26 Jun 2009

fikirkan dulu

Kebertanggungjawaban bermaksud perihal (sifat) bertanggungjawab. Berat ni bab-bab tanggungjawab. Selalu terfikir adakah aku ini benar-benar seorang yang mempunyai kebertanggungjawaban? terutama sekali dengan apa yang telah aku cakap dan suarakan.

yang aku cakapkan pada diri sendiri
juga
yang aku cakapkan pada orang lain
tak kiralah pada sesiapapun
budak kecik, orang dewasa, kanak-kanak, remaja mahupun orang tua.

eh...tahu tak? kucing aku pun tahu merajuk bila aku tak buat apa yang aku cakap pada dia.
macamne? kucing aku ni ada rumah dia sendiri. so taklah selalu dapat keluar jalan2 cari 'aweks' heheh..so setiap kali aku nak masukkan dia dalam rumah dia tu, aku akan beritahu bila lagi dia akan boleh g merayap-rayap tu....
''ok manja....jom kita masuk eh...nanti hari sabtu keluar lagi..." contoh.
dan disebabkan ke bz an aku...ada masa aku abaikan je apa aku cakap kat dia. (mentang2 dia hanya seekor kucing).
tau apa jadi? bila je aku lepaskan dia....zasssss dia terus lari. tak masuk umah langsung.
kalau biasa, tiba maghrib dia akan balik sendiri masuk umah. aku tangkap pun senang. tak pun time aku panggil balik pun cepat je dia datang.
bab dia merajuk...kalau ada depan mata pun...kalau dipanggil dia boleh buat tak tahu je. bila datang dekat dia larik....adehhhhhhhh
itu haiwan...renungkan balik...cuba kalau manusia?orang?insan?
takut-takut menimbul sakit hati dan dendam.

Aku selalu ingatkan diri aku sendiri supaya bertanggungjawab dengan segala pengucapan aku. Erm....mungkin sebab aku x suka kalau-kalau ada orang lain kelak akan setakat bercakap-cakap kosong je dengan aku. Bercakap di angin lalu. eeeee susah tul budak anisah nie kan....?? Apatah lagi kalau bergurau-gurau tentang perkara-perkara yang 'sensitif'. EEE cukup gerun. Sebab dah pernah jadi. Konon gurau-gurau....rupanya terselindung kebenaran yang sebenarnya orang yang bergurau tu tak berani nak cakap terang-terang.

"Alah kalau abang ada dua pun apasalahnya? boleh temankan awak time abang takde" ekekekke
gelak-gelak....ceh rupanya memang ada dua. Dan....xde sapa teman sapa pun sebab aku pergi bawak diri!. Sejak itu aku sangat tak suka bergurau bab - bab madu pahit ke...madu manis ker....Ahaks!
Cuma satu pesan
(yang biasa sangat dah aku tinggalkan pesan untuk diri sendiri kan?) bertanggunggjawablah terhadap segala pengucapan atau jika tidak, berhati-hatilah ketika memberi ucapan - fikir baru ucap - tak yakin - diam-diam aje - kerana itu lebih baik dari cakap-cakap yang kita tak pasti - beri kesan yang bagaimana kepada yang mendengar.


4 ulasan:

ONE ZABA berkata...

petang-petang makan roti cicah madu pun ok gak, anis. tapi kena cicah sikit-sikit je la. udah la mahal payah nak dapat pulak tu. yg madu 10 hinggit punya ( tiruan la tu ) melambak la. yg jual tiruan punya tu, kira tak bertanggungjawab la.

ok tak komen aku kali ni...

~Insan Biasa~ berkata...

Ceh....saja je la cgu one nie. Nak makan ...makan je la. Tak yah nak story moti kat den. Den tak terliur pun....huhuhuhu

kin hashim berkata...

terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya...

~Insan Biasa~ berkata...

tapi itulah saya kin...

walau rajuk air di ruang, nak tenggelam saya timbakan jugak.