09 Ogos 2009

Apabila ada bulan, pasti ada matahari!



"You are not alone"
Lagu dendangan mendiang MJ

Aku sendirian walaupun ada di kiri juga di kanan
Siapakah mereka?
Kawan, sahabat, handai taulan
saudara mara
malah mungkin juga musuh
Di mana mereka?
Mereka dihatiku..
Aku? di sudut mana aku diletakkan mereka?

Yang memberi akan menerima..
Bunyi macam tak ikhlas aje
Kalau ada perkataan s.e.m.o.g.a di hadapannya
Tapi itulah hakikat yang perlu diterima

Kamu beri dan barulah kamu akan mendapat
Jadi siapa aku? siapa kita?
pada waktu-watu tertentu
Peneman waktu diperlukan...aku di sini
Waktu kamu bersenggang...aku masih di situkah?
Di kala kesepian...aku menyanyikan
Saat kamu dihiburkan oleh alam... suaraku masih di cupingmukah?

Namun
Aku gembira dengan hidup pada waktu ini

Aku teruskan perjalanan
Dengan meneruskan dendangan
kepada cuping-cuping yang ingin mendengarkan...
Hidup dan penghidupan itu hanya satu persinggahan
Singgahlah kamu dalam hidupku
Walau sekadar untuk melepaskan lelah

You are not alone Insan Biasa
Cuma...
jangan kau beri jangan kau tinggalkan harapan
Yang pasti dalam hidup ini
datang dia, pergi dia
pergi dia maka akan datang pula dia
Nah...lihat! Benarkan?
Insan Biasa tidak pernah keseorangan
Sedar sekarang tentang itu
Hanya dulu..terlalu perasan
Sampai terasa nak matikan hati!

Zaman kebangkitan sudah bermula
dan
You are NOT ALONE!

-pantun TS-

Ada bulan adalah matahari,
Malam datang siang pergi;
Sudah begitu adatnya terpatri,
Datang dan pergi silih berganti.



10 ulasan:

IMANSHAH berkata...

Meleret senyum manis dibibirmu,
Hilanglah duka terpancar rindu,
Kuukir namamu di dasar qalbu,
Ukhuwwah Fillah menjadi dambaku..

huhu ok ke pantun??

ONE ZABA berkata...

matahari tu memang ada tapi tak nampak dah 2 hari ni....mendung je kat sini.

home alone....

Adinda Amy Sensei berkata...

salam...

malam dan siang datang silih berganti menamani perjalanan hidup kita tanpa kita sedari.. you are not alone!!

Nl berkata...

sutu hari nanti kita semua
akan sendirian jua huhuhu

Guru berkata...

melayan jiwa.. ya
sekali sekala memang terasa yang kita ni keseorangan...

~Insan Biasa~ berkata...

imanshah,
pantun tu ok...
hehe terima kasih.

~Insan Biasa~ berkata...

cgu one...
home alone, perkara biasa untuk saya.

kat sini kelmarin hujan
semalam panas terik
hari ini biasa2 je

aikkk tak berpantun???

~Insan Biasa~ berkata...

yesszaa amy...
i am not alone
we were not alone

hehe betui ka grammar saya tu???

~Insan Biasa~ berkata...

nope Naqeeb...kita tak pernah sendirian! amalan kita sentiasa menemani!

~Insan Biasa~ berkata...

kl citizen..
sehari dua ni begitulah
hati sensitif kot...