15 Julai 2009

antara lelaki pertama dan lelaki kedua....siapa? (siri 3 )

Siri akhir untuk n3 bersiri....hahaha.

Aku menghampiri lelaki kedua yang telah menetap di dunia selama 8 tahun. Memang dah hari-hari dekat pun. Dia duduk depan aku. Menulis, satu demi satu.

K.a.t.a. K.e.r.j.a
m.e.n.u.l.i.s
m.e.m.b.e.l.a.h
m.e.l.o.m.p.a.t

belum lagi menulis (menyalin) ayat.
Takpa aku faham....slow learner.Tapi ada yang tak boleh terima, kenapa? siapa?Lelaki pertama.

dialog bersama guru pemulihan...
"kak, murid ini macam mana dalam kelas akak?"
"erm....dia lambat tapi bolehlah sikit-sikit"
"ok.."
"ermmmm....hari tu dia cakap kat akak...."
aku tunggu ayat seterusnya....."ayah kata, lepas ni tak payah pergi kelas pemulihan"
"iye?" saya kemudian diam saja.

berhadapan dengan lelaki kedua yang sedang melukis ntah apa...
lelaki, gemar lukis gambar-kenderaan-robot, saya memula bicara..

"kerja saya dah siap?"
"buku tak ada....tak bawak..."
"guna buku 2 ini..." saya dah standby ...ikihikihkihh terbantut lukisannya.
"dah siap keje saya tu, nanti boleh sambung lukis..."

sambil2 tu berborak2,

"semalam, kat rumah ada buka buku sekolah tak?"
"tak"
"kat rumah tak baca buku ke?"
"tak"
"awak buat apa?"
"tengok tv"
"ayah tak ajar ke?"
"tak"
"tak pernah ajar langsung ker?"
"dulu ada la....sekali je"
"sekarang?"
"tak..."
"mak...?"
"mak jaga baby"

"bila awak baca buku?"
"takde baca"
"habis tu awak kat rumah tak baca buku langsung lah?"
"ha.." sambil senyum.
"ayah tak marah? tak tanya?"
"ayah takde..keje, ayah balik, saya dah tido."
"siang kan ada..?"
"dah pegi keje"

so...

lelaki pertama dan lelaki kedua....siapa?
aku yang tak pandai menilai kejujuran?....atau
aku yang tak nak percaya kat orang?....atau
aku ragu-ragu nak percaya kat sapa....

dan....aku berkeputusan, apa pun maklumat yang aku dapat, aku ada tugas aku....buat tugas aku ajalah. lebih selamat untuk utamakan core bisness aku . ye tak?

dua maklumat yang saling tidak sepadan antara kedua-dua lelaki

lelaki kedua yang aku kenali;
  • slow learner
  • pasif
  • kurang keyakinan diri
  • suka melukis dari buat kerja sekolah
Burung kedidi terbang ke pantai,
Terbang mari berkawan-kawan;
Ingin nak petik buah di tangkai,
Takut pula rosak sedahan.

22 ulasan:

Nl berkata...

errrr tak tau nak kata apa daaaaaaaaaaaaaa...

kalau takut rosak sedahan carilah buah pokok yang tak berbuah kat dahan macam buah strawberry ker hehehe

dalam satu tandang pisang kadang2 tak semua elok tau.... huhuhu

ONE ZABA berkata...

pertama... aku agak dah. lelaki pertama tu cakap je lebih. cakap tak serupa bikin.

kedua... lelaki pertama itu seperti kebanyakan ibu bapa yg lain, tak dapat menerima kelemahan dan kekurangan anak-anak. kat sini pun ramai ibu bapa yg tak boleh terima kalau anak-anak diorang masuk kelas pemulihan atau pendidikan khas.

ketiga... kasihan budak itu. hanya pada guru sahaja la harapan dia.

keempat...
nasib pak kaduk mencuba tuah,
menang sorak kampung tergadai;
kalau bimbang rosaknya buah,
lebih baik beli di kedai.

Unknown berkata...

kerana pertama , kedua dan seterusnya mungkin juga lelaki : ceritanya sama.
pertumbuhan biologinya sama.
persekitaran yang membezakan....

mari kita bersangkabaik dengan lelaki satu , dua dan seterusnya.........

Sis Lin berkata...

jika x mengenali lelaki 1 lelaki 2 dan lelaki 3...mgkin kita x akan dpt mengenali lelaki yg ke-4..
kesimpulannya, menilai sesaorg itu dr sudut dalaman,dekati dia di sudut luaran tp jauhi dia dr sudut keraguan..hehehehe

eeeda berkata...

Memang kita hendak bersangka baik...tapi kadang kala pengalaman mengajar kita supaya lebih berwaspada....
Lelaki pertama, kedua, dan ketiga semuanya ada kelebihan masing2...

Unknown berkata...

salam anis,

mmg dusah untuk menilai manusia...

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr berkata...

dah agak pengakhirannya.....

sememangnya lelaki pertama yg punya banyak pengalaman mmg tak dapat dipercayai.

Mungkin dia manis berkata-kata kerana ingin menunjukkan bahawa dia itu seorang bapa yg bertanggungjawab tp sebenarnya tak.

Tapi mungkin dia ada sebab berbuat begitu.

Just think positive..

~Insan Biasa~ berkata...

betul Naqeeb,

dan...yang tak elok tu belum tentu ia tak berguna...

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one,
pertama-kedua-ketiga

tak tau den nak kata...sengih jer

~Insan Biasa~ berkata...

erm...semoga yang buruk2 tu kan terus menjauh dari hati

~Insan Biasa~ berkata...

sis-lin

ragu-ragu satu sifat yang sangat bahaya. tapi kadang-kadang susah nak lari...

~Insan Biasa~ berkata...

eeeda,
aku pun percaya gak mesti ada punca
kenapa semua tu tercipta

~Insan Biasa~ berkata...

kerana kita ni masih tak lengkap ilmu di dada..
jom kita terus dan jangan berhenti berdamping dengan ilmu..
pssttt jangan salah ilmu...itu pun bahaya!

~Insan Biasa~ berkata...

hai cik gadis manis,
jom kita pasang angan2...semoga lelaki dalam hidup kita kelak,
adalah dia yang kita cari2 selama ini...
siapa erk cik gadis manis???
hehehe

hang nadim berkata...

salam..tuan ponya blog..dgr yer..\
BURUNG KEDIDI TERSALAH SARANG, TERBANG LAJU MENCARI PASANGAN, KALAU HATI SUDAHLAH SAYANG, BIARLAH ROSAK SEDAHAN ASALKAN DAPAT DITANGAN........dulu kecik2 selalu dgr pantun chuari selamat

Bapak berkata...

Cikgu Anis,

usai sudah 3 siri antara lelaki pertama & lelaki kedua ini.

Nampak macam si bapa memang hebat teorinya tapi praktikalnya hancur.

memang ada ibu bapa yang malu kalu anak dia masuk kelas pemulihan walaupun ia sebenarnya boleh memberi kebaikan kepada anaknya.

Bapak faham sebagai seorang pendidik, Cikgu Anis mahu memberikan yang terbaik tetapi pendapat Bapak, pendidik hanya boleh menunjukkan jalan, sama ada murid itu boleh melalui jalan itu bergantung kepada dia sendirik. faktor terkuat ialah sokongan keluarga...

~Insan Biasa~ berkata...

Hang Nadim...

Sayang selasih berisi minyak,
Bunga cengkih di jalan raya;
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi datang ke rumah saya.

~Insan Biasa~ berkata...

Bapak....segalanya bermula dari rumah.

ibundo berkata...

kesibukan semalam menyebabkan kpah tak sempat nak kemari. Bila datang tengok dah ada entry baru.

Cerita seperti ini dah biasa kpah alami di tadika. Si anak yang lemah, bermasalah, tidak ada tumpuan selalunya datang dari famili yang macam tu lah. Bila diberitahu pada parents, ada yang boleh terima keadaan anak itu begitu sebab mereka tak punya cukup masa bersama anak2. tapi ada juga yang ego dan tak dapat menerima bahawa kelemahan anak itu antara penyebabnya datang dari kesilapan mereka sendiri.

Di antara mereka siapa yang tidak dipercayai? Kakpah masih reservekan 20% untuk kedua-duanya.

kin hashim berkata...

OOO... mencari kejujuran antara cerita si bapa atau si anak. Kalau dibandingkan anak dan bapa yg seperti dalam senario anis ni, terlebih berat menyokong kejujuran si anak. Anak kecil berusia 8 thn, seorang pelajar di kelas pemulihan, saya kira lebih 'lurus'. Tak pandai bermuka2. Melainkan kalau si anak 'terlebih genius'..itu mungkin dia pandai bermain kata. Pendek kata, saya lebih percaya kepada kejujuran budak berusia 8 thn itu, berbanding ayahnya. Bila dipadankan dengan ego seorang lelaki yg saya kira 'berketrampilan meyakinkan' itu, pasti sahaja lelaki itu seboleh2nya tidak mahu menmapakkan kelemahan di pihaknya. Itu pandangan saya.

Walau apa pun, tugas sudah pun tersandang di bahu Anis. Selagi Anis berada di situ sebagai guru, dan selagi budak 8 tahun itu masih juga di situ sebagai pelajar kelas pemulihan, mahu tidak mahu tanggungjawab tetap mesti dilaksanakan. Pendek kata, kita buat je la keje kita! hehehe..

~Insan Biasa~ berkata...

terima kasih kak pah...sibuk2 pun still singgah TS!

manusia memang mcmtulah kan kak pah ....yang boleh terima alhamdulillah, yang ego , kita tak bley nak buat apa...dunia!

~Insan Biasa~ berkata...

heheh saya setuju kesimpulan akhir tu kin....kita buat kerja kita aja!