19 Disember 2010

Maafkan aku. Aku cuma INSAN BIASA.

Assalamualaikum. Beranjak lagi masa. Dan hari ini 19 Disember. Untuk rakan-rakan yang menyambut hari kelahiran pada tanggal ini. Selamat panjang umur. Aku baru sahaja selesai menyaksikan sebuah video yang menyentuh hati. Dan hatiku aku tiba-tiba jadi terusik. Kenapa ya? Mungkin kerana aku ada terasa hati dengan seseorang?? Walaupun aku tidak menampakkan wajah 'emo' itu secara telus, saat hening pagi begini tersentuh jua. Aku masih menahan. Ah.kenapa terlalu tersentuh..??

Cikgu. Tugasnya bukan sekadar di dalam waktu persekolahan. Malah sebenarnya lebih dari itu. Cuti atau tidak, selagi mampu dan selagi boleh, jika dipanggil bertugas maka sepatutnya 'SYMP'. Aku tidak terkecuali. apatah lagi jarak rumah dan sekolah lebih kurang >< 3km sahaja. Dan ada waktu-waktunya sekolah adalah tempat kedua selepas rumah. Cuma tahun ini aku tidak lagi seghairah tahun-tahun sudah sangat suka dan sangat bersemangat untuk ke sekolah. Apatah lagi semasa di bawah naungan Ayahanda (gelaran yang guru-guru gunakan kepada GB) tercinta, bekas GB En. Mohd Azman Abd Rashid. Seronok. Semua guru bekerja tanpa tekanan yang melampau. Masa beredar dan terus berlalu. Begitu juga keseronokkan tadi kini hilang entah ke mana.

Aku? Masih kekal di sini. Dan sedayanya cuba melunaskan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin. Agar kelak kerja-kerja aku tidak dipersoalkan. Apa yang penting aku buat kerja aku. Aku bantu rakan-rakan yang menghargai kemahiran yang aku ada jika diperlukan. Dan kerana itu ada masa-masa tertentu aku perlu membuat pilihan jika berlaku pertembungan antara tugas dan keperluan peribadi. Aku sedar itu janji. Janji sesama manusia. Dan perantara janji yang biasa diamalkan, INSYA'ALLAH. Dengan kata maksud lain JIKA DI IZINKAN ALAH.Aku memilih untuk menyelesaikan tugas yang perlu diselesaikan yang diamanahkan padaku. Ilmu yang perlu aku ambil untuk kepentingan sekolah pada masa hadapan, ntah kenapa aku merasakan aku perlu tahu, kena belajar dan aku mahu belajar tentang ilmu itu. Mungkin merasakan aku akan berada lama lagi untuk berkhidmat di sekolah ini? Aku tidak pasti , sebab aku berura-ura jua ingin bertukar angin. Tapi aku mahu ilmu itu! Dan kerana ilmu yang aku 'tamakkan' itu aku terpaksa membatalkan janji. Ya...untuk ilmu yang kita boleh kongsikannya bersama dalam bidang perguruan yang sama2 aku dan dia ceburi! Maaf aku sudah utarakan. Tapi tak tahulah kenapa TIADA SEBARANG PETANDA yang menunjukkan kata maaf aku diterima. Besar sangatkah impak akibat daripada pembatalan janji yang telah aku buat kepada orang yang aku berjanji itu? Aku jadi emosional-sebak saat bersendiri  apabila melihatkan sms maaf tidak berbalas. Aku jadi emosional-sebak saat bersendiri apabila membaca status muka buku tidak ada komen balas maaf yang diperlihatkan.


Aku pujuk hati. Dia bukan begitu. Mungkin terlepas pandang sms dan status maaf yang kukirim . Mungkin aku sahaja yang terlampau terbawa-bawa. Sungguh ....semampunya aku tidak mahu menghampakan orang-orang disekeliling aku. Apatah lagi kepada orang-orang yang sering berdiri teguh di saat susah senangku. Tapi apalah daya, aku masih seorang INSAN BIASA, mana mungkin aku dapat penuhi SEMUA hasrat, impian dan permintaan.

Anak cina telinga bertindik,
Badan kurus tinggi lampai;
Hendak melangkah kaki pendek,
Hendak mencapai tangan tak sampai.

Dirikan pondok bertanam nanas,
Biar saya berburu rusa;
Sejuklah hati yang panas,
Harap sudi maafkan saya.

Dan apabila tiba saat-saat beginilah  membuatkan aku terkenangkan arwah ayah. Diam tak diam sudah setahun sebulan dan dua puluh hari ayah meninggalkan aku. Al-Fatihah.

Tiada ulasan: