17 Disember 2010

Berkorban apa saja

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Kepentingan sendiri
Tiada diingini
Bahagia sejati
Saja yang diharapi

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...

Untuk menjadi bukti
Kasih yang sejati
Itulah tandanya
Jika mahu diuji

Berkorban apa saja
Harta atau pun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia

Saat mendengarkan bait-bait lagu ni tentu terbuai-buai perasaan kan. Yeah..berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Masih adakah frasa berkorban apa saja ini dalam diri masing-masing agaknya ya? Kalau untuk kekasih hati, mungkin masih wujud walaupun sebenarnya mungkin sekadar dibibir sahaja atau sekadar nak memancing sebelum mendapat....heheheh.

Dalam kerjaya bagaimana? Sanggupkah berkorkorban apa saja? Harta ataupun nyawa? Kalaulah masih wujud pasti takkan timbul kira berkira dalam kelompok tertentu. Tentunya sama-sama menyegerakan tugas, sama-sama menyelesaikan dan menyempurnakan tugas tanpa adanya kata-kata belakang? Errkkkkk...betul ke?

Berkorban apa saja...cuti-cuti pun saat dipanggil untuk membantu apa yang patut di sekolah, aku turutkan juga. Al-maklumlah di rumah pun bukan buat apa-apa pun. Jadi tidak ada masalahlah bagiku menghabiskan masa dengan membantu tugas-tugas sekolah yang masih belum selesai. Tugas-tugas persediaan menghadapi tahun depan. Aku diminta membantu menyiapkan buku pengurusan sekolah. Herm..ok je. Dah seminggu dah aku dok bertapa di sekolah, sambil2 menuntut ilmu membuat jadual waktu untuk tahun 2011. Sakit la pulak...apabila dah 3 hari mengadap komputer tapi jadual waktunya masih ada yang tidak kena. Arrgghhhhhh...fed-up plak. Berkorban apa saja....sepatutnya hari ini ada temujanji dengan seorang rakan terpaksa dibatalkan gara-gara jadual yang masih tidak siap ni. Fuhhh lega kawan tu memahami, maka ditunda aktiviti kami hari ni pada hari esok. (ekekekek dia paham la coz dia pun merupakan guru yang dipertanggungjawabkan untuk membuat jadual waktu sekolah sesi 2011). 
 
Malangnya, jadual yang sepatutnya selesai hari ni, masih juga tak selesai lagi, ntah di mana silapnya , masa nak print summary ....kosong!!! Data ada tapi print kosong. Aduhhhhhhh....silap mana pulak ntah.Ink xde? Print list guru ade jer....inknya. Pelik la. Hadoooiiiiii. Dah puas godek2...x menjadi jugak. Last2 PK aku kata sambung esoklah.....kita pinjam PK SKPK....Wallahhhhh....camne ni? Adakah temujanji aku kena dibatalkan lagi untuk kali-2??? 
Amacam? Sanggup ke....."Berkorban apa saja?"....

Dalam dilemma....uhuks!!
Kalau aku tak pegi sekolah esok..maknanya aku tak tengok dan tak belajar di mana kesilapan yang aku dah buat sehingga berlaku error dalam buat jadual tu. Tapi kalau aku batalkan temujanji, takut-takut nanti hilang rasa percaya kawan tu kat aku plak....sebab kan dah janji?
Uhuks....sungguh dalam dilemma.

Tiada ulasan: