"Aku ada di sini untuk kamu" .......biasa dengar ayat ini dipendengaranmu insan biasa? Ya...amat biasa.
Monologku bermula.
"Aku ada di sini untuk kamu"....sinis senyumanku dibibir. Ah benarkah itu? Ya pasti benar, hanya jika aku punya waktu. Jika tidak , aku yakin kamu ada dirimu sendiri. Maka bergantunganlah pada dirimu itu. Berdikari. Itulah yang terbaik. Cari silapmu dan ubahnya. Cari di mana sakitnya kamu, ubatilah sendiri. Tuhan telah berikan kamu panduan. Maka usahlah mensia-siakan panduan itu. Gunakan sepenuhnya! Maka itu kamu akan redha dan mensyukuri.
Mereka-mereka akan tetap berada disampingmu, jika waktu itu telah ditetapkan untuk kamu. Usahlah bermuram durja. Seperkara lagi, apapun yang menjadi milikmu kini tidak selamanya milik kamu. Jadi, persiapkan diri kamu untuk setiap perpisahan dan pertemuan yang baru. Saat kamu telah bersedia tiada apa yang akan menghiris hati kamu itu.
"Aku ada di sini untuk kamu".....terima kasih teman,rakan,sahabat dan kawan. Aku amat menghargai pengharapan itu. Tapi maaf jika adakalanya mungkin aku memberikan imbuhan yang tidak cukup baik untuk kamu terus berada denganku. Namun kalian sentiasa dalam hati sepanjang kita bersama.
Dan aku bermohon ampun sekiranya aku ada tersilap langkah , kata dan budi. Aku sedang membaikinya. Perlu reset minda untuk kembali membetulkan langkah yang kesasar sedikit halanya..... Hahahaha aku sebenarnya seorang yang tamak. Ha....tamak??? senyum ni. Tamak kasih dan sayang! Huhuuu....kenalilah aku siapa. Sesungguhnya aku juga insan biasa yang tak sempurna. Terlupa juga terleka.
"Aku ada di sini untuk kamu"......sinis lagi hatiku tersenyum-senyum. Kata janji manusia tak perlu kau patrikan di hatimu. Kerna suatu waktu ia mungkin akan termungkir. Termungkir tanpa disedari. Termungkir tanpa dikehendaki. Termungkir tanpa apa-apa....ia akan berlalu sepi ,beredar membontoti angin lalu. Berlalu menyelusuri peredaran masa.
Apa yang penting? Kerjasama....hahahha. Apa yang penting patrikan dihatimu dengan janji Tuhanmu. Apakah yang telah tuhanmu janjikan? Selak kembali kitab panduan zaman berzaman itu! Dan masih ingatkah dengan janjimu kepada Tuhanmu? Ingatkan kembali, dan itu lebih patut diutamakan.
"Aku ada di sini untuk kamu"
Itu janji Tuhanmu yang perlu sentiasa dihatimu.
Bukan janji insan yang belum pasti kan tertunai.
Untuk seorang insan biasa. usah kau resahkan janji insan lain kepadamu, tapi sebaiknya tunaikanlah janjimu kepada insan lain dan juga tunaikan janjimu kepada tuhamnu.
Siapapun...kita tetap sama, tak sempurna. Itulah insan.
Aku tetap kasih dan sayang insan-insan di kiri, kanan, depan dan belakangku.
n.a.m.u.n.r.i.n.d.u.l.a.g.i
p/s - jangan berjanji jika merasakan janji itu tidak dapat untuk ditepati. Sesunguhnya janji itu juga sebenarnya satu pengharapan kepada yang menerima.
4 ulasan:
aku sentiasa ada di atas gunung ni utk meraikan kedatangan kalian.
insya'allah....panjang umur, kan ku daki gunung itu. :-)
teringat lagu
AKU ADA KERANA KAU ADA....
he.....
he.....
betul la lagu itu sebuah cerita
AKU ADA KERANA KAU ADA
nanti nak cari lagu tu. camne kisahnya.
Catat Ulasan