11 Julai 2012

Hanya pada-Nya Hamba mengadu

 
Dengan nama Allah...Bismillah...
Di tulis salah....x tulis terasa ingin meluah...seperti biasa apabila sesuatu itu tidak dapat dikongsi dengan hati yang yang lain, makanya di sinilah tempat yang dapat menerima segala luahan. Positif atau negatif tidak akan ditolak mentah oleh tapak blog ini.Tak gitu?
gsi
Walaupun begitu perlu juga berhati-hati tatkala menyusun aksara di ruangan yang dapat di akses oleh sesiapa sahaja di dunia yang fana ini.

Berkata-kata salah. Berdiam diri pun tidak betul tindakan. Jadi harus bagaimana. Pilihan yang terbaik mungkin....berdiam diam diam diri. Iye ke? Ada waktu berdiam hanya akan mengusutkan lagi keadaan. Makan dalam. Mengapa tidak bersua dan bertemu empat mata? Pelik juga apabila yang jernih menjadi keruh. Yang keruh ingin dijernihkan membawa akibat keruh di muara pula. Kekeliruankah?

Salah? Di manakah salahnya? Boleh beritahu kepada saya?
Sebagai guru...setiap yang menjadi guru....tugasnya mendidik. Setiap kesalahan murid perlu dibetulkan. apa yang salahnya? di mana salahnya? Point! Tunjukkan segera dimana dan apa yang salah dan segera arah buat PEMBETULAN. Biar berkali pembetulan. Biar beribu kali bebelan. Yang penting apa yang dibetulkan akan di ingati oleh anak didik ...owhhhh begini salah dan cikgu kata sepatutnya begitu. Tunjukkan mana yang benar. Bukan setakat memberitahu budak ini salah dia sepatutnya buat begini. Sila direct beri cakap pada yang membuat kesalahan bukan berkongsi kesalahan itu dengan rakan setugas cikgu tanpa tindakan susulan terhadap anak didik tersebut. Bukan begitukah yang sepatutnya cikgu?

Lihat sahaja pada catatan impak mengajar kita pada hari ini.

35 daripada 38 orang murid dapat menjawab5 daripada 6 soalan bercapah dengan menggunakan ayat majmuk dan tanda baca yang betul.

3 murid lagi? apa yang berlaku pada mereka?
Tak bawa buku? Apa tindakan guru pada murid tak bawa buku itu?
Tak siap kerja ? Apa tindakan guru pada murid tak siap kerja itu?
Berjaya menyiapkan 2 soalan sahaja daripada 6 soalan, dan tidak mencapai objektif. Apa tindakan guru pada murid itu?

Sekadar menceritakan semula kepada guru lain tentang 3 murid tanpa mengambil tindakan terhadap murid berkenaan? Betulkah cara itu cikgu? Ada cikgu jumpa murid itu dan selidik punca tak bawa buku....punca tak siap kerja dan punca hanya boleh jawab 2 soalan dengan betul? Apa pula tindakannya untuk memperbaiki ketidak sempurnaan itu supaya esok murid itu bawa buku. supaya murid itu siap kerja. supaya murid itu dapat menjawab soalan seperti yang di'target'kan?

Makanya begitu jugalah dalam kehidupan kita sehari2. Setiap yang berlaku, tidak sepatutnya kita sekadar berkata2 semata2. Berkata2 dan bertindaklah. Opppssssss jangan makan. Kenapa? Dah tak elok! Iye ke? betul ke dah tak elok? Sudah dipegang makanan itu? Sudah dihidu makanan itu? atau lebih baik sudah dirasa sendiri makanan itu? Kenapa perlu terus percaya makanan itu tidak elok tanpa melakukan semua itu terlebih dahulu?

Dalam hidup ada berbagai rencah . Terus percaya bahaya. Tapi jangan lupa, jika terus menolaknya mentah2 pun tidak bagus juga. Takut-takut kita tersalah menjatuh hukum. Hadapi depan2 apa pun permasalahan itu lebih baik daripada sekadar memperkatakannya semata-mata.

Di kanan pun tidak di kiri pun tidak. Ingin menjernihkan keadaan dihulu takut-takut mengeruhkan muara pula. Akhirnya hanya pada-Nya ku mengadu agar segalanya terlerai dengan baik. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak selerak. Wa'allahu'alam.