17 November 2009

terima kasih banyak !


ada suara kecik bisik
sepertinya dikeliling aku berkata2,
aku sekarang
dah tak kisah dah
sebab aku dah sorang
boleh ke mana-mana
boleh balik lambat dari TEMPAT KERJA
tak ape
tak ada tanggungjawab
x perlu jaga orang tua
x perlu jaga suami
x perlu jaga anak
x perlu nak balik awal
xpe

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
untuk semua orang
it's okay...
aku boleh tunggu
u all boleh lengah-lengah masa
xpe...aku boleh tunggu
boleh jadi orang terakhir keluar pagar
kat rumah aku xde sapa2 tunggu aku pun

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
aku boleh bantu
u all suruh je nak buat apa
xpe...aku boleh buat
jadi tukang ambil dan tukang hantar
it's okay...sekurang2nya aku dapat buat part time kosong
lagi pun kat rumah aku xde apa nak buat..hermm
u all tak perlu risau anak tu
sebab aku ade...serah je kat aku
aku boleh tengok2kan

dan terima kasih banyak
untuk semua perkara
untuk semua orang
silalah jangan malu-malu
untuk rebut gunakan kesempatan yang ada
silalah jangan malu-malu
mintalah....
gunalah....

sebab aku sorang
sesuka hati u all
nak perlaku bagaimana
agaknya....tapi
mudah-mudahannya TIDAK begitu!

yes...i will need you someday...
but please people
don't forget

aku juga punya hati
aku juga punya 'privacy'
sendirian x bermaksud aku tiada lain2 tanggungjawab...
hey...
aku masih ada impian untuk di capai

hah.......semakin lama aku rasa aku dah semakin sensitif. apatah lagi sejak dua menjak ni. agaknya aku dah mula nak fikir macam-macam. kejap ok. kejap x ok. apa aku nak buat yea....ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. tak turutkan, nanti-nanti orang-orang itulah yang mungkin akan aku cari untuk sesuatu perkara. diturutkan, nanti orang pijak kepala. dan akhirnya....aku sudah mula TIDAK BERHENTI berucap dalam hati sepanjang masa :
YA ALLAH....SELAMATKAN AKU! LINDUNGI AKU! KINI AKU HANYA ADA ALLAH yang paling MEMAHAMI, MENGETAHUI ....dan sesungguhnya Allah Maha Besar.

dan...yang pasti semua ini adalah caranya yang Allah beri untuk aku jadi lebih TABAH!

14 ulasan:

MaizaC'Joe berkata...

Salam Kak Anis

sabar ok.. walaupun maiza tak rasa apa yg di rasa (kehilangan yg tersayang) tapi maiza memahami.. kerna kasihNya.. CintaNya.. SayangNya.. maka kita sentiasa di pilih utk lalui semua.. ini sj yg maiza trmampu.. take care dear...

-maiza-

Nl berkata...

hmmmm... semoga berbahagia selalu............

Unknown berkata...

assalammualaikom...

takpa lah...

saya rasa macam tahu...
ayat biasa dalam kehidupan...
"ko belum kawin/ko belum ada anak takpa la, aku nak buat apa pun tak boleh sekarang,, ko ganti aku yer untuk aktiviti ni..."

apa perasaan si polan yang mencuba

-mencari jodoh tapi belum kesampaian
-mencuba untuk mendapatkan anak tapi belum rezeki?

Fikirkah kita?
takpa lahhhhh akak...sabar ada ganjaranya......

~Insan Biasa~ berkata...

maiza : nasib orang bujang yang tiada penjaga - memang macam tu kot.xpelah maiza...mana arus yang datang akak ikut jer....baik2 menyusur sungai , jangan sampai terjumpa pusar air sudah.....

naqeeb : semoga dikurniakan abadi.

anak khas : semua orang pernah rasa mcmtu kot. akak pun tak tahu lagi anak khas, mungkin satu hari nanti akak pulak berada di side yg lagi satu. mana nak tahu kan?? tapi akak buat cacatan kat sini sebagai peringatan.

semoga akak tak lupa semua ini apabila akak dah berada di atas kelak. insya'allah.

buat masa nie....kita turutkan ajelah dengan sabar dan berpada-pada kalau diperlakukan begitu.

alhamdulillah yang mengelilingi akak semuanya adalah mereka yang prihatin.

Unknown berkata...

wak anis

sedih dan pilu.
membaca ' sindirin ' yang cukup berkesan kepada sesiapa yang merasakan ' cgu tak ada apa2 '....
boleh bebankan.
ada dikalangan kita macam tu.
sabar ajalah

kita masih ada diri sendiri..
itu yg lebih penting dari yang lain....
kita ada diri sendiri.

CITY® berkata...

salam anis,

hmmmmmmmmmm
macam paham jerk apa yg u rasa, huks..
memang gitu la mereka2 diluar sana nampak kita.
kerana kita sendiri?
kerana kita tak punya siapa?
mereka lupa, kita juga ada diri kita. kita juga ada hati dan perasaan.

sabar ya, teruskan jadi dirimu,
kami tetap dibelakang mu,

xoxo

Ticer Syah berkata...

anis,
orang yang profesional pasti tidak akan berkata sedemikian..
so anggap aje mereka tak pro..

aku senang aje, orang bagi alasan tamo mai petang, aku kata..bawak mai seplo hengget sebagai upah orang yang tolong jaga kamu.. kalau kamu nak save duit minyak, orang lain pon sama lah.. so please, sila jangan ingat orang lain takde masalah untuk datang petang..

sungguh hoh la mereka nih.. dulu aku mcm ko la.. dok jadi baik aje la, angguk2 dan tak penah geleng... hehe.. tapi now no more.. be aggresive a bit la dear.. sampai bila nak bagi orang pijak pala kita..

gud luck my pren..hehe

naz ilyn berkata...

salam... anggap aje segala yang kita buat setulusnya kerana janjinya pasti... ombak yang memukul pantai itu juga mainan alam begitulah kehidupan di atas pentas ini.

ONE ZABA berkata...

tak perlu dengar dan tak perlu ambik hati cakap-cakap sumbang tu. kalau dilayan makin menyakitkan hati je.

~Insan Biasa~ berkata...

jinggo : terima kasih masih sudi menziarah.betul tu utamakan diri sendiri. Tapi awas jangan sampai makan diri. betul tak?

~Insan Biasa~ berkata...

bluecity : mari kita jadi diri kita sendiri bukan menjadi diri orang lain supaya kita diterima olehnya. begitukan?

mamacute : betul tu. next year aku dah kena mula strict dengan semua perkara.

naz ilyn : pentas dunia yang penuh pancaroba. semoga ketabahan milik kita.

one zaba : nak tutup telinga susah juga. nanti tak dengar suara yang memberi cinta.

hahaha....terima kasih kepada semua yang di sini untuk n3 ini. saya hargai segala pandangan dan pendapat serta nasihat. sangat2 hargainya.....

Tanpa Nama berkata...

akk...selagi kita angguk..kita akan di'aim' untuk sesuatu perkara...adat dan dah jadi tabiat...kene staight sikit next year...

~Insan Biasa~ berkata...

tanpa nama :
terima kasih nasihat tu.
tapi dik - kan bagus kalau letak namamu yg diberi ayah ibu....kan?

Guru berkata...

assalammualaikum anis

nasib sebegini memang selalu terjadi pada cikgu2 bujang terutama bagi anis sekarang

saya doakan Allah sediakan yang terbaik untuk anis dan di permudahkan segala urusan