21 Oktober 2009

aku semakin nampak bagaimana sebenarnya Tuhan sangat sayang padaku.

Situasi dua hari baru-baru ini (errrr dua lagi..)hehe membuka mataku tentang bagaimana Tuhan memperlihatkan betapa Dia melihat dan menjagaku serta melindungi aku. Jika dulu-peristiwa-peristiwa yang berlaku ke atasku dipenghujungnya ada air mata dan tangisan tanpa aku redha akan ketentuan Tuhan.

Dan apa yang berlaku kelmarin, telah mengimbau kembali kisah lama tersebut dan itu membuat aku terbuka mata dan hati serta aku simpulkan itulah suratan dan caranya Tuhan ingin tunjukkan Dia melindungiku.

Mesti kalian yang membaca ingin tahu bagaimana eh....mungkin di sini aku hanya mampu berkias...kerana aku tak mahu ada hati yang 'merajuk' saat merasakan catatan ini ada kaitan dengan dirinya.

Aku macam biasa - menjalinkan sesuatu perhubungan bukanlah dengan tujuan untuk memutuskan hubungan itu di penghujungnya. Sorry itu bukan aku, okay.

Okay nak story sikit- sebab bertuahnya aku adalah setiap kali berhubungan, jika ada sesuatu yang disorokkan dari aku- adakalanya tanpa aku meminta, aku akan tahu juga. Instinct aku juga boleh rasa. Kalau dulu tak pandai nak kawal, sekarang its okay...aku cool dan diamkan aja. Lihat dan lihat apa dia nak buat seterusnya. Mostly adalah kepada mereka yang ada pengaruh besar dalam hidup aku. Serta tidak jujur kepadaku. Walaupun tindakannya sangat-sangat mengecewakan aku, siapalah aku untuk mengubah takdir kan? aku sudah belajar menerima cuma mungkin sudah hilang sedikit rasa percaya. Dan kepercayaan dan tanggapan yang dulu ada dalam diri berkaitan 'hubungan' seolahnya semakin kukuh.

Bagaimana Tuhan memperlihatkan ketidakjujuran itu? Sangat mudah.Dan biarlah itu rahsia antara aku dan Tuhanku. antara aku dan 'sahabat' yang JUJUR sejujurnya dengan aku. Terima Kasih Tuhan kerana memperlihatkan.Apa yang diperlihatkan itu akan aku jadikan 'alarm' dalam aku berhubung. Agar aku tidak leka dan berwaspada dalam setiap langkahku untuk aku terus berurusan dengan golongan ini.Semoga Tuhan terus melindungku. Aku mohon dan takkan berhenti meminta dari-Nya untuk terus dilindungi.

Pada aku JUJUR itu adalah perkataan yang ditutur sama nilainya dengan TINDAKAN yang diatur.Namun aku tidak menyalahkan orang yang tidak jujur 100% . Bagi aku, apa pun langkah dan tindakan yang mereka lakukan pasti bersebab...pasti beralasan...pasti ada tujuan. Apapun yang mereka serta aku pilih, semoga pilihan itu diberkati oleh-Nya.

Semoga Allah akan terus menjadikan aku seorang hamba-Nya yang cekal dan tabah hati mengharungi kehidupan yang penuh kepura-puraan dan kepalsuan, yang penuh onak duri di sepanjang perjalanan. Semoga dihujungnya ada istana kebahagiaan yang dipenuhi ketenangan untuk didiami abadi.

p/s: Hakikatnya-kita perlu belajar/tahu bagaimana untuk menghadapi serta berdepan dengan
  • mereka yang membuatkan kita rasa bahagia dan pada masa yang sama orang itu jugalah yang membuat kita rasa kecewa.
  • orang yang kita rasa kita berada dalam keadaan selamat apabila bersama tapi dalam pada masa yang sama adalah yang sebaliknya
  • orang yang buat kita ketawa tapi orang itulah juga yang buat kita meraung hiba
Bersedialah...persiapkan diri kita untuk menghadapi sebarang kemugkinan. Dan yakini Tuhan sentiasa melindungi.

12 ulasan:

CITY® berkata...

salam..

camtu la kita, nak yg jujur dan ikhlas di sekeliling kita kan
dan ramai yg dapat rasa, terutama wanita seperti kita, jika ada sesuatu yg tak kena pada satu2 perhubungan itu, cuma kita nak terima atau tak. lebih untung kalo tuhan pun beri kita petunjuk..
alhamdulillah ..

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

setiap wanita mungkin ada rasa istinct yg yg tsendiri.

alhamdulillah jika kelebihan itu ada pd diri masing-masing.

ONE ZABA berkata...

Allah itu sayang akan semua hambanya. cuma kita sebagai hamba mensyukuri nikmatNya dan redha serta tabah dengan ujianNya.

aku ni takat nak menggembirakan @ menyampuk jarak jauh boleh la. itupun risau jugak. takut-takut ada sampukan yang terlajak mengguris hati.

moga tabah dan kuat menghadapi apa jua yang berlaku di sana.

jangan lupa pakai baju hujan!!!!

AkuBukanLelaki berkata...

betul2...

kadang2 ape yg kita harapkan tu xdapat tapi Allah swt akan kurniakan yang lebih hebat dr ape yg kita harapkan...

life must go on..jgn biarkan memori semalam menghantui diri kita untuk mencapai kesempurnaan hidup pada masa akan dtg...

MaizaC'Joe berkata...

Salam kak Anis

memang susah kita nak mencari kejujuran, ketidak jujuran tue selalu ada.. kecewa bila di perlakukan sebegitu. Tapi tetap bersyukur kerna hati wanita biasanya akan mudah dpt mengesan apa-apa pun. Alhamdulillah kerna Allah sentiasa berada di samping dan selalu memberi petunjuk ke jalan yg lebih terbaik.. walaupun sy masih br kenal akak tp sedikit sebanyak sy boleh faham situasi ini. walaupun sy tak tahu semuanya. bagi sy klu dh smpai masanya Allah akan tetapkan jua. moga sentiasa bersabar serta sentiasa di lindungi olehnya.

kak Anis.. situasi nie kena tak dng n3 sy smlm.. emmm... kan.. kan..kan.. hee.. gurau aja..

GO kak Anis.. GO..!! (",)

-maiza-

k sal berkata...

itu lah kehidupn pengalman sentiasa akan mengajr kita utk mnjd lbh dewasa n matang dn bgmn utk mengharungi liku2 khidupn di masa akn dtg dunia ini hanya putaran kehidupn. chayo chayo ani! ALLAH MAHA PENGASIH LG MAHA PNYAYANG

~Insan Biasa~ berkata...

kakak biRu, Azrina, maiza :
untungnya perempuan diberi deria rasa yang satu itu kan? saya percaya ramai perempuan ada deria itu. dan cuma kerana ego kita abaikan rasa itu, yang mungkin datangnya dari Tuhan yang Esa.
maiza,kena atau tidak rasanya awak dan akak sama2 boleh rasa kot....hahaha.

~Insan Biasa~ berkata...

hahaha cikgu one,
alhamdulillah...sehingga saat ini, sampukkan cgu one selalunya menggelikan hati saya.
sampukan cgu selalu buat saya tersenyum.
terima kasih yang ntah ke berapa kali saya ucapkan buat cgu one...
insya'allah tak lama lagi saya naik gunungnya....:-)

~Insan Biasa~ berkata...

thanks vilda...
kita cuma manusia vilda. x perlu hipokrit kalau kita sebenarnya susah untuk melupakan kisah lalu yg sgt memilukan...
dan bukan menjadi kesalahan untuk meratapinya. adakala meratap seketika dapat melegakan.
yang penting jangan terlalu taksub dengan bala yang menimpa...itu yang patut dielakkan...
fitrahnya manusia ada hati.
dan pelbagai deria rasa...

~Insan Biasa~ berkata...

salam kak sal....
thanks to you too coz selalu temani saya...hehehe
u right sis,
pengalaman itu adalah guru yang paling cemerlang!

Ticer Syah berkata...

salam anis..
sebab itu perlu ada kejujuran dalam setiap perhubungan.. kadangkala kita selalu berterus terang dengan harapan pihak yang satu lagi turut berterus terang.. tapi sayangnya apabila pihak yang satu lagi tidak melakukan perkara yang sama..sudah tentulah ianya mengecewakan.

tidak apa lah anis.. pengalaman itu memang guru yang paling baik dalam kita meniti arus kehidupan.. kita boleh tahu siapa yang sebenarnya kawan dan lawan..kadang-kadang lawan boleh menjadi kawan dan begitu juga sebaliknya..

anis masih lagi bernasib baik kerana dapat tahu lebih awal dan dapat menerimanya dengan baik, daripada orang lain yang masih lagi buta dan terang-terang dok sengal lagi.. hahahahahah..

oneZ:
u are always our joy of life :D thanks for being such a friend -- a true cyber friend indeed :D
harus aku kirim kat hang keychain satu..wakakkakka

~Insan Biasa~ berkata...

"kadangkala kita selalu berterus terang dengan harapan pihak yang satu lagi turut berterus terang.. tapi sayangnya apabila pihak yang satu lagi tidak melakukan perkara yang sama"

syah aku setuju dengan statement ni. kejujuran kita selalu diambil mudah oleh pihak yang satu lagi. walaupun x semuanya begitu, tapi majoritinya adalah begitu kan...mengambil kesempatan ke atas kejujuran dan ketulusan atas nama persahabatan...

kenapa ye? walhal kalau ketidakjujuran itu, andainya ketahuan boleh mencacatkan perhubungan.

manusia begitulah lain di mulut lain tindakan..