Dua tiga hari berlalu
Emosiku sedikit terganggu
Sudahku unjurkan jauhi itu
Tapi rasa itu masih mendekatiku
Aku menjadi ingin marah
Aku menjadi ingin menjauh
Aku seperti itu kadangkala
Menyesakkan diri sendiri saja
Dan...
Sepertinya Ramadhan ini
Bukanlah yang paling bermakna
Untuk diri seorang ~Insan Biasa~
Kerdil tak terlihat oleh sesiapa
Sepertinya Syawal yang bakal tiba
Bukanlah yang paling bererti
Bagi aku yang tiada sesiapa
Kecuali dia yang aku berbintikan serta Dia
Entah mengapa...
Sepertinya aku baru tersedar dari lena
Yang menyedarkan aku ini siapa sebenarnya
Aku bukanlah sesiapa untuk seorang manusia
Ramadhan kan ku tinggalkan dengan kesal
Syawal menjelang serba kekurangan
Salam Aidilfitri di angin lalu...
5 ulasan:
Aku menjadi ingin marah
Aku menjadi ingin menjauh
....................
saya sedang memahami setiap patah...
nak jadi pakar bahasa pulak...
he..
yg berlalu...biarkannya berlalu sepi.
yg mendatang...pasti akan mendatang tanpa mengira suka atau duka.
nampak sangat aku ni tak boleh bersajak!!!
terima kasih wak...
kerana berusaha untuk memahami tiap patah kata...
apapun, setiap yang membaca akan ada tafsirannya yang tersendiri...
yang mana mungkin sama sepertimana
yang ingin di sampaikan oleh si penulis dan
mungkin juga sebaliknya.
paling penting...apa cgu one..??
hahaha paling penting cgu one dah cuba untuk berpuisi...
adalah rugi kepada mereka yang awal2 mengaku kalah sebelum mencuba untuk melakukannya...mana tahu mungkin ia lebih baik....kansss?/??
terima kasih cgu one...i really mean it!!
Apabila kita melihat 'kekurangan' pada diri, berbanding orang lain yg punya 'kelebihan', pasti terdetik rasa ingin 'memiliki' seperti orang lain itu. Tapi, yakinlah, Dia Maha Adil, pasti diberikan kelebihan untuk kita dalam segala kekurangan yg ada pada diri kita, kan?
salam aidilfitiri daripada kami sekeluarga dari kejauhan :).
Catat Ulasan