Macam kawan aku kata......aku obses betul dengan lagu 'Kau ada Dia'. Kenapa agaknya ye. Selain rentak irama jiwang yang menggoda pendengaran aku , sedikit sebanyak mungkin juga sebahagiannya dari secebis kisah hidup kebanyakan kita termasuk aku.
Betapa aku obses dengan lagu nie...sampaikan lagu kat blog nie pun lagu 'kau ada dia'. Malah dering phone aku pun aku set lagu 'kau ada dia.' Dan malam ni pulak n9 ntah cerita apa tajuknya...lagu temanya lagu 'kau ada dia' . Hah malam ni aku asyik dengar lagu nie aje. Sampaikan dering phone pun aku tak perasan. Ingatkan lagu dari laptop aku ni....hahahahah. Kisah orang pendam rasa.
Ntah bila aku nak ubah tidak menjadi seorang yang tidak pendam rasa. Sakit. Tapi ntahlah aku tak pernah serik. Takut kecewa sangat tebal dan mungkin juga semakin menebal. Rasa sakit itu aku selindungkan. Tapi ada seseorang yang dapat melihatnya. Wah....tentunya yang dapat melihat itu seorang perempuan. Aku masih menyangkalnya. Hah...mana boleh dia tahu sebab itu hanya akan menambah seorang lagi gadis terluka. Biarlah aku je yang terluka. Aku ubati sendiri dengan cuba memberi ruang pada hati aku untuk terima insan lain. Harap2 tuhan akan bukakan hati aku untuk itu. Walaupun rasanya seperti tidak adil kepadanya kalau aku terima seseorang tanpa jiwa.
Herm...betul ke apa yang aku nak buat ni eh? Please...please....someone....
Aku kawan dengan si polan....orang kata begini
Aku kawan dengan si pulan....orang kata begitu
Tapi bila difikir-fikirkan semula, aku ini tidaklah sebaik Siti Khadijah untuk mendapat teman sehebat Muhammad dan aku tidaklah secantik Zulaikha untuk mendapat teman setampan Yusof. Jauh disudut hati,sesungguhnya aku tidak membenci orang yang pernah aku sayangi walaupun mereka telah menyakiti aku sehebatnya. Bodoh kan??? hahahaha. sebab sebelum aku disakiti aku juga pernah rasa bahagia bersama mereka. Mungkin dah tiba masanya kot...untuk terima hati orang yang memang mahu miliki hati aku.....hermmmm...sapa eh...? Errrkkkk...ada ke? Uiks..gediks pulak post kali nih....waakakakka (menutup gundah gulana)
Pernah aku berbual dengan sahabat baik aku....kita ni dasyat la kan....sampai kena rahsiakan identiti sebenar untuk berkawan. Kalau tidak xde sape berani nak rapat! Hahahaha
Opsss....huhuhu 'kau ada dia'....!
Oh ya....aku perasan kebelakangan ini Imanshah selalu jadi tukang komen pada post-post yang aku buat, pengganti cgu one kot. Terima kasih Iman....sangat dihargai kerana sudi meninggalkan jejakmu disini....walaupun aku tidak pernah memberi kata pandanganku di blog kamu.Semoga blog kamu menjadi popular walaupun tanpa kamu sedari. Hehehe. Hey....tahu tak....aku gembira dengan komen yang kamu sisipkan untukku di sini. Terima kasih kawan!
Itulah bukti hukum alam....patah tumbuh hilang berganti. Cgu one sepi , Iman pula menyeri. Tapi maaflah kerana aku sendiri hanya menghabiskan waktu di blog sendiri. Dan aku terima apa yang cgu jinggo selalu tulis di blognya....kita tidak diperdulikan apabila kita tidak memperdulikan.
Mari kita fikirkan ini pula....
Saat kita membaca belum tentu lagi kita menulis. Tetapi saat kita menulis pastinya kita telah membaca.
3 ulasan:
Kalau ada tu jodoh namanya.
manusia tidak sempurna, namun diseru untuk mencari kesempurnaan.. yang paling penting sempurna dalam iman dan taqwa!! insyaAllah...
salam,
akan ada seseorang untuk mu nanti.. percayalah.. detik itu akan tiba.. bersabarlah kawanku..
t dh privatekan blog, THE UGLY TRUTH.. ingat nak ur emel add nk invite u nanti
ruziawatibukhari@yahoo.com
tq & take care
Catat Ulasan