19 Januari 2009

Hari Ini untuk Hari Esok

Indahnya kata-kata, cantiknya bahasa...membawa maksud terpulang kepada yang mentafsir. Aku pinjam kata-kata indah ini, untuk diriku sendiri. Menyedarkan aku tentang kebenaran maksud yang disampaikan.

++++++++++++++++++++++++++++++
tidak semua kegembiraan hari ini
meraih kebahagian hari esok
dan
tidak semua kepedihan semalam
menggamit kelukaan hari depan
+++++++++++++++++++++++++++++++

Betapa benarnya tidak semua kegembiraan kita hari ini menjanjikan kebahagian untuk hari esok. Setiap kita yang berduka hari ini, apakah duka kita itu datangnya sejak azali? erm....tidak, kerana kita pernah berbahagia suatu ketika dulu. Dan adakah setiap kita yang pernah mengecap kebahagiaan tidak pernah terluka jiwanya? Pasti ada, walau sedikit. Dan kerana kelukaan yang tidak kita mahu diwarisi terus zaman berzaman lalu kita bangkit dan akhirnya mengecap bahagia.

Aku cuba bangkit dan bangun dari jatuhku. Walaupun terpaksa bermula semula di permulaan garisan. Walaupun terpaksa berdiri berkaki ayam...untuk bertatih semula. Kepedihan semalam belum lagi menjanjikan penderitaan untuk aku pada hari esok. Aku tanam itu dalam akalku.

Hari semalam yang berlalu, aku biarkan.Aku tinggalkan. Semuanya kenangan. Yang pahit Yang manis jadikan pengajaran dan pedoman. Tak perlu terlampau difikirkan. Ia sudah pun berlaku! Hari ini sedang berlangsung. Tumpukan sepenuhnya, supaya hari ini berlangsung dengan lancar. Supaya hari ini adalah yang terbaik untuk kita. Peringatan untuk AKU. Hari esok. Itu adalah esok. Sesuatu yang kita belum pasti apa yang ada di penghujungnya. Jadi, tidak perlu menghukum hari esok pada hari ini. Kerana esok belum pasti kewujudannya.Belum pasti akhirannya. Juga tidak perlu menghukum hari ini kerana hari semalam. Kerana semalam telah pergi dan tidak akan kembali lagi. Apa yang perlu, pastikan hari ini menjadi lebih baik dari semalam. Utamakan HARI INI, kerana hari ini yang akan melakar lukisan hidup hari esok. Sedarlah seorang AKU.

Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Perkara yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.

6 ulasan:

ONE ZABA berkata...

Merantau ke utara naik kereta api,
Singgah di kuala memetik pandan;
Segala yang buruk jangan di ketepi,
Jadikanlah ia sebagai sempadan.

Unknown berkata...

cgu : jangan dihukum hari esok kerana hari ini....menarik kata2 tu.

dunia dikatakan : tidak akan berhenti kalau kita keluh kesah...kita akan ketinggalan.

ayuh bangun : pergi ngobe ! tengok matihari kat luar....

semuga hari2 seterusnya kita diberi kekuatan...

~Insan Biasa~ berkata...

to one z:
cikgu pun mesti suka pantun2 ni kan...tq coz sudi menjawab pantun2ku itu..hehehe

~Insan Biasa~ berkata...

to jinggo:

cikgu juga yang ajar saya...melalui tulisan2 cikgu...thanks a lot!
Yok...ngombe bareng...:-)Bismillah..

SRISUFI berkata...

salam akak....

wahduh...lamanya tak berkunjung ke sini...

apapun yang berlaku semalam atau hari ini...YAKINLAH bahawa ESOK masih suci utk diwarnai...

jemput amik award ye akak....

~Insan Biasa~ berkata...

to sri :

salam sri...akak pun baru je semalam update sri...beberapa ketika, hilang ade kata2 kejap.

Esok memang masih suci utk diwarnai walaupun kita belum pasti adenya hari esok...hari ini masih paling penting..kan...

thank you award tu...akak tepek kat side bar...

love u sri..thanks