Ogos kali ini, didalamnya aku lahir dua kali. Dan harap2nya kelahiran yang membawa sinar yang lebih menyerlah...sebab dah dua kali kan? heheh. Satu, seminggu selepas datangnya Ogos. Dua, seminggu sebelum berakhirnya Ogos. Hah di situ masanya aku dilahirkan. Bestkan dua kali lahir. Tapi boleh juga nak lahir hari-hari...boleh kita jadi baru dan lebih baik setiap detik.
Ogos ini...cerita yang macam-macam untuk hidup aku. Bulan lahir aku yang lahirnya tak cukup bulan nih...special kan? Heheh awal2 dah special! Bulan di mana aku mula duduk berjauhan dari ayah kerana berada di MPRM dan Ogos juga menemukan aku dengan kehidupan berdikari.
31 tahun lalu menemukan aku dengan dunia alam.
13 tahun lalu menemukan aku dengan dunia yg mengajar erti berdikari.
10 tahun lalu menemukan aku dengan erti kejayaan sebuah kegigihan.
04 tahun lalu menemukan aku dengan dunia yang penuh warna-warna.
01 tahun lalu menemukan aku dengan dunia yang penuh pancaroba.
yup....dan
52 tahun kemerdekaan untuk negara tercinta, Ogos juga!
Ogos dalam hidup aku pelbagai implikasinya.
Ogos terkini berganda lahirnya...semoga berganda gemerlapannya.
Ogos & Ramadhan yang hampir seiring hadirnya cukup memberikan aku satu rasa.
Ramadhan seperti juga Ogos dan yang pasti banyak episod cerita hidup aku sama ada ok atau tak ok di penghujung episod , pemulanya sering berlaku pada Ramadhan. Dan aku teruja juga, apakah dan bagaimanakah agaknya episod yang bakal Ramadhan kali ditakdirkan untuk aku??
Ogos dan Ramadhan di dalamnya terdapat episod kehidupan seorang aku yang bergelar ~insan biasa~ Betapa istimewanya Ogos yang berada dalam Ramadhan. Walaupun masih belum betul2 berselisih...ia masih istimewa kerana masanya semakin menghampiri. Fuhhhh...Semoga episod tahun ini akan lebih ......(aku xde perkataan untuk mewakili apa yang tergambar dalam minda) hahahah..menandakan kamus asli aku tak cukup lengkap lagi lah tu kansss.....
Cik bedah pergi ke pekan,
Sampai ke pekan membeli rotan;
Kalau sudah bertuah badan,
Batu di tangan menjadi intan.
Sampai ke pekan membeli rotan;
Kalau sudah bertuah badan,
Batu di tangan menjadi intan.
16 ulasan:
merdeka.....
disebabkan ogos ni ada mamcam-macam hari istimewa buat anis, maka aku doakan agar "selamat semua hari" "gumbira semua hari" "bahagia semua hari".
Kelapa diperah hasilnya santan,
Hampas dibuang berketul-ketul;
JIka batu ditangan menjadi intan,
Campakkan daku barang seketul.
Salam!!!!!!!!!!!!!!he...he....akak pun lahir bulan Ogos!Semoga berbahagia di bulan ogos ni!!!
semoga kebahagiaan menjadi milikmu anis... aku melahirkan anak kembar di bulan Ogos juga... penuh erti...
istemewanya bulan ogos...semoga semuanya memberi kebahgiaan buta dirimu...
ogos datang lagi... lagi2 dia datang heheee
One..
aku pun tak nak ktinggalan gak...
Slamat buat anis...
Moga hepi sokmo...
enjoy ur life
Life is beautiful..
love ur life..
yup ber_uwang....merdeka.
sudah merdekakah hatiku?...huhuhu
terima kasih cgu one....bahagia setiap hari..semoga cgu one sekeluarga turut diberkati hendaknya
kak iman..seronoknya kalau orang2 ogos boleh berkumpul kan??? hehe
terima kasih easza...seronoknya melayan si kembar...saya berangan jugak..tapi bpknya xde lagi...ekekekke
moga2 begitulah hendaknya sonata.terima kasih atas doamu itu.
Naqeeb,
ogos...dia akan sentiasa datang!
Kakak yang ku rindui kehadirannya di sini...hehehhe
yup kak yan,
semoga kita akan sentiasa berkata
'life is beautiful'....
ogos jugak bermakna buat Bapak...heheh
hehhe kita semua berkongsi bahagia Ogos.Aminnnnn.
Catat Ulasan