17 Julai 2009

Anis_Anisah

Aku dah terasa lega yang amat sangat. Selesai dah kajian yang aku buat kat sebuah kelas di sebuah sekolah menengah di salah satu area di Klang. Ceh...panjang berjela plak. Heheheh . Cuma borang-borang yang perlu di tanda tangani pengetua dan guru pembimbing je aku tak serah lagi. Isnin ni aku pergi...maka akan selesai, tugasan seterusnya akan disegerakan. Then ...yeeepppppppiiiii! Hahaha sukanya...sukanya....sukanya....

Malam tadi, apabila dah lega tu, mulalah aku nak bersantai-santaian...aku habiskan pembacaan novel jiwang aku yang dah beli lama-tapi bacanya tak habis-habis. Dulu aku baca novel boleh tahan 2-3 pagi baru tidur. Yelah selagi tak habis dan tak betul2 mengantuk. satu novel (bergantung ketebalan) leh habis baca dalam seminggu paling lama. Tapi sejak dua menjak dah cecah 30-an nie....baca novel pun aku dah ngantukssssss. So agak2 cenggana la aku study modul OUM tu kansss?? ahaks...
Novel ni aku beli 28 Jun lepas masa pameran buku kat SKTG. Aku beli novel ni pun sebab.....heheh ada satu watak nama SRI ANISAH dan aku juga suka dengan novel tulisan penulis ANIS AYUNI. Aku dah kumpul pun beberapa novel tulisannya. Dan aku juga sangat suka novel yang berkisarkan persekitaran seorang guru. Kompem aku ambillah. Hahaha kerana aku seorang guru dan kerana adanya watak yang guna nama aku, novel tu jadi pilihan,memang aku suka....aku suka....

Sebenarnya Cinta, story sedih. Huhuhuhu dah hujung-hujung baru fokus membaca, baru aku feeling. Ceh...What ever pun SRI ANISAH dalam novel ni akhirnya dapat juga bersama orang yang dicintai. Isk isk isk....Ops....dah habis baca tutup! Fokus modul OUM okay....next month dah final exam! :-D....buku,buku, dan buku. Aku memang begitu..ahaks.

Lemak manis santan kelapa,
Buah berangan dalam padi;
Hitam manis itu siapa,
Rasa berkenan dalam hati.

10 ulasan:

Nl berkata...

errrr novel...
aku tak pernah baca novel...

ada yang kata novel ayat2 cinta tu best! tapi sampai sekarang aku baca lagipun aku tak beli hehehee


yang hitam manis
pandang tak jemu
pnadang tak jemu errrrrrrrr

ONE ZABA berkata...

aku pong tak minat langsung bab-bab novel ni....

Limau manis condong ke paya,
boleh dibuat ampaian kain;
Mulut manis kepada saya,
hati kasih pada yang lain.

huwaaa.... apa kan daya aku ni tak hitam manis. cuma putih kelat....uhuuuuu!!!!

~Insan Biasa~ berkata...

Naqeeb....

"tapi sampai sekarang aku baca lagipun aku tak beli .."

errr sedang cuba memahami ayat itu..

~Insan Biasa~ berkata...

hehehe

hitam manis...putih kelat
tetap one malaysia kanss...

imannuha berkata...

anis!novel sebenarnya cinta tu sapa penulisnya?sodap ke?

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

hitam manis biarpun hitam tapi manis dipandang....

hitam itu kan menawan???

~Insan Biasa~ berkata...

kak imannuha...
"sebenarnya cinta" oleh haiqal fahmy
dari buku prima..

pada saya best gaklah...kisah bermula dari zaman sekolah bawa ke alam dewasa..
menuntun jiwa gak la untuk menitiskan mutiara...hehehe (itu pada saya lah)

~Insan Biasa~ berkata...

cik manisss,
yessszaa hitam itu menawan! errkkkk are you sure???

Nl berkata...

errr tersalah ayat ler...
yang sebenarnya aku tak pernah baca novel tu dan tak pernah beli pun huhuhu

kesilapan amatlah di kesali... malunyaaaa aku heheheee

~Insan Biasa~ berkata...

hehhe xpe xpe...kita semua x sempurna...sesekali ok...jgn selalu.