Tengahari Jumaat, aku bertapa pulak kat umah Laila sampai kul 4 petang.....apalagi kerja membalut2 hadiah tu la. Then Huda call la pulak....ajak aku g open house umah Niza kat setia alam. Kena rempuh Klang tu....tapi oleh kerana aku jadi penumpang, so orait ja la...ihiks....lawak la setia alam , nak masuk dalam pas pelawatnya BESAR GEDABAK saiz A4 tu....segan mak aihh ....hahahaha
Balik dari umah Niza tu, aku singgah pasar malam kat kg delek. Selang beberapa minit tiba rumah, kak sal plak sampai . Kami nak pegi open house kat sementa plak. Umah Cikgu Amin. Cikgu Amin nie dulu cikgu disiplin SKTP.Syoknya open house umah cikgu Amin nie...kompem ade macam2 menu. Aiskrim tak tinggal....wakakaka. Penatnya..sampai umah lebih kurang 11.30 malam tu.
Kat umah cikgu Amin nie, aku dah x larat nak makan makanan berat-berat. Tapi ade spagetti kegemaran aku tu, aku jamahlah sikit. Nanti kempunan plak kan? heheh then makan kebab dan kuih-muih...tak larat nak rasa semua. Menu? memang banyak. Tapi sebab dah makan kat umah Niza petang tu, aku dah full.
Sabtu...aku bangun awal subuh. Nak siapkan ayah sebelum aku memulakan agenda sabtu itu. Perjalanan ke Bagan Lalang untuk hari yang aku nanti2kan. Ha memang seronok apabila untuk pertama kalinya semenjak aku posting di SKTP (10 tahun dah)Kelab Guru akhirnya berjaya menganjurkan HARI KELUARGA SKTP. walaupun hanya 1/4 sahaja guru yang menyertai, tapi bila dah masing2 bawa keluarga masing-masing.....ramailah jugak. Dan meriah. Tapi kalau SEMUA guru menyertai pasti lagi MERIAH kan? ngeh..ngeh..ngeh.Kita layan gambar-gambar dan video kat bawah ni je lah yea....
Kawasan penginapan. Nak mandi, nak salin pakaian...kat sini ler...kat PNK ...dekat je ngan pantai. Adam dan Zainal serta isteri masing2 dah sampai malam sabtu tu lagi. Kiranya deme jadi penyambut kami la pagi tu..hahaha.
syok eh...dapat berkenalan dengan suami/isteri cikgu-cikgu sktp yang selama ni kita mungkin dapat lihat-lihat wajahnya sahaja. Hari Keluarga, memang merapatkan silaturrahim sesama warga SKTP dan keluarga. Aku simpulkan yang objektif Hari Keluarga SKTP ni tercapai.
Banyak aktiviti. Ha masa ni la kita nampak orang-orang dewasa yang jadi macam budak-budak. main-main, lari-lari, lompat-lompat....hahahahahah memang release stresss.
Haziq (anak cikgu syazly) dan suraya (anak cikgu hasnizam) masing-masing dengan 'jajan' yang diaorang kumpul/rebutkan dalam acara kanak-kanak . syok eh...'jajan' tu jadi hak milik deme.
Ini acara lelaki dewasa-musical chair dan bola sepak.
dan
Bonda Bibah, Mami Tee dan Ibunda sedang lepak2. Macam biasa...Ibunda lah yang paling anggun sekali. Hehehehe
Dah di penghujung. Aku dengan hamper 1st prize cabutan bertuah. Hahaha aku memang bertuah. Tapi....ada juga yang tak bertuahnya diri aku nie. Anyway nisbah bertuah tu lagi banyak tau...chewaaahhh-statement nak senangkan hati.
5 ulasan:
Wah bestnye hari keluarga..sedondon semua baju..kesatuan dan penyatuan
terima kasih imanshah..
sesekali berkumpul tepi pantai sambil beriadah memang best..
pengalaman yang amat jarang saya perolehi...
penat tapi menyeronokkan adalah satu yang berbaloi...
erkkkk...tak da biskut lebih kaaa???
memang bebaloi....
biskut lebeh cgu one?
hehehe dah sedekah kat sekolah.
Salam Anis!Bestnya poie Bagan Lalang,sekolah akak pernah jugak buat Hari keluarga kat situ!!!!
Catat Ulasan