02 Julai 2009

Aduh!

Dah lama juga aku tak sakit kepala. Berdenyut-denyut. Dah dua hari. Dan hari ini denyut-denyut tu makin menjadi la pulak. Camne nak siap keje yang melambak ni eh? Nampak na la aku nak meninggalkan zaman-zaman boleh berjaga malam dan adakala tak tido malam pun pernah. Itu dulu. Sekarang...hampeh. Dua malam pun dah cukup...kalau tido lewat siaplah....apatah lagi sekarang ni.....

macam-macam kena fikir. Tak nak fikir pun...dia akan terfikir juga. Selagi tak selesai.... selagi tu benda ntah apa ada kat dalam kepala. hal kerja. hal keluarga. hal peribadi . Erm macam-macam hal le. Mumet kata orang jawa!

Aku dah menguap dah ni. Hancus. Dah dua malam aku tak sentuh assignment aku ni. Hhhuhuhu. Malam ni tiba-tiba plak ramai tamunya. Rumah ada sikit bingit. Tambah denyut kepalaku. Ayah....nak diurut....tukang urut sorang. Tapi yang meneman tukang urut tu sampai 5 orang. Apa logik erkkk??? Bukannya ayah aku menendang terajang pun kalau sakit....tak larat dah pun . Kaki dah tak kuat. Lelaki semua plaknya. Tambah lagi dengan asap rokok. Mak aiiiiiiiii......berdenyut-denyut-denyut-denyut-denyut kepala aku! Dah aku sengsorang wanita, maka aku bersembunyi dalam bilik je la menahan denyut kepala. (sempat gak la chatting masa nie.....melayan teman cyber -yang tetiba malam ni ada plaknya-dan melayan mama bia yang ngajar anaknya sambil chat ngan aku! ) ekekekek jangan marah akak yea bia....gurau2 jek.

Assalamualaikum.......ler ada tamu lagik. sapa pulak? Ceh puteri n zihah. Awat la mengejut...kan dah malu nak masuk umah akak yang tetiba ramai kaum adam didalamnya...(tapi aku lega....suka-suka-suka....aku ada geng la...xlah aku je bunga dalam umah ) .

Masa menulis n3..umah aku dah sepi. sesepinya. coz semua dah pulang. Makanya tinggallah aku berdua ngan ayah. Kepala aku? MASIH BERDENYUT! Macam nak demam. Oh...pleaseeee jangan demam sekarang.....pleaseeee...pleasseeeee....aku rindu kot. RINDU PELANGI...(hehehe bosan kot Naqeeb asyik baca perkataan pelangi je kat blog nih)

Adios...nak cuba tutupkan mata rehatkan minda. Aku tak tahan dah nie....zasssssss!!

6 ulasan:

Nl berkata...

heheheee... haaaa dah naik nama saya kat n3 cikgu yer hehee...

kalau sakit kepala tu cuba2lah minum kopi o panas ker atau air 100 plus ker kalau tak jalan juga... minum tongkat ali pun buleh hehehe


apalah... org tgh sakit kepala pun sempat lagi buat lawak... jgn marah2 nanti sakit kepala bertambah!...

untuk yang terbaik baca ayat 58 srah yassin sebanyak 7x hembus pd tapak tangan dan sapukan pada kepala...(cik google yang kasi)

~Insan Biasa~ berkata...

ha...Naqeeb,

tima kasih la dok prihatin . ni masih subuh...ayat tu leh la buat sekarang. segala air minum tu, kang tunggu mentari datang saya cari...

saya ok sikit dah pagi nie...tak cukup tido punya penala ler nih gamaknya...pepun tima kasih la untuk segala cadangan tu eh..

ONE ZABA berkata...

meh aku picit-picit kepala ko tu.

~Insan Biasa~ berkata...

ekekekekke....

julietchun berkata...

aku pun tak tahan bau asap rokok terperap dalam rumah, mesti bersin tak berenti.

~Insan Biasa~ berkata...

julietchun...x tau la depa ni...
Tu arrrr...kempen anti-rokok tu memang tak berkesan. Sosak napas den!