01 Julai 2009

Takpe cikgu, saya tak malu...

Surat sokongan untuk Irffan ke sekolah khas aku serah hari ini. Semoga selepas ini Irffan akan lebih maju dan peroleh kehidupan masa depan yang cemerlang. Cikgu boleh tolong doa dan buat apa yang terdaya cikgu buat untuk bantu Irffan okay.

Aku sangat respect dengan ibu Irffan, sangat prihatin dengan masalah anaknya. Sanggup buat apa sahaja untuk Irrfan dan boleh terima keadaan anaknya yang agak lembam. Dan yang paling penting tindakan yang di ambil untuk masa depan Irffan. 10 tahun dalam bidang kerjaya aku, cuma 40% sahaja ibu bapa yang seperti ibu Irffan aku jumpa (tapi aku pasti ada ramai lagi di luar sana yang belum aku jumpa empat mata). Sangat risau tentang kemajuan anak yang semakin tidak memuaskan.

"Tak apa cikgu...biarlah kena pergi sekolah khas. Saya tak kisah...saya tak malu anak saya kena pergi sekolah khas....asalkan dah besar nanti boleh bawa diri. Kami ni orang susah cikgu, kalau dia tak pandai nanti, ketinggalan."


Kelmarin...Ai Lin (Nama Samaran je ni yea) hadir ke sekolah bersama kedua orang tuanya. Ai Lin adalah antara murid yang sangat aku sokong jika hendak dihantar ke sekolah khas. Lagipun bukan selamanya di sana. Aku sarankan pada mereka untuk masukkan Ai Lin ke sekolah khas. Hanya untuk sementara. Apabila sudah boleh menyesuaikan diri dan pembelajaran di sekolah biasa, akan dipindahkan semula seperti sedia kala.

Kenapa dengan Ai Lin....?
Suara ntah ke mana bila di tanya, tanyalah selembut bahasa, dia akan tetap berpaling memandang kawan-kawannya dengan harapan kawan-kawan akan menjawab untuknya.
Waima nak ke tandas untuk cuci tangan pun....kawan-kawan yang tolong cakapkan.

Kenapa dengan Ai Lin ?
Walaupun sudah berumur 8 tahun, masih memakai lampin pakai buang. So, kalau hajat besar tu...aku terpaksa telefon ibunya dan Ai Lin akan di bawa pulang.

Kenapa dengan Ai Lin?
Orang lain seronok menyertai permainan dan sukaneka. Eh...Ai Lin pun seronok. Tapi tak mahu beri kerjasama. Tiba giliran dia kepit bola, dia berpaling pada kawan-kawannya dengan harapan kawan-kawannya akan ambil alih tempat dia untuk bermain.

Kenapa dengan Ai Lin?
Ai Lin pada aku dan juga guru-guru yang mengajarnya perlu mendapatkan pendidikan yang lebih dari biasa. Di sekolah biasa, bukan tempat yang paling sesuai untuknya. Bukan aku atau cikgu-cikgu lain menolaknya...tapi ia untuk kebaikan Ai Lin juga.Supaya boleh urus diri sendiri, tak perlu paling pada kawan minta simpati. Biar dan izinkan cikgu tunjuk jalan untuk kamu..ok.

Semalam ibuayah Ai Lin datang lagi...minta surat rawatan untuk murid. Syukur...mereka setuju untuk ikut saranan kelmarin. Surat untuk pemeriksaan pakar itu aku serah. Ai Lin dibawa pulang . Dia dibawa untuk pemeriksaan pada hari itu juga. Jadinya aku kena siapkan satu lagi surat sokongan.

Chaiok untuk dua anak murid cikgu nie....harap2 kamu peroleh kejayaan pada masa akan datang. Okay sayang.....:-)

kata ida...."rajinnyalah ko buat kerja remeh temeh tu...bagus.teruskan"
aku jawab...."aku baru-baru nak belajar jadi matahari,merangkak lagi ni!"

10 ulasan:

ONE ZABA berkata...

moga mentari tu terus bersinar mencurah bakti..

julietchun berkata...

ada ibubapa yg tak dapat terima hakikat kekurangan anak mereka. mujurlah ada org seperti anda yg suka membantu menunjuk arah yg betul.

Nl berkata...

saya sokong segala usaha murni cikgu... teruskan usaha....

Na Shari berkata...

Tahniah kerana jadi seorang guru yang bertanggungjawab :)

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one..
semoganya begitu....doa-doakan selalu agar mentari tak tenggelam dek jerebu

~Insan Biasa~ berkata...

julietchun...terima kasih.
kerana Dia menyedarkan saya.

~Insan Biasa~ berkata...

Naqeeb,

sokong jgn tak sokong.

~Insan Biasa~ berkata...

Na shari,

saya sedang membina imej itu.

Cikgu Zailani berkata...

Kerjaya cikgu ini memang murni dan dihargai... Teruskan keikhlasan itu. Syabas dan tahniah.
i give u A+

~Insan Biasa~ berkata...

cikgu zailani,
ish...saya belum layak untuk itu.