Begini jawapan berupa soalan tu....rasa sedih..."bukankah itu sesuatu yang normal?"
Dulu aku pernah bersedih dan selalu bersedih. Dan sekarang juga adakalanya aku bersedih.
Dan salahkah untuk kita bersedih? Tidakkan? dan rasa sedih itu juga sebenarnya satu anugerah dari-Nya. Apa yang menjadi kesalahan adalah bersedih yang keterlaluan. Heeeee dan aku pernah melaluinya. Kini aku ntayakan iainya hanyalah suatu kerugian! Kecualilah jika kita bersedih kerana menyesali segala salahlaku terhadap Dia....dan itulah tujuannya Allah menganugerahkan rasa sedih itu supaya kita merintih kepada-Nya dan Allah selalu merindukan rintihan dari umat-Nya. Bukankah begitu?
Hidup ini memang begitu, tiadanya rasa sedih seperti kurangnya rasa dalam masakan. Normal jika kita bersedih atas sesuatu perkara. Luahkan sahaja. Tapi jangan melampau. Orang yang sedia menjadi pendengar pun lama-lama menyampah kalau asyik bersedih 24jam...hehehe pengalaman aku juga! Sehinggakan ada yang mengajukan pernyataan 'kadang2 aku pelik, kenapalah anis ni asyik bersedih aje' Hahaha itu tandanya dia dah mula bosanlah tu. So, aku ada cara aku sendiri untuk melampiaskan kesedihan itu. Dan masih aku praktikan sekarang.
Juga pesanan dari seseorang yang aku kenali di alam maya ini, dalam hidup ini kita sentiasa diberi pilihan. Pilihan itu kita sendiri yang tentukan.Pesanan itu aku akan ingat sampai bila-bila.Dan pada aku mahu bersedih atau tidak? Jika iya? sedih yang bagaimana? berapa lama? terpulang pada diri sendiri, kerana memang bukan satu kesalahan untuk bersedih. Cuma satu, apapun pilihan kita, maka bertanggungjawablah ke atas pilihan itu. Kepada yang bertanya pada aku tu, jika terbaca n3 ini. Fikirlah dan buatlah keputusan yang terbaik untuk masa depan. Jangan sakiti diri sendiri. Tak berbaloi. Percayalah. Aku dah lalui....kalaupun sakit dengan pilihan yang dibuat....kita masih diberi pilihan, sakit sikit sekarang atau sakit parah kemudian ....hidup ini terlalu banyak pilihan sebenarnya. Tak tahu pilih, kita ada tempat rujukan. Kannnnnssss?
Dan setelah berada dalam keadaan tenang, aku bertanya diri sendiri...kita boleh pilih antara sedih dan bahagia...kenapa nak pilih sedih? :-P
Jawapan aku, sebab setiap dari kita ada cerita.
Banyak buah perkara buah,
Buah dirimba jangan dimakan;
Banyak tuah perkara tuah,
Tuah menimpa kita harapkan.
Buah dirimba jangan dimakan;
Banyak tuah perkara tuah,
Tuah menimpa kita harapkan.
8 ulasan:
errr anda mampu mengubahnya hheheehee
yg tak boleh diubah tetap x boleh!
wuitt.... ko memfitnah aku tu. tak pernahnya aku bosan ke sini. kat sini je yg aku boleh berpantun. walaupun pantun aku tu ntah apa-apa.
cuma...kalau dah tuan rumah bersedih...aku pong terpaksa bersedih sama...ahakkk!!!
Banyak tuah perkara tuah,
Jangan jadi macam Hang Tuah;
Banyak buah perkara buah,
Jangan main dam tanpa buah.
hidup mesti ada sedih,dr sedih dtgnya gembira kan?...
Naqeeb,
hehehe ini jawapan dr orang yang baru balik kelas oum...peraturan tetapan Tuhan kita tak boleh ubah, tapi percaturan dalam sains, adalah dinamik dan boleh berubah-berubah berdasarkan keadaan semasa...ngeeee
alah cgu one, hehehe tapi betul tak ....kalau asyik merungut sedih jer...bosan kan dengan cerita sedih-sedih tu je...
sedih,gembira,pahit,manis kan ke asam garam kehidupan...mewarnakan lagi hidup...so xdelah hitam putih jerrrr...
kalo tak ada sedih tak da la gembiranya.....
nama pun manusia, ada perasaan...
mcm akak ckp, sedih boleh tp jgn keterlaluan....
nanti org pon naik menyampah...
lebih2 lagi kalo org yg sedih tapi tak tahu nak bangkit semula...
biar pernah jatuh janji harus berani utk bangkit semula...
pilihan di tangan anda
=)
dulu, ada kawan pernah cakap ; hidup itu sukar, tapi itulah sukma. Sukma tu apa eh? hehehhh...hidup mesti ada sedih sekali sekala,sedih yg membuatkan kita menghargai apa yg kita lalui. kalau asyik bergembira je boring gak, kan? ;).
Catat Ulasan