Ain with family
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keluarga. Papar semua catatan
03 Februari 2013
09 Januari 2013
11 Disember 2012
Tahniah Kak Su...
Kelakar! Pagi tadi punya kelam kabut En. Nuar dah terlewat ke tempat kerja. 7:40 pagi dah merempit. Tup...tup 8:30 pagi dah balik rumah. Saya fikirkan dia tertinggal barang ke...apa ke...rupa-rupanya hari ini Selangor cuti! Hahahaha...boleh pula suami isteri terlupa. Ampun Tuanku.....
Gembiranya dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Hari Keputeraan Sultan Selangor 2012, pasti jadi ingatan untuk keluarga Kak Su (sepupu saya) sampai bila-bila kerana suami Kak Su, Abang Salleh adalah salah seorang individu yang menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS). Saya pun kebetulan je tahu tentang berita gembira ni petang tadi.
Saya sebenarnya merancang nak ke rumah Kak Su petang tadi, dan kebiasaannya saya akan sms dulu. Yelah...takut pergi main redah je tak ada orang pula. Sia-sia je nanti.Apabila sms, Kak Su kata dia ada jamuan hi-tea kat istana sebab Abang Salleh terima anugerah hari ni. Tu yang tahu tu....Anyway tahniah Kak Su dan Abang Salleh.... tahun ni dapat anugerah...tahun depan, Februari dapat menantu pula. Semoga kegembiraan sentiasa menyelubungi keluarga.
DIRGAHAYU
Ke Bawah DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI
ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ Sultan Selangor Darul Ehsan sempena hari keputeraan baginda yang ke 66.
KLANG: Tengku Aris Temenggong Selangor, Tengku Muhamad Yusof Shah mengetuai senarai 113 penerima anugerah, darjah dan bintang kebesaran sempena Hari Keputeraan ke-66 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini apabila dikurniakan Darjah Kerabat Selangor Kedua (DKII) pada istiadat di Istana Alam Shah, di sini.
Gembiranya dan tahniah kepada semua penerima anugerah. Hari Keputeraan Sultan Selangor 2012, pasti jadi ingatan untuk keluarga Kak Su (sepupu saya) sampai bila-bila kerana suami Kak Su, Abang Salleh adalah salah seorang individu yang menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Sultan Sharafuddin Idris Shah (SIS). Saya pun kebetulan je tahu tentang berita gembira ni petang tadi.
Saya sebenarnya merancang nak ke rumah Kak Su petang tadi, dan kebiasaannya saya akan sms dulu. Yelah...takut pergi main redah je tak ada orang pula. Sia-sia je nanti.Apabila sms, Kak Su kata dia ada jamuan hi-tea kat istana sebab Abang Salleh terima anugerah hari ni. Tu yang tahu tu....Anyway tahniah Kak Su dan Abang Salleh.... tahun ni dapat anugerah...tahun depan, Februari dapat menantu pula. Semoga kegembiraan sentiasa menyelubungi keluarga.
~ Happy to both of you ~
Sebelum gatal tangan sms Kak Su tu saya dah pun plan nak ke rumahnya dengan bawa sikit ole-ole. Rasa macam kosong sangat pula kalau pergi berlenggang. Tengok dalam peti sejuk ada balance buah strawberry. Tengok dalam blog Mat Gebu ada resepi Fresh Strawberry Muffin. Tengok barang-barang keperluan semua cukup kat dalam almari. Makanya selepas siap lauk ikan pari masak asam pedas untuk makan tengah hari , saya terus buat muffin menurut resepi Mat Gebu. hehehe bolehkan Mat Gebu....saya buat sendiri tau siap tabur icing sugar lagi, dan saya guna gambar saya sendiri. Resepi je yang saya follow. Huhu. Dan inilah hasilnya.
Cuma...warna pinknya kurang menyerlah. Strawberry emulco tu tak cukup agaknya. Nasib baik rasanya ok, dan En. Nuar lepas ngap satu...amik satu...amik satu....sedap katanya. Alhamdulillah...lega muffin tu menjadi dari segi rasa. Hehehehe....Inilah buah tangannya yang hendak di bawa untuk Kak Su tapi tidak kesampaian. Ntah dah berapa lain kali dah nak ke rumah Kak Su ni. Ada sahaja halangannya. Herm....tuhan belum izinkan. Tapi bulan Februari tu dah memang kompem kena rewang :-))).
23 Mei 2012
Bertambah Usia Boyfriendku
Semalam 22 Mei 2012....maka bertambahlah usia boyfriend sehidup semati saya yang ke......(hehehe).Saya dok diam-diam di rumah. Sedang ber'mc' lah katakan. Asyik tidur saja. Almaklum lah sehari 3x perlu ambil ubat batuk yang telah dibekalkan. Batuk saya menjadi2! Apatah lagi bila malam menjelma...semakin menjadi.
Namun petang semalam sebelum boyfriend saya balik dari kerja saya keluar juga mencari apa2 yang patut untuknya. Kita bulatkan mata ok. Kat Giant jer pun sambil2 mengisi perut sebelum makan ubat batuk lagi. Ngeh..ngeh...
Acu...adik ipar saya call tiba-tiba bertanyakan atehnya. Ateh kalau dah kerja memang macamtu la cu...sibuklah tu...call x jawab...sms x jawab. Just to say.....Hepi Besday to his Ateh!!.....Tq...tq....nnt akak sampaikan. Actually akak pun baru nak buat something for your Abang Teh. Ngeh..ngeh..ngeh...
At last cuma belikan jer kek tiramitsu....nak buat kek sendiri, dah kesuntukan masa (coz kan ke saya banyak tido...). Paling2 lambat pun kul 630 dia dah balik....huhuhu.Paling cepat...beli je. hujung minggu ni i masak special k sayang......Insya'allah...kalau keadaan kesihatan mengizinkan!
Balik2 saya pun landing lagi.....bahana ubat batuk lagi...pergh patutlah mtk mc 1 hari tapi doktor bagi 2 hari. Sedar2 dah nak maghrib. Aikkkk laki saya tak balik lagi? adoiiiii......tgk hp.....OT plak!!!! sure la tu dia x ingat saya nak bawak dia makan kat Warung Selera Asli kat Bukit Tinggi tu. Adoiii!!!
At last...saya masuk dapur juga.
Menu:
To My Boyfriend......Selamat Panjang Umur...Semoga Allah Murahkan Rezeki dan Hidupmu diberkati selalu. Love You Always, Dear.

- Sambal Tempoyak Pucuk Kayu
- Sotong Goreng Jintan
- Tumis Bendi
To My Boyfriend......Selamat Panjang Umur...Semoga Allah Murahkan Rezeki dan Hidupmu diberkati selalu. Love You Always, Dear.
08 Julai 2011
23 Jun 2011
s.i.b.u.k
- s - sukan. sibuk dengan latihan sukaneka. 2hb larian 1 murid 1 sukan dan sukaneka serentak kami jalankan. 3hb kejohanan sukan tahunan sktp.
- s - saringan 5 lisan numerasi dan literasi linus kohort 1 sedang berlangsung.
- i - imun badan semacam bermasalah. balik terus pengsan. selubung. tiba-tiba sejuk.
- b - buku laporan adab belajar perlu disiapkan. 24hb adalah hari terbuka.
- u - umpama menyelam minum air. semua nak buat. badan sampai tak larat.
- k - kelas perlu di update. keperluan majlis 10hb juga perlu diteruskan. Argghh...stress!
- k - kehadiran pemantau linus secara mengejut menjadikan sistem imun semakin gagal berfungsi dengan baik...hehe
- kehadiran mengejut pemantau linus. arrghh penyelaras linus plak xde.
- taklimat pengedaran susu 1 malaysia. cara pegang, cara buka plastic straw, cara nak minum. mak aiihh...saya dulu pun antara murid yang tersenarai dapat susu sekolah. xde pun taklimat cara nak minum. hihihi
- latihan sukaneka tahap 1
- maka ke hulur dan ke hilir satu hari di sekolah. x dan pun nak duduk mahupun menulis-nulis. x pegang pen pun ok.
- mesyuarat kejohanan sukan tahunan kali-2 dan larian 1 malaysia.
- latihan sukaneka tahap 1
- latihan larian 60m L & P, 4 x 50m L&P. syukur cuaca redup.
- pembelajaran dan pengajaran akan berlangsung seperti biasa. insya'allah.kalau saya sihat dan tidak mc.huhuhuhu
- hari terbuka sktp
- hari berjumpa dengan i/bapa dan perbincangan tentang prestasi murid-murid.best!
- .............harap dapatlah berehat hari ini.errkkk tapi ada kemungkinan inilah harinya saya membantu kawan2 saya menyiapkan keceriaan bilik guru dan peluang saya meminta kawan2 saya membantu saya menceriakan galeri wawasan a.k.a muzium sekolah.
- barang2 en. tunang akan tiba pada hari ini. gulp..banyak benda nak kena kemas nih.
- perlu juga menghadiri majlis cukur jambul anak sepupu saya. insya'allah kalau sempat.....tapi rasa macam x terkejar je badan ni nak memenuhi.
- raptai sukaneka
Julai
2hb
- larian 1 malaysia & sukaneka tahap 1
- kejohanan sukan tahunan
- arrggghhh......cuti peristiwa. lega! (sikit jer leganya, tapi alhamdulillah)
- majlis persaraan GPK koko
- saya dah mula cuti dan perlu beri perhatian penuh persiapan big day saya
- reunion untuk seluruh keluarga dikedua2 belah arwah ayah dan mak, kawan2 sktp 1999-2011,untuk kawan2 blogger,juga mini reunion untuk kawan2 saya sktg 85-90, mgs 91-95, mprm 96-99 dan oum 06-09
- saya nak berehat sungguh2!!!! bley???
16 Jun 2011
Cousins' wedding
SELAMAT PENGANTIN BARU untuk sepupu saya SURIYATI !. Alhamdulillah...selamat dah adik saya ni. Tapi masa saya nak ke rumahnya agak mencabar la juga. Mana taknya selalu dalam masa 40-45 minit dah boleh sampai Klang-Jenjarom tu. Hari saya nak "sinoman" di rumahnya tu...makan masa 3 jam baru sampai. Waduhhhhh ketaq lutut.Dah la drive sorang. Keluar rumah 5 lebih....8.30 malam baru sampai.....gile betul.Rupanya ada treler rosak melintang jalan kat batu 5.....jem sampai tengah malam. walau pe pun saya selamat sampai akhirnya.
Untuk adik sepupu saya....again....Selamat pengantin baru! Minggu ni majlis kat rumah lelaki pulak. Kat Kanchong. Semoga semuanya lancar....Amin...
Fahmi ♥ Yatie
16 April 2011
Jahatkan saya ni...
SELAMAT PENGANTIN BARU untuk ADIKku..Fahmy
Tengok...tengok...
- Kebaya Songket
- Tradisional Jawa
- Persalinan Tun Teja
- Gaun Malam
- Cantik Pelamin Raja Sehari
- Acara menitik Inai
- 2 Hari 1 Malam
- Hantaran 7 berbalas 9
Ada pulak erkkkk......Takpe....Aku serah pada yang Berkuasa untuk membuat penghakiman!
Hishhhh.....Jahat kan saya...??? Tapi kalau u all tahu siatuasi saya.....tentu u all tidak akan salahkan saya yang nampak macam Jahat dalam penulisan kali ini! Setakat janji - janji nak beri semula milik saya, selepas majlis.....saya tidak pegang pada janji itu. Sebab ....boleh percaya ke? Maaf.....Kepercayaan itu telah HILANG! LENYAP!
So peringatan kepada mereka-mereka yang di luar sana, jaga baik-baik kalau saya beri kepercayaan saya kepada kalian. Sekali sahaja kepercayaan itu di salah gunakan dan direntap....maka anda TIDAK AKAN memiliki kembali kepercayaan yang telah HILANG itu.Awas!!! Peringatan ini adalah peringatan yang SERIUS dan BENAR. Inilah saya!
Kehadiran saya sekadar untuk ........ apa ek??? Mungkin untuk mengelak daripada diri saya menjadi bahan bualan sebagai
'tidak sudi'.....
'sengaja tak datang sebab.....dot...dot...dot'....
(sebab saya pernah dikatakan 'tergila-gilakan'....) oh tolonglah......saya tidak mahu fitnah itu berulang lagi. Malang sekali kerana En. Tunang tidak menemani saya untuk berada di majlis ini. Pada saya adanya dia maka dia seperti penyelamat keadaan. Tapi rupanya tuhan mahu saya menghadapinya sendiri. Perrghhhh lebih malang lagi, senyum saya pada malam ini adalah TIDAK IKHLAS. Dan saya rasa orang yang telah kehilangan rasa percaya daripada saya dapat mengenali senyuman saya itu. Ha...memang saya mahu dia tahu.
Nampak KAYA tapi sebenarnya TIDAK ADA APA-APA.
Orang yang tidak tahu pasti tergamam dengan kehebatan dan kemewahan yang ditonjolkan. Kasihan. Tipah Tertipu.
Tengok.....Tengok......Jahatkan saya?? Mood saya memang tidak berapa baik sejak April ini. Minta maaf kali ini anda melihat diri saya dalam side yang Tidak Baik. Side yang BURUK. Bolehkah anda menerima baik buruk diri saya? Boleh? Terima kasih kerana menerimanya dan saya kira bolehlah masukkan anda dalam friendlist saya. Tidak Boleh? Keputusan milik anda. Saya tidak akan memaksa anda untuk menerima saya.
Saya lebih teruja dan sejuk hati setelah berjumpa dan berkenalan dengan seseorang dalam majlis ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Cute kan.....ahli baru
Tiba dengan selamat di dunia pada 8.4.2011 (Jumaat)
Nasib baik Adam ade...sejuk sikit hati nenek ni yang panas bila tengok muka poyo
Pak Long & Pak Cu Adam kat bawah tu....
Kesian Mak Adam baru seminggu bersalinkan Adam dah kena jalan jauh
Esok Adam dah kene balik Melaka.
Besar esok jadi budak dengar kata ya Adam.
Jadi anak yang tidak susahkan orang tua ya Adam.
Jadi Abang Long yang boleh dicontohi adik-adik Adam kelak ya.
Jangan ikut perangai Pak Long!
20 Mac 2011
Di renjis-renjis dipilis
Semoga bahagiamu hingga Syurga ~ Istimewa buat adik-adik sepupuku yang telah melangsungkan perkahwinan.
- 6 Mac 2011 ~ Azhar + Dayang
- 20 Mac 2011 ~ Johan + Suzana
Di renjis-renjis di pilis
Di tepungilah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disirami si air mawar
Duduk muda sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari
Lepas duduk bersanding
Jalan rapat berganding
Salam bersalam keliling
Sambil mata menjeling
Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Sampai ke anak cucu
17 Mac 2011
Menung pagi
P/s kepada diri sendiri ~ sila ambil nota ye....
Menung jap. Pagi ini aku bangkit lewat akibat tidur sekitar jam 4 pagi. Belek online photo editing. Hah untuk menghilang rasa boring sebenarnya. Kejap duduk . Kejap berlunjur. Kejap meniarap. Sampai ada ketika sakit tulang belakang meniarap. Hah.....lappy sentiasa on. Sentiasa aktif walaupun internet agak lembab semalam. Malam ok. Layanzzz youtube sesekali. Sekitar 630 terjaga. Ouucchhh pening kepala siut!...x cukup tidur! Jeling hp...wajib ni tiap kali buka mata. Hehehe. Ada satu mesej 4.30 pagi. Ahya baru balik kije la tu......Dan aku sambung tidur balik. Opssss aku cuti2 malaysia ok.....bukan ponteng! Sedar-sedar dah jam 10.30am. Jeling hp....tiada mesej baru, tanda buah hati aku masih enak diulit mimpi.
Bangun duduk menung walaupun TV dah on. Tambah pening lihat keadaan rumah yang (*&%^%$#@!!!
Tak boleh jadi. Hari ni kena settlekan sikit. Dah 2 hari tak terkemas. Duduk apa lagi nk buat?
- Mark test paper m3 2D
- Siapkan tulis resit yuran
- Lengkapkan borang pesanan baju sukan
- Cari mana disorokkan resit sementara (PENTING)
- Nak latih budak syair...bila?bila? Selasa nak tanding dah wei....
- Baju pengantin tak pergi tengok lagi nie.....haih
- Peta kad kawin tak bagi kat Johan lagi
- Dokumen semua dah siap ke?
- Barang nak buat bunga telur pun belum cari
16 Mac 2011
Hari ini Rindu menyapa...
Cuti sekolah................kawan aku cukup anti bila ada mulut2 berkata..."bestnya cikgu cuti panjang"....hah iye sangat lah cuti. Nasib baik kamera dia hantar servis, kamera aku plak charger ntah kat mana dah terselit. Kalau tidak maunya dia snap pic fail yang bertimbun atas meja kerja aku di rumah ni.
Kelmarin jalan-jalan tepi pantai Morib. Lalu beberapa buah sekolah. Wei....cuba tengok sekolah tu....latihan bola sepak......lalu lagi sekolah....latihan olahraga...lalu lagi sekolah...penuh jer ngan kete...kete sapa banyak2 tu agaknya ye.....cikgu le punya kete.....lalu lagi....tgk budak2 sekolah baru keluar dari sekolah......kompem2 balik dari kelas tambahan la tu kan.....sapa ngajar eh? cikgu lah sapa lagi kan.......apakah makna cuti itu sekarang???? kuikuikui...sendiri pikir. Rata-rata takkan ade cikgu yang kata seronok cuti panjang....sebab cuti tu bukan cuti pun. Macam tak bermakna jer cuti tu. Dalam takwim sekolah betul ada cuti. Tapi hakikat dalam diari peribadi seorang cikgu zaman ini, masih wujudkah istilah cuti???
Aku....semalam aja seharian mengadap komputer dengan beberapa orang cikgu...membetulkan jadual waktu mengajar cikgu2 sesi pagi. Hari ni pula setengah hari habis belajar nak buat jadual waktu guna program e jadual....esok? Hanya esok saja yang tinggal untuk aku latih anak murid aku dak Syasya sebagai persediaan pertandingan syair Selasa depan! Huh cukup ke satu hari latihan???? denyut2 dah kepala aku ni. Jumaat pagi leh kot buat latihan sekejap. Petang kemungkinan besar aku dah kena gerak ke pristana....berkumpul kat umah idah. Coz pagi Sabtu nak ke Lumut menghadiri Majlis Perkahwinan kawan kami.Tapi aku tak kira....aku nak g jumpa en. tunang aku dulu sebelum g umah idah. Huhuhuhu IMissYou already la en. tunang! huwa huwa.......
Ahad? Kalau le leh date lagi dengan en. tunang, best gak....tapi Majlis Kahwin adik sepupu aku -Johan perlu aku hadiri jugak. Siap kena sinoman kata orang jawa. Lain kata rewang la....kan....en. tunang sayang....kalau keje shift malam....meh la sinoman sama.....(leh la menyelam minum air kan kan kan....)hehehhe. I really miss you laaaa.......
Isnin....I dah mula kerja macam biasa.....eh tak....kena g taklimat linus la plak pagi sampai tengahari.....petang masuk lewat bulehhhhh???? or tak yah masuk terus???? huwahuwa....
Selasa....Mari kita sama-sama BERSYAIR!

saYanG......RinDu.......!!!
12 Mac 2011
Evening Hangout
Jumaat...usai majlis persaraan pk petang sktp dan usai solat Jumaat. Aku keluar. Hee jumpa en. tunang tersayang. Jumaat je la dapat hangout sama-sama. Al-maklumlah en. tunang offday nya hari Jumaat! Huhuuhu x best kan?....weekend kerja. Kalau tiba en tunang shift malam, baru leh kuar hari Sabtu....itupun kalau aku xde ape2 program sekolah hari Sabtu leee....Semalam gi layan citer ni....
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
SENARAI PELAKON
Stephen Rahman Hudges : Merong Mahawangsa
Jing Lu: Meng Li Hua (Chinese Princess)
Gavin Rees StenHouse : Marcus (Roman Prince)
Craig Robert Fong : Admiral Liu Yun (Chinese Admiral)
Eric Karl Henrik Norman : Lycius (Roman Admiral)
Keith Chong : Chinese Emperor
Deborah Henry : Yesoddhra
W. Hanafi Su : Taji
Dato’ Rahim Razali : Kesum
Khir Rahman : Kamawas
Ummi Nazeera : Embok
Nell Ng : Ying Ying
Jehan Miskin : Embi (Malay Warrior)
Umi Aida : Lang (Mak Merong Mahawangsa)
Kuswadinata : Phra Ong
Mano Maniam : Goan 1
Ravi Sunderlingam : Sunder (Goan Warrior)
Hebat2 kan para pelakon yang terlibat....Great Job guys! Memang best lah.
Aku suka suka suka......best citer nie. Dasat en yusry mengarah! Tak rugi tak menyesal g tengok. Aku bagi bintang penuh la beb. Dah macam tengok filem holywood je rasa.Pasni tunggu CD filem nie plak. Nak buat koleksi CD kategori sejarah negara. Citer Leftenan Adnan puas dah aku tengok. Suka sangat kalau citer2 sejarah ( tak kira la mitos ker tak ) kalau di filemkan. Errkkk terima kasih pada en. tunang sebab bawak aku g tengok citer nie. Hehehe aku yang ajak....dia bayor..bley??? Terima kasih sayang ...sebab bayor kan. :-) Tapi ok je...memang dia suka tgk wayang pun. Aku jer kadang2 sampai boring dah masuk panggung. Muahahaha. Sayang kat dia.

07 Mac 2011
Ayah...
Aku dan ayah...
Sedari kecil aku ditinggal ibu. Seusia 4 tahun. Dan sejak itu ayahlah ibuku. Ayah menyediakan segala-galanya untuk aku. Makan pakai . Semua! Dan aku tak rasa ada kekurangan masa tu. Semua cukup. Paling suka kuih pau yang ayah buat sendiri! Hahaha tiba-tiba rindu pau itu.
Semalam....aku rasakan kembali kasih itu. Herm....tidur bersama dengan ayah. Dulu kalau nak tidur ayah kena peluk dulu. Bunyi dering telefon. Ayah jawab .... tapi tiada sesiapa dalam talian. 3 kali! Setiap kali panggilan dijawab tiada sesiapa dalam talian. Aku dengar dan aku biarkan deringan itu disambut ayah. Sepi. Dan kali seterusnya .....telefon berdering lagi....
Ya Allah.......bunyi alarm aku rupanya! Tengok jam yang tertera 6.45. Subuh!
30.10.2009 kepergian ayah.......dan inilah kali pertama aku berjumpa ayah dalam mimpi. Mimpi berada dalam pelukan seorang ayah yang aku rindu. Al-fatihah.
02 Mac 2011
Sangat Rindu Ayah
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Ulang Chorus
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Ulang Chorus
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati
19 Februari 2011
Akhirnya......s.a.t.u itu tiba.
Keletihan lagi. Betis aku sakit nie.....berdiri je kot. Huh bukankah itu menandakan berat badan telah berlebihan? Harus buat sesuatu ni. hehehehe. Hari ini lagi....tidak sempat membuat entry awal pagi. Lewat petang baru dapat si LENOVO teman ketika sendiri. Chewaaahhhh.....betullah. Hakikat tu.
Hari ini adalah hari Sambutan Maulidur Rasul di sekolah. agak meriah dengan pertandingan perarakan yang diadakan saban tahun. Dan kali ini aku menarik diri awal dari menyertai. Sebab aku sedar akan tahap kemampuan yang aku miliki. Tak larat la aku nak bersengkang mata sehingga pagi untuk menyiapkan sepanduk. Sedangkan dalam fikiran aku benda lain yang menerjah. hermmmm.
Acara selesai lebih kurang jam 1 petang. Aku sangka member nak datang rumah petang-petang sikit! La...rupa-rupanya sejurus selepas tamat aktiviti di sekolah dia kata terus nak mai. Makk aiiii kelam kabut la aku dan Zihah. hahahah dan akhirnya kami berempat persiapkan bilik yang dimaksudkan. Dan inilah hasil kerja kami di hari s.a.t.u.
Kisah seterusnya kita tunggu selepas hari s.a.t.u. Apapun hari s.a.t.u dah selesai dan aku sedikit lega!

18 Februari 2011
Apabila D.u.a. menghampiri..
Assalamualaikum.....Pagi Jumaat yang menyegarkan aku kira. Puas benar aku tidur. Tapi macam biasa apabila ada yang mahu dilebihkan pasti ada yang terpaksa dikorbankan. Hei.....actually banyak lagi kerja-kerja aku yang belum selesai dan tertunggak! Tapi kalau dah badan tak daya...otak letih...macam mana?
Apabila d.u.a menghampiri ntahlah macam mana aku booleh layan tidur aku plak. Mengantuk semacam. Walaupun teleon aku tu asyik berbunyi.....tak kiralah sama ada bunyi sms mahu pun bunyi panggilan masuk, aku masih pilih untuk merehat2kan diri. Sedangkan fail atas meja tu masih berlonggok tau! Dan hari s.a.t.u tinggal esok jerrrrr.....grrrrrrrr.
Namun aku bersyukur, saya memohon bantuan kawan-kawan, kakak-kakak dan abang-abang sepupu serta pakcik makcik (terutama makcik la kan....) semuanya ok! Lega la juga. Terima kasih. Jam sudah 930 pagi.GM buka dan mula operasi kul berapa ek?
Kakak2, Abang2, Wak2, Bibik2, Adik2,Cikgu2......I love u all! Thank You....
Hey...hari ni dah D.U.A!!

17 Februari 2011
Ta Ya Ga Alif.....T.i.g.a
Terlewat lagi membuat entry selepas e.m.p.a.t . Bahana mata yang tak terlelap hari tu, menjadikan mata aku keletihan siang harinya. Selepas selesai mesyuarat KWAMP semalam. Sungguh, aku tak tertanggung. Aku terlelap di bilik j-qaf sejam lamanya. Nasib baik memang aku takde kelas waktu itu. Kalau tidak.....masak!
Malamnya usai makan malam konon nak tidur segera. Herm tidak juga. Dok belek fb, gosok baju dan mengumpul duit untuk bayar parking di ALC college hehehe. Sudahnya 12.30 juga baru dapat peluk bantal. Hurmmmm bestnya.
Dan hari ini, T.I.G.A memunculkan dirinya. Aku tak sempat buat entry awal pagi seperti mana s.e.p.u.l.u.h., s.e.m.b.i.l.a.n., l.a.p.a.n., t.u.j.u.h., e.n.a.m., l.i.m.a. dan e.m.p.a.t. Ni la baru dan usai maghrib dan makan malam. Mana nak sempat terjaga 6.30, bersiap2 ...7.30 keluar untuk menghadiri kursus pemantapan pedagogi linus numerasi tahun 2. Aduh.....sekali sangkut jem depan ACS la pulak. Aku lewat 10 minit. Lucky tak mula lagi pun. Dekat jam 9 baru start. Hampeh....buat penat jantung aku jer ingatkan dah lambat bebenor. Hihihihi.
Waktu rehat tengahari usai Zohor, sempat juga aku menjengah Pesona Indah mencari keperluan untuk hari selepas s.a.t.u. Tak jumpa...tak ada barang yang dicari. Esok terpaksalah ke GM Klang! Harap2 ada. Kalau tak ada.....ntah aku tak terfikir lagi alternatif lain. Pertandingan sepanduk Maulidurrasul tahun ini aku tarik diri awal-awal. Tak sanggup dah...mana nak urus kemunculan hari selepas s.a.t.u, mana nak urus sepanduk. Takpelah aku tak masuk bertanding okay. Tak larat dah menongkat mata. Huhuhuhuhu.
Hari ini t.i.g.a sudahhhhhhhhhhhh.......fuuhhhh berpeluh!

16 Februari 2011
Errrkkkk dah e.m.p.a.t ke?
Tiba-tiba merasakan masa amat pantas berlalu. Errrrrk dah e.m.p.a.t ke? Semalam...amat meletihkan. Rumah aku silih berganti tamu yang datang. Dan masih ada lagi perkara yang tak settle! seorang lepas seorang dan malam tadi baru berkesempatan keluar untuk mencari barangan yang kurang tapi tak jumpa.
Pagi ini ada aktiviti GERKO di sekolah. Tengah hari perlu awal kerana ada mesyuarat KWAMP. Lorong Haji Ahmad masih belum berkesempatan untuk ku kunjungi. Begitu juga Lorong Mohd Diah dan juga Lorong Hamid. Aduh.....perlu juga mencuri masa selepas GERKO nanti. Esok perlu menghairi kursus Linus 8 pagi - 5 petang! Aku kesuntukan waktu.
Cuma berbaki Jumaat dan Sabtu! Warrrgghhhhh. Akibatnya, mata tidak dapat lelap walaupun badanku sudah kepenatan dan otak sudah keletihan. Jam 4 pagi aku masih berjaga. Dan entah jam berapa mata terlelap. Sedsr-sedar pagi sudah jam 6.20. Jam 7 harus ke sekolah! Pastinya hari ini e.m.p.a.t yang .......
aku baru rasa mengantuk nih wei.......huhuhuhuhu

15 Februari 2011
L.i.m.a. dah datang
Salam MaulidurRasul.....
Bangun pagi ini, kuncinya adalah sakit perut. Hihihihi. On hp....sms yang dihantar kawan-kawan aku baru masuk. Sorry geng my 013 malam tadi tidak aktif. Aku masih tidak berganjak dari pembaringan. Dok termenung, terkebil-kebil memandang dinding. Terkebil-kebil melihat kipas berabuk yang hendak dibersihkan. Terkebil-kebil melihat karpet yang perlu disapu. Terkebil-kebil memikirkan hari selepas s.a.t.u. kerna hari ini sudah l.i.m.a.
Aku sendiri hari ini. Zihah aku tidak bertanya pukul berapa agaknya dia akan dihantar pulang oleh suaminya. Petang kot. Jadinya pergerakan aku setengah hari ini tanpa berteman. Errrkkkk....macam tak biasa pulak buat sendiri-sendiri. (hihihi angin mengada-ngada datang la tu).
Annuar bilang mahu jumpa aku. errkkkk bila? Kalau dapat awal katanya. Aku waspada ...hehehe bukan kerana apa, kalau dah pulang kerjanya sekitar 3-4 pagi, dapatkah nak berjumpa awal pagi? Sungguh aku tak percaya. Ada baiknya aku selesaikan kerja di rumah pagi ini dan tidak menunggunya. Percayalah aku rasa petang baru dapat jumpa, selepas dia bangun dari tidur tengah hari nanti. Nak bet??? Hehehehe
Itupun ntahla....sebab aku ada appoinment dengan designer aku lepas zohor nanti. Chewahhhhh..designer tu. Ikikikikik.....Kira designerlah.....pereka dalaman. Aku minta tolong kawan aku, coz aku dah betul2 tiada idea nak susun atur 'area' tu. Kawan aku ni kreatif lai inovatif. Idea macam-macam. Tq Kak....sudi jadi designer bidan terjun untuk saya. Akak mesti tolong saya, sebab hari ini sudah l.i.m.a. !

14 Februari 2011
E.n.a.m.
Aduhai, hari ini aku kelewatan. M bertambah tebal pun ia. Tambah pula Selasa hari pelepasan umum. Penatnya. Dan semakin memberat kelopak mata ingin dibuka. Digagahkan jua. E.n.a.m pula mengambil tempat. Semakin dekat dan masih ada yang perlu dihadap. Hari ini e.n.a.m. agak ketiadaan modal untuk menulis di sini.
E - entah la kenapa
N - nak rehat je diri ini
A - apa daya keizinan tiada
M - masa kian mencemburui
Hari ni..kena jumpa abang Isa sepatutnya. Tapi dah lambat.....dapat jumpa kak jue itupun cuma sekejap.
E - entah la kenapa
N - nak rehat je diri ini
A - apa daya keizinan tiada
M - masa kian mencemburui
Hari ni..kena jumpa abang Isa sepatutnya. Tapi dah lambat.....dapat jumpa kak jue itupun cuma sekejap.
Langgan:
Catatan (Atom)