada juga yang x tahu tulis nama sendiri....Waaarrrgghhhh..majoriti kelas tu anak melayu...
Mudah-mudahannya begitulah one z...dah menjadi tugas guru, susah senang kena galas juga.
hmmm...selamat manjadi guru praktikum.... bestnya kacau guru praktikum dulu..huhuuh..
Catat Ulasan