Kuikuikui...ini kisah rentetan dari kisah-kisah yang aku suka nak tengok coz ada 'bunyi' nama aku. Wakakakkaka...at least mereka-mereka yang menontonnya leh teringat kat aku ni. :-D. Aku amat jarang sekali ketinggalan untuk menonton drama ku milikmu tu...Malam tadi episod akhir. Happy ending yang sebak kat dada aku.huhuhuhuhu
Citra satu : Ku milikmu
Citra satu-Kirana Anisa .Watak gadis lurus bendul. Menyamar sebagai Kirana Suraya untuk menyelidik Iqbal. Terpaksa mengalah dengan Suraya dan sedar dirinya tidak layak disamping Iqbal. Dalam diam Kirana Anisa jatuh cinta pada Iqbal. Tapi tak mengaku dan menurut sahaja pada keadaan. Pelbagai dugaan dan ujian dan di akhir cerita, Iqbal sebenarnya lebih menyintai Kirana Anisa. Bukan kerana rupa paras tapi lebih kepada keikhlasan dan kejujuran serta kebaikan hati. Akhirnya Iqbal menjadi milik Kirana Anisa.
Citra dua : Menantu 3 rasa
Citra dua-Nur Anisah. Masih lagi watak seorang yang lurus bendul. Membantu majikannya Syafiq. Menyamar sebagai kekasih Syafiq selama sebulan dan tinggal bersama 3 orang ibu Syafiq. Nur Anisah juga serupa, di hadapkan dengan ujian dan dugaan sepanjang bersama ketiga-tiga ibu Syafiq. Kesabaran yang tinggi dalam melayan pelbagai kerenah si ibu, si emak dan si mama, membuatkan dalam diam Syafiq jadi jatuh hati pada Nur Anisah. Di akhir cerita, Syafiq berkeputusan melamar Nur Anisah untuk menjadi isterinya. Kira cinta tipu-tipu akhirnya jadi betul-betul. Hhehehe...Lagi kisah happy ending.
Persamaan besar dalam kedua-dua Citra - Kesabaran, Keikhlasan dan Kejujuran. Akhirnya dapat memenangi banyak hati.
Bagaimana pula kisah ~Insan Biasa~ yang satu ini ?
Persamaan besar dalam kedua-dua Citra - Kesabaran, Keikhlasan dan Kejujuran. Akhirnya dapat memenangi banyak hati.
Bagaimana pula kisah ~Insan Biasa~ yang satu ini ?
Citra tiga : Tinta semalam
Citra tiga-Anisah. Semoga ada kesabaran yang tinggi dalam menempuh hidup. Semoga keikhlasan sentiasa mendiami dalam hati. Semoga kejujuran menjadi teman dalam pergaulan. Semoga di akhir ceritanya juga berkesudahan Happy Ending persis citra Kirana Anisa dan Nur Anisah. Ada sesiapa yang mengenali Anisah ingin menulis Citra tiga? Hehehehhehe......Semoga segala yang "semoga" menjadi kenyataan.
Pokok rambutan tepi kolam,
Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselam nilam,
Cahaya melimpah dalam negeri.
Buah dipetik hari-hari;
Intan manikam berselam nilam,
Cahaya melimpah dalam negeri.
6 ulasan:
Layang-layang menyambar buih,
Tetak jeruju buang selupat;
Kasih sayang boleh dicari,
Yang setuju jarang mendapat.
ada ke buah rambutan berbuah tiap hari.....mai setangkaiiiiii !!!!
salam akak
yang pasti saya suka nama ANIS.
sangat bermakna nama ini dlm hidup sri..inspirasi hidup.
mungkin jua nama nyata sri??
-- =) --
Drama TV mmg banyak...tetapi saya jarang mengikuti perkembangan drama-drama nih semua. Dapatlah baca sikit2 kat sini...TQ
Program yg saya minat cuma Berita (paling penting bagi saya. Tapi kadang2 miss jugak), Dokumentari (saya suka tengok life dan budaya manusia seluruh dunia , dulu dan kini), rancangan yg kalau ada soal jawab agama (maklumlah banyak yg perlu dibelajar lagi), masakan (saya tak pandai sangat memasak, jadi... kena lah tonton rancangan sebegini.heheh) dan realiti TV (selain dari AF.heheheh)
Agaknya kalau orang berkawan dengan saya mesti boring agaknya. Life saya agak banyak beza ngan org sekeliling saya....
Tapi saya seronok dengan kehidupan saya.
Tak ada apa yang menyeronokkan, selain daripada saya dapat buat, apa yang saya nak buat...heheheh
to one z:
buah rambutan di petik hari2 tatkala buahnya merimbun di waktu musim berbuah....hahhaha
to sri :
Ye ke....meh la kongsi nama sri tu dengan akak...bleh?
to aryyani:
Saya jarang tengok Tv....cuma hari selasa adalah hari saya tgk tv.hari2 lain lebih banyak mengadap skrin laptop saya....:-),
Catat Ulasan