Tengok tajuk entry...'susahnya' ...apa yang susah eh?
Petang tadi selepas menghadiri Majlis Perkahwinan seorang rakan, aku singgah ke rumah Mama.
Tengok pula satu rancangan....herm menarik...leka aku dan Tasha menontonnya. Tajuk....aku tak tau. Tau tau buka siaran dah mula...
Macam mana nak mengenal yang diri kita ni..'baik'...
Jawapan yang diberi,
Ada 2-
- Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat pada diri kita
- Menyembunyikan aib orang yang sedang rancak diperkatakan
Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada diri kita. Pada aku, memang bukan perkara yang mudah. Mari kita cuba lakukan ini:
- Senyum kepada orang yang sedang mengutuk kita
- Ketawa dengan orang yang telah memalukan kita
- Berikan hadiah kepada orang yang telah mempork perandakan hidup kita
- Seseorang sedang menyebarkan berita buruk tentang musuh kita, cuba kita hentikan perbuatan itu.
- Cari idea bagaimana untuk membuat orang yang berdendam supaya tidak berdendam dengan orang yang memang patut didendami.
Aku....secara jujurnya, susah! Tapi mungkin kesusahan itu dapat dikurangkan kalau niatnya kerana Allah. Apapun perlakuan dan tindakan kita, kalau niatnya kerana Allah, insya'allah kita dapat melaksanakan dua perkara yang tersebut di atas tu agaknya. Mari kita cuba bersama-sama. Apapun perkara yang bakal kita lakukan niatkan kerana Allah. Tidak mengharap balasan terus dari insan (yang sesungguhnya juga hamba Allah), tapi berharaplah kita bakal peroleh sesuatu sebagai Imbalannya dari Allah yang maha pemurah. Sesungguhnya kebahagiaan yang kita perolehi hasil daripada kepuasan memenuhi impian diri sendiri tidak akan sama nikmatnya kebahagiaan yang kita dapat hasil daripada membahagiakan orang lain. Syaratnya....kerana Allah. Jika tidak...mungkin kita akan rasa sebaliknya .
Mari....kita cuba....
Lillahi Ta'ala...
1 ulasan:
biasanya maaf tu boleh....tapi nak lupakan susah la.
Catat Ulasan