Selamat Tinggal
Pangkin di bawah rumah
Selamat Tinggal
Kolam yang sejuk
Menusuk tulang
Selamat Tinggal
Nyaman suana
Riuh rendah kecoh suara
Selamat Tinggal
Kg Sungai Pinang
Selamat Tinggal
Kg Teluk Nipah
Selamat Tinggal
Kg Sungai Kembung
Selamat Tinggal
Kg Perigi Nenas
Pangkin di bawah rumah
Selamat Tinggal
Kolam yang sejuk
Menusuk tulang
Selamat Tinggal
Nyaman suana
Riuh rendah kecoh suara
Selamat Tinggal
Kg Sungai Pinang
Selamat Tinggal
Kg Teluk Nipah
Selamat Tinggal
Kg Sungai Kembung
Selamat Tinggal
Kg Perigi Nenas
Jeti lama itulah tempatnya aku selalu berlabuh apabila pulang ke kampung 20 tahun lalu. Jeti baru....aku belum pernah menjejaknya kerana...
kalau dulu-dulu pagi-pagi dah bangun, naik teksi g ke jeti pelabuhan. Naik bot 45 minit baru sampai ke jeti yang di tuju. Sampai di Jeti Lama tadi tu...kalau takde sapa2 orang kampung menumpangkan aku dan ayahanda naik motosikal, maka kami dua beranak ni akan berjalan kaki sejauh 2-3 kilometer barulah sampai kat rumah pusaka. Dan biasanya kami akan bermalam semalam sahaja (ayah tak suka tido umah orang lama2 walaupun di situlah rumah tempat dia membesar suatu ketika dulu)-ntah sampai sekarang pun memang gitu-aku tak tahu. Mungkin ada cerita.
Semua tu dah berlalu, sekarang balik ke sana setengah jam dah sampai . Lalu darat coz jambatan dah ada. Seronok. Tak perlu ke Penang heheh nak rasa merentas laut tu.,cuma aku ni merentas selat kelang,hehe jadilah. Kampung dah semakin membangun, namun setanding dengan pembangunan yang rancak tu, projek-projek terbengkalai pun banyak juga.
Cuba tengok nie.... nyaman rasa melihat keindahan paya bakau. Betapa sedapnya mata memandang pohon-pohon kelapa yang tinggi menjulang. Dan di bawah jambatan itulah selalu terlihat para kaki pancing melontarkan jorannya.
Aku sangat sayang suasana ini pada suatu ketika. Tetapi siapa sangka ianya kini hanya akan membuatkan hati aku sakit dan kecewa. Untuk itu, pada suatu waktu jika sakit dan kecewa itu masih terus bertapa di jiwa, aku akan tinggalkan semuanya tanpa rela!...Aku ingin melakukannya sekarang, tetapi itu tidak mungkin. Aku perlu menunggu sehingga tiba detik itu. Nekad, apabila sudah tiba saatnya...Selamat Tinggal Pulau Indah!! Dan keputusan aku itu juga kerana ada cerita.
8 ulasan:
bunyi macam merajuk je tu. adakah pulau indah sudah tidak seindah dulu? atau ada hati yg terguris luka?
jka benar firasat itu...lebih baik bunag saja apa yg keruh itu sebelum menjadi kudis.
....no komen....
elok la ko berpindah kalau itu bisa membuat ko rasa tenang.. kadang2 berhijrah tu lebih baik dalam mencari sesuatu yang lebih pasti..
bila berhijrah kita akan rasai suasana baru, pengalaman baru dan lain2 yang baru.. moh la pindah ke kedah weh.. kekeke
Salam Anis.
Pulau Indah atau nama lamanya Pulau Lumut agak dekat di hati Bapak.
Mama Bapak berasal dari Kampung Teluk Nipah. Di sini jugalak arwah Atuk dan Nenek disemadikan...
Apapun selamat berhijrah buat Anis.
Suasana baru pasti akan memberi pengalaman baru yang berharga.
Bagi Bapak, biarpun Pulau Indah mungkin sudah tidak sedamai 16 tahun lepas sebelum jambatan dibina, Bapak percaya Anis pasti akan sentiasa merindui kelak...
mama cute,
aku memang berniat nak keluar dari selangor, cuma belum masanya.Kita cuma merancang....
Bapak,
Sebahagian hidup saya berada di Pulau Lumut. Tentu saya akan merinduinya...walaupun 'berlumut'. Dan 'lumut' itu lebih diingatan berbanding yang 'indah'.
Kalau dah ada niat nak berhijrah tu...teruskan. Kadang2 kita perlu pandang ke belakang, tapi kalau pandang ke belakang itu menyakitkan...jangan pandang...jalan je terus...
ye eeeda...dengan berat hati!
Catat Ulasan