02 Oktober 2009

sapu sawang

bersawang sudah blog aku ni. tapi yang sedar bersawang aku je la pun. 'orang2' lain tak de perasan pun blog ni bersawang ke tak....kan?he.....Ha..tiba-tiba macam takde masa nak menulis. cerita ada.dan hari ini aku luangkan sedikit. curi-curi peluang. pendek sahaja.tapi ada 2-3 cerita dalam satu cerita. hahahaha (sengaja supaya jadi panjang kot).

Raya 7 hari tu aku beraya umah kak sal. Lepas aku buat n3 syawal indah di negeri sembilan. kalau tak buat n3 beraya kat negeri selangor, merajuk pulak kengkawan kat negeri selangor nie kan...hehehe.beraya rumah kak sal kat taman sri andalas, kami di jamu nasi ayam. sambal yang kak sal buat..memang power sedap. hahaha aku sangat suka sambal air tangan kak sal tu tau. ntah berapa kali aku sebut perkataan sedap tu kat umah kak sal..banyak kali.

Raya 8 aku dan puteri di rumah saja. apa tak nya tetiba ada 3 orang sakit dalam umah aku. ayah..dah memang la. tambah lagi puteri yang kena cirit birit dan aku..betis cramp dari subuh hingga petang. Adooiiii. dan nasib baik fahmi hantar barang yang aku order..produk tasly dan dia suh aku buh benda ni kat betis. alhamdulillah tak sampai 5 minit tapak aku dah boleh jalan sentuh rapat ke bumi. tak lah tempang lagi.


kira bagus produk ni...aku pun simpan satu dalam handbag aku. satu simpan kat umah. manalah tau kot ter'cramp' lagi. aku sapu mende alah nie je...cgu2 PJ patut simpan ne....hehehe

dalam sakit2 tu...takkan aku nak duk diam ye tak? nak jalan2 cari makan tak leh. masa ni lah aku dok lepak2 lebih sikit kat dapur. dan aku memasak. dalam sakit2 ni la aku teringin nak makan macam2. xde sapa nak suh masak...nak manja2...aku buatlah sendiri kat dapur. puteri dah lembik dah masa ni.huhuhuhuhu aku masak apa? ha ni dia...nampak sedap tak?? untuk sarapan pagi dan makan tengah hari....hahahhaa....

nasi goreng tu kegemaran aku.
terung berlada ayah suka menu ni.
masak lemak cili api permintaan dak puteri.

kalau xde sesapa kat umah-memang aku tak rajin nak masak.
p/s - mentang2 baru balik negeri sembilan, tetiba tekak teringin makan masak lomak cili api pulak...kan put3....hhehe

12 ulasan:

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

nampak sawang tu dah penuhh.... ari2 dok kerling kat bloglist tuh..


lama gak tak buat udang masak lemak cili api ngan nenas ..wuiissshh...

Unknown berkata...

kat mana jual produk tue ek??

cam memnarik je...

Unknown berkata...

sawang ada.
daun2 pun banyak
taik burung pun ada...
he...
cepat balik ke'rumah ' ni.......

ONE ZABA berkata...

hari-hari lalu depan rumah. tapi tuan rumah je yg duk berkelubung.

julietchun berkata...

tem raya makan macam2 perut pun jadik meragam :D

~Insan Biasa~ berkata...

azrina..betul tu..masak lemak cili api...makan dengan nasi panas memang membangkit selera...

~Insan Biasa~ berkata...

~0~...
produk tu xde di kedai2 mahupun pasaraya..

nak cuba ker? email saya di aryani02@yahoo.com okay...

~Insan Biasa~ berkata...

wak jinggo,
agaknya saya kena upah bibik kot...

~Insan Biasa~ berkata...

hehe cgu one..
mana tahu kita kelubung?
serkap jarang le tu..

~Insan Biasa~ berkata...

ha..makan mcm nak balas dendam...
mcmtu la jadinya juliet...

eeeda berkata...

Tu aku suka dtg umah ko.... merasa makan masakkan ko...
Ko bab masak memang dah lama lulus.... aku je tak lulus2 lagi nie....

~Insan Biasa~ berkata...

ko suka datang umah aku bukan sebab capaian internet kat umah aku laju ke eeeda? muahahaha...

aku suka masak kalau makanan yang aku masak tu korang makan sampai bertambah2....tapi ko ciput jerk....huhuhuhu

puteri kat umah aku....baru le aku rajin masuk dapur. suka tgk dia makan ....hehehe