17 Jun 2009

Herm.....x paham!

Kita selalu dengar orang berkata...
Status tak penting.
Tapi bila situasi berada depan mata
Kenapa status masih jadi perhatian????!!

Kita selalu dengar orang cakap2
Enggang biarlah dengan enggang
Pipit biarlah dengan pipit
Tapi kalau enggang dan pipit dah sepakat kerjasama
Bagaimana pula??!!

Dilihat salah maka ia salah
Itu salah Ini pun salah
Lalu ditegur
Yang sama benar juga salah
Kenapa tidak pula di kata salah
Kenapa tidak ditegur??!!

Huh
Adil sungguh Saksama

r.i.n.d.u


10 ulasan:

Unknown berkata...

wak anis...

he...ini pasal apa yek.
status.
kufu..
penting ke.
memang penting dalam masa hubungan kalau mahu dikatakan penting !

~Insan Biasa~ berkata...

sukar untuk dijelaskan...

ONE ZABA berkata...

yang salah itu akan jadi salah kalau dikatakan salah. tapi yang salah itu jadi tak salah kalau dikatakan betul.yang pastinya Tuhan itu maha adil dalam mengatur kehidupan kita.

~Insan Biasa~ berkata...

semoga Allah sentiasa memberi kesabaran ke hamba-hambanya....

Ticer Syah berkata...

status bagi orang tak berstatus mmg rasa tak baper penting.. tp bg orang yang ada status.. terus aje jadi satu kepentingan.. huhu.. sabo je lar...

~Insan Biasa~ berkata...

yea...ade benarnya kata-katamu itu mama.Sedang direnungkan.

Tirana berkata...

Selalunya orang yang berstatus aje yang pentingkan status...hehehe... Tapi kan Anis, kalau nak kawin kena cari yang sekufu'. Sekufu' ni lain sikit kot daripada status..hehehe

~Insan Biasa~ berkata...

waa...sangat berbesar hati dengan kehadiran kak tirana di sini. Tq kak.

em...kufu vs status...sama tapi tak serupa...

Tanpa Nama berkata...

Saya cuba untuk pandang dari pelbagai sudut...

maka saya buat kesimpulan peribadi bahawa secara amnya status atau sekufu adalah ikut pada pemikiran kita sendiri..apa yang kita pikirkan dan apa yg kita andaikan..

Kalau tak paham, cuba renung2 kan ayat tu...hmmmmm..wallahuallam,

~Insan Biasa~ berkata...

Erm....seorang lagi kakak yang saya hormati,kak yan..

Mungkin kita boleh kongsi dengan info yang saya dapat ini...

" Hakikatnya, kufu bukan sahaja dilihat pada harta benda, malah ia boleh dilihat dari segi agama, iffah, keturunan, ketaqwaan kepada Allah s.w.t, akhlak dll.

Kufu dari segi agama: kedua-duanya sama seagama
Kufu dari segi iffah (terpelihara dari segala amalan yang haram dalam pergaulan harian): kedua-duanya berakhlak mulia dan dari keluarga yang baik (maksudnya, mengambil berat tentang agama)
Kufu dari segi keturunan: seperti sama sebangsa

Kufu dari segi ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.: Inilah jenis kufu yang perlu dititikberatkan oleh wali dan bakal pengantin. Ini kerana ketaatan dan ketaqwaan akan menjamin rumahtangga bahagia. "

status?