Memaparkan catatan dengan label Xmprm. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Xmprm. Papar semua catatan

23 Jun 2011

s.i.b.u.k

  • s - sukan. sibuk dengan latihan sukaneka. 2hb larian 1 murid 1 sukan dan sukaneka serentak kami jalankan. 3hb kejohanan sukan tahunan sktp.
  • s - saringan 5 lisan numerasi dan literasi linus kohort 1  sedang berlangsung.
  • i - imun badan semacam bermasalah. balik terus pengsan. selubung. tiba-tiba sejuk. 
  • b - buku laporan adab belajar perlu disiapkan. 24hb adalah hari terbuka.
  • u - umpama menyelam minum air. semua nak buat. badan sampai tak larat.
  • k - kelas perlu di update. keperluan majlis 10hb juga perlu diteruskan. Argghh...stress!
  • k - kehadiran pemantau linus secara mengejut menjadikan sistem imun semakin gagal berfungsi dengan baik...hehe
21hb
  • kehadiran mengejut pemantau linus. arrghh penyelaras linus plak xde. 
  • taklimat pengedaran susu 1 malaysia. cara pegang, cara buka plastic straw, cara nak minum. mak aiihh...saya dulu pun antara murid yang tersenarai dapat susu sekolah. xde pun taklimat cara nak minum. hihihi
  • latihan sukaneka tahap 1
  • maka ke hulur dan ke hilir satu hari di sekolah. x dan pun nak duduk mahupun menulis-nulis. x pegang pen pun ok. 
22hb
  • mesyuarat kejohanan sukan tahunan kali-2 dan larian 1 malaysia.
  • latihan sukaneka tahap 1
  • latihan larian 60m L & P, 4 x 50m L&P. syukur cuaca redup.
23hb
  • pembelajaran dan pengajaran akan berlangsung seperti biasa. insya'allah.kalau saya sihat dan tidak mc.huhuhuhu
24hb
  • hari terbuka sktp
  • hari berjumpa dengan i/bapa dan perbincangan tentang prestasi murid-murid.best!
25hb
  • .............harap dapatlah berehat hari ini.errkkk tapi ada kemungkinan inilah harinya saya membantu kawan2 saya menyiapkan keceriaan bilik guru dan peluang saya meminta kawan2 saya membantu saya menceriakan galeri wawasan a.k.a muzium sekolah.
26hb
  • barang2 en. tunang akan tiba pada hari ini. gulp..banyak benda nak kena kemas nih.
  • perlu juga menghadiri majlis cukur jambul anak sepupu saya. insya'allah kalau sempat.....tapi rasa macam x terkejar je badan ni nak memenuhi.
27hb
  • raptai sukaneka

Julai
2hb
  • larian 1 malaysia & sukaneka tahap 1
3hb
  • kejohanan sukan tahunan
4hb
  • arrggghhh......cuti peristiwa. lega! (sikit jer leganya, tapi alhamdulillah)
    5hb
    • majlis persaraan GPK koko
    8hb
    • saya dah mula cuti dan perlu beri perhatian penuh persiapan big day saya
    10hb
    • reunion untuk seluruh keluarga dikedua2 belah arwah ayah dan mak, kawan2 sktp 1999-2011,untuk kawan2 blogger,juga mini reunion untuk kawan2 saya sktg 85-90, mgs 91-95, mprm 96-99 dan oum 06-09
    11hb - 12hb
    • saya nak berehat sungguh2!!!! bley???

    17 Disember 2009

    Bersederhana dalam 'hidup'

    Akhirnya.....berjaya juga reunion yang aku,idah dan shahful rizal rancangkan. sebagai permulaan cuma ada 8 orang yang hadir. Walaupun sedikit, tetapi meriah. hahaha. Aku ucapkan terima kasih banyak kepada yang sudi meluangkan waktu untuk menghadiri reunion yang serba ringkas ini.

    8 orang berkumpul maka ada 8 cerita, 8 kisah. Macam-macam cerita , macam-macam kisah apabila berkumpulnya 8 insan setelah 10 tahun terpisah. Actually jarak jer yang memisahkan. Berita sentiasa ada. Adanya blog, adanya facebook...jauh mana pun tetap dekat. Betul tak? Malah kalau dulu tak berapa nak kenal...kerana fb kita boleh kenal kembali.Malah...bertambah erat. Hehehe...dan segala miscomunication yang pernah berlaku dulu pun boleh dibetulkan semula. Sekarang......mana2 pergi kita rupanya masih ada yang kenal. Masih ada yang ingat. Masih ada yang sayang.

    Antara yang hadir : dari kiri
    Norliza (Rembau), Fadhillah Hanom (Batu Pahat), Anisah (Klang), Faridah (Sg Buloh), Azly Faisal (Bota), Yusmaliza (Taiping), Aslinda (Segamat) dan Shahful Rizal dari Sentul (tiada dalam gambar).

    Harap-harap reunion akan datang akan lebih ramai yang menghadiri,lebih meriah,lebih happening! I Love U All - xmprm.

    So....tak perlulah kusutkan fikiran dengan perkara-perkara yang menimbulkan kesedihan. Rupanya banyak lagi perkara-perkara yang mengembirakan ada di sekeliling kita. Dan kita yang memilih......mahu pilih kesedihan,kemurungan atau kegembiraan atau keceriaan. anyway....pertemuan semula ini sangat menyenangkan. Ada syarat.....aku letak pada diri sendiri. Dah senang, bersuka-ria....jangan sampai lupa diri. Sebab apabila kita lupa diri, pasti ada yang akan ambil kesempatan. Hoh....bahaya tu. Pendek kata....apa2 perkara pun....BERSEDERHANA lah....jangan berlebih-lebihan.

    26 Ogos 2009

    Patah kaki sementara

    Enaknya merehatkan mata,minda dan badan. Lama rasanya tidak berasa begini. Terasa bagai malam. Kokok ayam itu aku abaikan. Usai mengadap Illahi, aku kembali mengulit mimpi. Idah , Hana ada bersama. Membaiki? Menganalisis? ntah apa yang di belek-belek sekeliling kancilku itu. Aku biarkan. Mereka lebih berpengetahuan berbanding aku.

    Bunyi deringan . Jam? bukan...tapi telefon. Aku jawab, sambil merenung jam di depan mata. Ha...830 pagi. Idah call. Bertanyakan apakah aku sudah check minyak hitam? Hah...bukankah Idah ada bersamaku? Aku bermimpi. Aku senyum sendirian di kamar sambil mendengar Idah seakan membebel padaku. Hahaha....pegi check....kalau ada apa-apa, pomen kan ada kat belakang tu. Pegi hantar pada dia. Aku hanya kata...iya...iya...yelah...tidak berbalas kata. Malas. Masih mamai pun iye.

    Aku biarkan dulu, bila aku lihat bengkel belum berpenghuni, walaupun sudah jam 9 lebih. Untuk menyegarkan diri, aku bersihkan diri. Segar. Herm...YM aku login. Idah ada. Bertanya lagi. Malik Rafie ada, juga aku bertanya. Qusy aku call terus. Malik kata takda apa. Qusy juga kata takda apa. Cuma keduanya minta aku lihat tangki air simpanan. Dan Qusy minta aku lihatnya ketika enjin panas. Apa keadaannya. Gelegak! Pergi bawa bengkel. Kipas tak berfungsi katanya.Hanya melalui telefon. Dia di KL menjaga saudara perempuannya, baru selesai pembedahan.

    Aku batalkan niat untuk ke sekolah. Terus membawa kancilku ke bengkel. Pomen tiada. Ah..aku tinggalkan sahaja. Menunggu pomen di anjung rumah. Menderu datang aku tahan. Lihatkan kancil saya,pintaku. Hari ini mungkin tak sempat tapi tak apa biar saya lihat dulu, respon pakcik pomen. Kunci kereta bertukar tangan. Saat ini kancilku masih di bengkel. Memang ada kemungkinan esok baru dibaiki nampak gayanya. Ah....aku baru merancang untuk ke sekolah. Tapi dah patah kaki. Maka hari ini aku di rumah lagi. Tidak berganjak dari meja kerjaku. Aku dah mula kebosanan 3 hari di rumah. Masih berfikir apakah juadah nak ku sediakan petang ini. Nasib baik kedai sebelah rumah. Tidak perlu tergesa-gesa mencari bahan mentah.

    -Aku patah kaki.-

    Oh, hari ini 26 Ogos...hari lahir seorang blogger, Kak Biru. Aku senyum lagi. Teringat tarikh ini, 10 tahun yang lalu. Untuk pertama kalinya aku jejakkan kaki ke negeri yang mengamalkan Adat Perpatih. teringat 26 Ogos....7 tahun lalu, kami berkumpul di kelas. Malam. Azli Faisal....ketua kelas memberi ucapan sempenan ulangtahun kami di tanah perpatih yang ke-3. Tahun akhir kami bersama. Kini, masing-masing dengan kehidupan masing-masing. Yang akrab semakin mesra. Yang bertelingkah semakin jauh. Ah, kehidupan. 26 Ogos dalam kenangan.

    Untuk mantan Melewar yang dapat aku jejaki di dunia maya ini, Insya'allah kita sama-sama aturkan pertemuan. Bawa sekali penghidupan kalian yang baru. Aku jadi rindu lagi....

    Idah, Syahidah, Liza, Sy Rodziah, Md Noor....
    Iza, Ilot, Dilla,Kak Ila, Kak Iza, ...
    Azwa, Intan, Kak Yan, Kak Aya,'Adli, Shah, Shahar....syukur kita bertemu semula di sini.
    Asoy, Abg Lan, Zahar, Azmi, Tan Tai Hock, Abg Zul, Abg Awi, Kak Norma, Zainab....mana korang la ni??
    Ami (yang dah hilang dari kami semua)-apa salah kami Ami??Abg Mie....?? Sampai hati buang kami semua....dapat tanduk, akar dah tak berguna. Semoga sejahtera jika itu pilihan yang terbaik.

    -Aku dan memori-

    05 Jun 2009

    Tambah satu lagi x-mprm di Tinta Semalam


    Hahaha...dunia blogging ku semakin menyeronokkan. Dapat jejak dan juga dapat dijejaki oleh budak2 x-mprm , x kiralah sekelas ataupun tidak....jom kita kumpul ramai2! Bertukar berita dan cerita.

    Hari ini link mantan melewar bertambah seorang lagi : Shahfulrizal MT3 -MTPM : http://www.shahful.blogspot.com

    15 Mei 2009

    Lawatan Penanda Arasan 4

    Okay....part ni aku paling suka. Setiap sudut,setiap koridor ada ilmunya yang tersendiri. Sangat menarik. Kat mana pun ruang...pasti ada ilmu. Kemana pun murid duduk 'bersidai' dia akan dapat sesuatu.

    Dan di sini juga aku berjumpa dengan teman semaktab aku dulu.Dari mula aku berjinak-jinak dengan dunia maya nie....ramai juga rakan xmprm aku jumpa. Tapi yang seunit dengan aku cuma eeeda sowang jer.....yang lain-lain tu semua dari unit lain. Dalam alam nyata pun...asyik jumpa rakan xmprm bukan dari unit aku.

    Dok jumpa roslan, itupun kalau aku secara tak sengaja terlibat ngan MSSD, Niza...call sekalik jek. Nama je dekat tapi amatlah jarang jumpa. Dengar khabar le ni dah pindah, tak duk Kg Jawa lagi. Isk...dasat aku nih. Lost dah satu couple. Dan kalau pegi PTK ada gak aku jumpa budak2 xmprm nih....rata-rata unit lain. Yang biasa aku jumpa Ruhaya Sukri mt3...ni lama tak jumpa dah. Ada Ruhaya adalah Jumain...hehhe tapi tak pernah jumpa dak Jumain ni...cenggana rupa pun ntah aku dah lupa. lain-lain...budak2 junior pun ade.

    EEEaaaiii mana budak2 unit aku ntah. Alam realiti tak terjumpa. Alam maya langsung takde. Isk....geng,meh arrr join ICT nih.

    Hehehe kat mana pun korang....semoga korang luar biasa hebat dan luar biasa ceria. Okay abesh dah bab lawatan penanda arasan. Apa2 yang baik moh kita sama-sama jadikannya contoh dan teladan kay!

    16 Disember 2008

    Tag3 : Terimbau kenangan lama


    Salam pagi, ini adalah koleksi gambar aku dengan Iza. Atau namanya Rohiza. She is my best friend masa zaman kat maktab dulu. Mana ada aku ada le Iza. Mana ada Iza ada le aku. Dah lama-lama orang kata macam kembar, walaupun jelas lagi nyata semuanya berbeza...termasuklah ketinggian kami. Hhehehehe. Nie pun sebab nak langsaikan kerja tag yang ...kak yong bagi kat aku pepagi selasa ni, maka terimbaulah kembali kenangan lalu. Huhuhuhu tetiba rindu kat dak Iza nie.

    Aku sebarkan tag ni kat syahjehan78 dan w@nliz. Dua udah la. Hehehehe tag asal mintak 5 woooo. Korang dua orang suka hatile nak tag kat owang lain ke tak. Okay geng!

    1. Pada yang telah berkahwin, anda dikehendaki postkan gambar perkahwinan anda dlm blog anda...
    2. pada yang belum berkahwin plak, postkan gambar perkahwinan yang paling bermakna buat anda yang pernah anda hadiri...contohnyer perkahwinan X-kekasih ker, kawanbaik ker,artis populer ker..tak kiralah,asalkan ianya membawa seribu erti buat anda...
    3. jangan edit2 tau gambar2 tue..
    4. kalau banyak postkan gambar2 lagi baguih
    5. o.k tu jer,senangkan...then forwardkan ler tag nie pada 5 orang yg anda rasa patut diforwardkan..k, selamat menjawab tag...
    .

    So...kak yong, kira langsai ek tag yang kak yong beri. Taaaraaaaa gambo kawin best friendku yang dilangsungkan di Kluang. Jauh-jauh aku datang dari Klang ke Kluang just for her. Huhuhuhu. Tahun berapa ye....eeemmmm aku dah lupa. Heheheh aku bab tarikh2 nie memang selalu lupa. Bukan takat gambo sanding, gambo masa Iza tunang pun ade tu, siap gambo setelah ada anak satu...Si Tembam Wani. Wakakakak. La ni Wani dah nak dapat adik baru dah....Aku? huhuuuhhuh masih sendirikkk!


    Terlanjur dah buka album lama, aku terjumpa plak gambo-gambo ini. Syahjehan78.....Saintis....korang ada ingat ke bila dan tang mana u all kat dalam gambo tu. Ihikksss.....Aduh....kangen gueee!

    23 November 2008

    Selepas 10 tahun



    Siapa sangka,
    Hanya selepas 10 tahun
    Kami bersua kembali
    Di alam maya
    Bersama berkongsi cerita

    Siapa sangka,
    Hanya selepas 10 tahun
    Baru kini jalinan terikat mesra
    Bersama bergurau senda
    Di depan skrin komputer riba

    Siapa sangka,
    Hanya selepas 10 tahun
    Baru ku kenal siapa mereka
    Berkongsi kemahiran
    Berblog bersama-sama
    .

    22 November 2008

    sejarah

    Sejarah....dulu aku tak sukanya subjek sejarah. Sejarah susah. Sejarah kena ingat nama-nama. Sejarah kena ingat tarikh. Sejarah kene ingat peristiwa. Adeh..leceh kan? Aku masih ingat macam mana aku belajar sejarah untuk PMR masa form 3, aku baca, aku tutup buku, aku story balik. Cakap sorang-sorang dalam bilik. Hehehehhe Aku hafal fakta sejarah. Hasilnya ala kadar je kot....aku pun dah lupa dah. Sekarang ni kalau suh citer balik,haram satu apa pun aku tak ingat.

    Sejarah ni penting sebenarnya, cuma bila kita tak faham dan tak hayati maka itulah pun timbulnya kelecehan. Sejarah akan sentiasa berlaku. Dalam hidup kita kan ke penuh dengan peristiwa? Peristiwa dalam anganan semua indah-indah, itu impian. Peristiwa yang sedang berlangsung itu kenyataan. Peristiwa yang sudah berlalu pergi, itu SEJARAH.

    Zaman kanak-kanak aku ada yang aku lalui sorang diri, ada yang aku lalui bersama saudara, sepupu dan jiran-jiran. Zaman remaja ku bersama teman-teman yang semuanya perempuan. Zaman pengajianku mula mengenal erti persahabatan. Zaman di alam pekerjaan lebih pengalaman hidup aku tempuhi. Semua itu Sejarah.

    ( * atas permintaan teman lama , muka kena blur )

    Khamis lepas....aku mencipta sejarah baru. Aku bersama idah memenuhi permintaan seorang kawan lama yang dah lebih 10 tahun tak berjumpa. Teman semaktab. Hahaha yang jadi sejarahnya pada aku, teman ini seingat aku la ketika di maktab aku tak pernah bertegur sapa apatah lagi untuk bertepuk tampar. Tak Pernah! Hari itu, ia menjadi sejarah, kami bertiga boleh berjumpa, makan bersama, jalan seiring dan berkongsi kisah duka. Siapa yang sangka kan, kawan yang tak pernah bertuegur sapa itulah yang menjadi tempat meluah rasa hati lara pada hari ini....hahahhah macam tak percaya! Hanya selepas 10 tahun berlalu!

    Kisah-kisah duka diutara, tapi aku x berapa bercerita. Mungkin sebab aku tak pandai berkata-kata berdepan muka. Tapi, aku mula faham kisah idah, aku juga faham kisah teman lama itu. Masing-masing punya kisah duka yang boleh ku kira 'kompleks' la juga. Namun aku masih rasa kisah duka ku paling sakit. Dan aku masih tak tahu bagaimana cara untuk menghadapinya pada masa-masa akan datang, kerana kisah itu akan sentiasa di depan mata aku. (p/s : yang memahami sahaja yang akan faham kata2 ini).
    Tapi aku juga ingat kata-kata teman ku syahidah.......dia kata.....



    .