08 Disember 2010

Syaitan dan Iman


Dua hari jauh dari Klang. Hati aku aman. Ntah kenapa...Klang hanya menjadi tempat yang agak 'panas' untuk aku diami. Tapi saat aku jauh, teringatkan rumah pulak. Haih! Jauh dari Klang ketenteraman jiwa menjadi hak aku. Atau mungkin sebab dah set minda begitu maka hasilnya pun seperti yang kita setkan? Maka oleh kerana semua yang menjadi hak aku duduk diamnya adalah di Klang, aku perlu mengubah set minda...Klang Aman.Klang Tenteram. Kan?

Hakikatnya...Ada Syaitan (Nafsu) dan Iman dalam diri manusia. Siapa yang lebih kuat agaknya ya??? Aku sedang menganalisis...Di mana letaknya Syaitan dan di mana letaknya Iman....? Apakah Syaitan telah mengalah Iman atau Iman yang ada pada diri lebih mengatasi Syaitan?? Mari kita renung-renungkan.

Syaitan kata tak perlu berbaik-baik dengan dia yang bakal memisahkan kamu dengan orang yang kamu berharap. Itu hanya menyakitkan hati sahaja.Membuatkan hati kamu terluka parah melihat kemesraan yang bakal kamu lihat. Menjadikan kamu kecewa hampa melihat kebahagiaan yang bakal diperlihatkan....

(sila lihat di situ aku menyatakan 'bakal'....bererti ianya belum tentu pasti seperti yang kita fikirkan. Bukankah begitu??)

Iman kata berbaik-baiklah kita sesama manusia. Pertemuan antara kamu dan dia sekadarnya setakat hubungan sesama manusia dan dia tidak ditakdirkan untuk kamu kerana Allah yang maha mengetahui tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah yang terbaik untukmu. Dan kasih sayang yang sebenarnya bukankah dengan memberikan kebahagiaan kepada dia yang kita sayang? Barangkali dia bahagia dengan pilihannya maka dia tidak memilih kamu...maka redhalah...dan berikan kebahagiaan itu kepadanya. Tidakkah kamu bahagia saat kamu melihat orang yang kamu kasihi itu berada dalam kebahagiaan?? Dan yakinlah bahawa Allah pastinya memberikan sesuatu kepadamu kerana itulah yang terbaik untukmu.

Wahai diri...fikirkan. Apa yang kita fikirkan bahagia untuk kita belum tentu ianya benar-baik untuk kita. Dan apa yang kita fikir sakit untuk kita belum tentu lagi ianya benar-sakit untuk kita. Sesungguhnya semua berada dalam lingkungan RAHSIA ALLAH. Kita hanya perlu berdoa semoga Allah memberikan yang terbaik dan benar-baik bagi diri kita.

Apa yang menyebabkan aku menyatakan saat berada di Klang tidak tenteram? Syaitan atau Iman?
Kenapa aku selalu sakit hati? Apa penyebabnya? Siapa yang membisikan rasa sakit hati itu? Syaitan atau Iman?

Seperti isi post yang lalu..."susahnya..."

Berbuat baiklah, senyumlah kita kepada orang yang menyakiti
Tapi aku mengaku....sukar...
kerana baik dan senyumku belum benar-benar ikhlas
kerana aku masih ada sisa kecewa dan sakit hati
Astagfirullah...
Namun
Aku sedang cuba mengawalnya
Aku sedang cuba mengatasinya
Insya'allah.....
Semoga Allah terus-terusan menambah keimanan untuk aku bagi mengalahkan yang bernama syaitan.
Allahu'akbar...

1 ulasan:

ONE ZABA berkata...

semoga berjaya...