29 Disember 2010

Mesyuarat hari ke-3

Sarapan pagi. Bihun goreng dan air teh. Alhamdulillah...

Mesyuarat kokurikulum.
Perkara panas, aktiviti gerko 2jam seminggu. Unit uniform dijalankan selepas aktiviti P&P. Bagi aktiviti permainan pula akan dijalankan awal pagi, pada setiap hari Rabu.Guru-guru meminta pentadbir untuk menimbang balik waktu gerko yang telah ditetapkan. Permintaan ramai agar aktiviti gerko dijalankan pada hari Sabtu.

Ahhh......hari ni....
aku tak tahulah....apa akan jadi tahun depan ni
apa akan jadi ekkkk kalau
ramai yang bekerja seperti paksa rela
tanpa rasa seronok
tanpa rasa selesa
yang jadi mangsa?

cikgu? murid?

ops.....kita bekerja kerana apa ekkkkk....
patah balik niat asal...

huhuhuhuhu

28 Disember 2010

Mesyuarat hari ke-2

Meeting.....meeting....dan meeting

Penulisan buku rekod pembelajaran dan pengajaran gunakan pen berdakwat hitam dan impaknya perlu ditulis dengan pen berdakwat biru! Mahu diselaraskan..biar nampak cantik. Ketetapan warna jadual waktu bagi SKTP.

BM....oren
BI.....biru muda
M3...merah tua
SC....hijau muda
AM....hijau tua
PS.....merah jambu
MZ.....ungu
KT.....kelabu
KH....coklat
PJ......kuning
SV....putih
PK....biru tua
BA....merahoren

Mari kita mewarna!.....

Pengurusan murid.

2011 SBT tiada. Kwapm masih seperti biasa. Bantuan adalah berdasarkan e-kasih...kemungkinan besar murid yang layak tidak akan dapat. Guru perlu senarai murid yang benar-benar layak dan pengurusan secara manual akan dilakukan. RMT tidak akan dijalankan pada hari pertama. Bantuan pakaian seragam masih diteruskan.


Unit Disiplin
Ketua Disiplin - Ust Khairul Anuar / Pn Shaheeza
Pen. KD - En. Mohd Syazly / Pn. Normalina
Ajk - Pn. Noor Aziah

Tahniah!!!! hehehehhe. Kelas-kelas yang menerima kerusi dan meja baru diminta menjaganya dengan baik. Tiga kelas yang terlibat....2/5 Amanah, 2/5 Bersih dan 2/5Cekap.Unit disiplin dan guru-guru perlu melatih murid dari awal untuk mengikut peraturan-peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Perjumpaan dengan pengawas perlu kerap dijalankan agar disiplin sekolah berjalan dengan lancar dan sempurna. Perlu ubah dan dapatkan iklim sekolah yang baik untuk kebaikan bersama.

PMD- Program Maju Diri perlu ada jadual dan mesyuarat khas juga perlu dilakukan untuk semua guru-guru yang terlibat. Selain itu diingatkan juga bahawa mesyuarat bersama pengawas adalah penting. Guru-guru hendaklah sentiasa menyemak takwim yang telah disediakan. Pemeriksaan mengejut juga perlu dijalankan seperti tahun-tahun yang sudah.  Minggu Pertandingan Kebersihan Kelas akan dijalankan pada Februari 2011.

Terdapat pindahan AJK SPBT. Sila rujuk Buku Pengurusan.

~Mesyuarat di sambung ESOK!~


27 Disember 2010

jatuh cintaku padanya

Aku sudah jatuh cinta.
Siang malam terbayang di mata.
Inginku capai bintang apakan daya tangan tak sampai.
Warrghhhhhhh
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sedang berusaha untuk memilikinya. Waaacchaaaaa....
hehehehe

24 Disember 2010

Sayang

Sementara menantikan kehadiran seorang teman, aku berjalan-jalan di tingkat bawah center point Klang. Masuk kedai menjual VCD. Ah macam-macam...kalau ikutkan nafsu mahu sahaja semuanya nak dicapai....CD terbaru Saleem...CD Maher Zain...tapi fikir-fikir tidaklah penting sangat untuk dibeli. Nanti-nantilah....

Sambil menikmati lagu yang keudara yang dipasang oleh tukang jaga kedai.  Eh....lagunya terus menarik hati. Siapa yang nyanyi ? Lagu apa?

"Kak.....ni lagu siapa yea?"....aku bertanya sebab nak tahu ...tak kira aku nak tahu juga!
Akak tu kata...."d'Baginda s....."
"ermm.....nak tengok boleh?"....

Terus akak tu tunjukkan pada aku....
Aku belek...dan belek....ntah apa yang aku belek, walhal dah buat keputusan nak beli pun. Hakhakhak...."Ok la kak...saya nak belilah...".

Nak tahu lagu apa yang melekat di hati aku?....Sayang.....

Yang....Sayang sedang apakah dirimu
Yang....Sayang bagaimanakah khabarmu

Didalam hatiku, didalam dadaku
Ingin selalu denganmu
Sedetik pun engkau tak hilang dariku
Ingin memeluk dirimu

Aku katakan cinta....cinta....cinta....cinta....
Cinta kepadamu, Sayang kepadamu
Sungguh hanyalah dirimu
Yang aku dambakan dampingi hidupku

Oh..Cinta percayalah aku
Cinta sama kamu, mendambakan kamu
Sumpah tak ada yang lain
Selain dirimu slalu dihatiku

Yang...Sayang ku ingin bertemu kamu
Yang...Sayang saat ini aku rindu




Hahahaha....dah beli...aku dok putar lagu yang sama berulang kali! Alamak jiwang la pula. Aduhhhh....apakah...apakah....????????

20 Disember 2010

Sampai bila..?

Penat. Adakah aku ditakdirkan untuk meminggirkan kepentingan diri sendiri semata-mata untuk kepentingan orang lain? Sampai bila......?

Mungkin salah aku juga, terbiasa begitu. Penuhi impian orang lain lebih penting daripada memenuhi impian diri sendiri. Once....menghimpit perasaan diri sendiri, mereka rasakah perasaan itu? Atau hakikatnya aku sendiri yang tanggung....mereka mambantukah?

Muhasabah dirimu Insan Biasa. Berbaloikah untuk mengenepikan impianmu?? Jangan lupa kebanyakannya apabila senang mereka akan mahu lebih senang. Apabila lapang mereka akan mahu lebih lapang. Dan apabila kamu tidak dapat memenuhi setelah kamu biasa memenuhi ianya akan menjadi salah kamu kembali.

"Arggghhh IB kamu salah! Bukankah kamu boleh memenuhi impianku kenapa tidak kali ini???"
Kerna mereka terlupa aku bukan ahli sihir yang mempunyai kuasa sakti. Kerana mereka lupa aku bukan wali yang dikurniakan kebolehan istimewa. Kerana mereka lupa, kudrat yang tuhan pinjamkan kepada aku cuma seketika. Kerana mereka lupa kelebihan yang tuhan pinjamkan kepada aku ada masanya tuhan hentikan seketika. Kerana mereka lupa , apapun yang ada pada aku Allah la pemilik mutlaknya!

Aku?

Cuma seorang INSAN BIASA yang menjadi perantara dengan izin-Nya juga.

19 Disember 2010

Maafkan aku. Aku cuma INSAN BIASA.

Assalamualaikum. Beranjak lagi masa. Dan hari ini 19 Disember. Untuk rakan-rakan yang menyambut hari kelahiran pada tanggal ini. Selamat panjang umur. Aku baru sahaja selesai menyaksikan sebuah video yang menyentuh hati. Dan hatiku aku tiba-tiba jadi terusik. Kenapa ya? Mungkin kerana aku ada terasa hati dengan seseorang?? Walaupun aku tidak menampakkan wajah 'emo' itu secara telus, saat hening pagi begini tersentuh jua. Aku masih menahan. Ah.kenapa terlalu tersentuh..??

Cikgu. Tugasnya bukan sekadar di dalam waktu persekolahan. Malah sebenarnya lebih dari itu. Cuti atau tidak, selagi mampu dan selagi boleh, jika dipanggil bertugas maka sepatutnya 'SYMP'. Aku tidak terkecuali. apatah lagi jarak rumah dan sekolah lebih kurang >< 3km sahaja. Dan ada waktu-waktunya sekolah adalah tempat kedua selepas rumah. Cuma tahun ini aku tidak lagi seghairah tahun-tahun sudah sangat suka dan sangat bersemangat untuk ke sekolah. Apatah lagi semasa di bawah naungan Ayahanda (gelaran yang guru-guru gunakan kepada GB) tercinta, bekas GB En. Mohd Azman Abd Rashid. Seronok. Semua guru bekerja tanpa tekanan yang melampau. Masa beredar dan terus berlalu. Begitu juga keseronokkan tadi kini hilang entah ke mana.

Aku? Masih kekal di sini. Dan sedayanya cuba melunaskan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Agar kelak kerja-kerja aku tidak dipersoalkan. Apa yang penting aku buat kerja aku. Aku bantu rakan-rakan yang menghargai kemahiran yang aku ada jika diperlukan. Dan kerana itu ada masa-masa tertentu aku perlu membuat pilihan jika berlaku pertembungan antara tugas dan keperluan peribadi. Aku sedar itu janji. Janji sesama manusia. Dan perantara janji yang biasa diamalkan, INSYA'ALLAH. Dengan kata maksud lain JIKA DI IZINKAN ALAH.Aku memilih untuk menyelesaikan tugas yang perlu diselesaikan yang diamanahkan padaku. Ilmu yang perlu aku ambil untuk kepentingan sekolah pada masa hadapan, ntah kenapa aku merasakan aku perlu tahu, kena belajar dan aku mahu belajar tentang ilmu itu. Mungkin merasakan aku akan berada lama lagi untuk berkhidmat di sekolah ini? Aku tidak pasti , sebab aku berura-ura jua ingin bertukar angin. Tapi aku mahu ilmu itu! Dan kerana ilmu yang aku 'tamakkan' itu aku terpaksa membatalkan janji. Ya...untuk ilmu yang kita boleh kongsikannya bersama dalam bidang perguruan yang sama2 aku dan dia ceburi! Maaf aku sudah utarakan. Tapi tak tahulah kenapa TIADA SEBARANG PETANDA yang menunjukkan kata maaf aku diterima. Besar sangatkah impak akibat daripada pembatalan janji yang telah aku buat kepada orang yang aku berjanji itu? Aku jadi emosional-sebak saat bersendiri  apabila melihatkan sms maaf tidak berbalas. Aku jadi emosional-sebak saat bersendiri apabila membaca status muka buku tidak ada komen balas maaf yang diperlihatkan.


Aku pujuk hati. Dia bukan begitu. Mungkin terlepas pandang sms dan status maaf yang kukirim . Mungkin aku sahaja yang terlampau terbawa-bawa. Sungguh ....semampunya aku tidak mahu menghampakan orang-orang disekeliling aku. Apatah lagi kepada orang-orang yang sering berdiri teguh di saat susah senangku. Tapi apalah daya, aku masih seorang INSAN BIASA, mana mungkin aku dapat penuhi SEMUA hasrat, impian dan permintaan.

Anak cina telinga bertindik,
Badan kurus tinggi lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
Hendak mencapai tangan tak sampai.

Dirikan pondok bertanam nanas,
Biar saya berburu rusa;
Sejuklah hati yang panas,
Harap sudi maafkan saya.

Dan apabila tiba saat-saat beginilah  membuatkan aku terkenangkan arwah ayah. Diam tak diam sudah setahun sebulan dan dua puluh hari ayah meninggalkan aku. Al-Fatihah.

18 Disember 2010

Benci Cintaimu



bawa pergi jauh bayangmu


jauhkan dirimu dariku
dan semua yang ada tentang kamu
bawa pergi jauh bayangmu
dan semua yang ada tentang kamu
dan kini kubenci cintai kamu
kini kusesali kubuang waktuku

"aku benci tentang kamu
dan semua tentang dirimu
mengapa kau buat aku terlalu mencintaimu
mengapa bodohnya aku mempercayai dirimu
ikuti caramu untuk jatuhkan aku

spertinya kau tahu bahwaku
begitu mencintai dirimu
sehingga kau permainkanku
seolah kau cintai diriku
Back to "

cukup banggakah dirimu
tlah terpurukkan diriku
asal kau tau saja
kini ku benci tentang kamu

17 Disember 2010

Tips awet muda

Aku nak kongsi info ni yang aku dapat dalam majalah Rapi edisi 15 Dis 2010.


Bagaimana awet muda dengan air..
Selain mengambil air putih lapan gelas setiap hari, ada cara mudah untuk kita tetap awet muda. Menurut Helen Sher, seorang pakar kulit dari Engand yang diterbitkan di dalam majalah Natural Heatlh, dengan membasuh muka dengan air suam 20 hingga 30 kali setiap pagi setelah bangun tidur dan setiap malam sebelum tidur, kulit akan lebih bersih berseri dan awet muda. Pelembab semulajadi ialah air, selain minum, basuhlah muka dengan air seberapa kerap yang boleh.

Untuk yang muslim, apa susah? Dah memang jadi rutin kita wajib lima kali sehari kan? Mudah je sebenarnya. Setiap suruhan tu pasti ada manfaatnya kepada si pelaku. Tak rugi pun.Itulah sebabnya orang yang selalu ambil air sembahyang tu wajahnya bersih dan berseri-seri apatah lagi dengan niat kerana Allah. Yuk kita.....

Berkorban apa saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tiada diingini
Bahagia sejati
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Saat mendengarkan bait-bait lagu ni tentu terbuai-buai perasaan kan. Yeah..berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Masih adakah frasa berkorban apa saja ini dalam diri masing-masing agaknya ya? Kalau untuk kekasih hati, mungkin masih wujud walaupun sebenarnya mungkin sekadar dibibir sahaja atau sekadar nak memancing sebelum mendapat....heheheh.

Dalam kerjaya bagaimana? Sanggupkah berkorkorban apa saja? Harta ataupun nyawa? Kalaulah masih wujud pasti takkan timbul kira berkira dalam kelompok tertentu. Tentunya sama-sama menyegerakan tugas, sama-sama menyelesaikan dan menyempurnakan tugas tanpa adanya kata-kata belakang? Errkkkkk...betul ke?

Berkorban apa saja...cuti-cuti pun saat dipanggil untuk membantu apa yang patut di sekolah, aku turutkan juga. Al-maklumlah di rumah pun bukan buat apa-apa pun. Jadi tidak ada masalahlah bagiku menghabiskan masa dengan membantu tugas-tugas sekolah yang masih belum selesai. Tugas-tugas persediaan menghadapi tahun depan. Aku diminta membantu menyiapkan buku pengurusan sekolah. Herm..ok je. Dah seminggu dah aku dok bertapa di sekolah, sambil2 menuntut ilmu membuat jadual waktu untuk tahun 2011. Sakit la pulak...apabila dah 3 hari mengadap komputer tapi jadual waktunya masih ada yang tidak kena. Arrgghhhhhh...fed-up plak. Berkorban apa saja....sepatutnya hari ini ada temujanji dengan seorang rakan terpaksa dibatalkan gara-gara jadual yang masih tidak siap ni. Fuhhh lega kawan tu memahami, maka ditunda aktiviti kami hari ni pada hari esok. (ekekekek dia paham la coz dia pun merupakan guru yang dipertanggungjawabkan untuk membuat jadual waktu sekolah sesi 2011). 
 
Malangnya, jadual yang sepatutnya selesai hari ni, masih juga tak selesai lagi, ntah di mana silapnya , masa nak print summary ....kosong!!! Data ada tapi print kosong. Aduhhhhhhh....silap mana pulak ntah.Ink xde? Print list guru ade jer....inknya. Pelik la. Hadoooiiiiii. Dah puas godek2...x menjadi jugak. Last2 PK aku kata sambung esoklah.....kita pinjam PK SKPK....Wallahhhhh....camne ni? Adakah temujanji aku kena dibatalkan lagi untuk kali-2??? 
Amacam? Sanggup ke....."Berkorban apa saja?"....

Dalam dilemma....uhuks!!
Kalau aku tak pegi sekolah esok..maknanya aku tak tengok dan tak belajar di mana kesilapan yang aku dah buat sehingga berlaku error dalam buat jadual tu. Tapi kalau aku batalkan temujanji, takut-takut nanti hilang rasa percaya kawan tu kat aku plak....sebab kan dah janji?
Uhuks....sungguh dalam dilemma.

16 Disember 2010

Redha

 
Mungkin dia bukan yang terbaik.
Redha.

13 Disember 2010

Putera penghiburku

Banyaknya masa lapang. CUTI SEKOLAH. Kadang-kadang best cuti ni. Kadang-kadang boring pun ada. Sunyi je sekeliling. Tapi time bersiar-siar tu seronoklah. Dan seperti biasa time bersiar-siar mana sah kalau tak berbelanja. Boleh ke? Berjalan poket dizipkan? hahahahha ...renung-renungkanlah sendiri. Akhirnya duduklah mendiam di rumah mengadap laptop dengan blog....dengan facebook....Ahhhh itu pun kalau dah 24 jam mengadap boring juga. Ye tak? Herm...chatting? Aiyooooo lagi membosankan. Apatah lagi kalau chat dengan orang baru. Asyik taip ayat yang sama berulang kali. Asyik guna dialog yang serupa. Boring jugak kan? Pilihan lain menonton televisyen je la. Walaupun kadangkala cerita yang di tayangkan tu dah di tayangkan...layan je lah....last sekali mengantuk!!! Maka....sendiri mau ingat la kan...kan...kan....hehehehe.


Waktu cuti ni aku layan jer cerita PUTERA KATAK. Cerita dongeng. Malaysia pun dah jadi macam Indonesia juga, tiru cerita dongeng barat buat dalam versi melayu. Kadang-kadang tengok macam ....eerrkkkk....tapi kalau dah hari-hari mengadap ...layan je la. Gelak sorang diri. Hahahaha at least buat aku gelak...takpun sengih sorang-sorang. ekekekeke . Oklah tu......release la juga stress yang melanda. Opssss dah kul 6 petang ni. Aku nak pergi mengadap kekasihku dunia akhirat. Dah lambat dah nie. Nanti habis waktu, sia-sia je petang aku hari ini. Adios!!!

psssttt : best pulak dengar lagu tema PUTERA KATAK. ahaks!

12 Disember 2010

Labuan Photo Shoot










Wilayah Persekutuan Labuan
3 November 2010
hingga
5 November 2010