28 Ogos 2009

perhatian dan belaian

Lebatnya hujan yang membasahi bumi di subuh ini. Anginnya agak menakutkan. Allahuakbar, semoga tiada sebarang perkara buruk berlaku. Minta dijauhkan. Sejuk benar dan aku diselimuti rasa dingin. Ha...azan berkumandang jelas kedengaran. Menusuk ke tulang tatkala aliran air itu membasahi tubuhku. Eeeeeee....sejuknya! Namun ku teruskan membersih untuk mengadap Dia yang satu. Perhatian dan belaian untuk hati dan jiwa. Kenyamanan dan ketenangan nyata berbeza.

Usai menunaikan tanggungjawab itu. Aku kembali berlegar-legar di ruangan maya ini. Ke sana dan ke sini , membaca itu ini. Beberapa rakan aku kunjungi tanpa meninggalkan jejak. Ah...ntah apa yang perlu aku tinggalkan.Ianya sekadar dalam hati ini. Perhatian itu sentiasa ada. Untuk membelai jiwaku agaknya. Hahaha...

Oh...hujan ini semakin menggamit rasa untuk berada di atas katil. Tapi aku takut terlajak waktu. Aku tak mahu terlambat. Aku tak suka ditunggu, biar aku menunggu. Hari ini, setelah banyaknya ragam yang dipertunjukkan, aku berkeputusan untuk membawa kancil itu ke tempat asal pembuatannya. Mungkin minta diberi perhatian dan dibelai seperti manusia juga. Rindu pada 'kampung'nya yang sudah lama tidak kukunjungi. Hahahaha mana lagi, PB MOTOR SDN BHD , Bangunan Pantai Bharu yang terletak di Jalan Meru itu. Dan semestinya kedatangan kali ini memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi. Ha....itulah. Padan muka aku.

Kancilku...kesian. Kesibukkan dan kelekaan aku pada segala banyak macam perkara menjadikan perhatian dan belaian itu tidak seperti dulu. Kalau orang lelaki, kereta tu dijaga lebih dari menjaga isteri...betul ke??? errrrrkkk atau 'sama seperti' menjaga isteri??? Mana satu ye.....?
Ok...hari ini khas untuk kereta bertuah itu! Semua benda nak perhatian dan belaian, inikan pula yang bernyawa terutamanya , manusia. Kan???

"Sesuatu perkara yang berlaku di luar jangkaan kita sebenarnya mempunyai berbagai rahsia yang sukar diungkap & difahami dalam waktu yang singkat"

8 ulasan:

ONE ZABA berkata...

sama jugak kat atas ni , anis. hujan berterusan sejak selasa hari tu. sejuk..dinginnn...pedih perut dibuatnya.

psstttt....tuka baru je.

Sis Lin berkata...

sama jgk la..pg td hujan lebat betul....sejukkkk

myQza berkata...

di sini juga hujan masih berterusan.. belum berhenti.. entah bila agaknya...

Unknown berkata...

macam baca novel
...
boleh tulis novel...menarik.
amat menarik

~Insan Biasa~ berkata...

pssttt cgu one, ada kesilapan wiring . semua dah ok semula, alamat lambat lagilah tukonya...hehehe lagipun sayang la nak tuko...

hujan mcm nak ribut. sib baik tak banjir

~Insan Biasa~ berkata...

yup..rahmat bulan puasa la tu sis-lin.

~Insan Biasa~ berkata...

heheh buka puasa dalam hujan...nyamankan tED|

~Insan Biasa~ berkata...

he..
terima kasih wak.