Memaparkan catatan dengan label Aktiviti sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti sekolah. Papar semua catatan

05 Mei 2012

Hari Guru menjelang tiba...



 GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini


Bangun Beranikan Terima Seruan

Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Harapan

Lagu : Rosman  bin Adam

Lirik  : Zainal Ariffin bin Yusof

17 Januari 2012

Layak ke saya ni?


Dengan perlantikan sebagai ketua guru penasihat unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah menambah sedikit kegusaran di hati saya. Layak ke saya diletakkan dalam position ini? Nak berkawad..malu2 boleh ke saya nak ajar kawad kaki pada ahli2 TKRS ni? Membuat ikatan-ikatan....aduiiiii....semakin down rasanya. Tapi apakan daya. Masih lagi nama saya yang diletakkan dibarisan yang atas. Satu masalah yang sering saya hadapi.....
ketua....
eh kamu ketua....kamu lah yang buat.....
apa rancangan seterusnya?....pi la tanya ketua.....
ketua.....apa nak buat hari ni??

antara sebab-sebab kenapa ramai antara kita tidak mahu menyandang jawatan ketua...
mentang-mentang ketua....semua pun ketua...ketua....ketua....memang mudah sangat nampak tua la kan kalau dah semua ketua yang kena pikir...ketua yang kena rancang...ketua yang kena laksana...

eeerrkkkk layak ke saya jadi ketua atau perlantikan itu sekadar tangkap muat...janji ada?

kerna alasan itu jugalah pernah suatu ketika saya memagang jawatan 'ketua' untuk dua buah kelab....itu jugalah yang saya hadapi.....kerna awak ketua....dan saya mengambil keputusan untuk tukar kelab lain, asalkan saya bukan lagi ketua.

Kerana sebab-sebab tersebut yang di atas itu....adakah anda fikir saya layak untuk menjadi ketua kalau asyik kena 'buli' ajeeee??? nak mengarah...kita ni 'adik-adik'....atas alasan 'adik-adik' lagi banyak idea...wowww !!

Namun saya masih untuk cuba rancang yang terbaik. Perlembagaan saya dah dapatkan. Takwim tahunan saya dah sediakan. Perlaksanaan.....saya pasrah! Saya pasti down tatkala perkataan2 'ntah'...'tak tahu'...'apa'....'apa-apa ajelah'....'tibai ajelah'.....terpacul dari mulut2 deme kelakkkk...huhuhuhuhuhuhu TOLOOOONNNGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!

Seram ni mengenangkan kotmitmen yang bagaimana akan saya terima kelak. :-(...:-(....:-( sebab saya sendiri pun bukan 'ahli' dalam tkrs dalam erti kata yang sebenar. Huhuhuh

13 Januari 2012

Saya dah penat la....

Dah hampir 3 minggu rasa macam tidak berehat!... Letih benar rasanya. Namun saya masih cuba melakukan yang terbaik yang mampu untuk saya lakukan. Tapi apakan daya Tuhan masih belum mengizinkan kerja-kerja saya itu terlihat, terangkat atau apa2 sahaja lah frasa yang seangkatan dengannya.

Mungkin waktu malang saya kot...ops jangan percaya perkara-perkara begitu ya cikgu nisah!. Hehe.Malang...saat saya membuat satu kesilapan, yang terlihat...yang terangkat adalah kesilapan yang satu itu.Dan terlihat akan kesilapan itu sepanjang tahun...malah mungkin berlarutan untuk beberapa tahun, itu tidak mustahil kan? Walaupun masih ada lagi perkara-perkara yang saya lakukan sehingga mengorbankan masa, dan harta saya. Hish bukanlah meminta-minta, tapi ia juga bukan mustahil sekadar perasaan saya semata-mata. Tiba-tiba terasa rendah diri pula.

Tapi apa yang penting, saya dah cuba yang terbaik. Dan usaha saya itu, ada 37 pasang mata yang melihatnya. Mereka tahu. Tidak mengapalah kalau orang yang memberi penilaian itu tidak melihat apa yang sebenarnya. Penilai Agong kan ada. Dia tahu semuanya.  Arrr...kenapa pulak la sensitif pula ni. Aduyaiiiii......Letih beb  itu ini begitu begini . Di tempat kerja. Dan itu ini begitu begini juga di rumah. Hohohoho saya sedang membina sahsiah diri untuk menjadi super girl.

Malas la suruh-suruh diaorang...p suruh anis.....saya jawab....okeh. Dan saya lah yang berhabis kertas,ink...sebab saya pun malas la nak bising-bising.

Kesian pokok nih. Kesian kucing tu. Dengan saya kesian tak? Balik dari kerja, keluar kereta....terus masuk dapur. Cari air minum sendiri. Kalau tak haus la beb. Terus amik pisau...treng...treng....jadi chef plak. Kain baju x berlipat lagi. Pinggan mangkuk x berbasuh lagi. Yang dalam rumah tugas saya, luar rumah pun tugas saya. Kesian tak?Huhuhu saya dah penat laaa....

Kssr saya masih tak siap lagi.....dan saya tak fikir ia akan siap...kerana dah itulah tugasnya sepanjang tahun untuk tahun ini dan tahun-tahun seterusnya selagi masih dalam perkhidmatan.Setakat di tempat kerja, x akan lengkap...so nak bagus...bawa la balik ke rumah. Sambung lagi...walaupun sebenarnya kerja rumah saya pun masih ada yang belum selesai. Huhuhu saya dah penat laaa....

Kssr...rancangan mengajarnya...bahan
mengajarnya....latihannya....evidensnya...penilaiannya...penambahbaikannya...pemulihannya...pengukuhannya...hari-hari nak kena update. Cikgu cemerlang......macam mana cikgu lakukan semuanya? tanpa mengabaikan perihal rumahtangga dan hal2 peribadi cikgu? Sebab.....saya ini saat bagus di tempat kerja, rumah saya sedikit terabai. Dan di saat bagusnya rumah saya, hasil kerja saya pula sedikit terencat. Cikgu....saya dah penat laaa....

Tak pe...hujung bulan ni kan wajib berladap dengan bayaran RM40 di luar daerah. Maka bertambah bermotivasi? bersemangat? Mudah-mudahan......

Di akhir hari setiap hari,akhirnya saya hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan iman untuk mengharungi segala yang datang. Aminnn.

02 November 2011

Linus Sifar....Tawakkal.

Hujan-hujan macam ni yang buat saya mengantuk! Walhal ada lagi beberapa kerja sekolah yang perlu saya siapkan. Errrrr..abaikan untuk malam ini, boleh? Awal pagi esok , bangun dan siapkan la kan.....Ntah kenapa hari ini terasa letih benar. Bukan ade buat apa pun, selain mengutip dan mengedarkan buku pinjaman , latihan untuk persembahan sempena hari kanak-kanak, dan juga menjalankan ujian linus saringan 6. Ah...malang cuma 2 daripada 6 murid yang hadir pada hari ini. Selesai untuk dua orang sahaja. Kalau 4 lagi tidak juga hadir ke sekolah esok..lusa....harus bagaimana? Gurukah yang akan dipersalahkan andai target linus sifar 2012 bagi kohort 1 tidak tercapai???? tension tak? Linus oh Linus...

Nasib baik SAP dah saya siapkan awal-awal lagi. Haih. Kami cikgu-cikgu....SYMP jewwww..h....dan saya lakukan semampu yang boleh. Ok. Prestasi saya sedikit tercalar tahun ini...Nak kena polish semula agar di anjung 2012 bersinar-sinar cahaya hingga ke penghujung.

25 Oktober 2011

Bayar Hutang.


Pagi ini saya sambung dengan program pandai baca anjuran PIBG sekolah. Saya harus habiskan bilangan jam yang masih tertunggak. Jadi kesemptan cuti seminggu sempena deepavali ni saya rebut.Untuk hari ini cuma 2 orang je la pulak yang hadir. Sorang tu ntah mana ditunggu-tunggu x sampai pun. Telefon pulak tak bawak. Burn sudah 2 jam budak ni. Ahyoooo......cikgu pun sudah kesuntukan masa ni.Program ni melibatkan murid-murid lemah bagi kemahiran membaca tahap 2.....tapi tak tahulah kan....kenapa guru tahap 1 yang terpilih untuk jadi tenaga pengajarnya? Saya nampak macam berkira huh?? Hakikatnya cikgu tetap cikgu, kat mana dan bagaimana pun, siapa client kita......begitulah...tugasnya mengajar dan mendidik.

Lupakan dahulu bab tanda baca. Lihat kepada sturuktur ayat yang dibina serta ejaan perkataan. Jenuh juga nak membetulkan sesuatu perkara yang sudah menjadi kebiasaan ni kan. Tu sebab budak-budak ni baik kalau kita biasakan yang betul dari awal......haih.

Ayat-ayat ini telah dibina oleh murid saya yang kini berada di tahun 4. Tahun depan masuk tahun 5. Apa komen u all?

1. ayah memletakkan tikau di dalam kereta
2. kami semua dah sampai ke pantai
3. mak meletakan barangnya di tepi pantai
4. abang dan kakak bermain bola di tepi pantai
5. ayah dah sampai di pantai
6. abang dan kakak bermain bola pantai
7. emak memegang beg berkelah
8. ayah membaca surat khabar di pantai
9. ayah membaca buku cerita di pantai
10.adik dan abang memmain bolah baling di tepi pantai
11.ayah memletakkan bawangnya di lalam kereta

Mentang-mentang gambar yang saya beri suasana di tepi pantai, ayat yang diaorang buat pun majoriti 'di tepi pantai'. Hish...sungguh tidak kreatif la deme ni. (T_T)

07 Julai 2011

Majlis Persaraan GPK Kokurikulum

 Ni la stage kat dewan terbuka

 bergambar kenangan di gazebo - "Persada Ilmu"

 yang dirai - Pn. Wan Mariam Wan Jusoh
 diiringi - GB Pn Hjh Rozita Hj Sulaiman

 dayang sktp - comeyyyyy kan..... kan..... kan........

 barisan pentadbir : 
PK Petang-Cik Siti Aidah, PK1-Pn Tee Lee Feen, PK Koko-Pn. Wan Mariam, GB- Pn. Hjh Rozita, dan PK Hem-Pn. Nor Rizan

 segala berkaitan koko - jadi bahan hiasan

Guru lelaki tunjuk bakat terpendam - Cayalah!!!

23 Jun 2011

s.i.b.u.k

  • s - sukan. sibuk dengan latihan sukaneka. 2hb larian 1 murid 1 sukan dan sukaneka serentak kami jalankan. 3hb kejohanan sukan tahunan sktp.
  • s - saringan 5 lisan numerasi dan literasi linus kohort 1  sedang berlangsung.
  • i - imun badan semacam bermasalah. balik terus pengsan. selubung. tiba-tiba sejuk. 
  • b - buku laporan adab belajar perlu disiapkan. 24hb adalah hari terbuka.
  • u - umpama menyelam minum air. semua nak buat. badan sampai tak larat.
  • k - kelas perlu di update. keperluan majlis 10hb juga perlu diteruskan. Argghh...stress!
  • k - kehadiran pemantau linus secara mengejut menjadikan sistem imun semakin gagal berfungsi dengan baik...hehe
21hb
  • kehadiran mengejut pemantau linus. arrghh penyelaras linus plak xde. 
  • taklimat pengedaran susu 1 malaysia. cara pegang, cara buka plastic straw, cara nak minum. mak aiihh...saya dulu pun antara murid yang tersenarai dapat susu sekolah. xde pun taklimat cara nak minum. hihihi
  • latihan sukaneka tahap 1
  • maka ke hulur dan ke hilir satu hari di sekolah. x dan pun nak duduk mahupun menulis-nulis. x pegang pen pun ok. 
22hb
  • mesyuarat kejohanan sukan tahunan kali-2 dan larian 1 malaysia.
  • latihan sukaneka tahap 1
  • latihan larian 60m L & P, 4 x 50m L&P. syukur cuaca redup.
23hb
  • pembelajaran dan pengajaran akan berlangsung seperti biasa. insya'allah.kalau saya sihat dan tidak mc.huhuhuhu
24hb
  • hari terbuka sktp
  • hari berjumpa dengan i/bapa dan perbincangan tentang prestasi murid-murid.best!
25hb
  • .............harap dapatlah berehat hari ini.errkkk tapi ada kemungkinan inilah harinya saya membantu kawan2 saya menyiapkan keceriaan bilik guru dan peluang saya meminta kawan2 saya membantu saya menceriakan galeri wawasan a.k.a muzium sekolah.
26hb
  • barang2 en. tunang akan tiba pada hari ini. gulp..banyak benda nak kena kemas nih.
  • perlu juga menghadiri majlis cukur jambul anak sepupu saya. insya'allah kalau sempat.....tapi rasa macam x terkejar je badan ni nak memenuhi.
27hb
  • raptai sukaneka

Julai
2hb
  • larian 1 malaysia & sukaneka tahap 1
3hb
  • kejohanan sukan tahunan
4hb
  • arrggghhh......cuti peristiwa. lega! (sikit jer leganya, tapi alhamdulillah)
    5hb
    • majlis persaraan GPK koko
    8hb
    • saya dah mula cuti dan perlu beri perhatian penuh persiapan big day saya
    10hb
    • reunion untuk seluruh keluarga dikedua2 belah arwah ayah dan mak, kawan2 sktp 1999-2011,untuk kawan2 blogger,juga mini reunion untuk kawan2 saya sktg 85-90, mgs 91-95, mprm 96-99 dan oum 06-09
    11hb - 12hb
    • saya nak berehat sungguh2!!!! bley???

    15 Mei 2011

    Ini baru betul.... kisah Hari Guru yang bakal tiba

    Minggu yang agak sibuk saya kira. Hari Jumaat guru-guru di sekolah saya sudah memulakan persiapan untuk menyambut hari istimewa kami yang bergelar 'cikgu'! Kali ini saya ditugaskan untuk menyiapkan backdrop. Dan saya sangat beruntung berada di bawah Ustazah Aziah! Heheheh sebab beliau seorang yang sungguh kreatif dan sangat best apabila bekerja dibawah seliaan beliau. Chewwahhhh....boleh dapat hadiah hari guru tak k Aziah? dan kepada beliau juga saya pertanggungjawabkan untuk menyiapkan barang-barang hantaran kahwin saya merangkap dekorasi meja makan adab2 nanti.

    Ok berbalik kisah hari guru. Oleh kerana masa yang sudah singkat kerja-kerja xdpt nak siapkan pada hari Jumaat. Maka....di sambung ke hari Sabtu. Huhuhuhu tapi saya tak dapat nak tolong hari Sabtu tu...coz saya menemankan en. tunang menghadiri majlis kahwin sepupunya di KKB. Dan itulah masanya pun yang boleh saya curi untuk pra perkenalan dengan adik-beradik dan saudara mara en. tunang yang sempat dan dapat saya jumpa. Hehehehe....:-).

    Maka hari Ahad saya kenalah tolong apa yang tak siap untuk persiapan Hari Guru tu. Dan kebetulan backdrop pun x sempat diaorang nak siapkan hari Sabtu tu.Latihan nyanyian k Malina dah jalankan pada hari Khamis lagi....latihan wajib tiap tahun....dengar dan nyanyi lagu tema. Dan supaya senang nak dengar saya pasang lagu tema hari guru " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara" sebagai lagu latar blog saya. U all boleh dengar tak? Hahahaha kalau yang sedang baca entry ni adalah seorang cikgu...jom nyanyi sama!

     Opsss....hadiah untuk hari guru pun baru hari ni saya cari. Tiap-tiap tahun ada acara tukar2 hadiah dengan rakan guru. Dan siap cabut nama sapa.....surprise!!!! Nah cikgu...selamat hari guru! Hadiah saya tak seberapa....harap2 cikgu boleh terima. Saya dapat daripada cikgu sapa ye......???? hehehehe.



    Tak sabar pulak nak tunggu hari esok. To all Malaysian's teachers.......
    SELAMAT HARI GURU, CIKGU!


    31 Mac 2011

    Berdasarkan gambar.....

    Rabu 30.03.2011
    gerko pagi 1jam setengah
    masuk tugas rasmi 2jam setengah
    waktu free 2jam mengadap budak LINUS
    arrghhhh...layakkah aku ???
    coz aku tak rasa aku ada tahap kesabaran yang luar biasa
    untuk menghadap mereka.....
    masih aku
    belajar tanam sifat sabar

    dan 
    sepanjang rabu ini
    aku....



    ~ tu yang rasa bad mood aje ~
    maafkan cikgu ye
    sangat-sangat minta maaf
    kamu jangan la nakal sangat
    cikgu sangat letih waktu ini


    22 Mac 2011

    semalam, hari ini dan esok

    Semalam.
    7.10am sudah berada di perkarangan sekolah. Punch in.
    8.15am tiba di SJK(C) Soo Jin, Kapar untuk menghadiri Taklimat Saringan Linus 2011.
    Di Soo Jin ~ jumpa kawan lama. Satu unit MT2 semasa di MPRM.
    Tan Tai Hock. Rugi plak rasa apabila ~ tiada kamera!
    1.40pm berada di SK Telok Pulai.
    Hanya pulang selepas waktu rehat.
    Sesi perkenalan dengan PK Petang yang baru. Cik Siti Aidah.
    4.30pm keluar dari SK Telok Pulai servey jalan ke SK Pandamaran Jaya.
    Yup...berjaya jumpa. Beres. Pulang rumah. Teringin nak apikan dapur....Sphagetti goreng...Muaaahhh!
    9.30pm dah mula tarik selimut. hahahaha.

    Hari ini.
    7.15am juga berada di perkarangan sekolah. Punch in juga.
    Isi perut dulu di kantin. Noor Syasya Asyillah....silalah pilih kamu nak makan apa. Cikgu bayar hari ini.
    heheheh peruntukan dah disediakan oleh pihk sekolah.
    7.40am mula pemanduan ke SK Pandamaran Jaya untuk Pertandingan Melagukan Syair peringkat Zon B.
    Singgah kantin ke? Tak perlu sebab masih kenyang. Mendaftar dan Asyillah mencabut nombor dapat tempat 3 dari 9. Bersedia ok!
    9.00am pertandingan bermula. Dan keputusan akhirnya adalah seperti yang berikut:

    Zon B1
    1. SK Taman Gembira
    2. SK Pandamaran Jaya
    3. SK St Anne Convent
    4. SK Pulau Indah
    5. SK Telok Gong
    (untuk Asyillah yang mewakili SK Telok Pulai ~ kita cuba lagi tahun depan ye.....huhuhuhu)

    Zon B2
    1. SK Bukit Rimau
    2. SK Bukit Tinggi
    3. SK Jalan Kebun
    4. SK Kg Jawa 2
    5. SK Telok Menegun
    Di Pandamaran Jaya ~ jumpa sorang lagi kawan lama. Satu blok asrama semasa di MPRM.
    Faridah Ismail. Rugi lagi ~ kamera tertinggal lagi. Cisss!
    11.30am hantar Asyillah pulang ke rumah.
    12.15pm ambil Zihah my housemate dan masuk bertugas dan seperti semalam selepas waktu rehat waktu untuk pulang.
    4.00pm hantar barang rumah Kak Ju ~ depan rumah je pung! Borak2 sambil minum teh dan makan kuih.:-)
    4.30pm pulang dan rehat di rumah setelah usai solat Asar.
    5.45pm hubungi en. tunang yang dirindui. hikhikhik
    6.10pm api dapur dihidupkan lagi ~ Mee Maggi jek hari ini. Hahahaha.
    Jam berapa hari ini untuk tarik selimut agaknya????kuikuikui..

    Esok.
    7.20am perlu ada di SK Telok Pulai ~ Aktiviti Unit Beruniform pulak!


    Letih. Aku tetap suka bertugas sesi petang aje weiiiiii........!

    22 Januari 2011

    Akhirnya, sampai juga jodoh kami

    Salam Malam Minggu.
    Akhirnya sampai juga jodoh kami. Hihihihi Jodoh antara cgu nisah dan cgu zamani. Errrkkkk mari berkenalan sebelum anda buat kesimpulan tersendiri.

    Kenapa buat statement macamtu??? Mesti yang selalu singgah akan segera singgah...sebab nak tau siapalah jodoh cgu nisah kan? ekekekeke. Ni yang aku maksudkan jodoh berkongsi kelas ye....bukan berkongsi hidup! Maaf. Jodoh yang satu lagi tu ntah bila....ada sesapa nak pinang? kerrr??? hihihih.
    Aku dan cgu zamani ni sama-sama posting kat SKTP pada 20 September 1999. Aku dari MPRM dan cgu zamani dari IPBA. Dan kami sama-sama opsyen MT-PM. Okaylah tu jodoh awal posting kan? Dan kini diam tak diam dah 10 tahun kami berkhidmat di sekolah yang sama , tempat duduk dalam bilik guru pun memang kami share dah bertahun dah.Cuma baru sekarang kami dijodohkan untuk berkongsi kelas. Aku untuk kelas Tahun 2Dedikasi sesi petang dan Cgu Zamani untuk kelas Tahun 5Dedikasi sesi pagi.

    Wallahhh....seronok betul saat aku dapat tahu share kelas dengan Zamani. Why ? Maka dapatlah kami bersama-sama untuk menghiaskan kelas mengikut citarasa kami berdua. Selama ni asyik aku jek sorang-sorang nak hias kelas. Jenuh wehhhh...aku pun x pernah lah pulak klim ker apa ker dengan pihak sekolah. Aku buat sebab aku suka! Tapi yang menyakitkan hati, jiwa dan raga apabila segala yang dihias tu tak terjaga baik. Bayangkan almari dalam masa 1-2 bulan pintu dah terkopak ape kes? Pintu berkunci okey???? kalau berkunci...adakah mereka tak paham bahawanya dilarang membukanya lah kan??? ni nak bukak jugak sampai terkopak....sakit tak???? Carta-carta tercabut boleh tersadai jer....xde orang ke yang boleh tolong betulkan? Errkkk camne leh tercabut kalau takde tangan yang gatal tarik2.....bengang tak? kot nak menyentuh2 pun kalau tertanggal apalah salahnya dirinngankan tangan membetulkan????Terpaksa la aku datang sesi lagi satu bagi warning kat budak-budak tu. Heranlah.....macam takde cikgu jer....hissshhhhh.

    Tahun ni memang aku bersemangat. Insya'allah terjaga kottttttttt......harap2 begitulah. Pagi tadi bergotong royong menghias kelas. Mengecat...murid seronok. Cikgu happy. Cat warna purple tu ada parent yang sponsor. Best kan? Barulah nampak ada kerjasama antara guru,murid dan ibu bapa. Cat kuning datang dari sekolah. TQ.TQ.TQ. Proses menghias belum selesai. Masih dalam pembikinan. Setakat hari ini, inilah hasilnya. Jom cuci mata. Arhhhhh...puas hati kami.










    .

    13 Januari 2011

    "Ani...Ani...sini...."

    Alamak aku tiba-tiba cuak aje saat melangkah kaki dalam bilik guru bila cgu lela panggil aku siap dengan riak muka lagi....
    Rupa-rupanya peawat LINUS dah sampai! Heheheh Maka dengan segeranya aku dengan cgu laila jadi tidak memperdulikan juadah bihun goreng, pulut kuning dan kari ayam yang terhidang di hadapan bilik guru. Kahkahkah....hilang selera terus beb.Walhal pelawat tu datang jumpa dengan cgu Hasnita dan cgu Nani je pun.

    Macamtu la kita kan? Bila dengar pelawat mulalah kecut sana sini. Tanda tak cukup persediaan tu....kan..kan...kan....Aku lesson note cantik. Cuma yang tak berapa nak cantiknya BBM aku masih dalam proses. Nak naik selongkar bilik BBM yang berabuk tu...berpeluh2 aku. Barang yang di cari tak jumpa pun. So, aku lebih suka bina sendiri. Tapi tu la selalu dapat idea last minute. Bih tu camno? Dah macam tak reti nak urus masa dah aku ni. Itu nak buat...ini nak buat. Last2 apa pun tak jadi. Hahahaha. Guna ajalah BBM yang dolu-dolu. erkkkk tu belum masuk kira kerja2 perkeranian dan kerja-kerja menghias kelas kat sekolah!Penat kepala otak dan dompetku.......hihiihi. Apa lah yang aku mampu, aku buat....SYMP....

    Kajian sana sini. Cgu-cgu yang melaksana yang menanggung. Dasar itu dasar ini.Patutlah ramai cgu2 yang ting tong di akhir-akhirnya. Semoga Allah selamatkan aku. Amin.Matlamat aku...Buat yang terbaik yang termampu dek diri.

    29 Disember 2010

    Mesyuarat hari ke-3

    Sarapan pagi. Bihun goreng dan air teh. Alhamdulillah...

    Mesyuarat kokurikulum.
    Perkara panas, aktiviti gerko 2jam seminggu. Unit uniform dijalankan selepas aktiviti P&P. Bagi aktiviti permainan pula akan dijalankan awal pagi, pada setiap hari Rabu.Guru-guru meminta pentadbir untuk menimbang balik waktu gerko yang telah ditetapkan. Permintaan ramai agar aktiviti gerko dijalankan pada hari Sabtu.

    Ahhh......hari ni....
    aku tak tahulah....apa akan jadi tahun depan ni
    apa akan jadi ekkkk kalau
    ramai yang bekerja seperti paksa rela
    tanpa rasa seronok
    tanpa rasa selesa
    yang jadi mangsa?

    cikgu? murid?

    ops.....kita bekerja kerana apa ekkkkk....
    patah balik niat asal...

    huhuhuhuhu

    28 Disember 2010

    Mesyuarat hari ke-2

    Meeting.....meeting....dan meeting

    Penulisan buku rekod pembelajaran dan pengajaran gunakan pen berdakwat hitam dan impaknya perlu ditulis dengan pen berdakwat biru! Mahu diselaraskan..biar nampak cantik. Ketetapan warna jadual waktu bagi SKTP.

    BM....oren
    BI.....biru muda
    M3...merah tua
    SC....hijau muda
    AM....hijau tua
    PS.....merah jambu
    MZ.....ungu
    KT.....kelabu
    KH....coklat
    PJ......kuning
    SV....putih
    PK....biru tua
    BA....merahoren

    Mari kita mewarna!.....

    Pengurusan murid.

    2011 SBT tiada. Kwapm masih seperti biasa. Bantuan adalah berdasarkan e-kasih...kemungkinan besar murid yang layak tidak akan dapat. Guru perlu senarai murid yang benar-benar layak dan pengurusan secara manual akan dilakukan. RMT tidak akan dijalankan pada hari pertama. Bantuan pakaian seragam masih diteruskan.


    Unit Disiplin
    Ketua Disiplin - Ust Khairul Anuar / Pn Shaheeza
    Pen. KD - En. Mohd Syazly / Pn. Normalina
    Ajk - Pn. Noor Aziah

    Tahniah!!!! hehehehhe. Kelas-kelas yang menerima kerusi dan meja baru diminta menjaganya dengan baik. Tiga kelas yang terlibat....2/5 Amanah, 2/5 Bersih dan 2/5Cekap.Unit disiplin dan guru-guru perlu melatih murid dari awal untuk mengikut peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Perjumpaan dengan pengawas perlu kerap dijalankan agar disiplin sekolah berjalan dengan lancar dan sempurna. Perlu ubah dan dapatkan iklim sekolah yang baik untuk kebaikan bersama.

    PMD- Program Maju Diri perlu ada jadual dan mesyuarat khas juga perlu dilakukan untuk semua guru-guru yang terlibat. Selain itu diingatkan juga bahawa mesyuarat bersama pengawas adalah penting. Guru-guru hendaklah sentiasa menyemak takwim yang telah disediakan. Pemeriksaan mengejut juga perlu dijalankan seperti tahun-tahun yang sudah.  Minggu Pertandingan Kebersihan Kelas akan dijalankan pada Februari 2011.

    Terdapat pindahan AJK SPBT. Sila rujuk Buku Pengurusan.

    ~Mesyuarat di sambung ESOK!~


    12 November 2010

    UPSR 2010


    Terima Kasih untuk semua guru-guru yang ikhlas mendidik. Untuk UPSR SK Telok Pulai 2010 walaupun ada sedikit penurunan peratusnya, terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam usaha memberikan yang terbaik kepada murid-murid.

    Upsr 2009

    Pemahaman : 89.3%
    Penulisan : 86%
    B. Inggeris : 69%
    Matematik : 79%
    Sains : 78.6%

    Upsr 2010

    Pemahaman : 92.1%
    Penulisan : 90.5%
    B. Inggeris : 68.9%
    Matematik : 81.3%
    Sains : 80.9%

    5A - 16 calon
    4A 1B - 7 calon

    Tahniah kepada calon-calon yang berjaya. Terus dan tingkatkan usaha anda untuk kecemerlangan yang lebih baik lagi. Kepada yang kurang bernasib baik. Perjalanan anda masih panjang. Teruskan berusaha. Insya'allah masih ada ruang untuk anda lebih berjaya!

    * cikgu dulu pun masa upsr dapat 1A je ....huhuu

    24 Julai 2009

    Buku lagi

    Malam semalam SKTP buat aktiviti motivasi khas untuk murid-murid dan ibubapa. Fokus kepada mereka yang menghadapi UPSR. Aktiviti seperti ini memang saban tahun di adakan di setiap sekolah seluruh negara pastinya.

    Lagi sekali SKTP bersama Cr. Tuan Hj Hushim Hj Salleh dengan pendekatan yang serupa seperti tahun-tahun sebelumnya. Pengisian memfokuskan bagaimana untuk menyiapkan diri menghadapi UPSR yang tak berapa lama je lagi. Tips-tips waktu yang sesuai untuk belajar, tips keibubapaan, bagaimana untuk menangani anak-anak yang sedang membesar....tips mengajar dan membimbing , mendidik anak. Semuanya di perbualkan secara ringkas tetapi padat.

    Dan aku tentu sahaja dengan senang hati menghadirkan diri. Selain menyokong aktiviti sebegini, dapat juga aku men'top up' mana2 kesedaran yang mungkin menipis di telan masa....hahahha. Cuma takde gambar je ha...camera pun buat hal jugak. Adehhhh...semua tool teknologi milik aku buat hal. Ngeeeee jangan internet dan blogspot buat hal dah....nanti mati kutu aku. ngeh ngeh ngeh...
    Dalam pada itu, sempat juga aku belek-belek buku tulisan Tn Hj Hushim yang turut dijual pada malam tu....last2 aku amik satu set...dapat diskaun RM2 ngeh ngeh ngeh siap dengan tandatangan Tn Hj lagi. Sempat juga berbual-bual ringkas dengan anak beliau yang datang membantu ayahnya. Heheheh peramah dan berbudi bahasa, aku ni jenis ikut peramah dengan orang yang ramah. Ramah le...bila orang dah bertanya takkan kita nak senyap jer ...ye tak? kang dikata menyombong plak. Anaknya yang ramah tu....erkkk aku lupa nak tanya nama...lagipun dia jek yang banyak tanya aku. Baru habis belajar tu, dan akan mula bertugas ke sarawak kot (kalau tak silap la) as a pilot. Lepak-lepak kat sekolah begitu sekali sekala memang seronok. Pukul 11 lebih gaklah baru sampai rumah. Oh ya...kalau nak tahu lebih lanjut tentang Cr Tn Hj Hushim ni leh klik kat link yang ada dalam senarai Santapan Jiwa blog aku nie kay....

    19 Julai 2009

    Degilnya bochah iki....hehe muktamad!

    Keletihan. Sedikit. Selesai sudah sukan tahunan SKTP. Meriahlah juga. Purnama Juara. Suria Naib Juara. Buana Ketiga dan Segara Keempat. Merah. Kuning. Hijau dan Biru. Acara bersama ibubapa, Kaum ibu lawan guru perempuan. Hehehe aku join nih. Huwaaaaa kami kalah. Kaum bapa lawan guru lelaki, pun kalah. Budak2 bersorak....apalah cikgu nie....kalah pulak....heheheh cikgu pun tak sempurna sayang!. Lawan apa erk...??? Acara tarik tali. Tahukah kamu...semasa menaip entry ini, lengan cikgu sudah mula terasa sengal2nya....betis cikgu sudah mula terasa pejalnya? Muhahahaha...bahana terlampau rajin bersenam. Ini belum ikut ekspidisi panjat gunung lagi nie....Adeehhhh....

    Petang tadi idah datang, ceh....larat sungguh minah tu, bertulang besi berurat dawai sungguh. Kenapa, malam tadi balik dari Jerantut, pagi ke kelas OUM, petang ke Klang dan terus ke Pulau Indah. Lama dah aku tak balik....hampir setahun. Sungguh aku bawa diri sungguh-sungguh. Balik untuk ambil satu dokumen. Singgah ke rumah Pak Su aku...siap kena sound pulak! Aku iye kan aje, dan aku masih akan meneruskan niat aku.Muhahahaha....degil anak sedara pak su ni tau....macam pak su gaks.....! "nak telur ayam gak..kalau tak, tak nak g sekolah"...ekekek apa tu?? adelah, sebuah cerita dolu-dolu. Dan hanya orang-orang tertentu saja yang tahu kisah dolu-dolu itu. Kahkahkahkah.....Pak Su tu idola aku dari kecik....sampai kerjayanya juga jadi cita-cita aku. Tapi....idah kata....aku boleh minta pandangan,pendapat orang. Dan tak semestinya kata-kata mereka adalah benar untuk aku ikuti, aku adalah pembuat keputusan untuk diri aku sendiri! Herm....maka aku akan tetap teruskan niat itu. Baik atau tidak hasil tindakan aku, impaknya hanya akan terlihat apabila nyawa itu sudah tidak dikandung badan ! Bila? Eh, manalah aku nak tahu, itu semua rencana tuhan, kan??? Kali ni aku nak jadi budak degil pulak!
    Pak su aku sound tentang apa erk...? Hermm, ianya ada berkaitan dengan ini....
    Errrkkk sebab aku rasa lebih banyak baiknya pada aku untuk masa masa masa masa akan datang. Sama ada semasa ada hayat atau setelah hayat aku dah cukup nisab! Maaf kalau kali ini aku adalah memang budak degil. Huhuhuhuhu..3 rumah biasanya akan aku jejak apabila ke pulau. Kini satu rumah sudah aku singkirkan dari senarai lawatan....degilkan aku????

    Bukan saja condong ke dulang,
    Saya tak mahu condong ke desa;
    Biar saya berputih tulang,
    Saya tak mahu berputih mata.

    24 Mei 2009

    Aku dan Hari Guru

    Wajah itu
    Yang lepas ia kelam
    Kini mulai bersinar

    Wajah itu
    Yang dulu ia suram
    Kini mulai berwarna warni

    Senyum itu
    Yang lalu ia plastik
    Kini terbitnya asli

    Senyum itu
    Yang sejarahnya pahit
    Kini kembalinya
    Ditemani bunga-bunga dalam jiwa

    Selamat Berceria
    Beringat-ingat selalu
    Semoga yang kelam itu
    Tidak kembali menghantui
    Tidak kembali menemani

    Senyum itu muncul kembali
    kerana
    dia
    dia
    dia
    kamu
    kamu
    kamu

    Terima kasih
    kerana
    senyuman itu
    menemani
    Aku dan Hari Guru
    Hatiku kini kembali menyanyi

    Manisnya Hari Kita


    Mooi Zurida
    Apakah yang dibicarakan
    Tetamu
    Menanti juadah hidangan
    PIBG turut sama memeriahkan
    Anis dan Adam
    Interprem kat belakang
    Ustaz Sabri dan Amirul
    Tekun sekali mendengar penjelasan
    Oleh cikgu somel yang serba ke'oren'an
    Barisan Pemuda harapan seluruh warga
    Razak, Tusiran, Syazly dan Zuhaimi
    Yang tunggal bujang berbaju melayu hitam
    Itulah dia bernama Qusyairi
    eh
    eh
    Ada sorang lagi bujang trang tang tang
    mana dia ? siapa?
    iniZulfadzli
    Dengar-dengar khabar angin juga
    Hujung tahun sudah mahu jadi suami


    wajah-wajah keriangan
    Senario sepanjang keraian
    Ustaz sabri selaku pengerusi
    Syazly berbakti menaik nama kumpulan Nirwani
    Eh..kak Maryati mengapa wajah disembunyi
    Melihat si Puteri
    Gelihati
    ngeh ngeh ngeh

    Segak berbaju melayu
    Tampan sungguh kontrol macho
    hehehe Ustaz Anuar itu empunya diri

    Hero-hero penghormatan diberi
    Di atas pentas kamu di letakkan
    Sebagai contoh kepada yang lain
    Contoh yang perlu sekali untuk dijauhi
    Tahu pula wajah di sorokkan
    Seakan tahu akan jadi paparan
    Ha....lain kali buatlah lagi
    Kan dah kena penangan dari Cikgu Zuhaimi!
    Kepada yang lain sila jadikan tauladan.

    Hari itu cikgu-cikgu...
    Hari itu Hari Kita
    Hari Kita?
    Ya .... hari itu Hari Kita
    Hari Guru
    Lihat betapa...
    Manisnya Hari Kita

    Citra Hari Guru 5

    Makan time
    Semua cikgu usap-usap perut
    Mentari semakin meninggi
    Tekak mula minta dibasahi
    Kek itu...tiga semuanya
    Satu pun tidak sampai
    kepada deria rasaku

    Makan-makan diteruskan
    Asam Pedas Ikan Pari
    Ada juga
    Ayam Golek Madu
    Ah...sepadankah selera?
    Rezeki itu datangnya dari Dia
    Alhamdulillah

    A beri pada B
    B beri pada C
    C beri pada D
    Apa itu?
    Tukar hadiah antara guru
    Mata mengecil
    Pipi naik
    Senyum meleret
    Ah manisnya
    Semua wajah terpancar sinar

    Mari kawan-kawan
    Kita kekalkan
    Sinar yang ada
    Pelangi yang menyinggah
    Indah sekali!